Okay, untuk hari kedua ni. Mula-II ingat tak mahu keluar sebab terlalu kepenatan sangat..
*geleng kepala* Tapi akhirnya Malia dan Yana kalah jua sebab terlalu
keboringan.. So, destinasi kedua kami ialah Pasific. Katanya nak main
bowling
Tapi mula-II tu pergi ronda-ronda duluan. Hik4, of course tempat
pertama yang ditujui ialah POPULAR.. [macam tak dak tmpt lain dh] Amalia
akhirnya dapat beli jua novel yang dia nak.. I mean novel yang dia nak
tu.. Tak dapat.. So beli novel tajuk dia She's My Senior karya Fimirae ~
|
Eyka usya buku-buku ni nampak comellah.. Teringat zaman kanak-kanak... Korang suka siapa? Eyka dulu minta Bella dan Ariel.. *big smile* |
Lepas puas usya-usya buku yang ada dekat POPULAR tu. Kami naik ke
tingkat atas tengok ramai tak orang p main bowling. Uuu, waktu naik atas
tu jenoh juga cari mana tempat bowling tu. Yrwlah, sebab gelap. Seram
dohh!! Bila dah jumpa waktu nak masuk tu.. jumpa mamat psiko yang tengah
merokok kat luar situ. Ingat baguiih sangat!! Menyampah tengok.. Lepas
tu, main tegur-tegur orang. Rasa cam nak ludah jrw kat muka dia orang
waktu tu. *tak ada adab langsung* Bila masuk tempat bowling tu
tengok-tengok ramai. So, pasrahlah and keluar balik dengan lajunya sebab
malas nak tegur sapa lagi dengan mamat dekat luar tu.
Lepas
tu.. jumpa satu kedai baju ni & masuk. Emm, saiz untuk Eyka dengan
Malia tak adalah... Tapi masuk juga sebab nak teman Yana beli baju.
Hish, jenoh juga dok padan baju dekat dia. Itu tak kena ini tak kena..
Akhirnya, kami pasrah dan biar dia beli sendiri.. Okay, lepas dah beli
semua barang kami pun balik.
Malam tu, lepas makan
maggie cup. Kami naik atas dan bermulalah sesi... make up2..
Serius
lawak! Muka semua pakat nampak cam badut.. Tapi badut yang ada gaya
lew.. Lepas penat make up.. kami semua tidur dengan lenanya lepas Yana
penat layan drama..
Keesokkan harinya kami pun pulang semula ke rumah masing-masing. So, tamat sudah kisah kami bertiga.. Semoga ketemu lagi..