Bab
10
“Wah, sakan
Chef Fiqa dengan Chef Qirash kita ni pergi bercuti..” ujar rakan-rakan setugas
mereka. Shafiqah mula tersenyum bangga. Manakala, Qirash hanya mampu tersenyum
melihat celoteh Shafiqah ketika bercerita. Tengah seronok menikmati waktu rehat
mereka, tiba-tiba mereka disapa oleh Qisha. “Ehem, excuse me! Sorry sebab
menganggu. Tapi saya minta awak semua untuk keluar sebentar. Ada hal yang saya
nak bincangkan dengan semua pekerja.” Arah Qisha. Mereka semua terpinga-pinga.
Bunyi macam serius sahaja.
Dengan kemas
mereka semua berbaris dengan elok menghadap Qisha. Dah macam kem askar pula.
“Maaf semua sebab menganggu! Sebenarnya hari ni saya nak kenalkan dekat awak
semua orang baru yang akan menggantikan tempat Puan Jue kita sebagai akauntan
terbaru hotel ni. Saya harap awak semua boleh berikan kerjasama yang baik
padanya.” Masing-masing mula berbisik antara satu sama lain membuatkan Shafiqah
mengangkat tangan dan bertanya. Itu lebih afdal orang kata, daripada menabur
fitnah. “Kenapa dengan Puan Jue cik Qisha?” Qisha tersenyum mendengar soalan
itu. “Untuk pengetahuan anda semua Puan Jue kita tu nak tumpukan sepenuh
perhatian dia untuk keluarga. Tambahan pula, tak lama lagi dia akan melahirkan
anak pertamanya. Jadi terlalu berat untuk dia bahagikan masa nanti.” Jelas
Qisha. Mereka semua mengangguk tanda mengerti.
“Baiklah,
tanpa membuang masa. Kita persilakan orang baru kita untuk perkenalkan dirinya.
Silakan, Encik Nadz.” Panggil Qisha. Shafiqah mula berkerut dahi. Nadz? Kejap
macam pernah dengar nama tu. Tapi dekat mana yrw? Bisiknya dalam hati. “Hai,
nama saya ialah Mohd Nadz Amirul. Awak semua boleh panggil saya dengan nama
panggilan Nadz. Emm, saya harap awak semua boleh beri kerjasama yang baik pada
saya. Kalau salah tolong tunjukkan yrw.” Ujarnya satu persatu. Shafiqah mula
menelan liurnya yang terasa tersekat. “Nadz..!?!” nama itu terpancul keluar dari
mulut Shafiqah membuatkan semua orang memandang ke arahnya termasuklah Nadz.
XXX
“Hmm, ada apa
engkau nak jumpa aku ni?” soal Aliya, sambil menghirup air Mocha yang
dipesannya tadi. Lydia mula tersengih malu. “Seganlah nak cakap.” “Ya Allah,
cakap sahajalah. Kang! Makan penyepak juga dengan aku.” Seloroh Aliya, sambil
membuat gaya macam nak menyepak orang. Tapi main-main sahaja. “Macam ni..
Engkau free kan? Tak ada kerjakan. Apa kata engkau kerja dengan aku?” cadang
Lydia. Kening Aliya mula diangkat sebelah. “Maksud engkau? Hello, aku bukan
penganggur kay! Aku just ambil cuti untuk berapa bulan sahaja.” balas Aliya,
kurang faham. “Bukan.. bukan.. Maksud aku.. Aku betul-betul perlukan engkau
sebagai khidmat model design aku untuk satu fashion show ni. Boleh? Please!!
Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa. Yang lain semuanya banyak songeh.
Engkaulah satu-satunya kawan aku yang cantik, lawa, seksi.. Semuanya ada.”
Habis dikeluarkan ayat pujiaannya.
“Berapa
bayarannya?” soal Aliya. “Cakap sahaja berapa. Aku bayar!!” balas Lydia,
sedikit teruja. “Hmm, aku terima! Pasal bayaran tu. Aku tak kisah pun. Berapa
pun aku terima saja.” Dengan pantas Lydia memeluknya dengan erat. “Thanks
kawan! Engkaulah kawan aku dunia akhirat.” Gumam Lydia. “Hamboii.. Ooo, sebelum
ni taklah?” ujar Aliya. Lydia tersengih “Eh, mana ada, sebelum dan sekarang
tetap sama.”
“Yrwlah..”
XXX
Telefon
bimbitnya sejak dari tadi tidak berhenti berbunyi. Siapalah manusia yang asyik
menelefonnya pagi, petang, malam, tengah hari ni, bentak Shafiqah seorang diri.
Sejak telefon bimbitnya dibaiki, dia ada mengangkat Private nombor tu sekali.
Tapi hampeh, tiada sahutan yang dibalas apabila Shafiqah cuba menyoal orang
itu. Lepas tu, ada hati nak telefon banyak kali. Bisu ke?
Treettt..
treett.. Ini dah masuk kali ke-50 orang tu telefon. Shafiqah dengan geramnya
mengangkat. “Hello..!! Ni siapa, hah?!? Ada hati telefon orang banyak kali!!
Bisu ke!! Ke tak reti cakap..? Argh, sama sahaja!! Hello!! Hello!!” jerkah
Shafiqah. “Emm, ni Shafiqah ke?” soal orang itu, lemah lembut. Shafiqah mula
tersentak. Suara ni macam kenal? Dia cuba melihat nombor yang menelefonnya itu.
–Nadz- OMG!! Salah pergi jerkah. Shafiqah mula gugup. Jantungnya berdegup
dengan kencang. Malu yang teramat!
“Hello? Ni Syafiqah
ke?” soal Nadz, lagi sekali. Tut.. tut.. akhirnya talian dimatikan dengan
sengaja. Shafiqah mula merebahkan badannya di atas katil dan muka dilekapkan ke
atas bantal busuknya.
“Tidak!!!!!!!!!!!!!
Mana aku nak letak muka bila jumpa dia nanti.” Jerit Shafiqah. “Fiqa?!? Apa
tu?” soal Puan Ernita. “Tak ada apa, mak.. Tak ada apa..” *sob.. sob..*
XXX
Sepanjang
hari, Shafiqah cuba mengelak daripada bertemu dengan Nadz. Ni semua gara-gara
manusia misteri yang selalu telefon dia lah ni. Akhirnya, Shafiqah membuat
keputusan untuk menukar nombor yang baru. Hanya orang terdekat dan rapat sahaja
yang tahu nombornya. “Fiqa.. Fiqa.. Teah!!” OMJ, ingat lagi dia dengan nama tu.
Langkah kaki Shafiqah mula dimatikan. Dia kemudian membalikkan wajahnya untuk
memandang Nadz. Ke mana dia pergi hari ni, mesti lelaki tu ekori dia. Apa
masalah dia?!? Hish.. keluh hati Shafiqah.
“Errk,
kenapa? Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Shafiqah, pura-pura tidak tahu
akan hal semalam. “Semalam tu awak ke yang saya telefon?” soal Nadz. Wajahnya
cuba dikawal agar tidak keterlaluan lakonannya. “Eh, mana ada. Buat pengetahuan
awak. Saya dah tukar nomborlah.” Jawab Shafiqah. “Tapi.. semalam..” “Awak..”
panggil Qirash, entah dari mana. Oh my superman! Thanks for helping, ucap
Shafiqah dalam hati, kemudian menghampiri Qirash lalu menarik tangan Qirash
untuk masuk ke dalam dapur. Banyak lagi kerja yang nak kena buat dekat dapur
tu. Nadz mengeluh. Hampa dengan layanan Shafiqah yang cuba mengelak darinya.
XXX
“Sarah.. saya
nak awak carikan saya seorang model lelaki untuk saya yrw.” Arah Lydia. Sarah
mengangguk. “Baik bos! Tapikan saya nak bagi cadangan. Apa kata awak ambil
sahaja Anas Mikael tu? Dia pun famous juga.” Cadang Sarah, sambil
tersengih-sengih membayangkan wajah Anas Mikael itu. Lydia mencebik. “Tak
hingin saya. Mati hidup semula pun saya takkan ambil dia.” Balas Lydia, malas. Sarah
menggeleng. “Jangan.. bos.. Nanti kalau jadi laki tak tahulah saya nak cakap
apa..” seloroh Sarah. Lydia mula menjegilkan matanya dan menghadiahkan satu cubitan
‘ketam’ pada lengan Sarah yang sedikit berisi itu. “Boss.. apa ni?” ngomel
Sarah. “Jangan nak pandai-pandai! Jadi kenyataan saya cari awak!” marah Lydia.
Sarah mula memuncungkan bibirnya. Salah ke apa yang dia cakap? Eleh, bukannya
Anas Mikael hingin sangat dia. Ramai lagi perempuan dekat luar sana contohnya
macam saya Sarah, desis hati Sarah sambil berangan-angan. Lydia menggeleng
kepalanya. Entah apalah masalah pekerja dia yang seorang ni. Wayar putus!
XXX
Sebelum
balik, Shafiqah sering membersihkan dapur itu dahulu supaya kelihatan bersih
dan teratur. Dia tak suka tengak benda-benda yang bersepah sebelum dia balik.
La.. la.. la.. sambil itu sempat lagi dia bernyanyi-nyanyi. “Hai..” Nadz
tiba-tiba datang menyapa membuatkan pinggan yang dicucinya jatuh didalam
singki. Hish, mujur dalam singki. Kalau lantai jenoh nak bayar balik pinggan
yang mahal itu. Shafiqah tersenyum kelat. Adoii, apa lagi lelaki ni nak?!?
Gumamnya dalam hati. “Dah nak balik?” soalnya. Shafiqah mengangguk. “Ermm,
boleh saya tanya.. Awak macam mana sekarang?” Shafiqah menghela nafasnya.
“Okay, macam ni sahajalah. Dulu saya nak jadi chef.. And tadaaa.. I’am a chef!”
gurau Shafiqah. Nadz mula ketawa. “Dah kahwin? Ke dah ada anak?”
Shafiqah mula
bercekak pinggang. “Amboi..! Gaya saya ni nampak macam orang dah beranak pinak
ke? Lainlah orang tu. Kita single lagi. Single forever..” balas Shafiqah namun
dalam hati .. Aceh, lawaknya engkau Shafiqah! Nadz mengangguk. “Saya..? Of
course, single.. Tak ada yang berkenan lagi.” Shafiqah mula ketawa
terbahak-bahak. Lucu betul dengan ayat Si Nadz tu. “Kenapa?” soalnya. “Hey,
muka macam ni tak ada girlfriend..? Bukan awak ni buaya darat ke? Sweet
talker.. apa semua tu.” Nadz mula memuncungkan bibirnya. “Mana ada..! Saya
single. Itu dulu. Sekarang dah tahu fikir.” “Hmph..” gumam Shafiqah.
Tiba-tiba,
kelihatan Qirash berdehem di sebalik pintu dapur itu. Shafiqah mula menelan
liurnya. “Tak nak balik ke?!?” ajak Qirash. “Naklah.. kejaplah!” ujar Shafiqah
lalu membuka apron yang dipakainya itu dan digantung elok di penyakut yang
disediakan. Nadz kemudian meminta dirinya untuk pergi dari situ. Shafiqah
mengangguk kemudian melambai tangan menandakan ‘bye’.
Nadz tersenyum.
Siapa lelaki itu yrw? Kenapa mereka berdua nampak macam rapat? Bisik hati Nadz, tertanya-tanya.
TO BE CONTINUED