Bab 14
“Qirash.. Is that you?” soal seorang
wanita ini. Qirash yang sedang sibuk memilih barang basah mula mengalih
pandangannya ke arah wanita itu. “Rania!!” ujarnya sedikit teruja. Rania mula
tersenyum sengih. Akhirnya, mereka memilih untuk duduk berborak di sebuah kafe
berdekatan dengan pasar itu.
“Awak apa cerita sekarang? Lama tak
jumpa awak. Rindu pula hati ni.” gurau Rania. Namun, jauh disudut hatinya dia
memang rindukan lelaki itu. Teramatlah rindu!! Entah Qirash ni perasan ke tak.
“Oh yrw? Saya pun rindukan awak juga.” Ujar Qirash lalu ketawa kecil. Nak dekat
sejam setengah juga mereka berdua berborak. Maklumlah dah lama tak jumpa. Macam
ni lah jadinya. Qirash yang baru tersedar yang dia sudah pun terlewat. Mula
meminta dirinya untuk pulang. Rania mengangguk. Namun dia sempat menahan Qirash
dan menyerahkannya sekeping kad yang disitu tertera namanya dan nama kedainya.
“Wow! Dah ada restoran sendiri sekarang.” puji Qirash. Rania mula terasa
kembang kempisnya. Kemudian, tangan ini pantas melambai ke arah Qirash tanda
‘bye-bye’ setelah kereta Qirash meluncur pergi. Rania mengeluh. Hati ini terasa
berat untuk membiarkan Qirash pulang. Serius! Dia dah lama sukakan Qirash dan
dia harap sangat yang mereka berdua boleh bersama suatu hari nanti.
XXX
Lydia sejak dari tadi tak henti-henti
memandang ke sana ke sini. Macam tak percaya sahaja yang ada orang sudi belanja
dia datang ke Mini Konsert Kpop ni! Omo~ tiket VVIP pula tu. Siap boleh pergi
belakang backstage gitu. Anas yang berada disebelah mula memikirkan sesuatu.
Siapakah yang menghantar Lydia tiket tu yrw?
Sesampai saja Anas dikedai itu, dia
terus terkejut apabila Lydia menyoalnya perihal tiket itu. Tak sempat dia nak
ajak Lydia ke tempat lain.
>>Flashback<<
“Lydia.. jom teman aku pergi satu
konsert ni. Boleh tak?” ajak Anas. Lydia mula terasa bahagia. “So!! Engkaulah
manusia yang hantarkan aku tiket ke Mini Konsert Kpop ni?” soal Lydia, dengan
wajahnya yang teruja. Anas mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal.
Tiket yang berada disebelah tangannya itu mula disorokkan kedalam kocek. Sejak
bila aku bagi dia tiket tu? Sedangkan aku baru saja nak ajak dia pergi satu
Konsert Amal ni. Kowdlah dia suka bab-bab kebajikan ni. Boleh tarik perhatian
dia, bisik hati Anas.
“Anas!! Kumpulan CN BLUE lah..” ujar
Lydia, lalu menggoncang lengan Anas berkali-kali. Anas mengangguk. So?? Apa
yang dia boleh buat. Lydia dengan pantas mula menghampiri mereka. “Annyeonghaseyo,
je ileum-eun lidia ibnida (Hi, my name is Lydia) Naneun dangsin-ui sain eul
hageona hamkke sajin-eul jjig-eul su issseubnikka? (Can I have your autograph
or take a picture together) Jebal!! (Please)” rayu Lydia. Anas yang berada
disebelah mula terasa kekok. Pertama, sebab langsung tak faham apa yang Lydia
katakan dan kedua apasal Lydia tiba-tiba lemah gelamai nak mampus ni. Siap
terloncat-loncat macam orang sawan lagi. Entah apa yang dia katakan pada mereka
pun tak tahu. Apa yang pasti dia dengan kumpulan tu tangkap gambar bersama dan
dapat sain dari mereka seorang satu. Habis!
Lydia dengan bahagianya memerhati autograph itu lama. Langsung tak
berkelip. Kedebukk!! Tiba-tiba dengan kuat bahunya dilanggar oleh seseorang.
Kertas yang terdapat tandatangan artis itu mula jatuh ke atas lantai dan secara
tak sengaja juga lelaki yang melanggarnya itu memegang air dan air itu turut
sama jatuh ke lantai dan membasahi kertas milik Lydia itu. Mulut Lydia mula
melopong. Orang itu tidak henti-henti meminta maaf padanya. “Yarh!!!” Lydia
dengan geramnya memarahi lelaki itu lalu dengan kuat memegang kolar baju lelaki
itu. Anas yang berada disebelah mula terkejut dengan tindakkan Lydia yang
sedemikian. Begitu juga dengan lelaki itu. “Ganti balik!! Ganti balik!!” marah
Lydia. Huhuhu, penat dia tebalkan muka dia nak minta semua autograph kumpulan
yang dia minat tu. Last kali, ini habuan yang dia dapat! Lelaki itu mula
meraung kesakitan. Anas dengan sedaya upayanya cuba untuk meleraikan pegangan
Lydia dari terus memegang kolar baju lelaki itu. Tapi gagal. Akhirnya, manager
lelaki itu datang bersama beberapa orang pengawal keselamatan.
“Khai!!” panggil Iris, lalu menolak Lydia dengan kuatnya. Badan
Lydia mula terdorong ke belakang membuatkan dia terjatuh. Anas mula berasa
marah. “Lydia awak tak apa-apa ke?!?” baru saja dia ingin menumbuk lelaki itu.
Tapi tengok-tengok orang itu ialah Khai. “Khai? Awak buat apa dekat sini?” soal
Anas, dengan serta merta hatinya yang membara tadi pudar. Lydia mula bangun
dari jatuhnya tadi. “Awak?? Awak buat apa dekat sini?” soal Lydia pula, dengan
marahnya yang masih lagi bersisa. “Saya.. saya..” tergagap-gagap Khai ingin
menjawabnya. Oh tidak! Dia betul-betul nak sangat simpan rahsia ni dari Lydia.
Semuanya sudah terlambat apabila Iris tiba-tiba, berkata. “Awak
tanya dia buat apa?! Khai ni penyanyi yang terkenal awak tahu tak.. Berani awak
buat penyanyi terkenal macam tu. Anas! You pun buat apa dekat sini?” soal Iris,
pelik. Lydia mula tercengang. Penyanyi? Terkenal? Khai? What the hell is this
all?!? “Lyd.. Khai boleh explain semua ni.. Sebenarnya Khai..” Lydia dengan
pantas menolak Khai ke tepi lalu berlalu pergi. Malas dia nak layan semua
sandiwara ni! Anas yang kebingungan mula mengejar Lydia dari belakang. “Khai
awak tak apa-apa?” soal Iris. Khai diam membisu sambil mengutip kertas yang
basah akibat tumpahan airnya tadi. Sepatutnya hari ni, dia ingat dia nak
luahkan semuanya pada Lydia sendiri sebab tu dia bagi tiket tu pada Lydia. Tapi
entah mengapa Anas turut sama ada. Ingatkan Lydia nak datang dengan kawan lain
selain Anas. Sejauh mana hubungan mereka yang sebenarnya?
XXX
*Drett.. Drett*
Sudah berkali-kali telefon bimbit itu berbunyi, minta diangkat.
Namun, Shafiqah langsung mematikannya dan mengabaikannya. Entah bagaimana,
Private Nombor itu boleh mendapat nombornya kembali dan menelefonnya
berkali-kali. Muak okay!! Penat dia nak layan orang yang macam tu. Bila angkat,
diam membisu!! Kalau macam tu baik tak payah call. Menganggu ketenteraman orang
saja. “Hoi, Fiqa!! Apasal engkau tak angkat call aku, huh?” marah Qirash.
Shafiqah mula terkedu. “Ooo, engkau ada call aku ke? Maaflah, aku off phone.
Ada orang gila ni asyik nak call aku. Bila orang angkat dok membisu pula.
Rimas!” adu Shafiqah. Qirash dengan serius mendengarnya. “Emm, kalau macam tu.
Apa kata awak tukar sim dengan saya?” cadang Qirash. Shafiqah mula mengerutkan
wajahnya, tanda keliru. “Buat apa?!?” soal Shafiqah, hairan, pelik semuanya
ada. “Nak siasatlah.. Itu pun lembab ke..” Muka Shafiqah mula berubah menjadi
merah kemerahan. Hish! Sabarlah wahai hati. Qirash ni tak habis-habis nak sakat
dia.
Akhirnya, Shafiqah menerima cadangan Qirash itu. Malam itu,
bermulalah kisah mereka dengan Shafiqah bersama sim Qirash. Manakala, Qirash
dengan sim Shafiqah.
*Trreettt*
Tiba-tiba, telefon itu berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Shafiqah mula membukanya dan melihat. Rania? Siapa pula Rania ni? Hmm, dia
teringat nasihat Qirash. Kalau orang lain selain kawan engkau hantar mesej,
tolong jangan gatal tangan nak usik! Namun, tangan ini terasa seperti tidak
reti nak duduk diam dan secara tak sengaja atau teknikalnya memang sengaja menekan
butang ‘open’.
Rania: Hai, awak. Buat apa tu? Dah makan ke belum?
Shafiqah mula mengangkat kening sebelahnya. Who is this girl
anyways?!? Perasaan cemburu mula membuak-buak ingin tahu. Sementara itu, Qirash
pula.. mula memeroses semua kenalan yang ada pada sim Shafiqah. Dan tiba-tiba..
*Treett* Ada mesej yang masuk membuatkan tangan Qirash tertekan dan
membukannya.
Nadz: Emm, awak? Macam mana dengan pinangan saya hari tu? Awak
terima ke tak?
Mata Qirash mula terbeliak. Pinangan? What? Apa hubungan Nadz
dengan Shafiqah ni yang sebenarnya? Kenapa mereka nampak rapat sangat? Soal
benak hati Qirash bertubi-tubi. Tangan Qirash pantas menaip sesuatu. Begitu
juga dengan Shafiqah. Masing-masing berasa ingin tahu.
>>Shafiqah punya sim<<
Shafiqah (Padahal, Qirash yang taip): Emm, pinangan? Maksud awak?
Nadz: Fiqa.. takkan awak dah lupa kowd? Saya serius dengan awak.
Macam ni awak buat dekat saya. –emoji sedih
Shafiqah: Oppss, sorry! Saya betul-betul tak faham. (Memanglah tak
faham dah Qirash yang tulis)
Nadz: Saya nak hubungan kita kembali seperti dahulu. Saya ikhlas
dengan awak kali ni. Saya tahu yang saya dulu sikit pun tak pernah nak pandang
awak. Saya menyesal! Saya cemburu bila tengok awak dengan kawan sekerja awak
tuu.. Siapa nama dia??
Syafiqah: Qirash..!
Nadz: Yarh.. whatever.. Bagi saya dia tak penting pun! Yang
penting sekarang perasaan awak pada saya.
Qirash mula merengus geram. Grrr... benci pula aku dengan mamat
poyo ni! Boleh pula dia kata aku tak penting. Hello, aku ni boleh dikatakan ‘Dark
Knight Horse’ Shafiqah tahu tak. Sementara, Qirash mengalami tekanan jiwa
akibat cemburu. Mari kita lihat Shafiqah pula.
>>Qirash punya sim<<
Qirash (Tapi Shafiqah yang taip): Tak buat apa pun. Dah.. makan
dah.. (Emm, sejujurnya dia yang dah makan. Qirash? Entahlah.. Dah kowd)
Rania: Emm, awak macam mana sekarang? Dengar cerita awak sekarang
kerja dekat hotel ayah awak sebagai tukang masak.
Shafiqah mula terasa menyampah. Concern gila cewekk ni.. Siapa
erkk?!?
Qirash: Yup! Kenapa?
Rania mula terasa pelik dengan tindak balas yang dia terima
daripada Qirash. Selalunya kalau Qirash dengan dia berborak dalam laman sosial ataupun
face-to-face. Qirash mesti akan balas sebanyak yang mungkin padanya. Tapi ini
tak. Sepatah yang ditanya sepatah juga yang dibalasnya. Rania mula berasa
hairan.
Rania: Awak okay? Ada masalah ke?
Shafiqah mula mengangkat keningnya. Hish, banyak tanyalah minah
ni!
Qirash: Okay saja. Tak ada masalah pun.
Rania: Kalau ada masalah ceritalah. Awakkan selalu cerita masalah
awak dekat saya masa dulu-dulu. –emoji ketawa
Shafiqah berasa tidak enak lagi. Agak-agak siapa Riana ni? Kawan
lama Qirash ke? Atau first love Qirash..
Qirash: Excuse me! Itu dulu.. Sekarang tak lagi. Awak ni ada crush
dekat saya ke? Yang menyibuk sangat tu apasal. Kalau awak ada simpan perasaan awak
tu. Saya harap awak lupakan sebab saya benci awak!! –send-
Alamak! Shafiqah mula menggelabah tidak tentu arah. Rania yang
membacanya mula terkejut akan tindak balas Qirash itu. Adakah selama ini Qirash
tahu akan perasaannya yang sebenarnya? Jantung Rania mula berdegup dengan
kencang. Entah perasaan yang bagaimana harus dia rasa sekarang ni.
XXX
Shafiqah mula menelan liurnya ketika berhadapan dengan Qirash. Entah
mengapa wajah Qirash pada pagi itu kelihatan muram sahaja. Ermm, takkan dia
tahu yang semalam aku proses telefon dia? Tapi aku dah delete dah semua mesej
tu, bisik hati Shafiqah. Nadz tiba-tiba datang menerpa. “Fiqa..” sapanya.
Namun, entah mengapa tangan Qirash lantas menarik Shafiqah pergi jauh dari
Nadz. Dia tak mahu Shafiqah tahu bahawa dia sudah pun ber ‘chit-chat’ dengan
First Love nya semalam.
Sesampai sahaja, mereka di kawasan swimming pool, Shafiqah mula
merentap tangannya semula. “Sakitlah!” ujarnya sambil memegang tangannya yang
berbekas akibat genggaman tangan Qirash yang erat itu. Qirash mula tersedar
akan tindakkannya yang terlalu kasar itu. Dia kemudian terduduk lalu memohon
maaf pada Shafiqah. Perlahan-lahan dia mengenggam kedua belah tangannya
membentuk penumbuk. Perasaan takut mula menyelubungi jiwa dan raga Qirash. Dia
tak tahu kenapa dia buat semua ni. Tapi dia rasa marah sangat-sangat. Marah
pada siapa? Entahlah..
Tiba-tiba.. mereka ditegur oleh seseorang. Dan suara itu
seolah-olah familiar dengan gegendang telinga Qirash.
“Rania!!” balasnya, lalu memeluk Rania dengan erat. Wow! Even,
Rania sendiri pun terkejut dengan tindakkan Qirash itu. Inikan pula Shafiqah
yang sudah pun melopong mulutnya. Perlahan-lahan Qirash melepaskan pelukkan
itu. Dia sendiri terkejut. Mungkin disebabkan kecelaruan otak agaknya sebab tu
dia bertindak sedemikian rupa. “Ermm, excuse me! Saya tak mahu mengacau. Tapi
Qirash.. boleh awak kenalkan pada saya kawan awak ni?” sampuk Shafiqah. Qirash
mula tersenyum. “Erkk, kenalkan ni Rania. My childhood bestie! Dia dengan saya
tersangatlah rapat!! Kami selalu pergi tadika sama-sama.. high school, kolej
dan sebagainya. Ermm, kami terpisah sebab bapa dia terpaksa pindah keluar Negara
sebab ada urusan syarikat yang perlu dihandle disana.” Jelas Qirash panjang
lebar. Shafiqah mula tersenyum hambar ketika Qirash selesai dengan ceritanya. “Fine!
Gotta go..” pinta Shafiqah. Qirash mengangguk.
Namun, langkah kaki Shafiqah seakan terhenti apabila Rania
berkata, “Ermm, Qirash.. Can I ask you something?” Qirash mengangguk. “Betul ke
yang selama ni awak tahu yang saya ni sukakan awak?” Shafiqah mula menelan
liurnya yang terasa tersekat itu. Perlahan-lahan bola mata Qirash mula
memandang ke arah Shafiqah yang masih belum pergi itu. “Qirash.. And did you
mean it when you said that you hate me?” mata Qirash mula membeliak. “No! I
think you’re wrong! Fiqa..” panggil Qirash. Shafiqah dengan teragak-agaknya
mula mengundur langkahnya ke belakang semula. Perlahan-lahan dia mendekati
mereka semula. “Awak ke yang balas semua chat, Rania ni?” soal Qirash. Shafiqah
menggeleng. Wajah Qirash mula bertukar menjadi seperti Hulk. Ini pertama kali
Shafiqah lihat. Takut!! Nadz yang berada berdekatan situ mula menghampiri
mereka.
“Ada apa ni?” soal Nadz. “Awak jangan menyibuk!” marah Qirash.
Shafiqah dengan serta merta mula tersentak lalu matanya mula dipenuhi dengan
air yang bertakung. Air mata. “Qirash.. awak tak perlulah seserius ni. Saya..”
ini bukan kali pertama Rania lihat Qirash seperti itu. Ermm, kali terakhir dia
lihat adalah sewaktu Qirash dapat tahu yang awek dia curang dengan dia.
Mengamuk gila Qirash waktu tu. Dahlah curang dengan kawan baik sendiri pula tu.
Ini bererti gadis ini seolah-olah berharga untuk dia. Qirash mula memotong
setiap kata-kata Rania. “Jawab Nur Shafiqah Bt Zolkefli!!” bentak Qirash. “Yrw!!
Saya yang balas!! Saya minta maaf!! Saya betul-betul tak sengaja..” jelas
Shafiqah ketakutan. Nadz mula berasa pelik. “Rania.. I’m so sorry! Cerita dia
macam ni.. Semalam kami berdua tukar sim sebab..” belum sempat Qirash
menghabiskan ayatnya, Nadz mula merentap lengan Qirash agar memandangnya. “What!!
That’s mean semalam.. Engkau yang balas chat aku yrw!!” sekarang giliran Nadz
pula untuk naik hantu.
Shafiqah mula menyeka air matanya dan memandang Nadz. Hati Qirash
mula berasa tidak enak. “Ooohh, sekarang! Senangnya hati engkau nak marah-marah
Fiqa sedangkan engkau pun buat kesilapan yang sama! Sudahlah!! Mari kita
pergi..” perlahan-lahan tangan Shafiqah ditarik Nadz untuk pergi dari situ.
Qirash mula jatuh melutut diatas tanah. Rania yang berada disebelah mula
terkejut.
TO BE CONTINUED