BAB 6
Wartawan-wartawan yang berada di luar pintu majlis
itu mula berpusu-pusu untuk menemuh ramah artis terkenal yang baru hadir itu
iaitu Khai. Siapa tak kenal dia? Sekali dia keluarkan suara dia yang berharga
itu semua perempuan boleh cair d engan dia. Lydia yang baru tiba di majlis itu,
cepat-cepat masuk. Malas nak ditemu ramah oleh wartawan-wartawan yang tak
bertauliah tu. Sama sahaja pertanyaan mereka macam mak dia. Bila nak kahwin?
Dengar cerita ada gossip dengan seorang laki ni? Hurh, semuanya sama. Tak reti
nak tengok orang aman betullah, bebelnya dalam hati.
Di dalam majlis itu, Lydia sedaya upaya untuk
bertegur sapa dengan semua orang yang berada di dalam majlis itu. Dan
tiba-tiba, bahunya terasa dilanggar oleh seseorang membuatkan air yang
dipegangnya terjatuh ke atas baju orang tersebut. Lydia mula mengetap bibirnya
erat. “Wargh!! Sorry.. sorry..” ujarnya sambil mengelapnya menggunakan
tangannya. Orang itu mula tersengih lalu berkata “It’s okay.. Saya tak kisah
pun.” Muka Lydia mula menjadi merah menahan malu. “Hai, saya Khai.” Ujarnya
lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat mesra. Lydia mula mengangkat
keningnya. “Err, Lydia. And no touching!” balas Lydia. Riaksi Khai mula berubah
menjadi malu. “Sorry.. Apa kata saya ganti baju awak tu? Well, actually dekat
bonet kereta saya ada satu sut lelaki kalau awak nak?” tawar Lydia lagi sekali.
Khai pada mulanya teragak-agak akhirnya bersetuju.
Setelah menukar bajunya di dalam tandas, Khai pun
keluar.
“How do I look?” soal Khai, yang dilihat macho
mengenakan sut itu. Lydia dengan senyuman lebarnya mengangkat ibu jarinya tanda
‘ok’. Kemudian, bermulalah sesi bersuai kenal mereka. “So, awak ni fashion
designerlah?” soal Khai. Lydia mengangguk, sambil memerhatikan gelagat
manusia-manusia yang berada di majlis itu. “Ermm, boleh saya tanya lagi?” soal
Khai lagi. “Emm.. tanyalah.” Ujar Lydia seolah-olah acuh tak acuh. “Awak macam
tak tertarik sahaja dengan saya? Takkan awak tak kenal saya kowd?” ujar Khai
dengan wajahnya yang berkerut. Dia berasa hairan dengan gadis itu, kalau orang
lain dah lama tergedik-gedik dengan dia. Tapi gadis itu macam selamba sahaja
bila berada disampingnya.
“Huh?” jawab Lydia. Khai mula tersengih. Nampak
sangat kepala otak gadis itu menerewang ke tempat lain. Khai lagi sekali
mengajukan soalan yang sama. Lydia menjawab “Err, awak siapa?” terkejut Khai
dibuatnya. Seriously, gadis dihadapan dia ni tak kenal dia. “Sorry, saya ni
memang macam ni. Selain pasal kerja, saya memang langsung tak ambil tahu hal
dunia.” Jelas Lydia sedikit malu. “Wow, incredible!!” ujar Khai separuh tak
percaya. Akhirnya, manusia beginilah yang dia cari selama ni. Manusia yang just
anggap dia manusia biasa. Dengan itu, Khai memutuskan hasratnya untuk tidak
memberitahu Lydia, siapakah dia yang sebenarnya.
“Helo, awak siapa? Kerja apa?” soal Lydia, apabila
melihat Khai yang diam membisu sambil tersengih sorang-sorang. “Ohh, ermm..
Saya.. actually..” tiba-tiba, kedengaran Datuk M dan Datin Lisa ingin memberi
sedikit ucapan di atas pentas. Ini membuatkan perhatian Lydia beralih ke arah
Datuk M dan Datin Lisa. Apabila mereka selesai membuat ucapan dilihat Khai
sudah hilang dari sisinya. Lydia mula menggaru kepalanya yang terasa tidak
gatal pun sebenarnya. “Aik? Aku cakap dengan hantu ke tadi?” bebelnya seorang
diri.
XXX
“This is your food Mr. Henry.” Ujar Shafiqah,
dengan senyuman manisnya. “Thanks, Miss Fiqa. I’m glad to see you in
personally..” Pujinya. Shafiqah kemudian mengangguk lalu meminta dirinya dulu.
Dia mula menghembus nafasnya sebaik tiba di dapur.
Qirash yang sudah tidak sabar mula bertanya berkali-kali. “Macam mana? Dia kata
sedap tak?” soal Qirash. Shafiqah mula memonyokkan mukanya membuatkan semangat
Qirash down. “Saya berjaya!!! Gila, chef antarabangsa puji masakkan saya!!
Warh!! Unbelievable!!” jerit Shafiqah, membuatkan semua orang bersorak untuk
dia. “Qirash!! Thank you!!” ujar Shafiqah lalu memeluknya tanpa disedari.
“Uhurm..” deham
teman-teman mereka, membuatkan Shafiqah melepaskan pelukkan itu dan tertunduk
malu. “Fiqa..” panggil Qisha, yang
datang entah dari mana. “Erkk, Cik Qisha.. Kenapa?” soal Shafiqah, hairan. “Ada
someone nak jumpa awak..” ujarnya. Shafiqah mula menjenguk keluar siapakah
gerangan manusia yang ingin bertemunya kali ini. Dan dilihat.. temannya Aliya..
TO BE CONTINUED