Eyka Blog: Janji Kita (Bab 8)

Thursday, 10 December 2015

Janji Kita (Bab 8)

BAB 8
 “Passport check? Stok makanan check? Tiket check? Semua confirm check?” soal Aliya bagi memastikan semua kelengkapan yang sepatutnya dibawa, WAJIB dibawa. Lydia dan Shafiqah mengangguk, penuh yakin. Sungguh rasa macam tak percaya sahaja yang mereka dapat cabutan bertuah tu. Kembang tak terkira rasanya. Tapi..
“Oii, Fiqa kenapa lelaki tu ada sekali?” soal Lydia separuh berbisik, sambil menunding jarinya ke arah Qirash yang sedang leka bermain ‘clash of clan’. Shafiqah mencebik. Dalam hati tak habis-habis menyumpah Si Qirash tu. Ingat lagi dia akan peristiwa dimana ibu dan ayahnya sengaja menyuruh dia membawa Si Qirash tu ikut bersama. Kata mereka kamu tu anak dara. Tak elok pergi merantau Negara orang seorang-seorang. Shafiqah membalas “Tapi bu.. Fiqa tak pergi seorang-seorang lah.. Fiqa pergi dengan Aliya dan Lydia. Kira okaylah tu dapat tiket free.. Hotel apa semua mereka dah sediakan. Bolehlah bu.. bolehlah ayah!!” pujuk Shafiqah. Encik Zol mula bangun dari duduknya sambil tangan diletakkan dibelakang. “No!! Kalau kamu nak pergi sangat.. Si Qirash kena ikut sekali.. Muktamad!! Lagipun kamu bertiga tu perempuan. Tak elok!!” tegas Encik Zol.
“Assalamualaikum..” tiba-tiba kedengaran suara Si Qirash memberi salam membuatkan Puan Ernita menjemputnya masuk dan duduk. Qirash mula menjadi hairan. Apakah ini? “Hah, bagus Qirash. Kamu datang tetap pada waktunya. Pak cik nak kamu teman Shafiqah pergi Jepun untuk seminggu. Boleh?” Qirash dengan senyum lebarnya bangun dan memeluk Encik Zol erat. “Boleh sangatlah tuu!!” Shafiqah mula membeliakkan matanya.
“Fiqa..!!” panggil Aliya membuatkan Shafiqah tersentak dari lamunannya. “Hoi, mengelamun apa tu? Jomlah naik flight cepat..” ujar Lydia. Qirash yang berada di sebelah mula tersengih. Cubitan maut dari Shafiqah sempat dihadiahkan pada Qirash membuatkan Qirash mengerang kesakitan. Rasakan! Biar semua orang tengok dia!
Sementara itu, Aliya sempat berselisihan dengan Fareyz. Namun begitu, masing-masing tidak menyedarinya membuatkan Aliya meneruskan perjalanannya.
XXX
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo.

“Jepun!!! We’re here!!” jerit Lydia dan Shafiqah yang terlalu teruja yang amat. Manakala, Aliya hanya mampu menggeleng melihat mereka. Malu siut! Hak4.. Macam budak-budak mereka ni, bisik hatinya.
Setelah selesai mengambil beg, mereka pun menuju keluar dari Airport itu. Terdapat banyak kemudahan awam di luar kawasan Airport itu. Ada teksi, bas, van, mini Bas dan macam-macam lagilah. Qirash mula menghampiri Shafiqah. “Hotel korang dekat mana?” soalnya membuatkan Shafiqah mengeluarkan sekeping nota dan menyerahkannya kepada Qirash. Qirash kemudian meluru pergi ke arah seorang pak cik yang setia menunggu di dalam teksinya itu.
Sumimasen. Anata wa kono basho ni iku koto ga dekimasu ka? (Excuse me. Can you go to this place?)” pak cik itu kemudian mengangguk membuatkan Qirash memanggil mereka bertiga. Shafiqah mula mengerutkan wajahnya. Faham ke pak cik tu? Setahu dia orang Jepun mana fasih dalam berbahasa Inggeris. Hal ini kerana, mereka lebih mengutamakan bahasa kebangsaan mereka daripada bahasa lain. Sepanjang perjalanan mereka nak ke hotel itu, pak cik driver itu tak henti-henti bersembang dengan Qirash membuatkan Aliya, Lydia dan Shafiqah terdiam. Diam sebab tak faham apa yang mereka sembangkan.
Dochira ga anata no gārufurendodearimasu? (Which one is your girlfriend?” soal pak cik itu. Qirash mula tersengih lalu memandang ke arah Shafiqah. Shafiqah yang perasan mula menjelir lidahnya ke arah Qirash. “Soredesu (That one?)”. “Un, tabun tsuitachi. (Yeah, but maybe someday!)” balas Qirash.
Jam menunjukkan pukul 3.15, check-in hotel tu sepatutnya pukul 3.00. Kira okaylah tu! Cuma lewat 15 minit sahaja. Seusai mengambil kunci di kaunter, mereka bertiga pun memasuki bilik yang akan mereka diami.


Cantik! Semua kelengkapan ada. Cuma satu sahaja yang mereka tak suka. Dapur, tempat membasuh, tempat makan mereka kena share dengan orang lain yang turut menyewa disitu. Mujur tempat nak mandi ada dalam bilik. Shafiqah mula menghampiri Qirash. Mamat ni nak tidur mana? Soal Shafiqah dalam hati. “Awak.. awak tidur mana?” soal Shafiqah. Qirash kemudian mencubit lembut pipi milik Shafiqah membuatkannya berasa rimas. “Pandai.. pandai sayalah.. Janji saya tahu awak ada tempat yang selamat untuk stay! Oh yerw, saya dapat tahu selain awak semua yang sewa dekat sini. Ada berapa buah family juga yang menyewa dekat sini. And family tu datang dari Malaysia. So, saya rasa saya tak payahlah nak risau sangat kowd. Sayonara.” Ujar Qirash, lalu keluar dari bilik mereka setelah selesai membantu mereka mengangkat barang-barang mereka.
Aliya dan Lydia mula menghampiri Shafiqah. “Wah, korang berdua ni cutelah.. Geli kami dua tengok! Rasanya dia suka engkau tu.” Ujar mereka berdua. Shafiqah menggeleng. “Mana ada!  Dah jom kemas barang lepas tu kita tengok list apa yang boleh kita buat dekat jepun ni.. Aku ada bawa bucket list kita yang dulu. Ingat tak?!?” gumam Shafiqah sambil mengenyit mata sebelahnya.
XXX
2nd day..
Disebabkan hari pertama terlalu letih sangat, jadi mereka memilih hari kedua untuk memulakan misi pusing sana sini satu Jepun. Tempat pertama yang mereka tujui ialah koishikawa korakuen. Masuk, 300 yen seorang. Berbaloilah juga sebab suasana dekat situ teramatlah cantik. Begitu indah ciptaan Allah, dilihatnya pokok-pokok bunga yang berada disitu tumbah mekar mewangi.  Aliya, Lydia dan Shafiqah tak henti-henti menangkap gambar dan berselfie. Qirash? Qirash kuli sahaja. Kuli tolong tangkap gambar mereka. Hak4, di turutinya mereka itu ke sana ke sini. Penat! Siut!
Selepas puas menangkap gambar, mereka pun singgah pula ke Tokyo Sky Tree. Dekat situ kita boleh lihat pemandangan Tokyo dari atas yang teramatlah besar dan lawa. Ketinggian tower itu ialah 634 m. Memang cantiklah! Mujur mereka pergi waktu malam sebab waktu malam nampaklah cahaya-cahaya yang menyenari Bandar Tokyo tu. SubhannAllah memang lawalah. Dekat atas tu bukan setakat boleh tengok pemandangan. Restoran, kedai cenderahati semuanya ada.



XXX
“Omo~ Penatnya!!” keluh Lydia, lalu merebahkan tubuh badannya di atas tilam empuk mereka. Aliya turut sama membaringkan badannya disebelah Lydia. “Esok kita pergi mana pula?” soal Lydia. “Emm, esok maybe kita akan ke Disneysea dan Disneyland..” balas Shafiqah. “Ada ke tiket?” soal Aliya. “Jangan risau.. Qirash dah uruskan benda tu. Dia kata dia dah belikan kita tiket tu siap-siap. Online katanya.” Jelas Shafiqah, lalu menghirup air kopi yang dibuatnya sebentar tadi. “Oo, caring juga Si Qirash tu dekat engkau. Macam mana korang boleh kenal?” soal Aliya, ingin tahu. Shafiqah mula memeroses kepala otaknya.
“Emm, waktu tu.. kami dapat tahu yang jiran sebelah kami tu nak jual rumah mereka sebab terpaksa pindah tempat kerja dekat luar Negara. Dan manusia yang beli rumah tu ialah family Qirash. So, semenjak tulah kami kenal. Takkan korang tak kenal perangai pak aku tu.. Friendly terlebih~ Kalau boleh semua orang dia nak kenal. Sampaikan aku terjebak sekali. Hmm..” Lydia dan Aliya hanya mampu mengangguk sahaja. “Aku rasa dia suka engkaulah.” Sampuk Lydia. “Entahlah.. actually.. aku..” “Jangan kata engkau masih teringatkan kekasih pujaan lama engkau yang tak guna tu..” potong Aliya. Shafiqah mula terdiam tidak berkata.
Malam menjadi sunyi.. Aliya dan Lydia sudah pun diulit mimpi yang indah. Mimpi dimana hari esoknya mereka dengan riang rianya akan ke Disneysea dan Disneyland. Shafiqah? Shafiqah pula masih lagi terjaga. Soalan Aliya membuatkan dirinya tidak dapat melelapkan mata yang sebenarnya terasa berat. Dia..? Dia apa khabar yrw? Lama tak hubungi dia... Di lihatnya nombor whatapps milik orang itu. –online- Nampaknya dia masih lagi menggunakan nombor yang sama. Hmm..
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi membuatkan Shafiqah terkejut dan telefon yang dipegangnya itu terlepas dari genggaman tangannya, jatuh mencium lantai. Habis skrin telefon itu rosak menyebabkan Shafiqah tidak dapat menekannya lagi. Dia mengeluh memerhatikan orang yang menelefonnya itu. Private Number. Siapa pula yang VVIP sangat ni? ngomel Shafiqah dalam hati. Lantaklah! Mungkin bukan rezeki orang tu nak dengar suara dia. Syafiqah kemudian menekan off pada telefonnya dan kembali untuk tidur.
XXX
Hari ketiga..


“Omo!! Cantiknya castle tu!!” jerit Shafiqah, riang ria. Aliya dan Lydia turut sama berasa gembira melihat istana yang megah itu. Mana taknya.. dulu waktu kecil-kecil suka sangat berangan-angan tinggal dalam istana. Tak pun berangan kena tangkap dengan raksasa dan tunggu Prince Charming datang selamatkan! Lepas tu, kahwin. Happy ever after. Ending!! Omo~ So sweet..!! Zaman kanak-kanaklah, zaman yang paling best sekali sebab waktu tu kita langsung tak pedulikan hal yang remeh temeh. Sekarang bila dah besar semuanya kena fikir pakai otak! Ini baru bersiar-siar dekat Disneyland. Belum Disneysea lagi.

“Okay! Sebelum tu.. Aku nak korang cabut undi dulu..” ujar Shafiqah lalu mengeluarkan box yang dibawanya. “Undi?” soal Lydia, hairan. Aliya mula tersengih. “Fine!!” gumam Aliya dengan beraninya mencabut kertas itu dahulu. Lydia mula mengerti akan hal itu. Kemudian dengan penuh debarannya Aliya membuka kertas itu.. Dan..

“Wargh!!! Arghh!!!” habis tekak-tekak ini menjerit akibat terlalu takut sangat. Manakala, Qirash pula tak habis-habis mentertawakan mereka pada waktu itu. Dia cuba merakamkan setiap detik yang kelakar itu baik-baik. Ooo, semalam korang buli aku. Hambik engkau!! Actually, box itu adalah Bucket List khas yang Qirash buat untuk mereka. Bucket List Japan!! Dimana aktiviti itu hanya boleh dilakukan di Jepun sahaja. 
Ride kedua pula ialah..


“Wah! Cantiknya dalam gua ni..” gumam Shafiqah, agak teruja. “Kan.. Qirash tolong tangkap gambar aku dengan Aliya.” Pinta Lydia. Qirash dengan penuh senyuman sinis menangkap gambar mereka sepuasnya. Tunggulah sampai dekat exit nanti, desis hati Qirash.
1, 2.. 3...

Wargh!!!” “Hak4..” senak perut Qirash menahan tawanya.
XXX
Shafiqah mula meneguk air mineral yang dibelinya tadi dengan rakus. Penat, menjerit! Lama-lama boleh terkeluar anak tekak ni. “Awak.. lepas ni kita pergi Disneysea pula yrw!!” rayu Shafiqah. Qirash menggeleng. “Ada satu ride lagi..” jelasnya sambl menunjukkan peta untuk ke Haunted Mansion. Shafiqah mula menalan liurnya. “Alah!! Hari dah nak malam. Jomlah!! Kaki ni dah penat taw dak!” Shafiqah mula memonyokkan mukanya. Aliya dan Lydia yang baru selesai urusan di dalam tandas mula memandang mereka hairan. Habislah.. Shafiqah mula menelan liur. Hanya kawan-kawan dia sahaja yang tahu kenapa dia tak mahu pergi ke rumah hantu tu.
“Kenapa ni?” soal Lydia, pura-pura tidak tahu. “Ni hah.. ada orang tu tak mahu pergi rumah hantu.. Alang-alang, jomlah! Just for me.. Bukannya takut sangat pun! Penat saya jadi juru kamera awak semua. Tak bayar pula tu!!” bebel Qirash. “Haah lah.. Fiqa kesian Qirash.. Jomlah!!” Aliya kemudian menarik lengan Shafiqah untuk mengekorinya. Shafiqah mula merenggek-renggek seakan anak kecil menyebabkan Lydia datang membantu. “Nak lari mana hah?!?” bisik mereka berdua.
“Tidakkkk!!”

XXX


Hari semakin senja, orang ramai mula berpusu-pusu untuk memasuki Haunted Mansion itu. Budak-budak, dewasa semuanya ada. Shafiqah mula berasa terketar-ketar yang amat. Mulut dari tadi terkumat-kamit membaca sesuatu. Doa. Hak4..
“Next, please!” akhirnya kini, tiba giliran mereka. “Booo..” kejut Lydia, membuatkan Shafiqah berkali-kali mengucap. Rumah itu kelihatan suram dan menakutkan. Banyak patung-patung hantu yang dijadikan pameran. Shafiqah dengan eratnya memegang hujung baju Qirash. Qirash menggeleng. “Kalau takut, beritahulah awal-awal. Taklah saya paksa awak.” Jelasnya. Jelingan maut diserahkan tepat ke anak mata Qirash. Pup!! Huahahaha..! Secara tiba-tiba, lampu sengaja dimatikan dan suara orang mengilai kedengaran.
Apabila lampu terbuka semula kelihatan semua orang sudah tiada. Shafiqah mula terpinga-pinga mencari kelibat Aliya, Lydia dan Qirash. “Anyone?!?” jeritnya. Matanya mula berair. Kakinya terasa tidak rela lagi untuk melangkah dari situ. Somebody! Help me, bisiknya dalam hati. Dalam hatinya tak henti-henti mengucap banyak kali.
Tiba-tiba, bahunya dipegang oleh seseorang membuatkan Shafiqah meraung ketakutan.
“Excuse me?” Shafiqah dengan takut-takutnya membuka matanya dan memadang orang tersebut. 

TO BE CONTINUED


p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 8 ni. And nantikan untuk Bab 9  pula. Sorry sebab Eyka lambat publish sambungan dia. Banyak benda nak kena buat. Harap anda suka dengan trip mereka ke Jepun ni. Nantikan sambungan seterusnya... Kesian, Shafiqah kan..

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik