Eyka Blog: Janji Kita (Bab 11)

Saturday, 12 December 2015

Janji Kita (Bab 11)



Bab 11
“Yo, ada apa engkau nak jumpa aku ni?” soal Shafiqah. Lydia tersenyum kemudian mengeluarkan sekeping kad jemputan dari beg tanganya. Hish, hari tu Aliya. Hari ni peah ni pula! Bila pula giliran aku nak bagi kad jemputan. Hak3! Shafiqah mula membelek kad jemputan itu. Wah, kad jemputan ke Majlis Fashion Show lah! “Hmm, aku jemput engkau dengan Qirash kalau engkau nak bawa dia sekali.” ujar Lydia, sambil menghirup jus oren yang dipesannya tadi. “Qirash? Tak payah kowd.. Dia tu penyibuk..” belum sempat Shafiqah menghabiskan ayatnya tiba-tiba kad jemputan itu direntap kuat oleh Qirash membuatkan Shafiqah tersentak. “Hey!” marahnya. “Fashion show. Nice! Nak pergi, boleh?” pinta Qirash. “Boleh jew.” Balas Lydia. Wajah Shafiqah mula berubah menjadi masam. “Eee, sibuklah engkau ni..!”
“Dahlah, aku minta diri dulu. Banyak benda nak kena siapkan! Qirash pastikan Fiqa pakai baju formal bukan casual, okay!” ujar Lydia lalu meminta dirinya. “Baru nak pakai baju biasa..” ngomel Shafiqah. “Petang ni ikut saya pergi mall. Kita pergi cari baju untuk awak yrw!” ujar Qirash. “Hah? Tak naklah!”
Dalam diam ada juga manusia yang memerhatikan mereka dari jauh. Hati Nadz tiba-tiba berasa sakit melihat mereka berdua yang terlalu akrab yang amat. Dan entah mengapa dia tiba-tiba mengejar Lydia sehingga wanita itu hampir sahaja menghidupkan enjin keretanya dan melanggar Nadz. “Astragfirullahalazim..!” ucapnya. Dilihat manusia yang gila sangat menghalang jalannya itu. Nadz?!?
XXX
Di sebuah kafe yang dipenuhi dengan dekorasi yang unik membuatkan ramai pelanggan datang kerana tertarik dengan rekaannya. Alunan muzik yang didendangkan membuatkan para pelanggan perasaan lebih selesa dan relax. Lydia selalu juga datang ke kafe itu apabila dia ketandusan idea. Tambahan pula, kafe tu memang dekat dengan butiknya.
Tanpa membuang masa Lydia mula menyoal Si Nadz itu. “Nak apa?” “Tadi saya nampak awak bagi satu kad jemputan kepada Shafiqah. Saya nak juga kad tu boleh?” Lydia mula mengerutkan wajahnya. Tak faham! Sawan ke mamat ni? “Helo, awak tak faham ke? Maksud saya.. saya nak awak jemput saya ke majlis tu juga.” Terang Nadz, terus terang. “What? Untuk apa?!? For your information, saya tak nak awak datang ke majlis saya dan rosakkan semuanya.” Ujar Lydia. Nadz mengeluh. “Tak hingin saya nak rosakkan majlis awak tu. Saya datang cuma nak jumpa Shafiqah. I mean..” belum sempat Nad berkata, Lydia sudahpun memotongnya “Ooo, kalau bukan itu.. mesti awak nak sakitkan hati Shafiqah kan? No way, dia kawan saya okay!” Lydia kemudian bangun dari duduknya. Malas nak layan orang yang dulu pernah sakitkan hati kawan dia.
Nadz tiba-tiba melutut di atas lantai membuatkan semua orang yang berada di kafe itu memandang ke arahnya. Lydia terkejut. Apa masalah lelaki ni? Dia kemudian cuba membangunkan Nadz, namun lelaki itu menolak. “Selagi awak tak bagi kad jemputan tu. Selagi tu saya takkan bangun!” tegasnya. Lydia mula menepuk dahinya. Taubat! Lepas ni aku kena cari kedai lain untuk berkarya. Lydia dengan pantas mengeluarkan kad jemputan itu dan diberikannya pada Nadz. Nadz dengan bangganya bangun semula. Victory. “Dengar sini! Kalau awak cuba rosakkan sesuatu. Saya akan pastikan awak balik tanpa kaki..!” bisik Lydia, lalu beredar.
XXX
Hari yang dinantikan oleh Lydia, telah tiba. Ini adalah Fashionnya yang pertama. Jadi debaran yang dirasakan itu sangatlah besar. Minta-minta semunya berjalan dengan lancar. “Oi, engkau okay tak ni?” tegur Aliya, yang baru sampai. “Aliya.. ermm, entahlah!” balas Lydia. “So, mana baju yang aku kena peragakan tu?” soal Aliya. “Hamboii, tak sabar ke nak try baju kahwin?” gumam Lydia. Aliya mula terkejut. “What?!?” Aku kena peraga baju kahwin?” mulutnya terlopong apabila dengar perkataan kahwin. “Aish, peraga baju kahwin saja pun. Bukannya aku suruh engkau kahwin atas pentas tu..” Aliya mengeluh. “Yrwlah..!!” Lydia kemudian menyuruh beberapa orang pembantunya yang lain untuk memakaikan baju pengantin itu ke tubuh Aliya dengan berhati-hati. Kemudian, adalah juru solek yang tolong solekkan dia. Sementara itu, sempat lagi Lydia menanyakan Aliya soal Shafiqah. “Entahlah. Aku tak nampak pun kelibat dia waktu datang tadi. Kejap lagi datanglah tu. Dia tu selalu lambat. Nak solek lagi, nak mandi lagi, nak cari baju lagi. Takkan tak kenal kowd.” Lydia tersengih. “Yang engkau gelabah tanya pasal dia kenapa?” soal Aliya, pelik. “Emm, aku ada jemput Nadz datang ke majlis ni.. Soo.. aku takut..” belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya Aliya mula terkejut lalu memusing wajahnya meghadap Lydia. Lydia turut sama terkejut.
“Gila engkau?!? Engkau menempah maut tu..” ujar Aliya. “Aku tahu..!! Tapi engkau tak tahu.. Dia sanggup melutut depan aku semata-mata nak datang ke majlis ni. Entah kenapa, aku pun tak tahu.” Cerita Lydia. Aliya berkerut. Hairan? Nadz yang mereka kenal jenis yang suka sangat tolak Fiqa jauh-jauh. Seberapa kali, Shafiqah cuba nak mengorat Nadz, berapa kali juga Nadz akan tolak Fiqa. Yrwlah, dulu kawan mereka tu mana ada cantik, sekarang dah cantik. Entahlah.. Kalau benar Nadz datang sebab nak mengorat Fiqa yang cantik. Itu kurang ajar namanya!!
XXX
Sementara itu, orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi tempat yang telah disediakan. Wartawan, majalah director, artis.. semuanya ada. Shafiqah dan Qirash yang baru sahaja sampai mula berasa kagum. Cantiknya dekorasi majlis itu. Ala-ala, garden campur perancis gitu. Lydia mula tersenyum memandang dua sejoli yang memakai baju warna yang sama iaitu ungu. “Haipp, sedondon nampak?” tegur Lydia. Shafiqah menjuihkan bibirnya ke arah Qirash. “Ni hah!! Mamat ni yang menggedik nak pakai baju sama warna dengan aku.” “Baru sweet..” balas Qirash, membuatkan anak tekak Shafiqah ni terasa loya.
“Aliya datang tak? Engkau tak jemput dia ke?” soal Shafiqah. Lydia mula menekup mulutnya menahan tawa. “Awal aku jemput mak datin tu.. Tu ada belakang pentas tu. Aku buat dia jadi model bride aku hari.” Shafiqah mula tergamam. “Serius?!?” tawa yang ditahannya mula meletus akhirnya. Lydia mengangguk. “Jom.. kalau engkau nak tengok dia.” Ajak Lydia. Shafiqah dengan teruja mengangguk. Tapi kesian pula dekat Si Qirash ni. “Tak apalah. Aku nak tengok dia naik atas pentas sat lagi. Baru excited!” balas Shafiqah. Lydia mengangguk lalu meminta diri. Dia tak boleh nak berlama-lama dekat situ, banyak benda nak kena buat. Model lelaki yang sepatutnya datang tu pun tak datang-datang lagi. Ini membuatkan Lydia mula menjadi haru biru.  
XXX
“Bro, cool right?” ujar Felix, yang agak teruja dengan majlis pada hari ini. Fareyz mengangguk. “Yarh, and you know what? Did you just bring me to wedding fashion show?” Feliz mula tersengih-sengih malu. “Sorry bro.. I thought that.. It was..” tergagap-gapap Felix cuba mentafsir ayat yang seterusnya. Fareyz menggeleng. “Oh come on! I better leave now..” balas Fareyz, hampa. Namun langkah kakinya terhenti apabila juru acara itu mengumumkan nama Aliya. Aliya? Dia ada dekat sini ke?
“Kita persilakan model bride kita untuk keluar.. Dimulakan dengan model khas kita iaitu Aliya Mohamad.” Ujar juru acara itu. Orang ramai mula memberikan tepukan yang gemuruh.





Mereka mula berbisik antara satu sama lain. Bukan setakat baju tu sahaja yang cantik, malahan orang yang menggayakannya itu pun cantik sama. Lydia yang berada di belakang pentas mula gemuruh. Model lelaki yang sepatutnya hadir itu masih lagi tidak muncul-muncul lagi. Ini membuatkan Lydia bertambah panik. Lepas ni sepatutnya dia naik bersama dengan seorang  model lelaki. Ala-ala pengantin gitu. Tapi model tu tak datang pula. Ni yang bengang ni. Aliya yang berada di atas pentas sedaya upaya melengahkan masa.
“Fareyz.. is that.. Al..??” soal Felix, yang tidak henti-henti mengelip matanya. Fareyz terpaku. Jantungnya berdegup kencang. Niat hendak pulang dibatalkan. Seronok juga datang fashion show ni, desis hatinya.
XXX
“Cik Lydia..!! Pengurus model tu telefon yang dia kata dia tak jadi nak datang. Dia batal kontrak!” beritahu Sarah, yang baru sahaja selesai menelefon pengurus model itu. Lydia ternganga. What? Kenapa baru sekarang?!? Lydia dengan pantas keluar dari belakang pentas itu menuju keluar dari dewan. Ini masanya nak minta tolong orang tu.
“Kenapa tu?” bisik Qirash ke telinga Shafiqah. Shafiqah menggeleng tanda tidak tahu.
“Baiklah, kita persilakan model lelaki pula untuk memperagakan rekaan seterusnya..” ujar juru acara itu. “Sarah..!! Mana Lydia?” soal Aliya, panik. Sarah menggeleng. Dia pun tak tahu. Bos dia tu tiba-tiba sahaja lari keluar. Ya Allah, minta-minta semuanya berjalan dengan lancar.
XXX
Van hitam yang meluncur laju itu mula berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk majlis itu. Nak pergi.. ke tak? Soalnya dalam hati. “Khai, kita dah sampai.” Ujar Iris, pengurusnya. Khai mengangguk. Dengan perlahan dia turun dari van itu. Hatinya berdebar-debar. Harap dia tak terserempak dengan Lydia sebab dia betul-betul tak mahu identitinya itu terbongkar. Dengan kuat bahunya tiba-tiba dilanggar oleh seseorang. Perempuan itu meminta maaf padanya. Khai tergamam. Lydia? Anas?
XXX
Anas dengan kuat menarik tangannya semula. “Hoi, kenapa saya nak kena tolong awak pula? Lepas apa yang awak dah buat pada saya..!” jerkah Anas. Mujur dekat dalam bilik persalinan dah. Kalau tak habis kecoh semua orang. Lydia mula berasa bengang. “Hey! Engkau jangan nak banyak songeh boleh tak! Engkau nak ke aku bocorkan rahsia engkau?” ugut Lydia. Anas mula ketawa sinis. “Rahsia. Rahsia apa pula ni? Ooo, pasal hari tu.. tu.. Come on lah.. Orang takkan percaya punya. Orang mesti ingat awak tu perempuan murahan yang tergedik nakkan publisiti..” Lydia dengan geram memegang kolar baju Anas dan menariknya dengan kasar. “Awak jangan nak degil sangat..! Macam awak seorang sahaja yang boleh ego dekat sini. J-jay.. saya nak awak pakaikan baju ni kalau dia tak reti nak pakai.” tegas Lydia pada seorang lelaki yang sebenarnya nama dia Johari, tapi macam mana boleh jadi auuaauu. So, terus tukar nama J-jay. J-jay itu mengangguk. “Anas.. I’m sooooo.. sorry!!”  ujarnya yang cuba membuka butang baju Anas setelah Lydia keluar dari bilik persalinan itu. Anas menepisnya. “Aku boleh buat sendirilah!”
Selepas 15 minit kemudian, Anas keluar dengan memakai sut yang direka khas oleh Lydia. Lydia tersenyum manis lalu menghampiri Anas dan cuba membetulkan kolarnya sedikit. Anas menjadi kaku sebentar. Direnungnya Lydia yang cantik mengayakan rekaannya sendiri. “Sorry sebab saya paksa awak. Saya janji saya akan tunaikan apa sahaja untuk awak kecuali benda-benda yang tak sepatutnya! Faham! Just tiga syarat sahaja!” gumamnya. 
“Baiklah.. kita persilakan.. Cik Lydia dan model lelaki kita yang cukup terkenal iaitu Anas Mikael..!!” orang ramai mula bersorak apabila kedengaran nama Anas Mikael disebut.


“Omo~ Wow!” ayat itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut Shafiqah. Kagum. Untung dapat berduet dengan model terkenal.
Hati Khai berasa sakit secara tiba-tiba, menyebabkan dia memegang dadanya. “Khai awak okay?” soal Iris, khuatir. “Iris.. jom kita balik. Saya takut ada orang nampak. Nanti musnah pula fashion show ni.” pinta Khai. Iris mengangguk lalu mengiringi Khai untuk keluar dari situ.
XXX
Akhirnya, majlis itu sudah pun tamat dengan jayanya. “Yeay! Kita berjaya!” sorak Lydia. Anas tersenyum. “Jom saya belanja awak. Tapi ada sekali dengan kawan-kawan sayalah. Awak tak kisahkan?” ujar Lydia, sambil menepuk bahu Anas. “Ada orang nak belanja. Saya kisah apa. Jangan lupa 3 janji tu..” ujar Anas lalu keluar dari situ dahulu. Lydia mencebik lalu mengekorinya.
Aliya yang masih lagi berada di bilik persalinan cepat-cepat menanggalkan bajunya setelah diberitahu oleh Lydia sebentar tadi bahawa mereka akan pergi keluar makan. Orang belanja kena cepat. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik itu dibuka. “Lydia.. sabarlah.. Kejap lagi aku keluar.” Ujarnya sambil menanggalkan bulu mata palsunya. Pup! Satu bunga orkid terpancul betul-betul di hadapan wajah Aliya membuatkannya terkejut. “You look beautiful today!” puji Fareyz. Aliya tergamam. Macam mana pula lelaki ni ada dekat sini. Hmph!
“Awak buat apa dekat sini?” soal Aliya. Entah kenapa apabila dia ternampak kelibat Fareyz mesti mood dia akan berubah menjadi down. Why? Padahal lelaki tu tak ada pun buat salah dekat dia. “Macam tak suka sahaja..”
Shafiqah yang setia menunggu teman-temannya yang masih lagi tidak keluar-keluar itu mula mengeluh. “Mana ni.. lambatnya! Perut dah lapar dah ni..!” ngomelnya. “Rasa-rasa awak.. baju mana satu yang awak suka tadi?” soal Qirash, yang cuba untuk menyerikan lagi suasana yang bosan itu. “Kenapa? Awak nak belikan semua tu ke kalau saya kata semuanya cantik..” balas Shafiqah. “Ehh, boleh sahaja. Apa sahaja untuk awak Cik Fiqa..” gumam Qirash. “Eeee.. jangan nak mengada-ngada. Membazir namanya tu!” Qirash tersengih.
“Fiqa..” panggil Lydia. Shafiqah menoleh ke arah Lydia yang berlari anak macam kanak-kanak ribena tu. Muka orang excited. Macam tulah. “Sorry lambat! Kejap mak datin tu tak siap lagi tanggalkan make up dia.”  Jelas Lydia. Shafiqah mengeluh. Tiba-tiba mereka di sapa baik oleh seseorang. “Boleh saya join awak semua pergi makan?” soal orang itu. Shafiqah tergamam melihat kelibat Nadz yang turut berada di majlis itu. Lydia hanya mampu menelan liurnya sahaja.
XXX
Krik.. Krik..           
Semua orang kelihatan kekok sahaja. Bayangkan satu meja tu ada Lydia sebelahnya Anas. Lepas tu, Qirash sebelahnya Shafiqah lepas tu Nadz. Kiranya Shafiqah berada di tengah-tengah. Dan akhir sekali Fareyz dan Aliya. Boleh bayangkan tak?!? Makanan yang dah lama sampai masih lagi tidak terusik. Lapar memang lapar. Tapi bila sampai keadaan macam ni semua orang menjadi kaku. Grrrr.. tiba-tiba perut Shafiqah mula berbunyi. Maaf orang gastrik tak boleh tunggu lama-lama! Shafiqah dengan pantas mencedok nasi dan lauk pauk yang terhidang di hadapannya itu. Yang lain mula mengikut.
“Nah saya tolong bubuhkan untuk awak..” ujar Fareyz yang cuba membantu Aliya mencedok nasi yang jauh darinya. Aliya menepis. “Tak perlu. Lagipun awak tu pun jauh dari nasi.” Ujarnya. Sementara itu, Qirash turut sama mengambil lauk pauk yang berada jauh dari Shafiqah dan meletakkannya di tepi pinggannya. Nadz turut melakukan hal yang sama. “Errr, sudah.. sudah.. Apa kata korang makan juga!! Ingat aku ni tong sampah ke nak makan semua ni.” Gumamnya. Nadz dan Qirash sama-sama memandang antara satu sama lain dengan satu perasaan iaitu menyampah. Manakala Anas dan Lydia pula. Tak habis-habis berebut lauk. “Ni aku punya!” “No way! Aku punya!” Padahal lauk yang mereka ambil tu ada banyak lagi. Nak berebut juga yang satu tu sahaja. 
TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 11 ni. And nantikan untuk Bab 12  pula. Untuk Bab 12 ni tak ada preview dia. Tak pasti lagi nak buat macam mana~ So, just wait & see it..!!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik