Eyka Blog: Resepi Macaroni Cheese Bakar

Sunday, 13 December 2015

Resepi Macaroni Cheese Bakar

Okay, hari Eyka ada sikit nak share-share dengan anda semua cara-cara nak buat macaroni cheese bakar. Resepi Eyka senang jew. Kita main campak-campak sahaja..! *renyeh* Tak payah nak susah-susah..

Bahan2 nya :

-Macaroni
-minyak (sedikit)
-garam

Cara :

1. Didihkan air diatas periuk dengan sedikit minyak.. sebab tak mahu kasi macaroni tu melekat nanti. Lepas tu, letakkan garam sedikit.

2. Biar sampai macaroni tu lembut baru angkat dan toskan air dia dan ketepikan dahulu.

Bahan2 untuk kuahnya :

-sos carbonara yang dah siap dalam tin (Eyka pakai jenama Prego. Ikut koranglah nak beli jenama apa.)
-bawang besar (potong dadu) (Ikutlah nak potong macam mana pun) (Janji potong)
-serbuk lada hitam
-susu (dutch lady)
-mentega
-air (sedikit)
-bebola daging/daging kisar/hotdog (tak letak pun tak apa)
-cili merah (tak letak pun tak apa)
-garam

Cara :

1. Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Bila dah panas masukkan bawang yang telah dicincang halus. Biarkan bawang tu kekuningan baru masuk bebola daging yang telah dibelah empat dan juga cili yang telah dipotong.
2. Masukkan sos Prego tu.. Ikutlah kalau macaroni tu buat banyak tuanglah semua. Kalau sedikit macam Eyka.. Eyka tuang separuh sahaja. Emm, nak ada banyak kuah tuanglah sikit air.. Kalau tak.. tak payah pun tak apa.
3. Lepas tu masukkan susu nak kasi dia berlemak sedikit. Diikuti serbuk lada hitam dan bagi pedas.
4. Perasakan dengan sedikit garam.. Siap!

Oven :

1. Panaskan suhu oven sebanyak 180 darjah celcius.
2. Cara pan yang boleh bawa masuk dalam oven. Lepas tu, sapukan pan tu dengan sedikit marjerin/planta. Takut melekat! Emm, lepas tu tuang macaroni yang dah direbus tadi dengan kuah dia diatasnya.
3. Akhir sekali, taburlah cheese ikut suka korang. Kalau suka cheese banyak-banyak.. Letaklah banyak-banyak....
Rupa bila dah tabur cheese diatas dia.. Lazatkan!!

4. Masuk kedalam oven yang suhunya 180 tu.. Selama 15 minit..!!
5. Tengg...!! Akhirnya, Siap sudah.. So, bolehlah serve dekat pinggan. Tak pun makan sahaja dalam tu. Kalau dah cantik pan tu.. Simple~

p/s: Harap resepi ni sedikit sebanyak membantu anda. Good luck, sesiapa yang nak cuba tu! Eyka doakan ia menjadi. Kalau tak jadi.. tak apalah boleh cuba lagi. Eyka buat macaroni bakar ni dah dua kali termasuk yang ni.. Alhamdulillah jadi juga. Tu yang nak share tu..!!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik