Eyka Blog: Janji Kita (Bab 9)

Friday, 11 December 2015

Janji Kita (Bab 9)


Bab 9

“Sumimasen. Kore wa, anata ga sagashite iru anata no tomodachidesu ka? (Excuse me. Is this your friend you looking for?)” Qirash mula membalikkan tubuhnya untuk memandang orang yang menyapanya itu. Kemudian, dilihatnya wajah Shafiqah yang sebik menahan tangisnya. Qirash mengangguk. “Arigatō. Doko de kanojo o mitsukemashita ka? (Thank you. Where did you find her?)” soal Qirash, sambil membelek-belek badan Shafiqah. Kowdlah ada orang apa-apakan dia. “Sono uchinonaka de. (In that house)” Balas orang itu, sambil menunding jarinya ke arah rumah ‘Haunted Mansion’ yang mereka masuk sebentar tadi. Qirash mengangguk dan mengucapkan terima kasih lagi sekali. Orang itu tersenyum lalu meminta diri untuk pergi.
“Fiqa..!!” jerit Aliya dan Lydia yang  baru sahaja ternampak akan kelibat Shafiqah itu. “Mana engkau pergi?” soal mereka, khuatir. Penat mereka cari dia di sekitar Disneyland tu. Dahlah besar! Shafiqah mula memuncungkan bibirnya. “Korang ni memang sengajakan!!” *sob.. sob..* perlahan-lahan air mata yang disimpannya tadi jatuh berjurai membasahi pipinya. Qirash perlahan-lahan menarik Shafiqah ke dalam pelukannya yang erat. Huish, dapat tahu dekat Puan Ernita dan Puan Nessa habis mereka berdua dikerjakan! Lydia dan Aliya menghela nafas lega. Mujur peah ni tak kena culik ke apa. Menyesal juga mereka sebab ajak dia masuk rumah hantu tu.
 

Shafiqah mula kembali ceria apabila mereka menyambung perjalanan mereka ke Disneysea pula. Penat juga pusing-pusing dekat taman tema tu. Besar nak mampus! Macam-macam jugalah permainan yang mereka sempat main dekat Disneysea tu. Contohnya, Tower Of Terror, Raging Spirit, Stormrider dan sempat juga mereka tonton Magic Lamp Theater. Sampai akhir sekali ialah 20 000 Leagues under the Sea.

Cantik pemandangan tempat tu kan. Mujur Shafiqah tak lari balik. Ingatkan lepas kena buli macam tu dia terus rasa macam nak balik hotel mereka. Tapi fikirkan rugi untung. Diabaikan sahaja peristiwa itu. Tunggu Qirash! Nanti balik Malaysia akan ku balas semula perbuatanmu itu, desis hati Shafiqah.
XXX
Destinasi seterusnya ialah Snowtown Yeti. Masuknya, 1800 yen seorang. Tu tak termasuk lagi kalau nak sewa snowboard ke, ski ke apa ke. Apa pun Shafiqah excited sangat dengan salji dekat gunung tu.
“Perang salji..!!” jerit mereka bertiga, lalu mengepal salji itu membentuk bulat dan membalingnya antara satu sama lain. Qirash mula tersengih memandang mereka yang kadang-kadang perangainya mengalahkan budak kecil. Dirakamnya setiap detik itu dengan baik. “Qirash.. sudahlah tu. Apa kata awak join kami sekali main.” Ajak Aliya, kasihan melihat Qirash yang tak henti-henti menjadi kuli mereka itu. Qirash menggeleng tanda tak apa. “Alah, biarkan orang tu. Siapa suruh dia ikut! Ambik engkau!” ngomel Shafiqah. Qirash kemudian dengan sengaja mengambil salji itu dan membalingnya ke arah Shafiqah. Tepat kena pada wajah Shafiqah membuatkannya berang. Aliya dan Lydia mula ketawa terbahak-bahak. “Yarh!!”
XXX
Kawaguchiko Music Forest, Japan.

“Khai, saya nak awak buat yang terbaik yrw.” Ujar Pengurusnya, Iris. Khai mengangguk. Dengan penuh semangat dia menaiki pentas itu dan menyanyikan lagu berjudul >> Call Me Baby << dengan penuh semangat. Semua peminat mula bersorak dan terpegun seketika dengan kemerduan suara Khai itu.
XXX
“Wah, cantiknya tempat ni..” puji Shafiqah. “Kan.. aku suka dengan design museum ni.” tambah Aliya, sambil memerhatikan gambar yang ada dalam kamera mereka itu. “Guys.. aku nak pergi tandas kejap! Korang tunggu sini, okay! Tak pun.. pandai-pandailah aku cari korang.” Ujar Lydia, lalu bergegas mencari dimanakah tandasnya. Aliya dan Shafiqah mengangguk.
XXX
15 minit kemudian, Lydia pun keluar dari tandas tersebut. Dan secara tidak sengaja dia tiba-tiba terlanggar bahu seseorang dengan kuat menyebabkan kedua-duanya terjatuh. “Hoi..!! Buta ke!” makinya dalam bahasa melayu. Hak4!! Lantaklah, lagi orang tu tak faham, lagi senang dia nak maki. Orang itu kemudian meminta maaf padanya berkali-kali. “Saya minta maaf! Saya minta maaf!” ujarnya dalam bahasa melayu. Lydia mula tergamam. Dia kemudian cuba menganalisi orang yang melanggarnya itu.


Lelaki itu seolah-olah sengaja menyembunyikan wajahnya apabila Lydia cuba memandangnya berkali-kali. Lydia tiba-tiba terasa seram sejuk. Pembunuh bersiri ke? Tak pun perogol bersiri? Tiba-tiba, suasana kedengaran kecoh. Orang ramai seolah-olah menerpa ke arah lelaki yang dilanggarnya itu. Zupp!! Tiba-tiba, tangan Lydia ditariknya bersama untuk mengikutnya sekali. Lydia terkejut. Apakah ini? Drama koreakah? Hindustan? No way! Dia masih suci lagi. Ya Allah, selamatkanlah aku!
Akhirnya, mereka berjaya menghilangkan jejak mereka daripada dikejar oleh orang ramai yang gila tadi. Lelaki itu tiba-tiba menolak Lydia ke arah dinding menyebabkan Lydia terperangkap. Kedua-dua tangan lelaki itu pantas diletakkan di dinding agar gadis itu tidak cuba melarikan dirinya. Khai cuba memandang gadis itu lama. Dia terkejut. Benarkan apa yang dia nampak ni? Atau bayang-bayang sahaja. “Lydia?” nama itu terpancul keluar dari bibirnya. Wajah Lydia berkerut seribu bahasa. Takut? Pelik? Semuanya ada. Macam mana lelaki itu boleh tahu nama dia. OMG! Aku kena selamatkan diri dan caranya ialah..  dengan menendang kaki lelaki itu menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan dan memegang kakinya yang terasa kebas. Lydia pantas mengambil peluang itu untuk melarikan diri. “Tunggu! Arhh, ouch!! Lyd..”
XXX
“Jom kita balik hotel.. Jom.. Jom..” ujar Lydia, dengan kalutnya. Aliya,Shafiqah dan Qirash mula memandangnya pelik. Dah kenapa minah ni? “Tadi.. aku.. kena.. Hurh..” termengah-mengah dia cuba mentafsir apa yang sedang berlaku tadi. “Awak okay ke, Lydia? Ada siapa-siapa buat yang bukan-bukan dekat awak ke?” soal Qirash, khuatir. Mana tak khuatir dah macam amanat dia untuk menjaga mereka bertiga ni. Walaupun, yang sepatutnya dia jaga hanyalah Si Shafiqah ni. Lydia menggeleng kemudian mengangguk. Yang mana satu pun mereka tak tahu.
Sampai sahaja ke hotel mereka, Lydia tak henti-henti menceritakan kisah yang menyeramkan tu. “Betul ke ni Lydia?” soal Shafiqah, hairan. Aliya diam seribu bahasa cuba memikirkan logiknya. “Betullah, laki tu cuba nak perkosa aku! Huhuk, aku rasa dia orang melayu sebab waktu aku terlanggar dia. Dia cakap saya minta maaf! Seramlah!” ceritanya dengan sendu sendan. Aliya kemudian mengambil sekotak tisu lalu diletakkan di hadapan Lydia. Shafiqah pula tak henti-henti mengusap belakang badan Lydia. “Sabarlah wey..” ujar Shafiqah. Semalam Shafiqah, hari ni Lydia pula. Dugaan~
XXX
Hari ke-7.. akhirnya, tamat sudah percutiaan mereka di Jepun. “Bye-bye.. Jepun.. Sayonara!!” ujar mereka, sewaktu melangkah naik ke dalam kapal terbang AirAsia itu. Pahit, manis dekat Jepun ni akan sentiasa mereka ingat sampai bila-bila. Persahabatan mereka bertiga sekarang pun dah macam baik semula. Shafiqah memandang telefon bimbitnya yang masih lagi tidak dibaiki lagi tu. Sejak dia ada dekat Jepun ni, Private Number tu tak henti-henti menelofonnya. Siapa yrw? Kenapa? Qirash yang berada di tempat duduk sebelahnya menyoal. “Kenapa?” Shafiqah menggeleng. “Nanti balik sana saya belikan awak telefon baru yrw.” Ujar Qirash denga kening diangkatkan sebelah. “Tak perlu! Saya pun ada duitlah. Lagipun elok lagi telefon ni. Cuma skrin sahaja yang rosak. Nak tekan tak boleh.” Qirash mencebik. “Orang nak belanja tak mahu sudah.”
TO BE CONTINUED


p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 9 ni. And nantikan untuk Bab 10  pula. Emm, tamat sudah percutiaan mereka di Jepun ni. Eyka tak mahu panjangkan cerita. Harap korang enjoy! And nantikan pula Bab 10 yang mungkin akan penuh dengan konflik, pergaduhan dan macam-macam lagi. Siapakah manusia yang selalu sangat menelefon Shafiqah tu. Macam mana dengan Khai? Aliya? Fareyz? Nantikan sambungannya dengan penuh kesabaran okay!


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik