Eyka Blog: Janji Kita (Bab 13)

Friday, 25 December 2015

Janji Kita (Bab 13)

Bab 13
“Hamboii.. Aliya.. Aku tengok engkau akhir-akhir ni happy semacam sahaja? Ada apa-apa yang engkau nak cerita dengan aku ke?” soal Yuna, iaitu kawan sekerjanya. Aliya mula tersipu malu. Entah kenapa akhir-akhir ni dia merasakan hubungan dia dan Syahriezal semakin lama semakin pulih semula. Dia senang dapat kembali berborak dengan Syahriezal seperti dahulu. Namun, disudut hatinya yang lagi satu dia tahu yang persahabatan ini tidak boleh melebihi apa-apa. “Hai, awak!” tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang membuatkan Aliya menoleh. Dipandangnya Fareyz yang berada disitu dengan riaksinya yang sengaja ditayangkan agar kelihatan comel. Yuna yang berada disebelah tidak henti-henti menggesel bahu Aliya, sengaja. Aliya perlahan-lahan mencubit pinggang sahabatnya itu membuatkan Yuna meraung kesakitan. Fareyz yang memerhati mula memandang mereka pelik. “Yuna kenapa ni?” Yuna mula menggeleng tanda tiada apa. “Tak apalah, aku pergi check in dulu. Aku penatlah. Korang pergilah borak-borak dekat kafe hujung sana tu. Esok kita dah nak terbang balik Malaysia.” Ujar Yuna, lalu meminta dirinya untuk pergi.

“Jom jejalan? Takkan nak duduk borak sahaja. Dah alang-alang kita dekat Florida ni. Apa kata kita pergi jejalan tepi pantai.” Aliya mula mengeluh. “Tak naklah. Saya tak berminatlah. Awak kalau nak.. pergi sajalah. Saya penat! Esok nak terbang balik dah. Lepas tu kena sambung pergi ke Italy pula.” Jelas Aliya. Serius dia memang busy gila. Al maklumlah cuti lama sangat. Hah, bila dah kembali bekerja. Macam nilah rutin harian dia. Ke sana, lepas tu terbang ke sana pula. Rahang ni dah rasa macam nak tercabut je sebab asyik kena senyum dekat para penumpang. Fareyz mula memonyokkan wajahnya. “Alah, please! Kali ni sahaja.. Please!!” pujuk Fareyz, sungguh-sungguh. Aliya akhirnya pasrah dengan pujuk rayu Fareyz dan berjanji akan mengikut kehendaknya tanpa banyak songeh.
XXX

Hati Aliya mula terasa teragak-agak apabila dia dipaksa untuk menaiki sebuah kapal terbang milik Fareyz.


“Cepatlah..” ujar Fareyz lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Aliya naik. “Fareyz awak nak bawa saya pergi mana ni? Kita dua saja?” soal Aliya, khuatir. “Awak jangan risau Aliya. Saya dah beritahu Yuna yang saya nak pinjam awak lama.” Aliya mula berasa sakit hati. Hish, Yuna ni gegeh betullah! Ngomel hati Aliya. “Jangan risau.. bukannya saya nak apa-apakan awak pun. Lagipun, kita still ada dekat Florida lagi. Saya tak culik awak aihh..” jelas Fareyz, yang cuba menenangkan hati Aliya yang terasa resah gelisah itu.

Sebaik kapal terbang itu berada diatas udara, Aliya mula berasa teruja. Dilihatnya Bandar Florida itu yang cantik dan besar.


“Omo!!! Cantiknya!! Tak sangka Florida dari atas secantik ni.” jerit Aliya, teruja. Fareyz yang berada disebelah mula tersenyum bangga. Bangga sebab dapat buat Aliya tersenyum macam tu. Dah penat pusing-pusing diatas udara mereka pun mendarat disebuah pulau. Di pulau itu mereka disambut baik oleh beberapa orang pekerja dipulau itu dengan mesra sekali. Aliya mula terasa kekok dan serba salah. “Awak, awak bawa saya pergi mana ni?” bisik Aliya. “Sabar.. kejap lagi awak tahulah.. Sekarang saya nak awak masuk bilik yang saya dah tempah untuk awak dan atas katil tu ada satu kotak besar. Saya nak awak buka kotak tu dan saya tunggu awak dekat tepi pantai sana pukul 8 malam. Okay!” jelas Fareyz, panjang lebar. Aliya hanya mampu mendengar dan menurut saja. Mau nanti dia tinggalkan aku dekat pulau ni. Mampus aku! Gumam hati Aliya.

XXX

Aliya mula membuka kotak yang dimaksudkan oleh Fareyz itu sebaik masuk ke dalam bilik itu. “Gaun?? Rantai? Make up? Kasut? Gelang? Flower Headchain?” Aliya mula terkejut dengan semua barang-barang yang berada didalam kotak itu. Gila tak terkejut! Semua tu nampak mahal, siut! Tahulah Fareyz tu pilot. Tak perlulah nak beri dia semua barang ni. Aliya mula memeroses kepala otaknya. Tiba-tiba, hatinya mula berdegup kencang. Ya Allah, minta-minta apa yang aku fikirkan ni tak jadi kenyataan. Aliya dengan pantas mengambil semua barang itu untuk bersiap. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.30. Nanti lambat pula dia bersiap. Kesian, Fareyz tunggu lama-lama.
XXX

Aliya mula mengekori laluan yang telah disediakan yang tepi-tepinya ada lilin. Hatinya mula berasa berdebar-debar. Fareyz ni dah kenapa? Bisik hatinya. Namun, riaksinya masih lagi dipaparkan agar kelihatan tenang dan bersahaja. Fareyz dengan segaknya tersenyum ke arah Aliya membuatkan pipi Aliya berubah menjadi merah kemerahan macam buah delima. Dengan gentlemannya, Fareyz membantu untuk menarik kerusi Aliya untuk duduk. Aliya dengan ayunya berterima kasih pada Fareyz. Fareyz tersenyum. “Awak suka tak?” soal Fareyz, ingin jawapannya. Aliya mengangguk. Gila tak suka! Kalau bagi dekat perempuan yang hatinya rock pun dia suka taw. Cair habis~ 

Makan malam mereka ditemani dengan pemain muzik yang mendendangkan lagu-lagu yang romantik. Rasa loya pula tekak ni nak telan makanan, bisik hati Aliya. Selesai makan Fareyz kemudian menghulur tangannya untuk mengajak Aliya untuk menari. Aliya dengan malasnya menerima pelawaan itu.

Kiri.. kanan.. ke depan.. ke belakang.. dan.. pusing.. dan..


Nafas Aliya mula menjadi naik turun naik. Dah kenapa Fareyz ni. Sawan ke?!? “Al.. ada benda yang saya nak beritahu awak.” Aliya mula memotong kata-kata Fareyz itu. “Kalau yrw pun, boleh tak awak biarkan saya berdiri dengan tegak dulu?” pinta Aliya. Namun Fareyz tetap ingin keadaan yang sebegitu sehinggalah dia selesai berbicara. Aliya tidak betah lagi lalu memejamkan matanya serapat yang mungkin. “Al.. dengar sini.. sekali saja saya cakap! Would you marry me? Nur Aliya Aressa Bt Mohamad?” mata Aliya yang dipejamkan tadi mula terbuka luas. Aliya kemudian menolak bahu Fareyz lalu dengan jayanya berdiri dengan tegak. “Fareyz!! Don’t ever play with me again with that words!” Aliya mula terasa satu badannya penuh dengan angin. Angin taufan. Fareyz menggeleng. “No.. I never play with you Aliya! Please, I really sincerely love you!” ucap Fareyz. Aliya menggeleng. Benda nilah yang dia fikirkan sejak dari tadi. Gaun ni.. makan malam ni.. pulau ni. “No way, Fareyz!! Never!! I hate you!! Don’t you see it?” ujar Aliya. Fareyz mula memegang kedua belah bahu Aliya. “Tell me why?!?” Kalau betul Aliya benci dia, dia perlukan sebab yang munasabah. Mungkin dia boleh ubah sikap yang dibenci Aliya tu.

“You’re player Mr Fareyz! And I never date a player such like you! You’re jerk!” entah kenapa Aliya benar-benar terasa menyampah dengan Fareyz saat itu. Apa salah Fareyz? Eh, dan boleh pula engkau kata engkau tak pernah bercinta dengan orang yang playboy! Habis tu mana engkau pungut Si Syahriezal tu? Bukan dia pun player ke Miss Aliya, desis hati Aliya. Fareyz mula ketawa. “Saya boleh berubah Al.. Trust me! Walaupun saya player saya tak pernah nak sentuh mereka tu semua. Bila saya dengan awak saya tak pernah sikit pun nak pandang perempuan lain.” “Oh yrw!! Itu tak dapat menjanjikan apa-apa pada saya.. Mungkin awak boleh pura-pura baik depan saya. Tapi tidak dibelakang saya, Fareyz!! Now, send me back to hotel!!” jerkah Aliya, lalu berlalu pergi.
XXX
Sejam Aliya tunggu Fareyz di tepi kapal terbang tu, akhirnya, kelibat Fareyz muncul juga dengan riaksi yang hampa teramat. Aliya diam membisu lalu naik ke atas kapal terbang itu. “Al.. Fareyz..” “Stop it!! Don’t ever tak to me again..” gumamnya. Fareyz menghela nafas panjang yang penuh dengan kehampaan.

Inilah malam yang paling teruk sekali. Aliya kenapa engkau sanggup buat Fareyz macam tu? Adakah sebab Fareyz mengingatkan engkau masa engkau bersama dengan Syahriezal dulu?? Oh.. habis tu kenapa dengan Syahriezal boleh pula engkau berbaik. Jangan belagak Aliya! Nanti padahnya engkau! Hatinya terasa sakit. Pelbagai persoalan bermain dibenak fikiran Aliya membuatkan dia terus merebahkan badannya diatas katil sebaik sahaja sampai dihotel mereka tinggal. Yuna yang terjaga dari lenanya mula menyoal Aliya. “Wey, korang pergi mana tadi? Best tak? Fareyz buat apa dekat engkau?” soal Yuna, dalam keadaan mamainya lagi. Aliya dengan geram mengambil bantalnya dan membalingnya tetap ke muka Yuna. “Yarh!! Asal pula ni?” marah Yuna. Namun marahnya itu terhenti apabila dilihatnya Aliya yang seolah-olah tiada mood. Kang, kacau lagi memang kena sepak aku ni! Baik sambung tidur, bebel hati Yuna.

XXX

Keesokkan harinya..

“Liya? Emm, Fareyz kenapa erk? Aku dengar cerita hari ni dia tak jadi balik Malaysia. Dia minta orang lain gantikan tempat dia sebab dia tak sihat tak boleh bawa flight.” Ujar Yuna cuba sampaikan berita itu. Kowd Aliya tahu apa-apa sebab semalam mereka berdua yang keluar date. Kalau mood Fareyz nak hilang pun sebab Aliya saja. Aliya diam membisu. Malas nak layan sahabatnya itu. Yuna merengus geram. “Hish! Dah bisu ke?!?”

XXX

Di dalam kapal terbang.. walau apapun Aliya tetap kena jalankan tugasnya dan terus tersenyum. Ergh! Rasa macam sakit gila hati ni!! Dah mood macam down gila, lepas tu kena senyum pula. Nak buat macam mana. Dah kerja dia memang macam tu.

 Tiba-tiba, ada seorang penumpang ni menegurnya. Penumpang kelas A, maksudnya seat untuk orang kaya duduk. “Senyum tu biar ikhlas sikit boleh tak?” ujar orang itu. Aliya mula menjeling ke arah penumpang itu, tajam. Mujur penumpang tu tengah baca surat khabar. Kalau perasan nanti tak pasal-pasal dapat aduan dari bos pula sebab pramugari/pramugara kena layan para penumpangnya macam ‘King & Queen’. Tak boleh nak bantah apa-apa. “Saya nampak awak jeling dekat saya tadi. Awak dah lama hidup ke?” Tambah penumpang itu. Terbeliak mata Aliya dibuatnya. Omo! Aliya mula tertunduk malu lalu beredar dari situ secepat yang mungkin. “Tunggu..” panggil penumpang itu. Aliya mula menoleh ke belakang semula. Kemudian, dilihatnya.. Syahriezal? Kuang ajaqlah mamat ni! Memang sengaja cari nahas dengan aku! Syahriezal dengan bergayanya membuka spec hitamnya itu dan mengenyitkan mata sebelahnya ke arah Aliya.

Di belakang tempat duduk dimana semua pramugari/pramugara bertukar giliran dan sekarang Aliya berhenti seketika untuk berehat. Jadi giliran orang lain pula yang buat kerja. “Wey, aku tengok engkau tengah main cintan cintun dengan seorang mamat ni.” Aliya menggeleng. Cepat gila minah ni dapat gossip! “Mana ada! Laki tu kenalan aku sebab tu kami nampak macam akrab sikit.” Jelas Aliya yang tidak mahu ada salah faham. Yuna mengangguk tanda mengerti. “Mujur Fareyz tak ada! Kalau tak! Nahas laki tu..” Aliya mula mengangkat keningnya. “Why? Kenapa Fareyz nak menyibuk dalam hal ni pula. Dia tak ada kena mengena dengan hal peribadi aku okay!” marah Aliya. “Eh, tapi Fareyz cerita dekat semua orang yang korang ni tengah hangat bercinta?” jelas Yuna. Berdesing telinga Aliya mendengarnya. “What? Fareyz cerita apa dekat korang semua.” Suara Aliya mula kedengaran tinggi namun dikawalnya agar tidak didengari oleh para penumpang. “Fareyz cakap yang korang berdua ni dah lama bercinta. And semalam dia beritahu aku yang dia nak lamar engkau. Dia yang minta aku bagi idea bagai. Tapi aku tengok semalam engkau macam bad mood gila. Jadi aku pun keliru. Korang ni bercinta ke tak?” cerita Yuna panjang lebar. Hati Aliya mula terasa baranya. Kebenciannya terhadap Fareyz bertambah-tambah jadinya.

XXX

“Cik Lydia.. ada surat untuk cik Lydia.” Ujar Sarah lalu menyerahkan surat itu kepada bosnya. Lydia mula mengerutkan dahinya. “Surat apa pula ni?” ngomelnya lalu dengan perlahan-lahannya membuka surat itu. Ada dua tiket didalamnya. Lydia mula menjadi teruja. Mini Konsert Kpop !! Seriusly!! “Sarah.. siapa yang bagi ni?” soal Lydia, yang rasa macam nak pitam dah. “Abang penghantar surat..” jawab Sarah jujur. Lydia mencebik. “Aku tahulah! Kowd engkau tahu siapa disebebalik penghantar yang lagi satu ke..” balas Lydia. “Ehh, kenapa saya nak tahu pula. Saya bukannya kerja mengintip cik Lydia.” Lydia mula bercekak pinggangnya. Eh, menjawab pula pekerja dia yang seorang ni. “Pergi buat kerja.. Shushh..” usir Lydia. Sarah mula memuncungkan bibirnya sambil-sambil itu sempat lagi dia mengumpat bosnya itu. “Itu tak kena.. ini tak kena. Mentang-mentang pangkat bos..” “Apa awak cakap?!?” soal Lydia. “Tak ada apa!!” jawab Sarah, gugup. Alamak, kantoi!
XXX

“Anas.. kamu nak pergi mana tu nak?” soal Puan Laila. “Anas.. nak pergi jumpa Lydia kejap.” Balas Anas. Puan Laila mula terkejut. Aik? Hari tu anak dia tu sikit pun tak mau cakap pasal Lydia tu. Katanya dia tak minat. Sekarang lain pula budak tu. Puan Laila mula menggeleng kepalanya. Okaylah tu, anak dia tu sekarang pun rajin ada dekat rumah. Kalau dulu susah. Suka balik lewat malam. Kadang-kadang lepak dekat kelab. Apa nak jadi pun tak tahulah. Moga Lydia boleh membimbing dia.


Sesampai sahaja di butik Lydia itu, Anas dengan segak bergayanya turun dari kereta mewahnya itu iaitu Ferari. Sarah yang nampak dibalik pintu cermin kaca yang lut sinar itu mula menjerit memanggil bosnya. Lydia dengan kalut keluar dari pejabatnya. Kowdlah gempa bumi ke, kedai nak meletup ke. Takut juga! Tapi tengok-tengok Anas Mikael yang datang. Lydia mula mengherot mulutnya ke tepi. Menyampah! Serupa datang nak kutip hutang tu! Fine, lupa aku memang ada hutang dengan dia, ingat Lydia. “Hai!” tegur Anas dengan bergayanya. Lydia mula menayangkan riaksinya yang terasa macam nak termuntah tu. “Nak apa?!?” soal Lydia. “Saya datang nak kutip hutanglah..” ujarnya sambil mengangkat keningnya, puas.


TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 13 ni. And nantikan untuk Bab 14  pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik