BAB 7
“Hai, ada apa engkau datang sini?” soal Shafiqah
yang cuba memecahkan kesunyian yang terasa sunyi itu. Aliya tersenyum lalu
mengeluarkan sekeping kad dan dihulurkannya kepada Shafiqah. Shafiqah mula
mengerutkan wajahnya. Kad apa ni? Takkan dia dah nak kahwin kowd? Kejapnya,
bisik Shafiqah dalam hati lalu membuka kad itu.
Shafiqah mula tergamam. Reunion?!?
“Ermm, hari tuu. Aku ada terserempak dengan Atien.
Engkau ingat tak lagi dia?” soal Aliya. Shafiqah cuba memproses memorinya yang
hampir berkarat itu. “Ingat kowd.. Banyak sangat orang nama Atien ni.”
balasnya. “Dia jumpa aku. Then, dia suruhlah aku bagi kad ni dekat korang
berdua sekali. Dia kata.. dia jemput kita bertiga datang sangat-sangat.” Jelas
Aliya, panjang lebar. Oh noo!! This is a nightmare. Reunion party? Shafiqah
mula mengetap bibirnya. Dia paling tak suka benda-benda yang boleh
mengungkitkan kisah lama ni. Nanti dekat reunion tu mesti mereka akan bercerita
semula kisah-kisah lama. Herh.. keluhnya dalam hati. “Aku tahu engkau takkan
pergi.. Even, aku pun rasa macam tak mahu pergi. Tapi.. aku rasa hanya ini
peluang kita untuk tidak lari lagi dari masalah.” Kata-kata Aliya membuatkan
kepala otak Shafiqah menjadi buntu.
“Tengoklah dulu.. Nanti apa-apa aku calling-calling
korang.. Group ‘bucket list’ kita aktif lagi kan?” ujar Shafiqah sambil
tersengih. Aliya mengangguk. “Okaylah.. Aku nak pergi jumpa Lydia pula. Ingat
pesan aku tu..” Shafiqah mengangguk.
XXX
Drett.. Drett.. *bunyi mesej masuk* Shafiqah mula
membuka mesej itu dan membacanya. Berderet mesej yang keluar di whatapps-nya.
Huish, lama betul dia abaikan wechat, whatapps, facebook dan sebagainya. Banyak
ni mesej yang masuk. Tambah-tambah group ‘Form 5’ yang dahulu kalanya.
Lydia: Pergi tak? Penat aku design baju untuk korang. Free pula tu! Kalau tak datang aku tampar seekor-sekor.. *emoji-muka marah*
Lydia: Pergi tak? Penat aku design baju untuk korang. Free pula tu! Kalau tak datang aku tampar seekor-sekor.. *emoji-muka marah*
Aliya: In shaAllah saya pergi.. Fiqa??
Shafiqah mula teragak-agak untuk membalasnya.
Namun, dilihatnya teman-temannya itu bersemangat benar ingin ke majlis reunion
itu.
Shafiqah: Pergilah.. Tapi lewat sikit kowd..
Biasalah, hari ni shift sampai petang. Anak buah seorang tu, sakit pula.
Kenalah ganti dia masak hari ni. Dalam pukul 6.. Aku sampai kedai engkau Lydia,
ambik baju.
Lydia: Hurh, dari dulu sampai sekarang.. Lewat jew
kerja engkau. *emoji-ketawa*
Aliya: Hak8.. Kan.. *emoji-turut ketawa*
Shafiqah mula tersengih, membaca setiap mesej yang
dihantar oleh mereka. Lama tak mesej macam ni, bisiknya perlahan.
XXX
27 November.. Malam yang dinantikan sudah tiba. Taman
itu dihiasi dengan lampu-lampu dan dekorasi yang cukup cantik.
Kelihatan orang ramai kian memenuhi majlis itu,
membuatkan Lydia, Shafiqah dan Aliya yang baru tiba menjadi gemuruh. “Korang
pasti ke nak pergi ni? Masih tak terlewat untuk kita berpatah balik.” soal
Shafiqah yang sudah kehilangan keyakinan dirinya yang dia bina sejak petang
tadi. Lydia mula menjadi was-was dengan tindakkannya. “Haish, dah jom!!” ujar
Aliya nekad, lalu turun dari perut kereta itu dan mengheret mereka berdua untuk
keluar sekali.
Sesampai sahaja di hadapan pintu gerbang itu,
mereka di sapa baik oleh Atien dan Ikhmal sebagai penjemput tetamu. “Wah..
Lydia..! Fiqa..! And.. Aliya..” sapa Ikhmal yang terkejut melihat perubahan
mereka bertiga. Mereka bertiga kelihatan cantik mengayakan sari india yang
telah direka khas oleh Lydia sendiri.
Aliya kelihatan cantik mengenakan sari ini.
Manakala, Shafiqah kelihatan anggun jua memakai
sari berwarna merah semua.
Tidak lupa juga dengan Lydia, yang mengayakan
rekaannya sendiri.
Selepas puas Ikhmal memuji mereka. Mereka pun
dibenarkan untuk masuk. Orang ramai mula memandang ke arah mereka, kagum. Ini
membuatkan mereka bertiga menjadi kurang selesa. “Wah, Lydia! Idea engkau
memang gila. Suruh kita orang pakai sari.” Bisik Shafiqah. “Argh, lantaklah!
Baru unik dari orang lain.” Balas Lydia. “Okaylah tuu.. Sekali sekala jadi
perhatian orang ramai.. Best tu!” sampuk Aliya. Mereka bertiga mula ketawa
bersama. Dulu jarang sekali manusia-manusia ni nak pandang mereka. Asyik kena
pangkah lagi adalah. Yrwlah, dulu mereka ni mana nak sama dengan ‘budak Hot’
yang ada dalam kelas mereka tu. Jadi, mereka hanya mampu berdiam diri
sahajalah. Sekarang lihatlah siapa yang ternganga mulut sewaktu pandang ke arah
mereka.
“Woah!! Lydia!! Buah hati pengarang jantungku.
Sungguh tak ku sangka. Engkau betul-betul anggun seperti dahulu kala.” Puji
Khalid, panjang lebar. Lydia mula tersengih. Laki ni dulu bukan Si penyibuk
yang suka kacau dia ke. “Ehh, dulu bukan engkau kutuk aku ke?” terang Lydia.
Berkerut wajah Khalid dibuatnya. “Ehh, mana ada sayang.. Saya sentiasa
sayangkan awaklah..” Shafiqah dan Aliya yang mendengar mula menahan tawa
mereka. Lydia mula memasamkan mukanya. Eee, menyampahlah dengan lelaki ni,
bisiknya dalam hati.
“Hi..” sapa seorang lelaki ini, ke arah Aliya.
Aliya mula menoleh ke belakang dan dilihatnya Danial. Lain benar mamat tu
sekarang. Muka yang dulunya macam budak-budak, kini sudahpun berubah menjadi
matang. “Hi..” jawab Aliya, dengan senyuman manisnya. “Err, lama tak jumpa. Apa
cerita sekarang?” soal Danial, malu-malu kucing. Hmm, nampak macam lelaki ni
nak ngorat aku sahaja. Meh, kita main-main sikit, bisik hati Aliya. Kini,
tinggal Shafiqah keseorangan. Dia kemudian menuju ke buffet makanan untuk
mencari makanan. Malas nak kacau kawan-kawan dia yang sejak dulu lagi memang
dah famous.
“Seorang?” hampir luruh jantung ini, apabila
kedengaran ada suara orang datang menegur. Shafiqah perlahan-lahan mengusap
lembut dadanya. “Seoranglah.. Takkan berdua pula.” Balasnya geram. Fakhrur mula
ketawa terbahak-bahak. “Sorry.. Lupa nak bagi salam.. Awak apa cerita?”
soalnya. “Cerita apa? Mana ada cerita.. Macam ni sahajalah.” Balas Shafiqah
acuh tak acuh. “Wah, sombong! Lepas dah lawa terus sombong.” Gumamnya. Shafiqah mula ketawa. Wah, lelaki
nilah lelaki yang paling dia benci sekali sejak dulu. Tapi yang pastinya lelaki
nilah lelaki yang dia suka juga sejak dulu. I mean suka.. suka sahaja. Bukannya
first love or cinta sejati. Just crush..
“Hak8, mana ada. Saya chef sekarang ni. Chef dekat
Restaurant Hotel Soulmate. Awak?” balas Shafiqah, sambil mencari tempat yang
sesuai untuk melabuhkan punggungnya setelah penat mengambil makanan. Fakrur
turut membuntutinya. “Ooo, bolehlah nanti saya nak try pergi makan.” Gumamnya.
Shafiqah tersengih. Boleh sangat, bisiknya dalam hati. “Emmm, saya biasa-biasa
sahaja. Cikgu sekolah. Hik8..” Shafiqah mula memandang ke arahnya. “Wah...
Mesti bestkan! Yrwlah, kalau cuti panjang boleh relaks.. relaks..” Fakrur mula
mengangguk mengiyakannya.
“Fakrur..??” tegur Aliya dan Lydia yang baru tiba,
selepas penat berborak dengan Khalid dan Danial. Fakrur terkesima. Mereka
berdua turut sama berubah. “Wah.. Aliya ka ni? Lain benar engkau sekarang..”
puji Fakrur. Aliya mula menjadi kembang. “Sabar.. sabar.. nanti terkoyak sari
yang aku buat ni.” usik Lydia. Mereka semua mula ketawa. Manakala, Aliya mula
memuncungkan bibirnya.
“Attention!! Please!!” ujar Aiten, selaku host
untuk majlis itu. “Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua
batch 98 kerana sudi datang ke majlis ni. 5 Sains, 5 Ekonomi, 5 Seni 1 &
2.. Tak lupa juga 5 Landskap... Kepada yang tidak hadir itu mungkin bersebab.”
Ucap Atien. Aliya mula tergamam. 5 Sains? Mesti..!!
“Hi, semua..” sapa Intan, bersama suami barunya
Fathie. Aliya mula mengetap bibirnya. Semua orang yang berada di majlis itu
hampir sahaja tersedak melihat Intan yang sudah berumah tangga. Tahniah, kepada
bakal husband dia! “Hi, Aliya..” sapa Intan. Aliya tersenyum kelat. “Wow, aku
ingat engkau dah pergi honeymoon?” soal Shafiqah, bagi pihak Aliya sebenarnya.
Dia tahu soalan itulah yang ingin sahaja Aliya ajukan tapi tak kesampaian. “Oh,
kita orang tangguh honeymoon tu semata-mata nak datang majlis reunion nilah.
Kan sayang?” ujar Intan. “Yrw..” balas Fathie, yang kekok melihat kehadiran
Aliya. “Tak perlu pun sebenarnya..” ujar Lydia. “Apa dia?” soal Intan. “Tak ada
apalah..” balas Lydia, kembali.
“Baiklah, semua! Sekarang sudah tiba masanya untuk
cabutan bertuah.. Dengan ini saya nak jemput Arun sebagai pencabutnya. Mana nak
tahu, korang semua boleh bertuah.” Ujar Atien, sambil mengenyitkan matanya.
Tepukkan gemuruh diberikan. “Go, Aru!! Cabut nombor 8..!! Aku nombor lapan..!!”
jerit Araa. Aliya mula menggeleng kepalanya. Macam manalah minah tu boleh jadi
sepupu aku. Arun mula menyua tangannya dalam kotak cabutan bertauh itu. Kalau
boleh harap dapat nombor 1 lah, sebab nombor bertuah yang dia ada nombor 1.
ZUpp! Atien terus mengambil bola itu untuk melihatnya.
“Baiklah.. agak-agak korang siapa? Emm, ini cabutan
bertuah untuk tempat ke-3.. So, hadiah dia tak adalah lumayan sangat. Just
hamper sahaja.” Kata-kata Atien membuatkan semua orang mengeluh. Alah, hamper
sahaja pun. Boleh beli meratalah. “Nombor 27..!! Please!! Dan hadiahnya ialah
hamper kosmetik 100% dari korea iaitu jenama ETUDE..” ujar Atien membuatkan si
pemenang itu menjerit gembira. “Saya!!” ujar Aina, gembira. Lydia ternganga.
Etude? What?!? Aku nak!!
Aliya dan Shafiqah mula tersengih. “Baiklah.. kita
gerak ke cabutan ke-2 pulak. Terima kasih, Aru.. Saya nak minta orang lain
pula. Mael..!!” semua orang pakat bersorak ketika nama Mael dipanggil. Mael
dengan bangga naik ke atas pentas dan mencabut undian itu. Minta-minta kena kat
dia. Dan.. nombornya ialah nombor 4..! “Horray!! Aku punya!!” jerit Mael,
teruja. Memang bertuah sungguh lelaki itu. “Baiklah, tempat kedua dapat hamper
biasa sahaja.” Gumam Atien, lalu menyerahkan hadiah itu selamba. “What? Tapi..
tapi..” semua orang mula mentertawakannya. “Sorry, Mael.. Tak ada bajet untuk beli
hadiah ke-2 ni.” Mael mula memuncungkan bibirnya, tanda merajuk.
“Baiklah.. Emm, kali ni saya nak minta Ikhmal untuk
cabut hadiah pertama kita, sebab hadiah ni dia yang taja. I mean syarikat
pelancongan dia yang taja.” Panggil Atien. “Wah, depa tu nampak secocokkan.”
Bisik Shafiqah. “Depa dah kahwin ka?” sampuk Lydia, tertanya-tanya. Aliya
menjungkitkan bahunya. “Entah?” Selepas
beberapa minit, suasana menjadi senyap. Semua orang kelihatan focus sebentar.
“Ermm, hadiah pertama ni memang lumayan. Trip ke Jepun untuk 1 minggu. Makanan,
hotel, flight semua dah di tanggung. Cuma duit untuk shopping sahaja tak
tanggung. Tiket untuk ke trip ni ada 3.” Semua orang kelihatan bersemangat
untuk mengetahui siapakah yang bertuah itu. “Dan.. pemenangnya..”
TO BE CONTINUED