BAB
5
Selepas kejadian pertemuan mereka di majlis
perkahwinan Fathie tempoh hari, masing-masing masih mendiamkan diri lagi. Bila
difikirkan balik semua macam tak tahu macam mana nak mulakan semula
persahabatan yang dah lama tergendala ni. Lydia mengeluh sambil memerhatikan
telefon bimbitnya, lama.
>>Restoran Hotel Soulmate<<
>>Restoran Hotel Soulmate<<
Manakala, Shafiqah yang sedang berehat sebentar
juga turut termenung jauh. Apa yang aku nak borakkan yrw? Soalnya sendirian
sambil memandang telefon bimbitnya. Qirash yang menyedarinya mula menyapanya
dari arah belakang. “Hoi, apasal tu?” soalnya. Shafiqah menggeleng, tanda tiada
apa. “Eleh, yrwlah tu!! Macam ada masalah sahaja. Nombor siapa tu? Boyfriend
lama ke?” ujarnya membuatkan Shafiqah merenungnya tajam. “Mana ada!! Ni nombor
kawan-kawan lama sayalah.” Jelas Shafiqah. Qirash mengangguk. “SoOoo??” soalnya
lagi. “So, agak-agak awak. Apa yang patut saya buat yrw? Saya rasa kekoklah nak
jumpa mereka balik. Hari tu pun, macam terpaksa sahaja. Bukan terpaksa sebab
tak suka atau apa. Terpaksa sebab terpaksalah jawabnya..” Terang Shafiqah,
lagi.
“Inilah perempuan! Hari tu bukan main beria sahaja,
dia minta kita carikan teman-teman dia. Sekarang dah jumpa segan pula..!
Menggedik!” bebel Qirash, membuatkan Shafiqah menendang kakinya, disebabkan
terlalu geram sangat. Qirash perlahan-lahan mula menggosok kakinya yang terasa
sakit. Shafiqah kemudian menjelir lidahnya lalu kembali masuk ke dalam dapur.
“Yarh!! Ouch..!!”
XXX
Aliya yang baru masuk ke dalam kamarnya mula
duduk ditepi tingkapnya sambil memerhatikan hujan yang turun dengan lebat.
Namun, lebat lagi air mata yang mengalir jatuh ke pipi.
Setiap keringat peluh yang terasa membuatkan suhu
badannya terasa dingin sekali. Aliya mula mengambil selimutnya lalu
menyelubungi tubuh badannya yang kecil itu. Memang patut pun hari ni hujan,
ujarnya sendirian. Hatinya berasa sakit yang amat apabila Intan sengaja
memanaskan hatinya pada tempoh hari. Kata-katanya itu masih lagi
terngiang-ngiang di telinganya membuatkan Aliya mula mengepal tangannya dan
menumbuk bantal kecilnya dengan semahunya.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Aliya dengan
pantas mengambilnya dan dilihat tertera di situ nama > Playboy Malaya < iaitu
Fareyz. Aliya mengeluh. Namun, diangkatnya jua panggilan lelaki itu. “Helo...
nak apa?” ujarnya spontan. Fareyz mencebik. “Alah, garangnya buah hati kita ni.
Baru berapa hari kita tinggalkan.. Dah jadi garang macam singa..” rajuk Fareyz.
“Mengada.. nak apa call? Awak bukan sekarang dekat luar Negara ke. Kang! Kena
bayar bil mahal pula, telefon saya lama-lama ni.” Aliya sebenarnya tak ada mood
nak melayan Si Fareyz tu atau lebih tepat lagi dia kalau boleh nak lepaskan
semua kemarahannya pada Si Fareyz.
“Hmm, awak ke yang bayar bil telefon saya? Oh.. so
sweet my darling!!” Aliya mula menampar dahinya. Ergh, lelaki ni seolah-olah
macam pandai sahaja nak patahkan jiwa dan raga dia. “Helo, anybody there?”
panggil Fareyz, apabila tiada sahutan dari sana. “Fareyz.. saya penatlah! Saya
nak masuk tidur. Tahulah dekat sana tengah pagi.” Ngomel Aliya, lalu belum
sempat Fareyz berkata apa dia terus mematikan panggil tersebut. Fareyz
mengeluh.
XXX
Lydia mula memunggah barang-barangnya membuatkan
habis bersepah satu pejabatnya. Sarah yang baru masuk mula terkejut dengan
keadaan Lydia yang huru-hara itu. “Cik Lydia? Cik Lydia cari apa tu?” soalnya,
lalu mengutip kertas-kertas yang bertaburan. Lydia mula menrengus geram.
“Sarah.. Awak nampak tak kad jemputan saya untuk gala night Datuk M dengan
Datin Lisa tu? Kalau tak ada kad tu. Nampak gayanya gelaplah masa depan saya
nak kembangkan bisnes fesyen kita ni.” jelasnya yang masih lagi tercari-cari.
Sarah mula menggeleng kepalanya sambil bercekak pinggang. “Lah.. kad jemputan
tu kan ada dekat saya. Cik Lydia yang suruh simpankan. Cik Lydia lupalah tu..”
ujar Sarah, membuatkan Lydia beristighfar banyak kali. “Ya Allah, Sarah! Engkau
boleh diam sahaja. Penat saya punggah barang-barang ni. Dah awak kemas balik
barang-barang saya ni.” Sarah mula mencebik. What? Salah dia pula. Namun,
diturutkannya juga. Lagipun dia cuma kuli, nak buat macam mana.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi loceng pintu kedai
mereka menandakan ada pelanggan yang datang. Lydia keluar untuk melihat.
Alangkah, terkejut beruknya!
“Awak?!?” serentak kedua-duanya.
Anas mula memandangnya menyapah. Namun, Lydia dua
kali ganda menyampah memandangnya. “Nak apa datang sini? Mak saya ke yang
hantar awak?” soal Lydia, dalam nada tinggi. Anas ketawa sinis. “Sorry, sikit!
Aku fikir ni kedai seorang pereka fesyen designer terkenal. Tengok-tengok,
perempuan sengkek mana mai tak tahu!!” perli Anas, cukup-cukup. Hati dia
betul-betul rasa panas apabila terkenangkan peristiwa mukanya dicalit sisa
makanan tu. “Fine! Saya pun tak luak terima pelanggang macam awak! Nampak tu
pintu yang awak masuk tadi. Sila.. get lost!! For lost!!” halaunya. Anas mula
mengetap bibirnya lalu keluar dari situ. Dalam hati tak habis-habis menyumpah
perempuan itu. Tak guna punya perempuan! Dua kali engkau mainkan aku! Siap
engkau! Ada hari aku balas! Bisiknya dalam hati.
Tiba-tiba, pengurusnya datang bertanya “Eh, tak
masuk lagi?”. Anas mula menelan liurnya. Gila! Lepas kena halau nak masuk
balik. “Cepatlah, lepas ni kita ada photshoot dekat tempat lain pula. Jangan
lengahkan masa.” Tegas Encik Faruk, iaitu pengurus Anas. Anas dengan tebalnya
muka terpaksa masuk ke dalam kedai itu lagi sekali. Lydia yang terlihat
kelibatnya hampir sahaja memaki hamun lelaki itu. Namun, dilihatnya ada lelaki
lain turut bersamanya. “Ehh, Encik Faruk.. encik buat apa dekat sini? Nak datang
ambil baju yang encik tempah hari tu ke?” soal Lydia, dengan senyuman manisnya.
Encik Faruk mengangguk. “Actually, baju tu untuk Anas.. You kenal tak dia?”
ujar Encik Faruk sambil menunding jari ke arah Anas yang menyorok-nyorok di
belakangnya. Lydia tersenyum sinis. “Ooo, yaka! Tak pun! Tak kenal..” balas
Lydia selamba lalu membawa keluar baju yang ditempah mereka itu. “Ayoyo, takkan
tak kenal kowd? Famous ni!! You kan fesyen designer…” ujarnya dengan agak
terkejut.
Tak famous perempuan ni kata!! Kurang ajar, aku
famous kowd, bentak hati Anas. Lydia menggeleng. “Sorry, encik! Saya memang tak
ambil tahu pasal bintang-bintang yang tak terserlah ni.” gumam Lydia, lalu
menyerahkan baju yang ditempah mereka itu dengan agak kasar. Anas diam membisu.
Takkan nak balas kowd! Pengurus dia dahlah ada dekat sini. Kang, kena marah
pula sebab tak jaga tingkah laku depan peminat.
Encik Faruk menggeleng. Aish, kena asah lagi
bakat Si Anas ni! Tak boleh jadi ni! Bisik hati Encik Faruk. Anas kemudian
mengambil baju itu dan mencubanya di bilik persalinan. Setelah selesai
memakainya dia keluar dari bilik itu dengan penuh bergayanya.
Hampir tercekik Lydia dengan air liurnya sendiri,
ketika memandang ke arah Anas yang terlalu segak bergaya itu. Namun,
pandangannya cepat-cepat dikalihkan ke arah lain supaya jantungnya berhenti
berdegup dengan kencang. Sarah yang baru selesai mengemas pejabat Lydia mula
keluar dengan perasaan teruja. Sejak bila pula Anas Mikael iaitu model terkenal
dan kadang-kadang ada juga berlakon ada dekat sini? Hampir luruh jantung Sarah
dibuatnya. “Wah!! Awak ni Anas Mikael kan?” ujar Sarah, teruja menyebabkan Anas
mula menjadi tidak selesa. Lydia mula mencubit lengan Sarah membuatkan Sarah
menjerit kesakitan. “Sarah.. Don’t be so overreacting sangat, okay!! Behave
yourself..” bisik Lydia di telinga Sarah. Sarah mula memuncungkan bibirnya dan
senyap. Encik Faruk mula ketawa terbahak-bahak. “Alah, tak apalah Cik Lydia.
Itulah namanya yang Anas ni memang famous.” Jelasnya.
Lydia tersengih. Sengih terpaksa!
Selesai membuat bayaran, mereka pun beredar dari
butik Lydia tersebut. Kerdengaran keluhan kecil keluar dari mulut Sarah,
membuatkan Lydia mengalih pandangannya ke arah Sarah. “Ini semua salah Cik
Lydialah ni. Kalau tak tadi.. Saya dah dapat bergambar dengan pujaan Malaya
saya, Anas Mikael.” Rajuknya. Lydia mula mengangkat keningnya “Jangan nak
mengada! Dia orang paling tak guna dalam alam semester ni. Entah apalah yang
korang semua nampak dekat dia tu.” Jelas Lydia apabila terkenangkan ayat-ayat
Anas yang cuba mengajak dia masuk ‘BILIK’ tu. No manner at all!
“Dahlah! Daripada saya melayan kerenah awak ni.
Baik saya pergi siapkan baju saya untuk malam ni.” ujar Lydia.
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 5 ni. And nantikan untuk Bab 6 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니 dan Aliya Mohamad dah siapkan cerpen dia.. Jangan Tinggalkan Saya..!!