Cinta Si Gemuk
Peristiwa
yang menjengkilkan itu masih lagi terngiang-ngiang difikiran Ainin Sofea
membuatkan air matanya mengalir dengan deras. Dah sebulan dia berkelakuan
sebegitu. Terkurung dalam bilik. Tak mahu makan, menangis, dan kadang-kadang
langsung tak mahu bercakap sedikit pun dengan emaknya, Puan Aisyah.
Sebulan yang
lepas...
Ainin dengan
gembiranya mendandan dirinya secantik yang boleh. Well, tunang ajak keluar.
Mesti ada apa-apa tu, desis hati Ainin. Entah-entah, dia dah ready nak kahwin
apa, renyeh Ainin seorang diri sambil membayangkan Adam akan menarik kerusi
untuk dia duduk dan.. Praakkkk!! Baju yang disarungkannya itu tiba-tiba
terkoyak. Wajah Ainin mula berubah menjadi berkerut. Hish!! Macam mana ni.. Baru
petang tadi dia beli baju tu untuk pakai. Tengok-tengok dah terkoyak. Alamak..
macam mana ni.. Nak cari baju lawa-lawa sekarang mana sempat. Kalau aku ni
kurus tak apalah juga, bebel Ainin sambil memunggah almari bajunya.
Puan Aisyah
perlahan-lahan menguak daun pintu itu sedikit untuk melihat Ainin yang
kelihatan sibuk menyepahkan biliknya itu.“Masya-Allah, Ainin Sofea!! Apa yang
kamu buat tu?!?” jerit emaknya, yang terkejut melihat biliknya yang bersepah
itu. “Mak.. mak senyap kejap boleh dak. Ainin tengah berusaha nak cari baju
untuk keluar dinner dengan Adam ni.” ujarnya. “Bukan tadi petang kamu ada beli
baju ke?” soal Puan Aisyah, hairan. “Terkoyak mak! Mak tengoklah badan Ainin
yang gedebab ni!” gumamnya. Puan Aisyah hanya mampu menggeleng sahaja. Sejak
bertunang dengan Adam, Ainin ni tak henti-henti sahaja makan. Dulu tak pun
badan gendut gedempol macam ni. Itulah asyik keluar makan sahaja bila pergi
berdating.
XXX
Di sebuah
restoran yang mewah. Ainin mula menelan liurnya. Baju yang hanya mampu
dipakainya adalah baju kurung yang bersaiz XXL yang dijumpainya di dalam
almari. Matanya mula mencari-cari kelibat Adam. Dan.. tiba-tiba, dia ternampak
ada satu tangan yang melambai-lambai memanggilnya. Ainin tersenyum gembira.
“Sorry
lambat..” ujarnya yang masih lagi setia menunggu Adam untuk bangun dan menarik
kerusi untuk dia. Namun, hampa! Jadi pandai-pandailah nak tarik kerusi sendiri
dan duduk. Ainin mula tersenyum gembira melihat hidangan yang terhidang elok
diatas meja itu. Banyak, sedap. Grrr.. tiba-tiba perut Ainin berbunyi, minta
untuk diisikan. Ainin tersengih memandang Adam. “Makanlah..” pelawanya. Ainin
tersenyum lalu mencedok semua makanan itu. “Emm, sedapnya lobster ni!!”
komennya, sambil membuat reaksi yang memang sedap gilalah.
Seusai mereka
habis makan, Adam mula bersuara. “Ainin, saya ada benda nak cakap dengan awak
ni.” Ujarnya. Ainin memandangnya dengan penuh rasa teruja. Adakah Adam akan
melamar aku untuk kali kedua. Hari tu waktu dia nak ambil Ainin sebagai tunang
dan.. sekarang buat jadi isteri pula. “Cakaplah..” gumam Ainin, yang sudah
tidak sabar. “Adam..” tiba-tiba mereka disapa baik oleh seorang wanita ini.
Cantik, tinggi, seksi, persis macam model yang masuk pertandingan ratu cantik.
Adam tiba-tiba menarik tangan wanita itu untuk mengajaknya duduk sekali. What?
Depan aku siut! Bentak hati Ainin, namun didiamnya saja.
“Ainin..
sebenarnya..” belum sempat Adam ingin berkata-kata tiba-tiba wanita itu menarik
cincin yang dipakai oleh Adam dan diserahkannya pada Ainin. Wajah Ainin mula
berubah menjadi cemberut. “Adam? Apa semua ni? Hey, awak ni dah kenapa!!”
bentak Ainin. Ini dah melampau ni! “Ainin.. Adam minta maaf! Adam rasa Adam dah
tak boleh nak teruskan hubungan kita ni.” jelas Adam, dengan riaksi yang serba
salah. “Why? Adakah sebab perempuan murahan ni.” suara Ainin mula menjadi
tinggi menyebabkan semua orang memandang ke arah mereka. Lantaklah! Perasaan
amarah itu lebih bernilai sekarang daripada malu.
Perempuan itu
mula bangun dan mencampakkan jus oren yang masih lagi bersisa itu. Habis basah
kuyup Ainin dibuatnya. “Hello, for your information! Adam tinggalkan engkau
sebab badan engkau yang boyot tu. Look at you! Just like ugly duckling you
know!” hina perempuan itu. “Katie.. stop it!” gumam Adam. Ainin kemudian
mencapai rambut wanita itu dan menariknya. Mulalah agenda tarik menarik rambut.
Mujur Ainin pakai tudung. Tapi teruklah juga. Sampai habis terkeluar tudung
yang dipakai Ainin itu ditariknya. Adam kemudian mula menarik Ainin dan secara
tidak sengaja menampar wajah Ainin dengan kuat. Ainin terkesima. Even, family
dia pun tak pernah nak sentuh dia sampai macam tu sekali. Jadi siapa pula Adam untuk
tampar dia!!
“Fine!! We
are done here!!” jerit Ainin, lalu menyarungkan semula tudungnya dan belah dari
situ. Adam menggengam tanganya dengan erat. Rasa serba salah mula menyelubungi
dirinya. Orang ramai yang berada di situ mula berbisik antara satu sama lain.
Dalam
kepekatan malam itu, tiba-tiba hujan yang lebat mula mencurah-curah membasahi
muka bumi itu. Ainin mula memeluk tubuhnya yang basah kuyup dengan hujan kini.
Tadi basah kuyup dengan jus oren. Sekarang hujan pula! Sudah jatuh ditimpa
tangga. Hina sangat ke dia sebab gemuk! Why? Dulu waktu dia kurus boleh pula
Adam terima dia. Ini tak logik! Yang paling kejam.. sanggup Adam tampar dia
semata-mata sebab perempuan murahan tu!
Splash!!
Tiba-tiba, ada satu kereta ini memandu dengan lajunya dan meredah lopak air
yang berada berdekatan dengan Ainin menyebabkan habis air lopak itu
terperciknya. Ainin mula menjerit tanda marah. Ada sapa kesah. Masalah kereta
tu dah belah jauh dari situ. Malang sungguh nasib aku hari ni!!
Setelah
sebulan berlalu~
“Ainin,
makanlah nak. Janganlah buat mak macam ni Ainin. Ainin Sofea!” pujuk Puan
Aisyah dengan sabarnya. Wajah Ainin kelihatan pucat yang amat membuatkan Puan
Aisyah betul-betul khuatir akan kesihatannya. Hari tu ada sekali Ainin masuk
hospital. Teruklah juga sampai doktor kena masukkan air dekat dalam badan dia.
Ainin menggeleng lalu menolak pinggan itu dengan perlahan. “Ainin..” Puan
Aisyah masih lagi mencuba. Namun, hampa apabila Ainin menolaknya dengan agak
kuat sekali sehingga menyebabkan pinggan mangkuk itu terpelanting di atas
lantai dan pecah. Muhd Khalish yang baru sahaja pulang dari kerjanya mula
terkejut apabila kedengaran bunyi pecah dari tingkat atas bilik adik perempuannya.
“Mak.. kenapa
ni?” soal Khalish dengan lajunya menerpa masuk. Dilihatnya, Puan Aisyah dengan
sendu sendannya mengutip setiap serpihan kaca yang pecah itu. Manakala, Ainin?
Diam membisu macam anak patung yang tak bernyawa. Jiwa Khalish berasa panas.
Ini sudah melampau! Dia kemudian memegang erat kedua belah bahu adiknya dan
menggoncangnya dengan sekuat hati. “Ainin!! Sedarlah Ainin!! Tak usah lagi
engkau tangiskan orang yang dah buang engkau dari hidup dia!! Ramai lagi lelaki
dekat luar sana Ainin! Jangan nak hadap sangat dengan Si Adam tu!” nasihat
abangnya. Siapa tak kisah tengok keadaan adik dia yang macam tu?!? Hati abang
mana yang tak kisah. Tengok sahaja Khalish ni macam tak caring sangat pasal
Ainin tapi jauh disudut hati dia. Dia rasa terseksa sangat.
Lepas hari
yang Ainin balik nangis.. nangis tu, malam tu juga Khalish redah hujan cari
Adam dan tumbuk dia sepuas hati. Namun, dia tahu semua itu takkan dapat ubah
apa-apa. Ainin masih lagi begitu. Diam.. membisu!
Air mata
abangnya itu mula mengalir dengan deras, ditariknya adiknya itu kedalam
pelukannya. Puan Aisyah hanya mampu memerhati. Ya Allah, engkau kuatkanlah hati
sanubari anakku yang seorang ni.
Dua tahun
sudah berlalu, akhirnya Ainin kembali pulih seperti sediakala. Si gemuk yang
ceria! Yang kuat makan, yang suka buat lawak, suka memasak dan sebagainyalah.
“Ainin, aku tengok engkau ni asyik makan.. makan.. makan. Tak ada kerja lain ke
nak buat? Engkau tu dahlah peguam. Peguam memerlukan tenaga yang kuat untuk ke
hulur ke hilir. Siasat tu, siasat ni. Engkau tak penat ke dengan badan yang
macam tu? Satu lagi.. mana ada lelaki yang nakkan perempuan yang gemuk.” Ujar
temannya, Diana. Bukan niat nak mengutuk tapi nak nasihat. Ainin hanya acuh tak
acuh sahaja ketika soalan itu diajukan padanya. “Ainin!” marah Diana. “Alah,
biarlah. Gemuk ke.. kurus ke.. sama sahaja! Yang penting hati kena ikhlas.
Kalau perempuan tu kurus sekali pun. Bukannya lelaki tu suka dia sebab dia suka
betul-betul.” Jelas Ainin. Diana mengeluh. Ada sahaja benda yang perempuan ni
nak bidas aku.
XXX
“Awak.. kalau
boleh saya nak minta tolong sangat dengan awak.” Gumam Khalish. Diana memerhati
Khalish lama. Dah lama juga mereka ni bercinta. Tapi masih lagi tak nak
beritahu Ainin sebab takut Ainin tak dapat terima kenyataan. Yrwlah, abang
kandungnya bercinta dengan sahabat baiknya. What? Macam pelik doh~ “Minta
tolong apa? Kalau saya boleh tolong saya tolong..” ujar Diana, sambil menghirup
air jus yang dipesannya tadi. “Emm, apa kata awak ajak Ainin pergi berjogging
ke, pergi gym ke? Kasi kurus badan dia tu sikit.” Jelas Khalish. Diana
mengeluh. “Awak.. saya dah buat macam-macam untuk pujuk dia. Tapi hasilnya
tetap sama! Saya penatlah awak. Adik awak tu sejak dulu sampai sekarang memang
degil nak mampus. Mujur abang dia ni boleh tahan lagi.” Khalish mula tersengih.
“Saya
janji..! Kalau awak berjaya kuruskan badan adik saya tu. Saya janji akan masuk
minang awak. Kita kahwin terus.” Terangkat kening Diana dibuatnya. “Awak jangan
nak main-main! Saya dah kempunan lama dah nak tunggu awak lamar saya.” ujar
Diana. Khalish mengangkat tangan sebelahnya tanda untuk bersumpah. Namun,
dihalangi oleh Diana. “Sudah.. sudah.. tak baik main angkat sumpah sesuka hati.
Okay, saya buat! Saya buat atas dasar saya ambil berat tentang bakal adik ipar
saya.” jelas Diana. Khalish dengan tersenyum lebarnya memegang kedua belah
tangan Diana tanda terharu. “Haipp, bukan muhrim!” marah Diana.
“Astragfirulallahalazim.. Maaf!! Setan menganggu tadi.” Ujar Khalish. Diana
menggeleng.
XXX
“Ainin..!!
Jomlah, teman aku! Aku takutlah nak pergi seseorang.” Rayu Diana. “No way! Aku
banyak kerjalah. Aku tak ada masa nak pergi gym apa semua tu. Lagipun, aku tak
berminatlah.” Gumam Ainin. “Sampai hati engkau!!” bentak Diana, lalu
meninggalkan pejabat Ainin dengan begitu sahaja. Nak kasi drama korea sikit!
Ainin mengeluh. Dia kemudian bangun dan pergi ke pejabat kawannya itu pula.
Diana perlahan mula tersengih sambil menabur titisan eyemo di matanya. “Engkau nak apa?!?” marah Diana. “Fine! Aku
teman engkau! Sekali sahaja! Kalau aku dah tak larat aku stop. Okay!” Diana
dengan pantas memeluk temannya itu. “Ainin, engkaulah sahabat aku dunia dan
akhirat!! I love you, babe!” Ainin mula terasa rimas dengan pelukkan Diana itu.
Hish, apalah nasib malang dia nak kena pergi bersukan pula. Dulu waktu dia tak
gemuk. Rajinlah pergi gym sebab abang dia ada buka satu tempat gym ni. So,
free!
Kejap? Diana
ajak aku pergi gym.. Gym mana..? desis hati Ainin.
XXX
“Welcome my
dear!!” peluk abangnya itu, erat. Ainin mula merengus geram. Jangan kata Diana
berkomplot dengan abangnya itu. Sejak dulu memang suka sangat menyusahkan hidup
aku. Mereka ni ada apa-apa hubungan ke?
“Ainin.. buat
pengetahuan Ainin.. Dah lama sangat Ainin tak datang ke gym abang ni kan.”
jelas Khalish panjang lebar. Namun, dipekaknya sahaja. “Okay, untuk kamu.. kamu
boleh pilih sahaja sesiapa yang kamu nak untuk ajar kamu.” Tawar abangnya,
sambil memanggil semua jurulatih yang dia ada.
Ainin mula
memandang wajah mereka satu persatu.
“Wey.. aku
harap sangat dia tak ambil aku okay..” bisik Raykal ke telinga Ammar. Otak
Ammar cuba memeroses sesuatu. Dia macam pernah nampak gadis gemuk ni. Tapi
dekat mana yrw? Hah! Restoran mewah dua tahun yang lepas. Kesian dia! Dan entah
kenapa.. Ammar macam bodoh gila ekori dia dari belakang. Mujur perempuan tu tak
perasan. Tak sangka perempuan ni anak
bos dia, bisik hatinya.
“Abang..
Ainin tak nak susahkan orang lain..” balas Ainin. Mereka semua menghela nafas
lega. Eeww, siapa nak ajar perempuan gedempol macam tu. Kalau boleh mereka nak
ajar perempuan yang dah ada shape, seksi, meletop.. “Ainin!!” bentak abangnya.
“Ainin nak balik..” ujar Ainin, lalu bangun dari duduknya dan menuju ke pintu
keluar. Ammar tiba-tiba maju ke hadapan dan menawarkan dirinya. “Tunggu!! Saya
nak tolong dia, boleh?!?” Raykal yang berada di sebelah mula ternganga begitu
juga Ainin dan orang lain. Hanya Khalish dan Diana sahaja yang tersenyum
gembira. “Ammar!!” peluk Khalish, terharu. “Akanku pastikan gaji engkau lebih
saat engkau mengajar adikku itu.” bisik Khalish. Yang lain mula berasa cemburu.
Naik gaji?!? Menyesal juga tak ambil.
Ammar
menggeleng. Ikutkan dia tak pernah kisah sangat pun pasal duit. Gaji yang dia
ada sudah cukup untuk menampung hidup dia yang membujang itu. Ainin berkerut.
OMJ..!! Kenapa gegeh sangat lelaki ni nak ajar aku?!? Jerit hati Ainin yang
sebenarnya malas.
XXX
“Hai, nama
saya Ammar Sufi. Awak boleh panggil saya Ammar.” Kenal Ammar, sambil menghulur
tangannya untuk berjabat mesra. “Sorry.. no handshake! Ainin.. Ainin Sofea.”
Ammar mengangguk tanda mengerti. “Baiklah, apabila awak dah pilih saya sebagai
coach awak. Saya nak tahu semuanya pasal ‘body’ awak.” Ainin mula melindungi
tubuh hadapannya itu apabila terdengar perkataan ‘body awak’. Ammar mula ketawa
terbahak-bahak. “Hello, jangan nak salah faham sangat! Saya cuma nak tahu..
berat awak, tinggi awak, lifestyle awak.. aktiviti yang pernah awak buat.
Kesihatan awak.. bla.. bla.. bla..” Ainin mengeluh. Perlu ke dia beritahu semua
tu.
“Perlu okay!
Sebab mulai dari saat ini.. your body.. is my body also..” Ainin mula
ternganga. Hish! Menyampah betul dia dengan lelaki ni.
XXX
Kedebushh..
Badannya yang besar itu mula direbahkan diatas katil queen yang besar kedabak
itu. Penat! Seharian aku dikerjakan oleh coach yang tak ada hati perikemanusiaan
tu. Dekat rumah pula abang tak henti-henti suapkan aku makan sayur. Tak ada ke
daging ke, ayam ke. Omo!!! Geramnya!! Jerit Ainin dalam hati. Lama kelamaan
matanya mula menjadi berat menyebabkannya terlelap.
“Ainin!!
Gemuk! Ainin boyot!!”
“Ainin
maafkan Adam.. Adam tak dapat nak teruskan hubungan kita lagi..!! Adamm..”
“Sebab apa
Adam??”
“Sebab Ainin
boyot dan gendut!! Ainin..!!”
“Ainin!!”
kejut Puan Aisyah, membuatkan Ainin tersentak dari mimpinya yang ngeri itu.
“Ainin kamu okay?” soal Puan Aisyah. Ainin mula mengalirkan air matanya lantas
memeluk ibunya itu. Dengan lembut Puan Aisyah mengusap belakang badan anaknya
itu. Khalish yang berada disebalik pintu hanya mampu memerhati.
Ya, hampir
setiap malam Ainin akan mengigau teringatkan kisah dimana Adam pergi
meninggalkannya. Dan setiap malam jugalah hati Khalish berasa terseksa melihat
adiknya sebegitu. Memang benar dia nampak ceria di luar. Tapi tiada siapa yang
tahu isi hati adiknya itu yang sebenar.
XXX
1.. 2.. 3..
Cepat.. cepat.. push Ammar. Ainin dengan sedaya upaya Cuma untuk bangun dari
tekan tubi itu. Namun, gagal. Akhirnya dia mengeluh lalu berhenti melakukannya.
“Apa awak ni! Kenapa stop!” marah Ammar. Ainin merengus geram. “Boleh tak kita
stop kejap! Saya penatlah..” Ammar kemudian memegang leher Ainin untuk
memeriksa kadar nadinya. “Fine, 5 minit sahaja.” Ujar Ammar. “What!! 20..”
“No!! 5..!!” “10 minit..” “Fine..” akhirnya Ammar mengalah jua.
Ainin dengan
pantas meneguk air mineralnya itu dengan rakus sekali. “Yarh!! Awak mana boleh
minum sekaligus macam tu.” Marah Ammar lalu merampas botol minuman Ainin itu
darinya. “Kenapa pula!!” ngomel Ainin, yang sudah kehausan tahap maksimum.
Ammar menunjukkan jarinya tanda ‘no.. no.. no.’. Ainin mula mencebik. Kemudian,
suasana gym itu kedengaran riuh dengan suara lelaki. “Wow! Pweett!! Cantiklah
perempuan tu..” bisik mereka antara satu sama lain. Ainin mula memanjangkan
lehernya untuk melihat siapakah perempuan yang mereka gilakan sangat tu. Over
betul semua laki ni. Pantang nama perempuan seksi sikit, ngomel hati Ainin.
Namun, Ammar seolah-olah sengaja menghalang pemandangannya. “Hish!! Tepilah..!”
marah Ainin. “Saya nak awak pergi buat larian dekat dalam bilik khas tu.
Sekarang!” tegas Ammar, membuatkan Ainin dengan pantas segera bangun dan masuk
ke dalam bilik khas itu.
“Hai, awak...”
sapa wanita itu. “Hai..” balas Ammar, acuh tak acuh. Raykal tiba-tiba turut
sama datang menyibuk. “Hai, cik Katie.. Lama tak nampak. Sibuk ke sekarang?”
soal Raykal, lebih-lebih. Katie tersenyum sinis. “Ehh, mana ada. Mungkin busy
sikit kowd.” Balasnya. “Awak buat apa dekat sini?” ujar Ammar, terus terang.
“Saja. I rindu nak jumpa you. Itu pun tak boleh ke? Lagipun, you kan tunang I
yang satu.” Melopong mulut Raykal mendengar perkataan ‘tunang you’. OMJ, dah
bertunang rupanya mereka. Raykal dengan hampa pergi dari situ. Katie mula
ketawa. Padan muka!
“Katie..”
ujar Ammar. “Sorry.. Tapi I memang rindu you pun..” jujur tulus dari hati.
Memang itu apa yang dia rasakan sekarang. Takkan itu pun Ammar tak boleh nampak
lagi. “Katie, I busylah.. You nampak tak perempuan dekat dalam tu. I kena coach
dia sekarang.” jelas Ammar. Katie mengangguk tanda mengerti. “Emm, okay! Sorry
sebab kacau you. I hope you tak buat perempuan tu jatuh cinta sepertimana you
buat dulu dekat I waktu I gemuk dulu.” Bisik Katie di telinga Ammar sebelum
beredar. Ammar mengeluh. Masa bila pula aku buat dia jatuh cinta, dia yang suka
aku, bisik hatinya.
XXX
Sudah sebulan
training ini dilakukan, berbaloi juga sebab Ainin berjaya menurunkan berat
badannya sebanyak 5 kg. Okaylah tu. Ainin dengan gembiranya bersorak keriangan.
Pipinya yang montel semakin lama, semakin kurang sedikit montelnya. Ammar mula
tersenyum gembira. Entah kenapa dia terlalu gembira sangat melihat Ainin yang
berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5 kg. Dulu waktu coach orang lain
tak pernah segembira ni. Besa-besa sahaja.
“Tahniah!”
ucap Ammar. Ainin mengangguk. Kalau boleh rasa nak peluk sahaja Ammar sebab dah
tolong dia. Tapi teringat balik hukum agama. Bukan muhrim~ “Thank you!!” balas
Ainin. “Disebabkan awak dah berjaya turun 5 kg. Apa kata saya teman awak pergi
makan.” Ainin mula tersenyum gembira. Makan? Makan apa? Dia rindu nak makan
daging, ayam apa semua tu.
Di sebuah
restoran. You know what? Restoran ni Cuma serve makanan yang health sahaja.
Semua rasa dekat sini semuanya tawar. Kurang garam, kurang gula.. semuanya
kurang. Ergh!!
“Fine.. macam
ni ke awak layan orang yang berjaya menurunkan berat badannya.” Ammar dengan
selamba mengangguk. Ainin mula mengeluh. “Fine, orang dah belanja. So, makan
sahajalah.” Gumam Ainin, lalu memaksa nafsu makannya untuk menelan salad ayam
yang dipesan oleh Ammar. Tengah seronok makan, tiba-tiba Ainin disapa oleh
seseorang. “Ainin?” Ainin mula menoleh memandang orang itu. “Adam..” nama itu
mula terpancul dari bibirnya. “Ainin.. I really miss you, Ainin. Adam nak..”
belum sempat Adam berkata-kata Ainin terus bangun dan pergi dari situ. Lepas
tu, lupa pula yang dia datang sini dengan menaiki kereta Ammar.
“Ainin..
please!! Adam nak terangkan hal yang sebenarnya ni. Adam..” “Cukup!! Cukup
Adam.. Selepas apa yang awak buat dekat saya..!! Cukup!! Awak tak tahu betapa
terseksanya saya..!” jerkah Ainin. Air matanya mula mengalir membasahi pipi.
OMJ, ku fikir sudah kering kontang air mata ini untuk lelaki itu. Tetapi
ternyata dia salah. Kedebush!! Satu layangan tumbukkan dihadiahkan pada Adam
membuatkan dia rebah jatuh ke lantai. Ainin mula menekup mulutnya. “Stay away
from her!! She’s mine!!” tegas Ammar lalu menarik Ainin untuk masuk ke dalam
kereta.
XXX
Sepanjang
perjalanan mereka, masing-masing memilih untuk berdiam diri. Namun, tangan
Ammar yang berdarah membuatkan Ainin berasa serba salah. “Sorry?” hanya itu
sahaja yang mampu diucapkannya. Ammar menggeleng. “Tak apa. Sampai dekat gym
nanti kita sambung buat larian dengan tekan tubi yrw.” Ainin mula mengeluh.
“What?!?”
Sesampai
sahaja di gym..
“Ammar..”
peluk Katie, sebaik Ammar melangkah masuk ke dalam gym itu. Ammar mula
terkejut. Begitu juga dengan Ainin. Perempuan ni? Perempuan ni macam pernah aku
nampak. Katie yang baru terperasan kehadiran Ainin mula terkejut. “Ainin?” ujar
Katie. Hatinya mula membuak-buak api kemarahan. “Apa yang awak buat dekat
sini?!? Ammar apa semua ni?!?” jerkah Ainin. Tadi Adam.. Sekarang perempuan
murahan ni pula yang muncul. Lepas satu.. satu masalah yang hadir. Khalish mula
datang menerpa. “Apa yang kecoh-kecoh ni, dik?” tanya Khalish. “For your
information.. Ammar is my fiancé..” jawab Katie. Raykal mula mengiakannya.
“Betul tu Cik Ainin..” Ammar mula memandangnya tajam membuatkan Raykal kembali
senyap.
“Ainin,
percayalah! Saya dengan dia betul-betul tak ada apa-apa.. Kami..” “Cukup.. saya
penat nak terus percaya dengan kata-kata orang. Cukuplah saya pernah disakiti
dulu. Saya tahu saya tak cantik! Cukup!” Ainin dengan pantas melarikan dirinya
dari situ. Ammar kemudian dengan pantas mengejarnya walaupun dihalang oleh
Katie.
“Ainin!!
Tunggu Ainin!!” peluk Ammar dari belakang badannya. Tiba-tiba, hujan mula turun
membasahi bumi. Habis basah lencun mereka berdua dibuatnya. “Ainin!! Berhenti..
Saya sebenarnya cintakan awak Ainin.. Percayalah!” Ainin dengan kasarnya cuba untuk
meleraikan pelukkan itu namun tenaganya nampaknya langsung tak berdaya. “Ammar
cukup Ammar! Saya penat Ammar! Saya dah lali dengan cinta yang palsu ni!” bentak
Ainin. “Saya tak tipu Ainin.. Saya betul-betul cintakan awak Ainin. Saya
cintakan awak bukan atas dasar rupa atau apa. Saya cintakan awak atas kejujuran
hati awak sendiri. Tulus hati saya.. sumpah Ainin Sofea!! Sumpah!!” Grrhhhh..
Dalam waktu yang sama jugalah bunyi kilat menyambung membuatkan hati mereka
berdua bergegar, ketakutan. Akhirnya, Ainin rebah jatuh terduduk di atas jalan
tar itu. “Ainin.. percayalah..” Ainin diam membisu. Menangis dengan lebatnya.
Sama lebat dengan hujan yang turun.
Sungguh tak
disangka.. Esoknya juga Ammar datang masuk meminangnya. Puan Laila dengan
gembiranya datang membantu untuk menyarungkan cincin di jari manis bakal
menantunya itu. “Tahniah.. Ainin sebab kamu berjaya untuk lumpuhkan hati
sanubari Ammar untuk mendirikan rumah tangga. Ini kali pertama ibu tengok Ammar
betul-betul ikhlas dengan seseorang lepas dia putus tunang dengan Sarah tunang
lamanya.” Wajah Ainin berubah menjadi terkejut. Ammar pun pernah putus tunang
juga? Jadi dia dan Ammar tak ada bezanyalah.
XXX
Malam itu,
Ainin dan Ammar tak henti-henti bergayut di dalam telefon. Yrwlah, esoknya tu
dah nak kahwin. Jadi, malam tu rasa rindu yang teramat sebab dah lama juga tak
jumpa lepas mereka bertunang hari tu. Ainin pun sekarang dah berjaya kuruskan
badannya. Oh yeah! Rasa bahagia juga sebab boleh pakai baju kahwin dengan saiz
pinggang yang kecil. Ammar masih lagi tidak tahu sebab Ainin sahaja nak
surprisekan bakal suaminya itu waktu majlis akad mereka nanti. “Rindulah dengan
awak!” ucap Ammar. Ainin mula tersenyum bahagia. “Siapa suruh awak pergi
outstation lama sangat.” Rajuk Ainin. “Kenalah awak.. Tak lama lagi saya kena
handle syarikat papa. So, kenalah pergi sambung study balik pasal bisnes ni.”
keluh Ammar.
“Awak.. saya
nak tanya something boleh tak?” gagah Ainin. “Tanylah..” “Awak.. pernah tunang
erkk?” wajah Ammar mula berubah menjadi terkejut. Mujur Ainin tak ada depan
dia. “Macam mana awak tahu?” soalnya. “Adalah.. Jawablah.. Nantikan kita dah
tak boleh nak rahsia-rahsia dah bila dah kahwin.” Ammar mula menghela nafas
panjang sebelum bersuara. Terlalu berat untuk dia buka kisah silam. Tapi dah
bakal isteri cakap macam tu terpaksa juga dia bercerita. “Awak percaya tak saya
pernah gemuk dulu? Yrw.. dulu saya macam awak. Saya ada tunang dengan seorang perempuan
ni nama dia Sarah. Dulu dia sama gemuk dengan saya. Tapi bila dia dah kurus
dulu dia terus lari tinggalkan saya. Dia kata orang gemuk macam saya tak sesuai
untuk dia. Semenjak dari tu saya tanam azam untuk kurus dan tak mahu percayakan
mana-mana perempuan pun. Tapi tak sangka Ainin Sofea. Awak mengingatkan saya
pasal kisah lama membuatkan hati lelaki saya terusik seketika.” Ainin mula
menahan air matanya daripada mengalir. Ya Allah, rupanya ada juga orang yang
senasib dengannya. Cuma dia sahaja yang tak pernah nak bersyukur.
“Hello? Awak
dengar tak ni?” soal Ammar. Penat dia bercerita! Kalau Ainin tak dengar siap
dia malam pertama nanti. “Dengarlah..! Okaylah, awak. Kita jumpa esok.” Ujar
Ainin lalu mematikan talian itu. Ammar mengeluh. “Tutup!! Orang tengah rindu
tahap nak mampus. Boleh pula dia tutup!! Tunggu Ainin Sofea.. Aku balas waktu
first night nanti.” Tawa Ammar seorang diri. Hak8..!
XXX
Hari yang
dinantikan sudah pun tiba..
Ainin dengan
sopan santunnya melangkah turun dari biliknya membuatkan Ammar tergamam
sebentar. Wajah bakal isterinya itu direnungnya lama. Kurus, cantik.. Lawa..
Tapi rindu lagi dia dengan wajah montel Ainin. Alah, semua tu dia tak kisah.
Yang dia kisah kesihatan isterinya itu lebih bermakna baginya. Kurus tapi tak
sihat buat apa.
“Ehem..
dengan ini saya nikahkan dikau Ammar Sufi Bin Abdul Razak bersama Ainin Sofea
Binti Sharul Ridzwan dengan mas kahwin 2600 tunai. Sah! Sah!” soal tok kadi
itu. Khalish sebagai wali mengangguk tanda sah. Abang.. akhirnya kahwin juga
anak abang ni, bisik hati Puan Aisyah yang terkenangkan arwah suaminya itu.
“Ainin.,, kahwin juga engkau... Tahniah..”
ucap Diana. Ainin tersenym bahagia. Diana mula mencuit-cuit bahu Khalish
membuatkan Ainin memandang mereka berdua pelik. Dah kenapa sahabat aku dengan
abang aku ni. “Ainin sebenarnya abang nak beritahu yang abang dengan Diana..
kami..” “Kami dah lama bercinta..” sambung Diana. Ainin mula ketawa
terbahak-bahak. “Yang tu sahaja? So, bila nak kahwin.. korang ni lawaklah..”
ujar Ainin, lalu meminta diri untuk pergi ke suaminya yang memanggilnya. Diana
dan Khalish mula memandang antara satu sama lain. Penat selama ni mereka merahsiakan
hubungan mereka. Huhuhuhu.. kalau tak konfirm mereka yang kahwin dulu.
Ainin dari
jauh mula ketawa tak berhenti-henti. Padan muka! Sebenarnya Ainin dah tahu lama
hubungan mereka tu. Hari tu waktu dekat gym. Ainin ada ternampak mereka berdua
tengah bersweet bagai. Geli pula Ainin tengok!
XXX
Di lapangan
terbang KLIA.
“Ammar..
tolong jaga Ainin tu elok-elok yrw..” pesan Puan Aisyah dan Puan Laila. Ammar
mengangguk. “Beres boss!!” “Ainin.. jaga Ammar elok-elok. Nanti lepas korang
dah habis honeymoon.. Papa nak dia masuk syarikat papa. Dan Ainin. Papa ambik
sebagai peguam baru syarikat kita.” melopong mulut Ainin dibuatnya. Ammar
kemudian membantunya untuk menutupnya kembali. “Thanks papa.. Papa.. kalau
Ammar buli Ainin.. Boleh tak nanti waktu dia masuk kerja Papa buli dia balik.”
Encik Razak kemudian mengenyitkan mata sebelahnya. “Apa sahaja untuk menantu
papa ni.” Peluk Encik Razak. Ainin berasa gembira sangat sebab dapat keluarga
yang baru sekarang. Sekurang-kurangnya dia dapat merasa kasih sayang seorang
bapa yang tak pernah dia rasa.
Ainin dan
Ammar mula melambai-lambai tangan mereka ke arah mereka semua. Dilihat Diana dan
Khalish mengeluh antara satu sama lain. Hak4, kesian mereka tu. Sebenarnya nak
ikut sekali tu. Tapi Puan Aisyah tak izinkan sebab mereka bukannya kahwin lagi.
Ammar perlahan-lahan merangkul erat pinggang Ainin yang kecil sekarang.
Sungguh tak
disangka, tiba-tiba mereka terserempak dengan Katie dan Adam sekaligus. Ainin
dan Ammar terperanjat. Dirangkulnya erat pinggang isterinya itu. “Saya nak
minta maaf Ammar.. Ainin.. Tahniah atas perkahwinan awak berdua. Dulu saya tak
berniat pun nak..” Ainin mula memotong ayat seterusnya. “Saya faham Katie..
Saya dah lama maafkan awak. Begitu juga dengan awak Adam.” Ujarnya yang melihat
Adam sejak dari tadi gusar sahaja memandang ke arah Ainin. Adam mengangguk.
“Semoga bahagia.. Ainin..” ucapnya. Ainin mengangguk lalu meminta diri untuk
pergi.
“Uhukk..
Uhukk..” Adam tiba-tiba terbatuk membuatkan darah terpercik banyak ditangannya.
Katie mula terkejut lalu menghampiri Adam. “Kenapa you ni susah sangat nak
beritahu hal yang sebenarnya dekat Ainin!! Sebab you I terpaksa lepaskan Ammar
you tahu tak!!” marah Katie, namun tetap membantu Adam untuk duduk. Adam
menggeleng. “Biar dia bahagia, Katie. You pun patut cari kebahgiaan yang lain.
Kumbang bukan sekuntum! Tak macam I.. Tak lama lagi I akan lesap dari muka bumi
Allah ni, Katie..” ujar Adam, sayu. Air mata Katie mula jatuh membasahi
pipinya.
Dia kenal
Adam pun sebab dia ialah Doktor Persendirian Adam. Ingat dua tahun lepas?
Sebenarnya mula-mula dia malas nak tolong Adam. Tapi waktu itu Adam betul-betul
terdesak dan merayu padanya untuk berlakon menjadi kekasihnya dan menghancurkan
hati Ainin untuk terus melupakannya. Katie tak rela sebenarnya. Lepas Adam tertampar
Ainin secara tak sengaja hari tu. Hidup Adam betul-betul hura-hara. Ingin sahaja
dia lari pada Ainin dan beritahu semuanya. Tapi dia takut ia hanya akan menyusahkan
Ainin sahaja. Jadi dia memilih untuk mengurung dirinya dan menyeksa dirinya daripada
tidak makan.
Masanya kini sudah
tak lama. Dia ingat dia ingin habiskan sisa hidupnya yang tinggalk baki ini bersama
Ainin. Namun, hampa! Ainin milik Ammar. Sah isteri orang! Dia tak layak lagi untuk
meminta apa-apa. Matanya menjadi berat. Mungkin.. Tuhan itu Maha Adil. Sungguh dia
telah temukan Ainin bersama orang yang lebih bagus darinya. Sekurang-kurangnya dia
tahu yang orang tu takkan sakitkan hati Ainin macam dia buat dulu.
“Adam..!! Adam..
Adam bangun Adam!!” kejut Katie, yang menyedari Adam sudah lagi tidak bernafas.
“Adam!!!!”
-TAMAT-
Alololo sedihnya.... but still a nice story. Tahniah bust penulis
ReplyDeleteThanks 4 ur komen.. EHek3.. =D
DeleteKarya yang cukup hebat dan memuaskan. Jalan ceritanya juga amat menarik.
ReplyDeleteBetul ke ni? Alhamdulillah.. Suka sya klu ada yg suka.. #bigsmile
DeleteHALO Sahabat Poker! Saya kenalin nih poker terbaik dan terpercaya.
ReplyDeleteLINK ALTERNATIF MWPOKER
Situs MWPOKER
Poker Deposit Pulsa
Pusing kalah terus dan ketika menang gk dibayar?
ReplyDeleteYuk gabung dengan kami, sudah pasti kami bayar kemenangan anda dan kami berikan WINRATE 90%
Kami tawarkan kepada anda
> BONUS NEW MEMBER POKER UP TO 50%
> BONUS NEW MEMBER SPORTSBOOK 50%
> BONUS NEW MEMBER SLOT 70%
> BONUS NEW MEMBER TEMBAK IKAN 70%
> CASHBACK SABUNG AYAM 100%
> SPORTSBOOK MIX PARLAY CASHBACK 300%
> MENERIMA SEMUA JENIS TRANSAKSI BANK , OVO , DANA DAN GOPAY
Yuk, Kunjungi Situs kami atau hubungi Customer Service kami di
> Line : jumpa.official
> WA : +6282124313996
> FB : JUMPAPOKER
> Twitter : JUMPA.OFFICIAL
> WeChat : JUMPA.OFFICIAL
BONUS NEW MEMBER TERBESAR
AMBIL MOBILNYA DISINI
BACA BERITA DISINI
BERITA DEWASA
TOGELNYA PARA JUARA
JOKER GAMING SLOT TERBAIK
Togel Hongkong
ReplyDeletekayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - kayseri escort - gaziantep escort
ReplyDeletekayseri escort - hatay escort
ReplyDeleteشركة عزل اسطح
ReplyDeleteشركة تركيب اثاث ايكيا