Eyka Blog: Resepi Kurma Telur Yang Simple Punya

Tuesday, 5 January 2016

Resepi Kurma Telur Yang Simple Punya

Assalamualaikum, akhirnya kini saya telah pun sah bergelar sebagai Maid Rumah yang Tak Berbayar.. *sob sob* Erm, setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Semalam tugas yang perlu Eyka buat ialah bangun pagi buatkan breakfast untuk adik-adik & mama yang nak ke sekolah. Well, semalam masak apa erkk pagi?? Hmmm, hah!! Nasi Goreng dengan Nugget ayam. Hik3, dah siap masak sempat lagi Eyka tolong adik-adik untuk siapkan bekal mereka. Kesian mereka kelam kabut.. So, Eyka tolonglah apa yang patut. 

Selepas ketiadaan mereka,

Emmm, pagi dalam pukul 9 macam tu.. Basuh baju.. Alah, sumbat jew dalam mesin basuh. Apa susah!! Zaman dah moden~ Lepas, baju dah siap basuh.. Buat apa erkk?!? Aduihh!! Of courselah kena sidai..Ditanya pula.. Okay3, siap sidai baju.. Eyka masak...!! Nilah segment yang paling Eyka suka.. Muahahaha *berlagak pula minah ni. Maaf.* And resepi untuk hari tu ialah:

Kurma Telur. Resepi ni adalah juga Eyka curi-curi dari SINI Thanks.. sebab resepi dia kurma telur Eyka menjadi gitu.. *muahh sikit* Hak4!

Sorry, gambar ni saja yang ada.. Kurm Telur, Ikan masin & Ayam Kampung Masak gulai


Bahan2 nya:
1) 5 biji telor rebus ~ dikupas & digoreng sekejap
2) 2 biji ubi kentang ~ dikupas & potong 4
3) 5 ulas bawang merah*
4) 3 ulas bawang putih*
5) 2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
6) 3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
7) 2 cawan santan sederhana pekat (Eyka ganti susu dutch lady milk low fat punya)
8) 2 biji cili merah 
9)Garam & gula secukup rasa 
10) Minyak untuk menumis
11) serbuk lada hitam/lada hitam (ditumbuk)

Rempah tumisan
1) 1 inci kulit kayu manis 
2) 2 kuntum bunga lawang 
3) 2 kuntum bunga cengkih 
4) 2 biji buah pelaga 

Cara:
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang & biar hingga wangi. Masukkan pes kurma & kacau rata hingga naik minyak.
  2. Masukkan susu, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
  3. Masukkan telur rebus yang telah digoreng, bawang besar & cili merah, serbuk lada hitam. Masak sekejap. Kacau2 kejap bolehlah matikan api & hidang.
Selamat memasak!


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik