Eyka Blog: Cintaku Yang Sudah Hilang
Showing posts with label Cintaku Yang Sudah Hilang. Show all posts
Showing posts with label Cintaku Yang Sudah Hilang. Show all posts

Tuesday, 6 October 2015

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 8) (THE ENDING)




Shafiqa mula merenung keluar kaca bilik hotel itu. It was amazing. Tak sangka lelakinya akan membawanya ke Hotel Underwater di Dubai ini. Memang cantik! Shafiqa dari tadi tidak henti-henti memuji ciptaan Allah itu.
“Sayang.. sayang buat tu? Kang ikan jerung datang ngap baru tahu!”usik Reid yang kini sudah bergelar suaminya. 

>> Flashback <<

“You look so beautiful Fiqa..”puji Aliya dan Lydia yang turut sama serentak akan berkahwin pada hari itu. Shafiqa mula tersenyum bahagia. “Korang pun lawa juga. Kita bertiga sama-sama lawakan.”Mereka bertiga mula ketawa bersama-sama. Sungguh lucu sekali! Entah kenapa mereka buat idea gila ni untuk kahwin secara serentak sekali. Katanya jimat kos sebab masing-masing share-share duit untuk buat weeding ni. Tapi honeymoon lain-lain lah.
Aliya of course Maldives. Lydia Paris. Shafiqa Dubai. So sweetkan!

>> Flashback tamat <<

“Awak thanks sangat!”ujar Shafiqa malu-malu. Reid mula tersenyum sinis. “Apa? Tak dengarlah awak? Awak cakap apa? Boleh tak kalau cakap something tu pandang muka orang tu.”ujar Reid dalam nada garang sedikit. Sahaja nak tengok riaksi bini dia yang comel tu bila kena marah sikit.
Shafiqa mula sentap. Dia kemudian memeluk suaminya itu sambil menayangkan muka baby face. Reid mula memandang ke arah lain. Shafiqa mencebik.
“Okay fine!! Kite cakap sekali sahaje.. Awak dengar yrw!!”ujar Shafiqa lalu membisikkannya ke telinga Reid. Reid mula tersenyum puas apabila dapat mengenakan isterinya itu. Merah telinga Shafiqa dibuatnya.
“Awak.. nak tanya something boleh tak?”soal Shafiqa, lalu menarik suaminya itu untuk duduk di atas sofa kecil manakala dia duduk diatas riba suaminya itu. Reid mengangguk.
“Waktu prom night tu? Awak ke yang menari dengan saya?”soal Shafiqa, ingin tahu. Reid tersenyum. “Hah!! Dah agak itu awak. Awak tahu tak sebab waktu tu saya dah boleh rasa yang.. bla.. bla..”
Reid cuba mengimbas kembali waktu tu. 

>>Flashback<<

Sebenarnya waktu tu dia baru sahaja selesai urus niaganya di dalam tandas. Dia keluar ingin membasuh tangan tiba-tiba secara kebetulan Nad turut ada di situ. Dilihatnya dia membuka topengnya. Matanya kelihatan merah. Mungkin baru lepas nangis or whatever.
“Engkau dah kenapa?” soal Reid sambil membasuh tangannya dan mengelapnya pada tisu.
“Reid..”sekarang tiada lagi bahasa antara Prof dan pelajar.
“Saya nak awak jaga Fiqa elok-elok awak faham.”ujar Nad tiba-tiba. Reid memandangnya hairan. “Saya tahu awak sukakan dia. Dan saya yakin awaklah orangnya. Saya janji lepas ni saya akan pergi jauh dari hidup Fiqa selama-lamanya.”jelas Nad lalu pergi dari tandas itu. Reid mengerutkan dahinya dan tiba-tiba dia terlihat topeng Nad yang tertinggal. Dia mengambilnya dan mengejar Nad. Tapi punah. Nad sudah pun menghilang dan secara kebetulannya. Dia terlihat kelibat Shafiqa dengan gaun biru yang sangat cantik sekali. Namun begitu riaksi Shafiqa kelihatan sungguh sedih sekali. Tapi kenapa?
Rupa-rupanya sekarang baru dia tahu..
“Awak! Awak! Dengar tak apa yang saya cakap.”marah Shafiqa manja. Reid mengangguk. “Tipu!! Saya cakap waktu tu saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak.”ujar Shafiqa lagi sekali. “Betul ke ni?”soal Reid lagi sekali. “Betullah!! Sebab awak kata disebalik topeng tu kan awak. Jadi saya dah jatuh cinta dengan orang yang pakai topeng yang menari dengan saya tu.”terang Shafiqa teruja.
Masa sudah pun berlalu.. Mungkin sudah tiba masanya dia tumpukan sepenuh perhatiannya untuk masa depan dia dan Fiqa. Biarlah kisah lama itu dipendamkan rahsia. Sebab yrwlah mungkin semuanya dah ditentukan bahawa jodoh Fiqa adalah sebenarnya dengan dirinya.
Reid tersenyum bahagia memandang Fiqa. Dengan lembut dia mencium tangan isterinya itu. Shafiqa kemudian memeluk suaminya.
Walauapapun yang terjadi masa depannya adalah dengan Reid. Dia sudah tidak kisah dengan kisah lampaunya. Cinta itu kadang-kadang boleh dipupuk. Tambah-tambah orangnya ialah Reid.
“Awak jom pergi makan! Saya lapar!”ajak Shafiqa.
“Alah.. saya ngantuklah..”ujar Reid lalu menurunkan isterinya itu dari ribaannya dan menuju ke katil.
“Awak jomlah!! Jomlah!!”
“Alah, please!!”Reid kemudian menarik Shafiqa ke dalam pelukkannya di atas katil.
“Reid!! Tak malulah awak ni. Nampak tu ikan-ikan semua pakat tengok.”ujar Shafiqa lalu memukul lembut dada suaminya itu. Reid mula mencuit hidung Shafiqa.
“Lantaklah! Ikan sahaja pun!”
“Reid!!!”

-Tamat- 

By: Eyka ♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 7)



Setelah beberapa bulan bertarung nyawa, bersengkang mata. Akhirnya exam mereka sudah pun tamat dan akhirnya it’s time for graduation. Shafiqa ingat dia kena repeat sem sebab gagal untuk kelas Reid. Tapi sungguh tidak disangkakan. Rupa-rupanya Profnya itu secara senyap dah luluskan dia.
Entah-entah? Waktu porm hari tu, Prof Reid apa? Kalau betul itu Prof Reid. Hatinya betul-betul sudah tergoda. Shafiqa mula mengetap bibirnya memandang ke arah Prof Reid yang sedang bersembang dengan ibu bapa yang hadir untuk majlis graduation mereka itu.
“Fiqa!! Akhirnya berjaya juga kitakan..!!”jerit Aliya sambil memeluk sahabatnya itu Shafiqa mula tersenyum bahagia. “Ooo!! Fiqa sorang sahaja dapat peluk. Aku?”rajuk Lydia. Aliya kemudian menarik temannya itu jua.
“Say cheese!!”ujar Fareyz, yang datang dari mana entah. Dahlah tangkap gambar orang tak habaq. Tak sempat nak posing!
Aliya tersenyum lalu dengan bahagianya memaut lengan tunangnya itu. Uhumm, panjang ceritanya antara mereka berdua ni.
“Untunglah orang tu.. Lepas habis belajar terus nak kahwin and sambung study lagi dekat luar Negara sama-sama.”usik Lydia. Aliya tersengih. “Eleh, orang tu pun apa kurangnya. Dengar kata Ameer nak hadiahkan engkau sebiji kedai butik sebagai hadiah hantaran dia nanti.”usik Aliya juga. Wajah Lydia mula merona merah. Tak guna punya kawan!
Shafiqa mula menggelengkan kepalanya. Mesti nanti dia akan rindukan teman-temannya itu. Yrwlah, lepas ni semua orang dah nak bawa haluan masing-masing. Fareyz lepas kahwin dengan Aliya dah nak bawa Aliya pergi sambung study dekat Maldives. Lydia pula? Mungkin nak minta izin bakal tunang dia iaitu Ameer untuk sambung study dulu dekat Paris baru kahwin. Aku?? Hmmm, entahlah.
“Hai, Fiqa..”sapa Nad. Shafiqa memandangnya dengan penuh perasaan ingin tahu. Agak-agak siapalah lelaki waktu prom night tu hah? Bisiknya dalam hati. “Tahniah!”ucap Nad. Shafiqa mengangguk. “Saya datang sini sebab nak minta maaf dari awak kalau saya ada buat salah dekat awak selama ni... Saya..”belum sempat Nad menghabiskan kata-katanya Shafiqa dah memotong.
“Saya dah lama maafkan awak. Sebenarnya awak tak salah pun. Sebenarnya saya yang salah sebab dulu saya terlalu syokkan awak. Jadi bukan salah awak kalau awak tolak saya. Mungkin saya rasa betul tindakkan awak tu. Yrwlah, saya ni sebenarnya tak sesuai dengan awak. Ramai lagi perempuan dekat luar sana..”jelas Shafiqa panjang berjela. Hatinya waktu itu berasa kosong sekali. Cinta? Sayang? Sayang lagi ke aku dekat lelaki ni? Cinta lagi ke aku dekat lelaki ni?
“Baiklah, dalam kesempatan ini. Saya Muhamad Reid Kimi Al-Ershad ingin membuat satu pengakuan bahawa saya ingin melamar seorang pelajar saya iaitu Erdiana Shafiqa...”terkesima Shafiqa dibuatnya. Ibu bapa dan pelajar-pelajar semua pakat menoleh ke arah Shafiqa.
Dilihatnya Aliya dan Lydia suruh dia naik ke atas pentas dan menerima lamaran itu.
Hmm, actually dah lama dia fikirkan hal tu. Dan.. rasa-rasanya..


To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click  Here  Last Ending

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 6)


Akhirnya hari yang dinantikan sudah tiba. Aliya, Lydia dan Shafiqa kalut berdandan lawa untuk majlis itu nanti.
>>Shafiqa<<


>>Aliya<<


>>Lydia<<


Dengan seronoknya mereka bertiga pun bertolak ke majlis itu. Sesampai sahaja di majlis itu, kelihatan orang ramai sudah pun hadir dan mengambil meja masing-masing dan ada juga yang sedang menari bersama-sama dengan pasangan mereka ditengah-tengah.

Dekorasi untuk party itu memang cukup cantik sekali. Untung mereka ada kelab Seni yang terbaik dari ladang. Hak8! Dah nama pun Majlis Masquerade Mask party. So, memang susah sikitlah nak cam orang. Shafiqa mula terhinjut-hinjut mencari kelibat Nad.
“Woi? Cari sapa tu?”bisik Aliya ke telinga Shafiqa. Shafiqa menggeleng. Takut-takut nanti kawan dia terperasan pula.
“Korang! Aku nak pergi ke stesen makanan jap! Laparlah. Aku tengok buffet makanan dekat situ sedap-sedap belakalah.”ujar Lydia sambil memegang perutnya yang sudah berbuny itu. Aliya menggeleng. Memang perut buaya betullah.
Tiba-tiba, bahu Aliya dicuit oleh seseorang dari arah belakang. Bau collagen yang kuat itu seolah-olah seperti seseorang yang dia kenalinya. Siapa yrw? Aliya cuba merenung anak mata yang berwarna coklat itu.
Fareyz?
“Tak rancaklah kalau awak dah kenal saya?”bisik Fareyz ke telinga Aliya membuatkan Aliya menjadi malu secara tiba-tiba. “Want a dance?”ajaknya. Aliya mengangguk lalu melambai ‘bubbye’ ke arah Shafiqa. Shafiqa mengeluh. Seorang pergi cari makan. Seorang dah ada teman. Shafiqa dengan payahnya mengangkat gaunnya yang panjang berjela + kembang yang teramat sangat itu pergi dari majlis itu dan menuju ke satu tempat yang sunyi sedikit daripada orang ramai.
Dia duduk sendirian disitu sambil memerhatikan langit yang penuh dengan bintang. Indah sungguh hari ini. Harap-harap dia boleh jumpa Nad malam tu. Nad? Sayang lagi ke aku dekat dia? Shafiqa mengeluh.
“Mengeluh nampak? Tak suka ke dengan majlis ni?”sapa seorang lelaki ini.  Shafiqa menjadi terkejut lalu memandang lelaki itu. Alamak sayangnya!! Sebab ni majlis bertopeng. So, memang punah harapan nak tahu siapa di sebalik topeng tu. Shafiqa tersenyum kelat ke arah orang itu.
“Awak tengah cari seseorang ke?”soal lelaki itu macam tahu-tahu sahaja. Shafiqa sekadar mengangguk. “Saya pun tengah cari seseorang juga.”ujarnya walaupun tidak ditanya.
“Baiklah, now it’s time untuk awak semua grab pasangan masing-masing dan menari.”ujar seorang MC.
Shafiqa mula mengalih pandangannya ke arah pasangan yang sedang mesra menari bersama itu. DIlihatnya Aliya dengan gembiranya bersama pasangannya yang berkemungkinan Farezy. Lydia? Hmm, ramai lelaki cuba mengajaknya menari tetapi semuanya dia tolak sebab terlalu khusyuk mengejar makanan. Hak8! Lawak dia tu, Shafiqa mula menahan tawanya.

“Awak tak nak menari?”pelawa lelaki itu lalu menghulurkan tangannya. Shafiqa memandangnya. Entah mengapa dia berasa aneh dengan lelaki itu. Shafiqa pun menyentuh tangan lelaki itu dan kemudian menarilah mereka disitu.

Sewaktu mereka menari, dia merasakan selasa sahaja bersama dengan lelaki itu. Seolah-olah sebenarnya mereka berdua tu dah lama berkawan.

Malam itu kelihatan indah sekali. Hati Shafiqa tiba-tiba terasa seperti sudah jatuh cinta dengan lelaki yang sedang menari dengannya itu. Siapakah dia? Tengah seronok menari tiba-tiba tangan Shafiqa perlahan-lahan cuba menyua ke arah topengnya untuk dibuka. Mujur lelaki itu sempat sedar dan berundur ke belakang. Dan dalam masa yang muzik pun berhenti.
“Apa yang awak cuba buat hah?!?”marah lelaki itu, kelihatan seolah-olah takut jika rahsianya diketahui. “Saya.. saya.. Cuma nak tahu siapa awak yang sebenarnya?”soal Shafiqa, betul-betul ingin tahu.
“Maafkan saya. Saya kena pergi!!”ujar lelaki itu tegas lalu pergi meninggalkan Shafiqa sendirian.
Shafiqa mula mengalirkan air matanya. Entah kenapa hatinya berasa sakit sangat. Sangat!! Sangat sakit!!
To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click  Here  Part 7

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<

 
Images by Freepik