Bab
12
“Syah.. mama
nak tanya kamu satu benda boleh tak? Mama harap kamu tak sentap atau naik
hangin ke apa..” soal Puan Ida. Syahriezal yang sejak dari tadi sedang fokus
membaca surat khabar mula memandang Si ibunya. Dia kemudian mengangguk. “Kamu
masih sayang lagi tak dekat Liya tu, nak..?” soal Puan Ida, teragak-agak.
Syahriezal menghela nafas panjang. Dia sendiri pun tak pasti dengan hatinya
yang sebenar. Sayang? Suka? Dia takut yang dia akan sakiti hati Aliya seperti mana
dia buat suatu ketika dahulu. Percayalah. Suatu ketika dahulu dia dan Aliya
sebenarnya sudah pun pernah berkahwin. Waktu itu, umur masing-masing masih lagi
muda. Aliya 15 tahun, manakala dia baru sahaja umur 14 tahun. It’s so fun! And
sometimes it’s so sweet. Tapi apakan daya disebabkan kesilapannya kisah kahwin
mereka pun berakhir. Alasannya, masing-masing masih lagi muda dan masih lagi
belajar.
Syahriezal
kembali menyambung pembacaannya dan mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak
tahu. Puan Ida mengeluh dan kembali menyapu sampah di laman rumah. Tiba-tiba,
mata Syahriezal tertacap pada surat khabar itu lama. Fashion Show yang paling
gempak! – Itulah tajuknya dan dilihat model-model disitu dan salah satunya
ialah... Aliya.
XXX
Pagi itu
suasana di dapur kelihatan santai sahaja kerana orang pun tidak ramai sangat.
Jadi bolehlah Shafiqah nak renggang-renggangkan badannya dan berborak-borak
dengan yang lain. Qirash pun hari ni tak ada. Kena pergi beli barang dapur yang
dah berkurangan. Jadi tenang sikit telinga ni rasa. Kalau tak asyik
popetpopetpopet saja.. “Fiqa..” tiba-tiba dia disapa baik oleh Nadz yang cuba
masuk ke dalam dapur itu. Shafiqah mula menjadi tidak tentu arah. Dengan pantas
Shafiqah menarik lengan Nadz untuk berborak di luar belakang dapur. “Awak nak
apa?” soal Shafiqah, pantas. Nadz memandangnya pelik. “Awak ni macam tak suka
sahaja saya kerja dekat sini?” soal Nadz, hampa. Shafiqah mengeluh. “Bukan tak
suka.. sebenarnya.. saya..” belum sempat Shafiqah ingin meneruskan ayat
seterusnya Nadz sudah pun memotongnya. “Fiqa.. saya sebenarnya sukakan awak!!
Dah lama saya fikirkan benda ni. Kalau boleh saya nak hubungan kita jadi
seperti dahulu kala.” Terlopong mulut Shafiqah mendengarnya.
Namun, hati
dia berasa aneh. Shafiqah kenapa ni? Bukan sepatutnya engkau bahagia ke dengan
ayat yang sebegitu. Patutnya engkau happy yang Nadz kata dia suka engkau. Dah
lama engkau cuba dapatkan dia dulu tapi tak kesampaian. Shafiqah! Senyumlah, paksa
hatinya. Lama-lama bibirnya mula mengukir satu senyuman. Namun senyuman itu dimatikan
apabila dia melihat kelibat Qirash yang baru sahaja pulang. “Qirash!” sapa
Shafiqah, lalu membantu Qirash untuk mengangkat barang-barang dapur yang
dibelinya itu. Qirash mula menayangkan muka geramnya. Bukan nak ikut sekali
tolong dia beli barang. Hurh! Mujur aku sayang engkau, ngomel hati Qirash
sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu. Shafiqah mencebik.
Dengan perasaan yang gugup dia berlalu sahaja depan Nadz. Qirash memerhati Nadz
pelik. “Hoi, engkau ni tak ada kerja lain ke?!? Yang engkau sibuk dekat sini
apasal?” tegur Qirash, membuatkan Nadz pergi dari situ.
“Aik, belah
sahaja macam tu.” Ngomel Qirash, seorang diri.
XXX
Orang ramai
yang berada di kafe itu mula memberikan tepukan yang gemuruh sebaik sahaja
Syahriezal selesai membuat persembahannya. Alah, biasa-biasa sahaja untuk teman
baiknya iaitu Fathie. Hari ni merupakan hari pertama dia membuka kafe itu. Jadi
kenalah bagi hadiah yang istimewa untuk teman baiknya itu. Mungkin dengan
melakukan persembahannya tadi mampu menarik minat pelanggannya untuk datang
bertandang nanti. “Yo, bro! Thanks for coming!” ucap Fathie. “Syah!! I rindu
you..” tegur Intan juga sambil memukul lembut bahu Syahriezal, iaitu isteri
Fathie. Syahriezal tersenyum sinis. Nak termuntah pula dia tengok Intan ni.
Laki depan mata pun nak menggedik dengan lelaki lain. Sahabat laki sendiri pula
tu. “Aliya tak datang dengan engkau ke?” soal Fathie, yang cuba menyerikan
suasana. Syahriezal mula menganggkat bahu tanda tidak tahu. “Alah, sayang.
Kejap lagi dia sampailah tu. Pandai-pandai dialah. Bukannya isteri Syah pun nak
mai berdua. Betul tak Syah?” gurau Intan. Namun, gurauan itu langsung tidak
melucukan hati sesiapa. Menambahkan bara dihati suaminya adalah. Lantas tangan
Intan ditarik jauh pergi dari Syahriezal. Syahriezal hanya mampu menggeleng
melihat mereka.
“Awak! Boleh
tak jaga sikit tingkah laku tu. Jangan biadap sangat!” tegur Fathie, dalam nada
yang perlahan dan berbisik. Intan merengus geram. “Ehhh, salah ke apa yang saya
cakap ni? Betulkan?!? Yang awak nak buat teruk ni apasal? Saya tengok Syah okay
jew!” bebel Intan. Fathie mula memegang dadanya yang terasa perit. Isteri dia
ni kalau tak ada jawapannya memang tak sah.
XXX
Aliya dengan
nafas panjang membuka pintu itu untuk masuk. Walauapapun yang dah berlaku,
hatinya masih lagi menganggap Fathie itu sebagai sahabatnya. Namun, moodnya
berubah apabila terlihat akan kelibat Syahriezal yang turut sama berada disitu.
Langkah kakinya dengan pantas menuju ke arah Syahriezal walaupun dia tahu
hatinya itu cuba berada jauh dari lelaki itu kalau boleh. Dengan manis dia
menegur Syahriezal yang seolah seperti termenung jauh memandang ke arah Fathie
dan Intan itu. “Hai..” tegur Aliya, sambil menarik kerusi yang kosong di
sebelah untuk duduk. Syahriezal mula mengukir satu senyuman dibibir. Agak-agak
marah lagi tak Aliya akan peristiwa waktu majlis kahwin Fathie hari tu, bisik
hati Syahriezal sambil menjeling ke arah Aliya. “Emmm, cantik kafe ni. Tak
sangka tercapai juga hasrat Fathie nak buka kafe manisan dia yang tersendiri.”
Ujar Aliya yang cuba berbasa basi dengan Syahriezal. Syahriezal mula mengangguk
tanda setuju.
Intan yang
baru sahaja terperasan akan kehadiran Aliya mula menerpa ke arah mereka. Sibuk
sahaja minah ni! Tak senang langsung nak tengok orang bahagia. Aliya mula
memusingkan bola matanya tanda menyampah. Lantaklah kalau dia nak terasa ke
apa. “Aliya.. datang pun awak. Awak nak pesan apa? Hari ni semua menu dekat
sini free sebab baru buka. Esok-esok kalau awak datang kenalah bayar.” Jelas
Intan. Fathie yang berada disebelah mula menepuk dahinya. Mereka ni kalau
berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. “Ermm, kalau saya order
banyak-banyak dan bungkus bawa balik pun kira free juga ke?” soal Aliya,
sengaja cari nahas. Intan mula memandangnya tajam. “Taklah.. pesanan yang
pertama sahaja yang kira free. Pesanan seterusnya.. BAYAR!” tegasnya. Aliya
mula tersenyum sinis. “Saya nak set Firaun? Ada?” perli Aliya. Intan mula
mengepal tangannya membentuk penumbuk. Kemarahannya cuba ditahannya. Gelaran
itulah yang dia dapat sewaktu sekolah menengah dulu dan ini semua direka khas
oleh Aliya, Lydia dan Shafiqah.
Fathie yang
berada di belakang mula menarik isterinya untuk pergi dari situ. Aliya mula
tersenyum puas. Padan muka engkau! Ada aku kisah! desis hati Aliya. Syahriezal
mula menggeleng kepalanya. “Awak ni.. macam budak-budaklah.” Tegur Syahriezal.
Aliya mula memuncungkan bibirnya sedepa. Eh, macam minta kiss pula minah ni!
bisik hati Syahriezal yang sedang memerhatikan riak wajah gadis itu dengan
tekunnya. “Orang pula yang kena cop budak-budak. Ehh, ingat sikit awak tu muda
setahun dari saya. Saya lagi tua taw!” bebel Aliya. “Yrwlah, awak.. Ikut suka
hati awaklah..” balas Syahriezal. “Sorry pasal tadi..” ujar Fathie yang baru
sahaja sampai dengan segelas jus oren
dan jus karot. “Tak apa..” balas Aliya lalu mencapai gelas yang berisi jus oren
itu. Fathie kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Syahriezal. Kemudian,
bermulalah sesi sembang menyembang mereka. Intan yang berada dibelakang dapur
hanya mampu memerhati. Yrwlah, dah kena sound dengan laki tadi. Hahak!
XXX
Hati Khai
akhir-akhir ini seolah-olah berasa tidak tenang sahaja. Hatinya terasa bagaikan
baru sahaja disuntik dengan satu perasaan iaitu ‘Cinta’. Dia kemudian cuba
membaringkan badannya diatas katil dan tangannya sengaja diletakkan diatas
dahi. “Yo bro!!” tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Anas yang menerpa masuk
ke dalam biliknya tanpa memberi salam. Yo bro, tu bukan salam okay! Khai mula
menggeleng kepalanya. “Engkau nak apa?” soal Khai, acuh tak acuh. Anas mula
memandang sepupunya itu pelik. Aikk? Dah kenapa dia ni? “Engkau kenapa?” soal
Anas, lalu melabuhkan punggungnya dihadapan permainan video milik Khai lalu
membukanya untuk bermain. Khai cuba memandang sepupunya itu lama. Agak-agak,
apa hubungan dia ni dengan Lydia yrw? Nak tanya ke tak? Tanya, tak.. tanya..
tak? Bisik hati Khai keliru.
Belum sempat
Khai ingin bertanya, tiba-tiba telefon bimbit Anas berbunyi. Sempat Khai
menjeling siapakah manusia yang menelefon Anas itu. Lydia? Macam mana Anas
boleh ada nombor Lydia. Errghh!! Hati Khai mula menjadi tidak keruan. Selesai
sahaja Anas bercakap dengan Lydia dibalik corong telefon itu, Anas terus
meminta dirinya. Khai memandangnya pelik. “Aikk? Asal ni?” soalnya hairan.
“Bhaii, ada date dengan bakal isteri.” Seloroh Anas, lalu meminta dirinya untuk
pulang. Khai mula membeliakkan matanya. Lydia.. Dia bakal.. What?? Takkan kowd..
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 12 ni. And nantikan untuk Bab 13 pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T