Tup!
Tap! Tup! Tap! *bunyi tapak kasut tinggi sdg berjalan*
Yah!
Dush! Dush! *bunyi org sdg berlawan antara satu sama lain*
“Yah!!”
jerit Jihyo membuatkan semua orang yang berada disitu berhenti berlawan. Semua
orang tergamam seketika. Dengan perlahan-lahan Jihyo mula membuka kaca mata
hitamnya lalu menghampiri salah seorang daripada mereka. Mungkin saja orang itu
ialah ketua kumpulan bagi samseng lagi satu itu. “Siapa hantar awak semua ni
datang ke sini, hah?” soal Jihyo. Lelaki itu diam tanpa berkata apa-apa. Jihyo
berasa berang lalu menarik rambut lelaki itu menyebabkan lelaki itu mengerang
kesakitan. “Saya ulang lagi sekali soalan saya!! Siapa hantar.. awak semua ke
sini?!?” laung Jihyo dengan kuat.
Lelaki
itu kemudian berkata “Jangan harap saya akan beritahu awak!!” balasnya lalu
meludah air liurnya ke tapak kasut milik Jihyo. Konco-konconya mula berasa
tercabar akan tindakkan lelaki itu. Apatah lagi Jihyo sendiri.
Dush!
Satu tumbukkan padu hinggap diperut
lelaki itu menyebabkan dia jatuh menyujud dikaki Jihyo dimana tempat dia
meludah tadi. Jihyo kembali memakai kaca
matanya lalu beredar dari situ dengan penuh gaya.
“Kill them!” arahnya sebelum pergi.
XXX
Sukjin mula menampar meja itu dengan
kuatnya. Sakit? Sakit lagi hati ini. “Macam mana boleh jadi macam ni?!?”
bentaknya, tidak puas hati. “Appa! Ini tak boleh jadi ni. Kalau terus-terusan
begini macam mana dengan kehormatan kita? Tidak pasal-pasal nanti kawasan kita
mungkin akan jadi milik mereka.” Jelas Joongkook. Haha turut sama menambah
“Betul tu hyeong! Cuba dengar cakap anak hyeong, Joongkook tu. Kita kena buat
sesuatu. Kalau tak.. naik lemak mereka tu!”. Sukjin diam membisu sambil
memandang ke arah Gary. Dia sejak dari tadi boleh lagi menyandar di dinding
sambil mendengar lagu.
“Gary!!” Gary yang sejak dari tadi
memang langsung tidak fokus mula terkejut apabila Appanya memanggil namanya.
“Appa nak kamu buat sesuatu dengan hal ni!” ujar Sukjin. Gary mengeluh.
Asyik-asyik dia. Joongkook kan ada, bisik hati kecilnya.
“Stress..”
XXX
Di sebuah gym milik Joongkook..
Joongkook mula menumbuk ‘punch bag’
yang berada di gymnya itu dengan sekuat hati. Hatinya berasa geram. “Hish, tak
habis-habis Gary..! Sikit-sikit Gary!” bentak hati Joongkook. Haha
perlahan-lahan menghampiri anak saudaranya itu. “Waeyo, Joongkook?” soal Haha,
dengan lembutnya memegang bahu Joongkook. Joongkook menggeleng sambil memeluk
tubuh. “Saya tahu apa yang awak tengah fikirkan sekarang. Mesti sebab Gary kan?
Yrwlah, saya tengok Sukjin hyeong tu suka sangat lebihkan Gary dari awak.
Padahal, awak pun anak dia juga. Isy.. Isy.. memang tak adil sungguh Sukjin
hyeong tu.” Jelas Haha.
“Ajeossi (Uncle), saya kadang-kadang
tak faham dengan Appa tu. Padahal, saya ni anak sulung dia. Bukan ke anak
sulung yang dilebihkan dulu sebelum yang bongsu.” Ngadu Joongkook. Haha
perlahan-lahan mengusap belakang Joongkook sambil tersenyum sinis. “Sabarlah,
wahai anak saudaraku..”
XXX
“Ha.. Ha.. Jihyo anak Appa. Mari sini
kamu.” Ujar Jaesuk sambil memeluk anak perempuannya itu dengan eratnya, tatkala
mengetahui dia sudah pun pulang. “Appa.. Appa..” ujar Jihyo dengan penuh
gembira. Maklumlah, dah dua tahun lebih juga tak jumpa Appanya. Dia terlalu
sibuk dengan urusan bisnes mereka diluar negara. “Tahniah, anakku! Appa, ada
sesuatu untuk kamu.” Ujar Jaesuk. Jihyo mula membulatkan matanya. Sesuatu?
Apakah? “Kwangsoo, appa nak kamu ambil satu kertas ni dalam peti keselamatan
appa dalam bilik tu.” Kwangsoo tanpa banyak soal pergi mengambilnya.
Setelah beberapa minit kemudian, dia
kembali dengan wajah yang hambar. Jaesuk cuba mengambil kertas itu namun,
Kwangsoo seolah-olah tidak mengizinkannya sahaja. “Yah, Kwangsoo!” tegas
Jaesuk. Kwangsoo dengan perlahan-lahan melepaskannya. “Ini untuk kamu, anakku.”
Jihyo perlahan-lahan membacanya. Wajahnya mula berubah dengan serta merta.
Surat serah kuasa..
Dengan ini, saya Yoo Jaesuk
menyerahkan semua kuasa/harta saya pada anak perempuan saya iaitu Jihyo. Segala
kepercayaan, saya letakkan padanya. Dengan ini, dia layak mengarahkan sesiapa
saja. Sekian~
“Appa! Ini tak adil!” bentak Kwangsoo
akhirnya. Jihyo mula terkejut dengan suara keras dongsaenya itu. “Saya ni macam
mana? Saya ni pun anak Appa juga.” “Kamu tak layak, Kwangsoo!” ujar Jaesuk.
“Appa!!” Kwangsoo dengan geramnya merentap kolar baju Appanya, Jaesuk. Jihyo
dengan pantas cuba menangkis perbuatan Kwangsoo itu namun gagal. “Yah!
Kwangsoo.. berani kamu buat Appa macam tu! Yah!!” Kwangsoo dengan geramnya
melepaskannya lalu beredar keluar dari rumah itu. “Appa, appa tak apa-apa?”
soal Jihyo. Jaesuk menggeleng. Jihyo mengeluh.
Dia sendiri tahu yang kadang-kadang
Appanya itu seolah-olah suka sangat melebihi dia lebih dari Kwangsoo.
Hakikatnya dia merasakan yang Kwangsoo lebih layak berbanding dirinya.
“Appa.. apa kata..” belum sempat Jihyo
ingin menyuarakan pendapat dia Jaesuk sudah pun memotong “Apapun yang terjadi
kamu lebih layak! Appa tahu apa yang appa lakukan.” Terang Jaesuk, tegas. Jihyo
kemudian mengangguk.
XXX
Di sebuah kelab malam..
“Hai, awak. You look so beautiful
today. Boleh saya berkenalan?” soal Joongki sambil menghadiahkan gadis itu
sejambak bunga ros. Gadis-gadis itu mula tersenyum riang tatkala ada jejaka
muda + kacak yang sudi mengorat mereka. “Janganlah malu-malu..” pujuk Joongki
lalu menarik tangan gadis itu dan menciumnya.
Pap! Dengan drastiknya dia merasakan
ada orang yang datang dan menarik telinganya dengan agak kasar. Joongki mula
meraung kesakitan. Gadis-gadis itu dengan pantas melarikan diri tatkala
memandang jelingan maut dari Jihyo itu. “Arr.. arr.. Honey boo.. Lama tak
jumpa..” ujar Joongki sambil memegang telinganya minta dilepaskan. Jihyo
tersenyum lalu melepaskannya dengan satu pulasan. Habis merah telinga Joongki
dibuatnya. Ganas sungguh yeoja chingu aku ni, bisiknya dalam hati. “Awak.. Awak
buat apa dekat sini, hah!” soal Jihyo dengan wajahnya yang geram. Joongki
dengan pantas mula mengatur ayat manisnya. “Alololo, janganlah marah. Nanti
cepat berkedut awak tahu tak.” Pujuknya sambil mencubit kedua belah pipi Jihyo
itu. Jihyo dengan pantas menepisnya. Joongki mula mencebik.
“Joongki, saya malas nak bertekak
dengan awak sekarang. Saya ada tugas untuk awak.” Ujar Jihyo, serius. Joongki
mula mengangkat keningnya. Mukanya juga berubah menjadi serius.
XXX
na hol-lo oe-ro-wŏ-jin bam-e (The night I become
lonely)
mo-dŭn ‘ge bŏ-gŏ-wŏ-jin bam-e (The night everything
becomes a burden)
I love you I need you
You ne-ga p’i-ryo-hae (You…I need you)
>> Kang Gary-Lonely Night<<
Gary perlahan-lahan mula menyanyikan lagu itu. Sedap
pula lagu ni kalau dengar lama-lama, bisik hati kecilnya.
Sementara itu…
Hurh! Hurh! Hurh! Dengan tercungap-cungapnya dia
berlari sepantas kilat yang mungkin. “Kejar perempuan tu! Kejar dia!” Kedebuk,
akhirnya dia jatuh tersebam mencium tanah. Kakinya terseliuh menyebabkan dia
langsung tidak dapat bangun lagi. Dua orang lelaki yang kejarnya tadi mula
menghampirinya sambil ketawa besar. Gadis itu kelihatan takut. Dia mula
mengundur ke belakang setapak demi setapak. “Tolong!!” jeritnya. Lelaki-lelaki
itu kemudian mencekup mulutnya dan memegang lengannya dengan agak kasar. Gary
yang berada berhampiran dengan kawasan itu datang menyelamat.
“Yarh!! Lepaskan perempuan tu!!” jerit Gary.
Dua orang lelaki itu memandangnya sinis. Salah
seorang daripada mereka mula memberikan amaran pada Gary. “Jangan masuk campur
kalau awak tak nak kena belasah dengan kita orang!”. Gary dengan tidak
teragak-agaknya menghadiahkan lelaki itu satu tumbukkan padunya pada wajah lelaki itu membuatkan dia rebah
jatuh ke tanah. Bermulalah agenda tumbuk menumbuk. Akhirnya, dua orang lelaki
itu mengalah dan lari dari situ. Gary
dengan pantas menghampiri gadis itu.
“Awak tak apa-apa?” soal Gary sambil memeriksa tubuh
badan wanita itu. Gadis itu mula menunjukkan buku lalinya yang terasa kebas.
Gary dengan pantas memegangnya membuatkan gadis itu mengerang kesakitan.
“Sorry, tak sengaja! Nama awak siapa?” soal Gary lagi.
“Jihyo..”
Dilihatnnya raut wajah yang comel itu. Hatinya
tiba-tiba terasa diusik dengan satu perasaan. Tapi entahlah perasaan apakah
itu?
XXX
“Arghhhh!” Kwangsoo dengan sengajanya membaling
cawan yang dipegangnya itu keatas lantai. Orang ramai yang berada di kelab
malam itu mula memandangnya pelik. “Hey!” marah pelayan bar itu. Kwangsoo
memandangnya tajam. “Dengar sini semua! Saya ada pengumuman yang saya nak buat
pada anda semua.. Sebenarnya saya ni anak kepada ketua samseng yang hebat tu..!
Tapi kenapa bukan saya yang dapat harta bapa saya tu, hah!!” laung Kwangsoo,
dalam keadaan mabuk. Dia dengan terhuyung hayan cuba untuk berdiri dengan
eloknya tapi gagal lalu rebah.
“Yah!! Kwangsoo!” Jihyo dengan pantas menghampiri
adiknya yang sedang mabuk itu. Kwangsoo dengan kasarnya menolak kakaknya itu
sehingga terjatuh. Konco Jihyo mula membantunya untuk bangun. Jihyo dengan
geramnya menarik adiknya itu untuk keluar dari tempat itu.
“Awak ni tak faham bahasa ke! Merayap saja kerja
awak.” Bebel Jihyo sambil memapahnya masuk ke dalam kereta. “Memang! Memang
saya ni kaki merayap.. Dah saya tak ada kerja apa nak buat. Appa tuuuuu..
selalu lebihkan awak! Saya ni layak dapat saki baki saja.” Luahnya. Jihyo tahu
Kwangsoo senang sangat luahkan perasaannya apabila dia berkeadaan mabuk
sebegitu. Jihyo mengeluh. “Siwan, tolong hantar Kwangsoo pulang.” Arah Jihyo
pada Pembantu Peribadinya itu. Siwan dengan pantas mengangguk. “Arrr.. andwae..
saya tak nak balik.. Andwae!!” renggek Kwangsoo dalam kereta. Jihyo hanya mampu
menggeleng kepalanya tatkala melihat kereta itu berlalu pergi.
“Kalaulah, engkau tahu betapa terseksanya nuna
sekarang.” bisiknya seorang diri.
XXX
Kwangsoo yang terjaga dari tidurnya mula memegang
kepalanya yang terasa berdenyut. Dekat mana aku sekarang ni, bisiknya sambil
melihat keadaan sekeliling.
ZUpp!! Satu sinaran cahaya mentari memancar tepat
kena matanya. “Hey!!” marah Kwangsoo. “Maaf Tuan Kwangsoo.. Tuan Jaesuk panggil
tuan turun makan.” Ujar pembantu peribadi appanya, Kwang Gyu. Kwangsoo
mengeluh.
Di meja makan
Semua orang kelihatan tegang saja.
“Jihyo, macam mana dengan plan kamu tu?” Jihyo mula
terasa tersedak tatkala Appanya bertanyakan soal itu dihadapan Kwangsoo. Siwan
yang berada disebelah mula menuangkannya air suam lalu menyerahkannya pada
Jihyo. Jihyo meneguknya dengan rakus sekali. “Okay.. Baik-baik saja.” Balas Jihyo
sambil memerhatikan riaksi Kwangsoo disebelah.
“Macam itulah anak kebanggaan Appa.” Puji Jaesuk.
Prapp! Diletakkannya sudu dan garfu yang dipegangnya dengan kasar. “Kamu nak ke
mana tu, Kwangsoo?” soal Jaesuk. “Ke mana saja.. Yang pasti jauh dari pandangan
Appa!” jelasnya lalu beredar keluar. “Erkk, Appa. Jihyo minta diri juga yrw.”
Pinta Jihyo, lalu mengejar adiknya itu. Jaesuk mengeluh. “Kwang Gyu, adakah
tindakkan saya selama ini salah dalam mengajar anak-anak saya.” Kwang Gyu
mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu. “Hish, kamu tu semuanya tak
tahu. Apa yang kamu tahu?” Kwang Gyu mencebik.
XXX
Tok! Tok!
“Masuk!” panggil Sukjin.
“Hai.. hyeong.” Sapa Haha. Sukjin mengeluh. “Engkau
nak apa datang jumpa aku ni, hah?” soal Sukjin menyampah. “Hish, hyeong. Macam
tak suka saja saya datang jumpa hyeong ni.” Ngomel Haha. “Memang pun. Engkau
kalau jumpa aku mesti minta duit.. Sikit-sikit duit.” Bentak Sukjin. Haha mula
tersenyum sengih. “Hehe, maaflah hyeong. Saya bukannya buat apa-apa pun dengan
duit tu, untuk bisnes kita juga.” Jelas Haha. “Yrwlah, macam mana perniagaan
kita akhir-akhir ni?” soal Sukjin ingin tahu. “Macam biasalah. Baik-baik saja.
Cuma akhir-akhir ni macam down sikit. Orang dah kurang percaya dengan kita
menyebabkan mereka pergi pada Keluarga Si
Jaesuk tu lebih daripada kita.” Jelas Haha, sengaja membangkitkan kemarahan
Sukjin.
“Apa!!” bentaknya.
“Sabar, hyeong!” pujuk Haha. “Aku dah lama sabar
dengan Jaesuk tu. Dari dulu sampai sekarang! Tak habis-habis nak kacau line
aku! Siap dia!” bebel Sukjin. “Hyeong, apa kata kita serang gudang utama mereka
tu?” cadang Haha. Sukjin mula memandangnya serius. Macam bagus juga idea tu.
XXX
Di gudang milik keluarga Jaesuk.
“Kwangsoo, nuna nak cakap sikit dengan kamu ni.
Tunggulah!” jerit Jihyo. “Nuna sudahlah. Saya banyak lagi kerja nak kena buat
dekat gudang tu!” jelas Kwangsoo, lalu menarik lengannya semula dari genggaman
kakaknya itu. “Kwangsoo!!”
Vrroooommm, tiba-tiba satu kereta jip berwarna hitam
berhenti betul-betul dihadapan Kwangsoo membuatkan mereka berdua tergamam. Haha
turun bersama dengan konco-konconya yang lain dengan membawa beberapa batang
kayu basebol. Kwangsoo perlahan-lahan berundur ke belakang untuk menjaga
kakaknya itu. Jihyo dengan eratnya memegang lengan baju adiknya itu, takut.
Walauapapun, yang terjadi dia tetap seorang perempuan. Tambahan pula, sekarang konco-konco
mereka tidak berada bersama mereka. “Ha.. Ha.. Ha.. tengoklah dua orang makhluk
yang sedang menggigil ketakutan ni. Takut ke?! Takut ke?!?” cemuh Haha.
Kwangsoo mula mengetap bibirnya menahan marah.
“Siapa awak semua ni, hah?” soal Kwangsoo. “Kami?
Ermm.. Siapa kami ni, hah?” ujar Haha sengaja. “Tanya nuna kamu tu! Dia yang
kacau bisnes kami tempoh hari. Sekarang sudah tiba masanya kami balas ia balik.
Ayuh!” arah Haha. Mereka mengangguk kemudian berpecah. Dua orang mengawal
Kwangsoo dan Jihyo, manakala lagi tiga orang cuba untuk membakar gudang mereka
itu. “Jangan!!” jerit Jihyo. Namun begitu, dia ditolak dengan kasar oleh mereka
membuatkan dia terdorong ke belakang. “Nuna!!” Kwangsoo dengan geramnya
menumbuk lelaki itu. Namun, apakan daya seorang lawan dua, tiga orang. Habis
bertubi-tubi Kwangsoo disepak, diterajang dan akhir sekali kepalanya dipukul
dengan kayu basebol.
“Hahaha.. padan dengan muka kamu semua! Kami gerak
dulu yrw.. Annyeong..” ujar Haha, lalu beredar dari situ. “Kwangsoo!!” Jihyo
dengan pantas menerpa ke arah Kwangsoo yang cedera parah itu. “Hello, Siwan!
Saya nak awak datang ke sini, sekarang juga!” telefon Jihyo.
“Kwangsoo, bertahanlah adikku..” Dilihatnya berdarah
yang mengalir banyak dikepala Kwangsoo itu.
XXX
“Ajeossi.. Ajeossi pergi mana tadi?” soal Joongkook,
hairan. “Ha.. Ha.. Joongkook.. Joongkook.. Ajeossi ada tugas menarik untuk
kamu.” Ujar Haha, sambil ketawa besar. “Tugas?” soal Joongkook. “Ajeossi
percaya kalau kamu yang boleh buat tugas ni. Appa kamu mesti rasa bangga kalau
kamu buat.” Jelasnya. Joongkook yang mendengarnya mula berasa tertarik.
XXX
Dengan pantas, doktor dan nurse itu menolak
pengusung itu masuk kedalam wad kecemasan secepat yang mungkin. “Maaf, cik. Cik
tak boleh masuk kedalam.” Tegas jururawat itu. Jihyo mula berasa sebak. Siwan
yang berada disebelah hanya mampu mengusap belakang badan Jihyo saja. “Sabarlah
cik.” Tenangnya.
Selepas beberapa minit kemudian, Jaesuk datang
dengan pembantu peribadinya Kwang Gyu dan konco-konco mereka yang lain.
“Jihyo?? Apa yang dah berlaku ni?” soal Jaesuk khuatir. “Appa!!” *sob sob*
Jihyo menangis semahu-mahunya didalam pelukkan Appanya tanpa berkata apa-apa.
Jaesuk kemudian memandang Siwan minta penjelasan yang nyata. Siwan dengan tidak
teragak-agak menceritakan semuanya pada tuannya itu. Jaesuk perlahan-lahan
menumbuk dinding hospital itu. “Appa! Apa yang appa buat ni?” ujar Jihyo,
khuatir dengan tindakkan appanya itu. “Mereka memang sengaja buat macam tu!
Berani dia sentuh anak-anak Appa! Mereka tu harus diberi pengajaran yang
setimpalnya.” Laung Jaesuk.
Dalam waktu yang sama, doktor yang berada didalam
wad kecemasan itu keluar untuk memberi keterangan. “Awak semua ni ahli keluarga
pesakit ke?” Jaesuk dan Jihyo mengangguk dengan pantas. “Maaf encik.. Anak
encik telah mengalami pendarahan yang teruk di kepala menyebabkan pembedahan
segera terpaksa dilakukan.” Jihyo yang mendengarnya mula terasa ingin pitam
menyebabkan Jaesuk memegangnya dengan kuat disebelah. “Kalau pembedahan ini
dijalankan. Adakah anak lelaki saya akan sihat semula?” soal Jaesuk ingin
kepastian. “Tengok pada kemampuannya dalam melawan kesakitan itu. Mungkin dia
berjaya tapi koma untuk beberapa hari atau dalam tempoh yang lama. Atau mungkin
saja pembedahan ini tidak berhasil dan menyebabkan kepada KEMATIAN.” Jelas
doktor itu panjang lebar. Jihyo yang berada disebelah sudah menitiskan air
mata. Dia sayang benar dengan adiknya itu walaupun Kwangsoo selalu saja berasa
tidak puas hati dengannya.
“Baiklah, saya setuju dengan pembedahan ini!” ujar
Jaesuk, muktamad. Jihyo ternganga. “Appa!! Apa yang appa katakan ni?” Jaesuk
memandang anaknya itu sayu. “Kwangsoo harus menjalankan pembedahan ni kalau nak
dia terus hidup!!” tegas Jaesuk.
XXX
“Hey, Gary. Aku tengok engkau akhir-akhir ni macam
kuat mengelamun saja.” tegur Bomi (Apink). Gary mula tersengih sambil mengusap
belakang tengkongnya. “Hehe, mana ada!” ucapnya malu-malu. Padahal, hanya
hatinya sendiri saja yang tahu apa yang tengah dia rasakan sekarang ni. Hyorin
(Sistar) yang baru saja datang bersama Gaeko mula menyampuk. “Hah! Aku tahu..
ni mesti engkau dah jatuh cintakan?” Gary mula membulatkan matanya tanda
terkejut. Dia cepat-cepat menggeleng *cuba untuk menafikan hal yang benar*.
Seolhyun (AOA) kemudian datang dengan membawa sedulang air lattle dan cappuccino
yang dipesannya tadi di kaunter. “Ni untuk oppa.. ni untuk Seolhyun.” Ucap
Seolhyun dengan penuh keayuaan. Gary kemudian mengucapkan terima kasih padanya.
Mereka yang lain mula tersengih-sengih memandang dua merpati sejoli yang
terlebih manisan itu.
Gary memandang mereka pelik. Dah kenapa mereka ni?
bisiknya dalam hati.
Perjalanan pulang ke rumah.. Rumah Seolhyun dan Gary
dekat saja. Jadi Gary memang selalu akan teman Seolhyun balik. Itu pun kalau
Gary tak ada kerja lain.
“Emm, oppa. Tadikan.. mereka kata oppa dah jatuh
cinta. Kalau boleh Seolhyun nak tahu. Siapakah gadis yang bertuah tu??” soal
Seolhyun malu-malu. Gary mula memandangnya. Patut ke aku beritahu dia? “Emm..
sebenarnya.. orang tu..” Tiba-tiba, mata Gary tertacap pada seorang gadis ini,
yang gayanya seolah-olah cuba untuk membunuh diri dengan melintas jalan sewaktu
kereta sedang bergerak banyak.
“Hati-hati..!!” jerit Gary, lalu menyelamatkan gadis
itu dari bahaya. Dia kemudian memandang gadis itu dengan wajah bengis sekali.
Tapi marah dia tak jadi apabila dia lihat, gadis itu ialah Jihyo. “Awak?!?”
ucapnya. Jihyo menangis dengan teresak-esak.
Akhirnya, mereka tiba di rumah Seolhyun. Mujur
keluarga Seolhyun tak ada di rumah, katanya ke luar Negara. Jadi bolehlah
Seolhyun bawa masuk orang luar sesuka hati.
“Minum air suam ni dulu.” Semawa Seolhyun. Jihyo
perlahan-lahan meneguk air itu. “Awak kenapa ni? Kenapa setiap kali saya jumpa
awak, mesti ada saja luka dekat badan awak ni.” soal Gary, ingin tahu. Jihyo
mula tersendu sendan menahan tangisan. “Saya.. saya.. saya ada masalah dengan
along. Hidup saya tak tenteram!! Hutang keliling pinggang. Hidup saya
betul-betul terancam..!” jelas Jihyo. Gary memandangnya dengan penuh rasa
kasihan. “Kenapa awak pinjam duit dengan along?” soal Gary, lagi. “Adik saya
tak sihat. Jadi saya perlukan duit yang banyak untuk biayai kos rawatannya
sebab tu saya pinjam duit dekat along. Masalah sekarang hutang saya tu terlalu
banyak. Saya cuba nak bayar balik. Namun, setiap kali saya dikecam mesti saya
akan dipecat menyebabkan duit gaji yang saya peroleh selama ini tak mencukupi.”
Terangnya panjang lebar.
“Seolhyun.. boleh tak Jihyo tinggal dengan awak
sementara waktu ni?” pujuk Gary. Berkerut-kerut wajah Seolhyun. Dahlah dia tak
kenal siapakah wanita itu? Lepas tu, kenapa Gary ni macam kenal gila dengan wanita
tu. Padahal, Gary tak pernah bergaul dengan orang lain selain mereka iaitu dia,
Bora, Gaeko dan Hyorin. “Tapi...” Seolhyun cuba mencari alasan. Gary cuba dan
terus mencuba memujuk Seolhyun sehinggalah Seolhyun bersetuju dengan permintaan
Gary itu. “Emm, saya jaga dia sampai ibu bapa saya pulang dari luar Negara
saja. Lepas tu, dia kena keluar dari rumah ni. Kalau tak nanti keluarga saya
mesti tanya dia ni siapa.” Gary mengangguk. Itu sudah memadai untuk dia buat
masa ni.
Seolhyun kemudian membawa Jihyo masuk kedalam bilik
tetamu selepas Gary meminta dirinya untuk pulang. “Ini bilik awak buat masa ni.
Kalau nak apa-apa awak boleh minta dekat saya atau pembantu rumah dalam rumah
ni.” Jihyo mengangguk mendengar penjelasan Seolhyun itu. “Ermm, hujung sana
bilik saya. Depan awak ni bilik kerja ayah saya, So, saya harap awak tak usik
bilik ni sebab dia tak suka. Even, saya pun tak boleh masuk.” Jelas Seolhyun
lagi. Setelah tiada apa-apa untuk dikatakan dia pun meminta diri. “Sejam lagi
kita jumpa dekat meja makan. Awak rehatlah dulu.”
Di dalam bilik itu, Jihyo memerhatikan setiap sudut
hiasan di dalam bilik itu dengan perasaan penuh rasa kagum. Nice! Tiba-tiba,
telefon bimbitnya berbunyi. “Hello.. appa. Hmm.. emm.. Jihyo baik-baik saja.
Appa jangan risau. Jihyo tahu apa yang Jihyo tengah buat sekarang. Jihyo akan
pastikan.. Hidup mereka hancur berkecai!!” tegas Jihyo.
XXX
“Hyeong.. nampak appa tak?” soal Gary. Joongkook
memandangnya sinis. “Entah. Tak pernah-pernah engkau cari appa. Apasal?” soal
Joongkook, hairan. “Aku ada something nak cakap dengan Appa.” Jelasnya, serius.
“Hey!! Engkau tak payah nak buat muka seriuslah dengan aku. Urusan apa yang
engkau nak cakap dengan orang tua tu?!? Beritahu aku dulu.” Rentap Joongkook
pada kolar baju Gary. “Hyeong! Apa masalah hyeong ni?!?” bentak Gary lalu
menarik kolar bajunya semula.
“Hey..!! Apa yang korang bisingkan ni, hah?!” tegur
Sukjin bersama Haha disebelah. “Appa.. Gary ada sesuatu nak cakap dengan appa.
Boleh tak Gary pinjam duit sikit dari appa?” pinta Gary.
Di dalam pejabat Sukjin.
“Kamu nak duit? Untuk apa?” soal Sukjin, hairan.
“Errk, adalah appa. Kalau ada duit nanti saya bayar balik.” Rayu Gary. “Boleh
tapi dengan satu syarat.. kalau kamu ikut apa yang appa katakan ni.. Appa tak
kisah nak bagi duit tu free.. free saja pada kamu.” Gary mula tergamam. Dia
paling tak suka kalau Appanya meletakkan syarat disaat dia betul-betul perlukan
wang itu. Namun, apabila difikirkan gadis yang tidak berdaya di rumah Seolhyun itu
Gary pun bersetuju dengan Appanya. “Baiklah, Appa nak kamu dapatkan balik hak
kawasan kita yang telah dicuri oleh keluarga Jaesuk. Kawasan tu adalah
Pangkalan SBS.. Pangkalan paling sesuai untuk berdagang dadah, senjata dan
sebagainya. Faham! Tempohnya adalah selama 3 hari.” Jelas Sukjin. Gary mula
mengetap bibirnya erat. Dia sebenarnya tak suka nak masuk campur urusan
gangster ni. Dia lebih dambakan kehidupan normal seperti orang lain. No guns!
No drug!
:: Skip ::
Semua plan telah dirancang. Pada malam itu, Gary
akan menyerang pangkalan itu secara senyap-senyap. Dengan bertemankan pistol
sniper, Gary lebih gemar bertindak seorang diri tanpa bantuan konco-konconya
yang lain. Perlahan-lahan, dia menembak seorang demi seorang pengawal-pengawal
yang menjaga tempat itu. Kemudian, Gary perlahan-lahan menuju masuk ke dalam
kapal dimana orang akan berdagang didalam kapal itu dan membuat rundingan. Di
situ, Gary terdengar suara-suara orang sedang bermesyuarat dan Gary ternampak
kelibat seorang perempuan berada di tengah-tengah meja sidang itu. Seolah-olah,
dialah ketua bagi persidangan itu. Namun begitu, wajah gadis itu dihalang oleh
kepala-kepala orang yang turut sama berada di meja itu membuatkan Gary
tertanya-tanya siapakah wanita itu.
“Cik J.. bila barang kami boleh sampai..!! Kalau
terus-terusan macam ni. baik awak turun takhta dan serahkan kuasa awak pada
keluarga Sukjin.” Bentak salah seorang daripada mereka. Gadis itu berasa
berang. “Fine!! Silakan.. saya tak kisah. Untuk pengetahuan awak, saya pun nak tengok
sejauh mana kelurga Sukjin tu boleh memimpin awak semua. Setahu saya, waktu dia
memerintah awak semua banyak yang kena masuk lokap. Kenapa? Sebab dia tu tak
pandai nak jaga kawasan dari polis.. Betul tak?” ujar gadis itu sinis. Semua
orang kembali diam membisu. “Dengar sini.. saya bukan nak lambatkan kerja saya.
Tapi baru-baru ni gudang utama kami diserang oleh beberapa orang gangster ni.
Saya tak berapa pasti mereka tu dari keluarga mana. Jadi saya minta tempoh
untuk korang semua bersabar. Jangan risau! Buat masa ni saya akan bayar ganti
rugi untuk korang semua. Faham!!” jelas gadis itu kemudian meminta mereka untuk
bersurai.
Gary dengan cepat-cepat naik ke atas dek kapal
semula untuk bertemu dengan gadis itu sebab dia tahu mungkin gadis itu yang
berkuasa untuk pangkalan SBS ni dan dia ingin berunding dengan gadis itu agar
gadis itu memberi kuasa pada appanya semula untuk berdagang di pangkalan ini.
“Hey!! Tunggu!!” tegur Gary. Kalau dia lelaki dah
lama Gary tembak sampai mati. Senang habis cerita~ Tapi.. mujur dia perempuan.
Gary ada protokol dan prinsip dia. Jangan sesekali serang atau tembak seorang
wanita! Gadis itu berhenti melangkah. Namun, tidak menoleh ke belakang. “Siapa
awak? Saya datang ada hajat..” ujar Gary. Pembantunya disebelah menjawab “Hajat
apa?” Gary berasa curiga. “Saya nak awak beri keizinan untuk keluarga Sukjin
berdagang dekat pangkalan ni semula. Gadis itu perlahan-lahan tersenyum sinis.
“Maaf.. itu dah melanggar perjanjian!” ujar pembantunya lalu mereka melangkah
pergi. Namun begitu, Gary dengan pantas melepaskan satu das tembakan pada kaki
pembantunya itu membuatkan pembantunya itu rebah. Gadis itu terkejut dan dengan
pantas mengelurkan pistolnya dan mengacunya tepat pada kepala Gary.
Gary terkejut memandang wajah itu.
“Awak?!?”
Gadis itu tersenyum sinis. “Yrw.. saya..? kenapa?”
“Tapi.. tapi.. awak..” tergagap-gagap Gary apabila
melihat gadis dihadapannya adalah Jihyo, orang yang dia cintai. Jihyo
perlahan-lahan menghampirinya setapak demi setapak menyebabkan Gary berundur ke
belakang dan akhirnya melepaskan senjatanya ke bawah. “You’re so weak, young
boy! Buat pengetahuan awak. Awak tak sama macam keluarga awak yang lain.
Tapi... awak sesuai untuk jadi umpan buat saya.” Jihyo dengan pantas mengelurkan
garinya dan menggari kedua belah tangan Gary dan membawanya pergi dari situ.
:: Skip ::
Di sebuah gudang lama
Gary perlahan-lahan membuka matanya dan melihat
keadaan sekeliling. Tiba-tiba, dia terkejut melihat Seolhyun yang berada
disebelahnya. “Seolhyun, awak? Macam mana awak ada dekat sini?” “Oppa!!
Seolhyun nampak dia cuba geledah kamar appa. Seolhyun masuk dan tiba-tiba
kepala Seolhyun terasa macam kena hantuk sesuatu. Tengok-tengok, Seolhyun dah
ada dekat sini.” Gary merengus geram. Tiba-tiba, kedengaran suara orang ketawa
terbahak-bahak dan orang itu ialah..
Joongki
“Awak siapa?” soal Gary, hairan. “Saya?? Hahahaha,
saya Joongki. Takkan tak kenal kowd?” ujar Joongki. “Saya dah ditugaskan oleh
Jihyo untuk jaga awak berdua dengan baik. Hohoho, tapikan saya tengok sweet
pula awak berdua ni yrw. Hmm.. kesian awak young lady.” Seolhyun mula
membeliakkan matanya. “Jangan mengarut!!” jerkah Seolhyun. Gary memandang
Seolhyun pelik.
Sementara itu..
Di pejabat Sukjin,
“Appa.. tolong sain dekat sini..” Sukjin tanpa
banyak songeh menandatangan surat perjanjian itu tanpa membacanya terlebih
dahulu. Joongkook dengan gembiranya meminta dirinya. Namun begitu, tiba-tiba
Appanya memanggilnya semula. Hati Joongkook mula berdegup dengan kencang
khuatir appanya sudah mudah terperasan. “Joongkook kamu nampak Gary? Dia dari
semalam tak pulang-pulang lagi.” Soal Sukjin ingin tahu. Joongkook berasa sakit
hati. “Entahlah, Joongkook tka nampak pun dia.” Balasnya lalu keluar dari bilik
itu pantas.
>> Skip <<
Gym milik Joongkook. Disitu dia ketemu dengan
ajeossinya iaitu Haha. Joongkook kemudian menyerahkan surat perjanjian itu.
Haha dengan gembiranya mula memuji anak saudaranya itu. “Kerja yang bagus
Joongkook..!! Mulai dari saat ini kamu akan jadi orang kanan ajeossi yang paling
kuat sekali. Faham!” ujarnya membuatkan Joongkook berasa bangga.
XXX
Haha dengan beraninya kemudian memasuki pejabat
Sukjin dengan penuh megahnya. Sukjin mula terkejut tatkala dia sedang
berbincang dengan konco-konconya yang lain mengenai kehilangan anaknya yang
seorang itu iaitu Gary. “Haha.. kamu datang tetap pada masanya. Ni hah, kami
tengah detect ke mana Gary pergi.” Ujar Sukjin. Haha kemudian dengan sinisnya
duduk diatas kerusi dan kaki diangkat dan diletakkan diatas meja menghala ke
muka Sukjin. Sukjin kemudian berasa berang. “Haha!! Kamu ni dah kenapa?!?”
marahnya. “Maaf.. hyeong tu yang kenapa.” Balasnya penuh riak. Sukjin kemudian
mengarahkan konco-konconya untuk membawanya keluar pergi dari situ. Namun
begitu, Haha pantas memanggil konconya untuk masuk. Begitu juga dengan
Joongkook.
“Joongkook? Apa semua ni?” soal Sukjin. “Maaf Appa.
Mulai sekarang saya bekerja dengan Ajeossi bukannya appa.” Ternganga mulut
Sukjin dibuatnya. Dahlah Gary hilang ni pula Joongkook buat hal. Haha dengan
bangganya menayangkan surat serah kuasa.
Dengan ini, saya Ji Sukjin menyerah kuasa saya pada
adik saya iaitu Haha. Dengan itu, saya tiada hak lagi untuk memasuk campur sebarang
urusan kerja dan peribadi.
Terlopong mulut Sukjin membacanya. Masa bila dia
tandatangan surat itu semua. Dia kemudian memandang tepat ke arah Joongkook.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi das tembakan diluar
menyebabkan mereka semua menunduk dan berlari keluar dari rumah.
Dilihatnya kumpulan Jaesuk berada disitu. Begitu
juga dengan Jihyo dan Joongki. Sukjin kemudian bertambah berang. Lepas satu
masalah, timbul pula satu lagi masalah. Joongki kemudian mara ke hadapan dan
menyerah satu surat pada Haha. Haha mengambil surat itu dan membacanya.
Kalau nak Gary.. Sila datang ke gudang lama..
Setelah itu mereka pun berlalu pergi.
:: Skip ::
Di gudang lama.
Akhirnya, semuanya berkumpul disitu. Jaesuk, Haha,
Gary, Jihyo, Sukjin, Joongkook, Joongki. Cuma seorang saja yang tak ada iaitu
Kwangsoo. Dia kini sedangn berada di wad kecemasan menjalankan pembedahan.
“Apa kata kita selesaikan masalah ini satu persatu?”
jelas Jaesuk. “Tiada apa yang nak diselesaikan lagi!! Awak rampas semuanya dari
saya!!” laung Sukjin menggila. “Cukup!! Setiap benda mesti ada puncanya!! Kalau
awak semua tak mahu berbincang baik saya tembak awak semua sampai mati..” ujar
Jihyo lalu mengacu pistol itu tepat ke arah Gary yang berada berhampirannya.
Mereka yang lain turut sama mengacu pistol ke arah lawan mereka. Keadaan
menjadi tegang. Haha kemudian mengangkat kedua belah tangan seolah-olah tanda
menyerah. “Maaf.. saya tak mahu masuk campur! Saya baru saja dinaikkan pangkat
pagi tadi. Apa kata korang yang selesaikan semua ni.” ujar Haha, ingin meminta
diri. “Tunggu!! Ajeossi tak boleh buat macam ni.” ujar Joongkook. “Kenapa tak
boleh pula? Aku cuma nakkan harta bapa engkau. Sekarang patutnya aku jaga nyawa
aku kalau aku tak mahu kehilangan harta ni.” jelas Haha.
“Cukup! Dengan sandiwara ni..” jerkah Jihyo lalu
melepaskan beberapa das tembakkan ke udara. Mereka semua mula terkejut terutama
Seolhyun yang turut terjebak dengan pertelingkahan ini. “Saya dah lali dengan
pergaduhan antara dua kelurga ni. Disebabkan pertelingkahan ni Kwangsoo ynag
tak bersalah menjadi mangsa.” Terang Jihyo sambil menangis teresak-esak. Gary
yang sudah dilepaskan ikatannya mula menarik Jihyo kedalam pelukkannya. Jaesuk
yang berada disebelah berasa simpati. “Betul kata Jihyo, Sukjin. Kita yang
patut dipersalahkan. Kita yang gaduh. Tapi kenapa sampai nak libatkan
anak-anak.” Wajah Sukjin berubah menjadi serba salah.
Nak tahu punca pergaduhan mereka? Sebenarnya mereka
berdua pernah menjadi sahabat yang baik, rakan kongsi yang baik dan semuanya
baiklah. Sampai mereka berdua bertemu dengan seorang wanita yang mampu mengubah
segalanya. Tapi malangnya mereka berdua berebutkan orang yang sama. Dan
malangnya, Sukjin terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya manakala
Jaesuk berkahwin dengan wanita itu.
Jaesuk akhirnya bersuara. “Nak tahu tak.. sebenarnya
Ga In cintakan awak. Bukannya saya.” Sukjin menjadi terkejut. “Tapi disebabkan
dia lihat awak dah nak berkahwin dengan perempuan lain. Dia paksa saya untuk
mengahwininya. Dalam perkahwinan kami tu, saya dapat rasakan dia masih
mencintai awak walaupun setiap hari dia akan mengatakan yang dia sayangkan saya
dan anak-anak. Sebelum dia meninggal, dia ada pesan pada saya suruh saya
serahkan scarf ni pada awak.” Serah Jaesuk ke tangan Sukjin. Sukjin kemudian
rebah jatuh terduduk. Air matanya jatuh mengalir membasahi pipi. “Apa kata kita
berdamai saja, Sukjin?” ujar Jaesuk. Sukjin kemudian mengangguk.
Kemudian, Joongki dengan drastiknya merampas pistol
di tangan Jihyo dan menariknya dan mengacukan pistol itu dikepala Jihyo.
Keadaan menjadi huru hara. Konco-konco Haha turut memegang mereka semua dengan
erat supaya tidak terlepas. Jaesuk dan Jihyo kelihatan terkejut melihat
tindakkan Joongki. “Joongki apa yang awak buat ni?!?” soal Jihyo, hairan. “Awak
dengar sini..!! Keluarga awak dan keluarga Sukjin banyak hutang dengan keluarga
saya!! lepas tu, senang-senang saja keluarga ni nak berbaik dan bersatu
semula!! No way!!” bentak Joongki. “Joongki bawa bertenang.. siapa keluarga
awak?!” “Choi Minsoo!! Awak tikam dia dari belakang..” jerkah Joongki. Jaesuk
dan Sukjin mula menelan liur mereka. Lupa pula, mereka dulu bertiga. Dan entah
bagaimana mereka dengan kejamnya membiarkan sahabat mereka yang seorang itu
ditangkap polis dan membiarkan dia digantung sampai mati di penjara.
“Saya takkan lupakan semua tu!!”
Bang!! Satu das tembakkan dilepaskan tepat ke arah
Jaesuk terutamanya. Tufff!! Namun begitu, Sukjin yang terkena kerana
menghalangi peluru itu dari terkena Jaesuk. “Appa!!!” jerit Joongkook dan Gary.
Joongki kemudian berasa takut dan menyebabkan dia membawa lari Jihyo ke tingkat
paling atas gudang lama itu. Gary mengejarnya. Begitu juga dengan Seolhyun.
“Berhenti!! Berhenti buat semua ni..!!” jerit Gary.
Joongki menggeleng. Seluruh tubuh badannya menggigil. “Joongki berhenti.” Pujuk
Jihyo, lemah lembut. “Engkau diam perempuan!! Diam!!” Joongki dengan kasar
mencekik leher Jihyo dengan kuat. Gary dengan pantas menumbuk Joongki dan
mulalah aksi lawan berlawan. Seolhyun kemudian menarik Jihyo pergi jauh
daripada mereka, khuatiri dicederakan lagi. Akhirnya, Joongki tewas. Gary
dengan langkah longlai bangun dan pergi kea rah Jihyo dan Seolhyun. Dan
tiba-tiba…
Bang!! Bang!!
Dua peluru itu tertusuk masuk tepat terkena jantung
Seolhyun. Akhirnya, Seolhyun rebah dan Gary pantas pergi ke arah Joongki dan
merampas pistol itu dan menembaknya sebanyak 3 kali.
The END
Epilog..
Berapa tahun kemudian..
Semuanya kembali normal. Keluarga Sukjin dan Jaesuk
sekarang telah beralih arah ke arah bisnes restoran. Mereka kini, cuba untuk
berubah menjadi orang yang baik. Haha pula telah ditangkap masuk ke dalam
lokap. Joongki dan Seolhyun telah pun meninggal dunia. Mujur keluarga Seolhyun
jenis yang memahami. Kwangsoo pula telah berjaya melawan penyakitnya dan
beransur pulih semula. Jihyo? Gary?
Gary telah meminta izin appanya utuk menyambung
pelajarannya dalam dunia muzik. Jihyo pula telah membawa dirinya entah ke mana.
Apa yang pasti.. Setelah beberapa tahun belajar
diluar Negara, Gary pulang semula ke tanah airnya.
Dan disebuah persimpangan jalan, dia singgah
disebuah kedai bunga ini.
“Hai, saya nak order bunga ros merah, kuning dan
pink boleh.” Wanita itu mengangguk lalu menyerahkan 3 bunga itu pada Gary.
Tiba-tiba..
“Oppa!!” sapa Jihyo lalu naik ke belakang Gary.
Gary tersenyum bahagia lalu menyerahkan bunga yang
dibelinya sebentar tadi pada Jihyo dan terus mengendongnya. “Gaja!!” ujar Jihyo
lalu mencium pipi kanan Gary. Gary dengan semangat melajukan langkahnya.
End
p/s: Ini hanya khayalan semata-mata.. Ciptaan & rekaan saja. Harap anda suka dengan FF saya ni *kenyit mata*