Perjalanan sebuah 'NUR'
-
Walaupun novel ni belum keluar dari kilang cetak, saya tergerak hati nak
bercerita pengalaman saya mengolah drama Nur menjadi novel. Sebab saya tahu
ad...
Thursday, 31 December 2015
Happy New Year -2016 ~!
Assalamualaikum, semua *big smile* It was so amazing.. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.. Tup.. Tup.. Tup.. Dah nak masuk 2016. I had amazing and most wonderful memory. To my friends.. Tak kiralah my bestie ke.. kawan biasa-biasa ke.. Korang memang deee BEST in the WORLD..! *thumbs up*
Emm, meh kita imbau balik memory 2015 ni.. Ermm, I had most struggler time... Where I should compete with myself for the most important exam called SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) Grrhhh, lepas tu.. Too many drama with girls.. Crazy girl.. Hottie girl yang selalu perasan bagus.. Hak3!! Okay, I will really miss that.. Lagi, Ermmmm... My first holiday with my bestie.. Amalia & Yana.. Yebeduuuu!! Itu yang terbaik sekali.. I think we should hang out more someday~ Jangan lupa oiii Bucket List tu.. Buat masa ni benda tu seolah-olah segar dalam ingatan aku! Btw, aku dekat sini selalu ingat korang. Kalau bosan nak keluar jangan lupa ajak aku. Tengah bosan ni!! T^T Tak taw nak buat apa... Mood nak belajar menjahit.. Tapi tak dapat pula giatmara tu.. Dah bukan rezeki.. Sedih.. *sob sob*
I think that all for 2015.. Well, mungkin 2015 ni banyak benda yang dah berlaku. dan benda-benda tu semua banyak mengajar aku untuk menjadi matang. Harap 2016.. akan penuh dengan keriangan dan semangat baru.. Yeah!!!
My goals is..
1) Habiskan Janji Kita
2) Belajar menjahit (maybe)
3) Ambil lesen (OMJ.. I will try!)
4)..... Biarlah rahsia..
Last from me~
To my friend: Kalau saya ada buat salah.. Tolong maafkan.. Semua manusia tak pernah sempurna
To my rival/enemy: Tanpa engkau hidup aku takkan ada warna warni. Hak3! Serius.. Thanks sebab selalu buat drama. Tak adalah bosan sangat hidup ni kadang-kadang..
To my family: I love you all..!! Hopefully, 2016 akan memberikan kita semua lebih keriangan dan gelak tawa yang gila-gila walaupun kadang-kadang banyak perselisihan faham yang terjalin. Biasalah tu, normal~ Air yang dicincang takkan putus
To my old BFF: Great! I miss you.. Sorry sebab tak ada waktu majlis perkahwinan akak hang.. Tak apa.. Aku tunggu hang okay! *kenyit mata*
To my crush: Rasa bodoh pula sebab pernah suka hang walaupun benci.. macam mana tu? Entahlah~ It's so okay! Anggap waktu tu aku macam Nerd lagi.. *sengih*
To my First Love: Na*** Well, entah sampai bila aku akan still suka hang.. Entahlah.. I hope Encik N tak marah kalau saya masih suka Encik N lagi. Apa kata macam ni.. Encik N doa banyak-banyak supaya saya berhenti suka Encik N..?? Macam mana? Mungkin dengan itu saja Encik N boleh tolong saya. Kalau tunggu saya tuk melupakan Encik N memang susah. *sob sob* Hopefully, keajaiban akan berlaku antara kita berdua for 2016. Just maybe~ FORGET IT Btw, thanks Encik N sebab still sudi jadi kawan saya walaupun saya suka Encik N.. Ergh, setengah lelaki selalu lari bila dapat tahu perempuan tu suka dia. Hurhmm, apa-apa sajalah..
Rasanya itu saja kowd.. HAPPY NEW YEAR semua!! I hope awak semua dah tetapkan azam baru.. semangat baru.. kehidupan yang baru.. buku baru.. semuanya baru.. Hihik4.. Bhaiii..
Janji Kita (Bab 14)
Bab 14
“Qirash.. Is that you?” soal seorang
wanita ini. Qirash yang sedang sibuk memilih barang basah mula mengalih
pandangannya ke arah wanita itu. “Rania!!” ujarnya sedikit teruja. Rania mula
tersenyum sengih. Akhirnya, mereka memilih untuk duduk berborak di sebuah kafe
berdekatan dengan pasar itu.
“Awak apa cerita sekarang? Lama tak
jumpa awak. Rindu pula hati ni.” gurau Rania. Namun, jauh disudut hatinya dia
memang rindukan lelaki itu. Teramatlah rindu!! Entah Qirash ni perasan ke tak.
“Oh yrw? Saya pun rindukan awak juga.” Ujar Qirash lalu ketawa kecil. Nak dekat
sejam setengah juga mereka berdua berborak. Maklumlah dah lama tak jumpa. Macam
ni lah jadinya. Qirash yang baru tersedar yang dia sudah pun terlewat. Mula
meminta dirinya untuk pulang. Rania mengangguk. Namun dia sempat menahan Qirash
dan menyerahkannya sekeping kad yang disitu tertera namanya dan nama kedainya.
“Wow! Dah ada restoran sendiri sekarang.” puji Qirash. Rania mula terasa
kembang kempisnya. Kemudian, tangan ini pantas melambai ke arah Qirash tanda
‘bye-bye’ setelah kereta Qirash meluncur pergi. Rania mengeluh. Hati ini terasa
berat untuk membiarkan Qirash pulang. Serius! Dia dah lama sukakan Qirash dan
dia harap sangat yang mereka berdua boleh bersama suatu hari nanti.
XXX
Lydia sejak dari tadi tak henti-henti
memandang ke sana ke sini. Macam tak percaya sahaja yang ada orang sudi belanja
dia datang ke Mini Konsert Kpop ni! Omo~ tiket VVIP pula tu. Siap boleh pergi
belakang backstage gitu. Anas yang berada disebelah mula memikirkan sesuatu.
Siapakah yang menghantar Lydia tiket tu yrw?
Sesampai saja Anas dikedai itu, dia
terus terkejut apabila Lydia menyoalnya perihal tiket itu. Tak sempat dia nak
ajak Lydia ke tempat lain.
>>Flashback<<
“Lydia.. jom teman aku pergi satu
konsert ni. Boleh tak?” ajak Anas. Lydia mula terasa bahagia. “So!! Engkaulah
manusia yang hantarkan aku tiket ke Mini Konsert Kpop ni?” soal Lydia, dengan
wajahnya yang teruja. Anas mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal.
Tiket yang berada disebelah tangannya itu mula disorokkan kedalam kocek. Sejak
bila aku bagi dia tiket tu? Sedangkan aku baru saja nak ajak dia pergi satu
Konsert Amal ni. Kowdlah dia suka bab-bab kebajikan ni. Boleh tarik perhatian
dia, bisik hati Anas.
“Anas!! Kumpulan CN BLUE lah..” ujar
Lydia, lalu menggoncang lengan Anas berkali-kali. Anas mengangguk. So?? Apa
yang dia boleh buat. Lydia dengan pantas mula menghampiri mereka. “Annyeonghaseyo,
je ileum-eun lidia ibnida (Hi, my name is Lydia) Naneun dangsin-ui sain eul
hageona hamkke sajin-eul jjig-eul su issseubnikka? (Can I have your autograph
or take a picture together) Jebal!! (Please)” rayu Lydia. Anas yang berada
disebelah mula terasa kekok. Pertama, sebab langsung tak faham apa yang Lydia
katakan dan kedua apasal Lydia tiba-tiba lemah gelamai nak mampus ni. Siap
terloncat-loncat macam orang sawan lagi. Entah apa yang dia katakan pada mereka
pun tak tahu. Apa yang pasti dia dengan kumpulan tu tangkap gambar bersama dan
dapat sain dari mereka seorang satu. Habis!
Lydia dengan bahagianya memerhati autograph itu lama. Langsung tak
berkelip. Kedebukk!! Tiba-tiba dengan kuat bahunya dilanggar oleh seseorang.
Kertas yang terdapat tandatangan artis itu mula jatuh ke atas lantai dan secara
tak sengaja juga lelaki yang melanggarnya itu memegang air dan air itu turut
sama jatuh ke lantai dan membasahi kertas milik Lydia itu. Mulut Lydia mula
melopong. Orang itu tidak henti-henti meminta maaf padanya. “Yarh!!!” Lydia
dengan geramnya memarahi lelaki itu lalu dengan kuat memegang kolar baju lelaki
itu. Anas yang berada disebelah mula terkejut dengan tindakkan Lydia yang
sedemikian. Begitu juga dengan lelaki itu. “Ganti balik!! Ganti balik!!” marah
Lydia. Huhuhu, penat dia tebalkan muka dia nak minta semua autograph kumpulan
yang dia minat tu. Last kali, ini habuan yang dia dapat! Lelaki itu mula
meraung kesakitan. Anas dengan sedaya upayanya cuba untuk meleraikan pegangan
Lydia dari terus memegang kolar baju lelaki itu. Tapi gagal. Akhirnya, manager
lelaki itu datang bersama beberapa orang pengawal keselamatan.
“Khai!!” panggil Iris, lalu menolak Lydia dengan kuatnya. Badan
Lydia mula terdorong ke belakang membuatkan dia terjatuh. Anas mula berasa
marah. “Lydia awak tak apa-apa ke?!?” baru saja dia ingin menumbuk lelaki itu.
Tapi tengok-tengok orang itu ialah Khai. “Khai? Awak buat apa dekat sini?” soal
Anas, dengan serta merta hatinya yang membara tadi pudar. Lydia mula bangun
dari jatuhnya tadi. “Awak?? Awak buat apa dekat sini?” soal Lydia pula, dengan
marahnya yang masih lagi bersisa. “Saya.. saya..” tergagap-gagap Khai ingin
menjawabnya. Oh tidak! Dia betul-betul nak sangat simpan rahsia ni dari Lydia.
Semuanya sudah terlambat apabila Iris tiba-tiba, berkata. “Awak
tanya dia buat apa?! Khai ni penyanyi yang terkenal awak tahu tak.. Berani awak
buat penyanyi terkenal macam tu. Anas! You pun buat apa dekat sini?” soal Iris,
pelik. Lydia mula tercengang. Penyanyi? Terkenal? Khai? What the hell is this
all?!? “Lyd.. Khai boleh explain semua ni.. Sebenarnya Khai..” Lydia dengan
pantas menolak Khai ke tepi lalu berlalu pergi. Malas dia nak layan semua
sandiwara ni! Anas yang kebingungan mula mengejar Lydia dari belakang. “Khai
awak tak apa-apa?” soal Iris. Khai diam membisu sambil mengutip kertas yang
basah akibat tumpahan airnya tadi. Sepatutnya hari ni, dia ingat dia nak
luahkan semuanya pada Lydia sendiri sebab tu dia bagi tiket tu pada Lydia. Tapi
entah mengapa Anas turut sama ada. Ingatkan Lydia nak datang dengan kawan lain
selain Anas. Sejauh mana hubungan mereka yang sebenarnya?
XXX
*Drett.. Drett*
Sudah berkali-kali telefon bimbit itu berbunyi, minta diangkat.
Namun, Shafiqah langsung mematikannya dan mengabaikannya. Entah bagaimana,
Private Nombor itu boleh mendapat nombornya kembali dan menelefonnya
berkali-kali. Muak okay!! Penat dia nak layan orang yang macam tu. Bila angkat,
diam membisu!! Kalau macam tu baik tak payah call. Menganggu ketenteraman orang
saja. “Hoi, Fiqa!! Apasal engkau tak angkat call aku, huh?” marah Qirash.
Shafiqah mula terkedu. “Ooo, engkau ada call aku ke? Maaflah, aku off phone.
Ada orang gila ni asyik nak call aku. Bila orang angkat dok membisu pula.
Rimas!” adu Shafiqah. Qirash dengan serius mendengarnya. “Emm, kalau macam tu.
Apa kata awak tukar sim dengan saya?” cadang Qirash. Shafiqah mula mengerutkan
wajahnya, tanda keliru. “Buat apa?!?” soal Shafiqah, hairan, pelik semuanya
ada. “Nak siasatlah.. Itu pun lembab ke..” Muka Shafiqah mula berubah menjadi
merah kemerahan. Hish! Sabarlah wahai hati. Qirash ni tak habis-habis nak sakat
dia.
Akhirnya, Shafiqah menerima cadangan Qirash itu. Malam itu,
bermulalah kisah mereka dengan Shafiqah bersama sim Qirash. Manakala, Qirash
dengan sim Shafiqah.
*Trreettt*
Tiba-tiba, telefon itu berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Shafiqah mula membukanya dan melihat. Rania? Siapa pula Rania ni? Hmm, dia
teringat nasihat Qirash. Kalau orang lain selain kawan engkau hantar mesej,
tolong jangan gatal tangan nak usik! Namun, tangan ini terasa seperti tidak
reti nak duduk diam dan secara tak sengaja atau teknikalnya memang sengaja menekan
butang ‘open’.
Rania: Hai, awak. Buat apa tu? Dah makan ke belum?
Shafiqah mula mengangkat kening sebelahnya. Who is this girl
anyways?!? Perasaan cemburu mula membuak-buak ingin tahu. Sementara itu, Qirash
pula.. mula memeroses semua kenalan yang ada pada sim Shafiqah. Dan tiba-tiba..
*Treett* Ada mesej yang masuk membuatkan tangan Qirash tertekan dan
membukannya.
Nadz: Emm, awak? Macam mana dengan pinangan saya hari tu? Awak
terima ke tak?
Mata Qirash mula terbeliak. Pinangan? What? Apa hubungan Nadz
dengan Shafiqah ni yang sebenarnya? Kenapa mereka nampak rapat sangat? Soal
benak hati Qirash bertubi-tubi. Tangan Qirash pantas menaip sesuatu. Begitu
juga dengan Shafiqah. Masing-masing berasa ingin tahu.
>>Shafiqah punya sim<<
Shafiqah (Padahal, Qirash yang taip): Emm, pinangan? Maksud awak?
Nadz: Fiqa.. takkan awak dah lupa kowd? Saya serius dengan awak.
Macam ni awak buat dekat saya. –emoji sedih
Shafiqah: Oppss, sorry! Saya betul-betul tak faham. (Memanglah tak
faham dah Qirash yang tulis)
Nadz: Saya nak hubungan kita kembali seperti dahulu. Saya ikhlas
dengan awak kali ni. Saya tahu yang saya dulu sikit pun tak pernah nak pandang
awak. Saya menyesal! Saya cemburu bila tengok awak dengan kawan sekerja awak
tuu.. Siapa nama dia??
Syafiqah: Qirash..!
Nadz: Yarh.. whatever.. Bagi saya dia tak penting pun! Yang
penting sekarang perasaan awak pada saya.
Qirash mula merengus geram. Grrr... benci pula aku dengan mamat
poyo ni! Boleh pula dia kata aku tak penting. Hello, aku ni boleh dikatakan ‘Dark
Knight Horse’ Shafiqah tahu tak. Sementara, Qirash mengalami tekanan jiwa
akibat cemburu. Mari kita lihat Shafiqah pula.
>>Qirash punya sim<<
Qirash (Tapi Shafiqah yang taip): Tak buat apa pun. Dah.. makan
dah.. (Emm, sejujurnya dia yang dah makan. Qirash? Entahlah.. Dah kowd)
Rania: Emm, awak macam mana sekarang? Dengar cerita awak sekarang
kerja dekat hotel ayah awak sebagai tukang masak.
Shafiqah mula terasa menyampah. Concern gila cewekk ni.. Siapa
erkk?!?
Qirash: Yup! Kenapa?
Rania mula terasa pelik dengan tindak balas yang dia terima
daripada Qirash. Selalunya kalau Qirash dengan dia berborak dalam laman sosial ataupun
face-to-face. Qirash mesti akan balas sebanyak yang mungkin padanya. Tapi ini
tak. Sepatah yang ditanya sepatah juga yang dibalasnya. Rania mula berasa
hairan.
Rania: Awak okay? Ada masalah ke?
Shafiqah mula mengangkat keningnya. Hish, banyak tanyalah minah
ni!
Qirash: Okay saja. Tak ada masalah pun.
Rania: Kalau ada masalah ceritalah. Awakkan selalu cerita masalah
awak dekat saya masa dulu-dulu. –emoji ketawa
Shafiqah berasa tidak enak lagi. Agak-agak siapa Riana ni? Kawan
lama Qirash ke? Atau first love Qirash..
Qirash: Excuse me! Itu dulu.. Sekarang tak lagi. Awak ni ada crush
dekat saya ke? Yang menyibuk sangat tu apasal. Kalau awak ada simpan perasaan awak
tu. Saya harap awak lupakan sebab saya benci awak!! –send-
Alamak! Shafiqah mula menggelabah tidak tentu arah. Rania yang
membacanya mula terkejut akan tindak balas Qirash itu. Adakah selama ini Qirash
tahu akan perasaannya yang sebenarnya? Jantung Rania mula berdegup dengan
kencang. Entah perasaan yang bagaimana harus dia rasa sekarang ni.
XXX
Shafiqah mula menelan liurnya ketika berhadapan dengan Qirash. Entah
mengapa wajah Qirash pada pagi itu kelihatan muram sahaja. Ermm, takkan dia
tahu yang semalam aku proses telefon dia? Tapi aku dah delete dah semua mesej
tu, bisik hati Shafiqah. Nadz tiba-tiba datang menerpa. “Fiqa..” sapanya.
Namun, entah mengapa tangan Qirash lantas menarik Shafiqah pergi jauh dari
Nadz. Dia tak mahu Shafiqah tahu bahawa dia sudah pun ber ‘chit-chat’ dengan
First Love nya semalam.
Sesampai sahaja, mereka di kawasan swimming pool, Shafiqah mula
merentap tangannya semula. “Sakitlah!” ujarnya sambil memegang tangannya yang
berbekas akibat genggaman tangan Qirash yang erat itu. Qirash mula tersedar
akan tindakkannya yang terlalu kasar itu. Dia kemudian terduduk lalu memohon
maaf pada Shafiqah. Perlahan-lahan dia mengenggam kedua belah tangannya
membentuk penumbuk. Perasaan takut mula menyelubungi jiwa dan raga Qirash. Dia
tak tahu kenapa dia buat semua ni. Tapi dia rasa marah sangat-sangat. Marah
pada siapa? Entahlah..
Tiba-tiba.. mereka ditegur oleh seseorang. Dan suara itu
seolah-olah familiar dengan gegendang telinga Qirash.
“Rania!!” balasnya, lalu memeluk Rania dengan erat. Wow! Even,
Rania sendiri pun terkejut dengan tindakkan Qirash itu. Inikan pula Shafiqah
yang sudah pun melopong mulutnya. Perlahan-lahan Qirash melepaskan pelukkan
itu. Dia sendiri terkejut. Mungkin disebabkan kecelaruan otak agaknya sebab tu
dia bertindak sedemikian rupa. “Ermm, excuse me! Saya tak mahu mengacau. Tapi
Qirash.. boleh awak kenalkan pada saya kawan awak ni?” sampuk Shafiqah. Qirash
mula tersenyum. “Erkk, kenalkan ni Rania. My childhood bestie! Dia dengan saya
tersangatlah rapat!! Kami selalu pergi tadika sama-sama.. high school, kolej
dan sebagainya. Ermm, kami terpisah sebab bapa dia terpaksa pindah keluar Negara
sebab ada urusan syarikat yang perlu dihandle disana.” Jelas Qirash panjang
lebar. Shafiqah mula tersenyum hambar ketika Qirash selesai dengan ceritanya. “Fine!
Gotta go..” pinta Shafiqah. Qirash mengangguk.
Namun, langkah kaki Shafiqah seakan terhenti apabila Rania
berkata, “Ermm, Qirash.. Can I ask you something?” Qirash mengangguk. “Betul ke
yang selama ni awak tahu yang saya ni sukakan awak?” Shafiqah mula menelan
liurnya yang terasa tersekat itu. Perlahan-lahan bola mata Qirash mula
memandang ke arah Shafiqah yang masih belum pergi itu. “Qirash.. And did you
mean it when you said that you hate me?” mata Qirash mula membeliak. “No! I
think you’re wrong! Fiqa..” panggil Qirash. Shafiqah dengan teragak-agaknya
mula mengundur langkahnya ke belakang semula. Perlahan-lahan dia mendekati
mereka semula. “Awak ke yang balas semua chat, Rania ni?” soal Qirash. Shafiqah
menggeleng. Wajah Qirash mula bertukar menjadi seperti Hulk. Ini pertama kali
Shafiqah lihat. Takut!! Nadz yang berada berdekatan situ mula menghampiri
mereka.
“Ada apa ni?” soal Nadz. “Awak jangan menyibuk!” marah Qirash.
Shafiqah dengan serta merta mula tersentak lalu matanya mula dipenuhi dengan
air yang bertakung. Air mata. “Qirash.. awak tak perlulah seserius ni. Saya..”
ini bukan kali pertama Rania lihat Qirash seperti itu. Ermm, kali terakhir dia
lihat adalah sewaktu Qirash dapat tahu yang awek dia curang dengan dia.
Mengamuk gila Qirash waktu tu. Dahlah curang dengan kawan baik sendiri pula tu.
Ini bererti gadis ini seolah-olah berharga untuk dia. Qirash mula memotong
setiap kata-kata Rania. “Jawab Nur Shafiqah Bt Zolkefli!!” bentak Qirash. “Yrw!!
Saya yang balas!! Saya minta maaf!! Saya betul-betul tak sengaja..” jelas
Shafiqah ketakutan. Nadz mula berasa pelik. “Rania.. I’m so sorry! Cerita dia
macam ni.. Semalam kami berdua tukar sim sebab..” belum sempat Qirash
menghabiskan ayatnya, Nadz mula merentap lengan Qirash agar memandangnya. “What!!
That’s mean semalam.. Engkau yang balas chat aku yrw!!” sekarang giliran Nadz
pula untuk naik hantu.
Shafiqah mula menyeka air matanya dan memandang Nadz. Hati Qirash
mula berasa tidak enak. “Ooohh, sekarang! Senangnya hati engkau nak marah-marah
Fiqa sedangkan engkau pun buat kesilapan yang sama! Sudahlah!! Mari kita
pergi..” perlahan-lahan tangan Shafiqah ditarik Nadz untuk pergi dari situ.
Qirash mula jatuh melutut diatas tanah. Rania yang berada disebelah mula
terkejut.
TO BE CONTINUED
Friday, 25 December 2015
Janji Kita (Bab 13)
Bab 13
“Hamboii..
Aliya.. Aku tengok engkau akhir-akhir ni happy semacam sahaja? Ada apa-apa yang
engkau nak cerita dengan aku ke?” soal Yuna, iaitu kawan sekerjanya. Aliya mula
tersipu malu. Entah kenapa akhir-akhir ni dia merasakan hubungan dia dan
Syahriezal semakin lama semakin pulih semula. Dia senang dapat kembali berborak
dengan Syahriezal seperti dahulu. Namun, disudut hatinya yang lagi satu dia
tahu yang persahabatan ini tidak boleh melebihi apa-apa. “Hai, awak!” tiba-tiba
bahunya dicuit dari belakang membuatkan Aliya menoleh. Dipandangnya Fareyz yang
berada disitu dengan riaksinya yang sengaja ditayangkan agar kelihatan comel.
Yuna yang berada disebelah tidak henti-henti menggesel bahu Aliya, sengaja.
Aliya perlahan-lahan mencubit pinggang sahabatnya itu membuatkan Yuna meraung
kesakitan. Fareyz yang memerhati mula memandang mereka pelik. “Yuna kenapa ni?”
Yuna mula menggeleng tanda tiada apa. “Tak apalah, aku pergi check in dulu. Aku
penatlah. Korang pergilah borak-borak dekat kafe hujung sana tu. Esok kita dah
nak terbang balik Malaysia.” Ujar Yuna, lalu meminta dirinya untuk pergi.
“Jom
jejalan? Takkan nak duduk borak sahaja. Dah alang-alang kita dekat Florida ni.
Apa kata kita pergi jejalan tepi pantai.” Aliya mula mengeluh. “Tak naklah.
Saya tak berminatlah. Awak kalau nak.. pergi sajalah. Saya penat! Esok nak
terbang balik dah. Lepas tu kena sambung pergi ke Italy pula.” Jelas Aliya.
Serius dia memang busy gila. Al maklumlah cuti lama sangat. Hah, bila dah
kembali bekerja. Macam nilah rutin harian dia. Ke sana, lepas tu terbang ke
sana pula. Rahang ni dah rasa macam nak tercabut je sebab asyik kena senyum dekat para
penumpang. Fareyz mula memonyokkan wajahnya. “Alah, please! Kali ni sahaja..
Please!!” pujuk Fareyz, sungguh-sungguh. Aliya akhirnya pasrah dengan pujuk
rayu Fareyz dan berjanji akan mengikut kehendaknya tanpa banyak songeh.
XXX
Hati
Aliya mula terasa teragak-agak apabila dia dipaksa untuk menaiki sebuah kapal
terbang milik Fareyz.
“Cepatlah..”
ujar Fareyz lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Aliya naik. “Fareyz awak
nak bawa saya pergi mana ni? Kita dua saja?” soal Aliya, khuatir. “Awak jangan
risau Aliya. Saya dah beritahu Yuna yang saya nak pinjam awak lama.” Aliya mula
berasa sakit hati. Hish, Yuna ni gegeh betullah! Ngomel hati Aliya. “Jangan
risau.. bukannya saya nak apa-apakan awak pun. Lagipun, kita still ada dekat
Florida lagi. Saya tak culik awak aihh..” jelas Fareyz, yang cuba menenangkan
hati Aliya yang terasa resah gelisah itu.
Sebaik
kapal terbang itu berada diatas udara, Aliya mula berasa teruja. Dilihatnya
Bandar Florida itu yang cantik dan besar.
“Omo!!!
Cantiknya!! Tak sangka Florida dari atas secantik ni.” jerit Aliya, teruja.
Fareyz yang berada disebelah mula tersenyum bangga. Bangga sebab dapat buat
Aliya tersenyum macam tu. Dah penat pusing-pusing diatas udara mereka pun
mendarat disebuah pulau. Di pulau itu mereka disambut baik oleh beberapa orang
pekerja dipulau itu dengan mesra sekali. Aliya mula terasa kekok dan serba
salah. “Awak, awak bawa saya pergi mana ni?” bisik Aliya. “Sabar.. kejap lagi
awak tahulah.. Sekarang saya nak awak masuk bilik yang saya dah tempah untuk
awak dan atas katil tu ada satu kotak besar. Saya nak awak buka kotak tu dan
saya tunggu awak dekat tepi pantai sana pukul 8 malam. Okay!” jelas Fareyz,
panjang lebar. Aliya hanya mampu mendengar dan menurut saja. Mau nanti dia
tinggalkan aku dekat pulau ni. Mampus aku! Gumam hati Aliya.
XXX
Aliya
mula membuka kotak yang dimaksudkan oleh Fareyz itu sebaik masuk ke dalam bilik
itu. “Gaun?? Rantai? Make up? Kasut? Gelang? Flower Headchain?” Aliya mula
terkejut dengan semua barang-barang yang berada didalam kotak itu. Gila tak
terkejut! Semua tu nampak mahal, siut! Tahulah Fareyz tu pilot. Tak perlulah
nak beri dia semua barang ni. Aliya mula memeroses kepala otaknya. Tiba-tiba,
hatinya mula berdegup kencang. Ya Allah, minta-minta apa yang aku fikirkan ni
tak jadi kenyataan. Aliya dengan pantas mengambil semua barang itu untuk
bersiap. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.30. Nanti lambat pula dia bersiap.
Kesian, Fareyz tunggu lama-lama.
XXX
Aliya
mula mengekori laluan yang telah disediakan yang tepi-tepinya ada lilin.
Hatinya mula berasa berdebar-debar. Fareyz ni dah kenapa? Bisik hatinya. Namun,
riaksinya masih lagi dipaparkan agar kelihatan tenang dan bersahaja. Fareyz
dengan segaknya tersenyum ke arah Aliya membuatkan pipi Aliya berubah menjadi
merah kemerahan macam buah delima. Dengan gentlemannya, Fareyz membantu untuk
menarik kerusi Aliya untuk duduk. Aliya dengan ayunya berterima kasih pada
Fareyz. Fareyz tersenyum. “Awak suka tak?” soal Fareyz, ingin jawapannya. Aliya
mengangguk. Gila tak suka! Kalau bagi dekat perempuan yang hatinya rock pun dia suka
taw. Cair habis~
Makan malam mereka ditemani dengan pemain muzik yang mendendangkan lagu-lagu yang romantik. Rasa loya pula tekak ni nak telan makanan, bisik hati Aliya. Selesai makan Fareyz kemudian menghulur tangannya untuk mengajak Aliya untuk menari. Aliya dengan malasnya menerima pelawaan itu.
Makan malam mereka ditemani dengan pemain muzik yang mendendangkan lagu-lagu yang romantik. Rasa loya pula tekak ni nak telan makanan, bisik hati Aliya. Selesai makan Fareyz kemudian menghulur tangannya untuk mengajak Aliya untuk menari. Aliya dengan malasnya menerima pelawaan itu.
Kiri..
kanan.. ke depan.. ke belakang.. dan.. pusing.. dan..
Nafas
Aliya mula menjadi naik turun naik. Dah kenapa Fareyz ni. Sawan ke?!? “Al.. ada
benda yang saya nak beritahu awak.” Aliya mula memotong kata-kata Fareyz itu.
“Kalau yrw pun, boleh tak awak biarkan saya berdiri dengan tegak dulu?” pinta
Aliya. Namun Fareyz tetap ingin keadaan yang sebegitu sehinggalah dia selesai
berbicara. Aliya tidak betah lagi lalu memejamkan matanya serapat yang mungkin.
“Al.. dengar sini.. sekali saja saya cakap! Would you marry me? Nur Aliya
Aressa Bt Mohamad?” mata Aliya yang dipejamkan tadi mula terbuka luas. Aliya
kemudian menolak bahu Fareyz lalu dengan jayanya berdiri dengan tegak. “Fareyz!!
Don’t ever play with me again with that words!” Aliya mula terasa satu badannya
penuh dengan angin. Angin taufan. Fareyz menggeleng. “No.. I never play with
you Aliya! Please, I really sincerely love you!” ucap Fareyz. Aliya menggeleng.
Benda nilah yang dia fikirkan sejak dari tadi. Gaun ni.. makan malam ni.. pulau
ni. “No way, Fareyz!! Never!! I hate you!! Don’t you see it?” ujar Aliya.
Fareyz mula memegang kedua belah bahu Aliya. “Tell me why?!?” Kalau betul Aliya
benci dia, dia perlukan sebab yang munasabah. Mungkin dia boleh ubah sikap yang
dibenci Aliya tu.
“You’re
player Mr Fareyz! And I never date a player such like you! You’re jerk!” entah
kenapa Aliya benar-benar terasa menyampah dengan Fareyz saat itu. Apa salah
Fareyz? Eh, dan boleh pula engkau kata engkau tak pernah bercinta dengan orang
yang playboy! Habis tu mana engkau pungut Si Syahriezal tu? Bukan dia pun
player ke Miss Aliya, desis hati Aliya. Fareyz mula ketawa. “Saya boleh berubah
Al.. Trust me! Walaupun saya player saya tak pernah nak sentuh mereka tu semua.
Bila saya dengan awak saya tak pernah sikit pun nak pandang perempuan lain.”
“Oh yrw!! Itu tak dapat menjanjikan apa-apa pada saya.. Mungkin awak boleh
pura-pura baik depan saya. Tapi tidak dibelakang saya, Fareyz!! Now, send me
back to hotel!!” jerkah Aliya, lalu berlalu pergi.
XXX
Sejam
Aliya tunggu Fareyz di tepi kapal terbang tu, akhirnya, kelibat Fareyz muncul juga
dengan riaksi yang hampa teramat. Aliya diam membisu lalu naik ke atas kapal
terbang itu. “Al.. Fareyz..” “Stop it!! Don’t ever tak to me again..” gumamnya.
Fareyz menghela nafas panjang yang penuh dengan kehampaan.
Inilah
malam yang paling teruk sekali. Aliya kenapa engkau sanggup buat Fareyz macam
tu? Adakah sebab Fareyz mengingatkan engkau masa engkau bersama dengan Syahriezal
dulu?? Oh.. habis tu kenapa dengan Syahriezal boleh pula engkau berbaik. Jangan
belagak Aliya! Nanti padahnya engkau! Hatinya terasa sakit. Pelbagai persoalan
bermain dibenak fikiran Aliya membuatkan dia terus merebahkan badannya diatas
katil sebaik sahaja sampai dihotel mereka tinggal. Yuna yang terjaga dari
lenanya mula menyoal Aliya. “Wey, korang pergi mana tadi? Best tak? Fareyz buat
apa dekat engkau?” soal Yuna, dalam keadaan mamainya lagi. Aliya dengan geram
mengambil bantalnya dan membalingnya tetap ke muka Yuna. “Yarh!! Asal pula ni?”
marah Yuna. Namun marahnya itu terhenti apabila dilihatnya Aliya yang
seolah-olah tiada mood. Kang, kacau lagi memang kena sepak aku ni! Baik sambung
tidur, bebel hati Yuna.
XXX
Keesokkan
harinya..
“Liya?
Emm, Fareyz kenapa erk? Aku dengar cerita hari ni dia tak jadi balik Malaysia.
Dia minta orang lain gantikan tempat dia sebab dia tak sihat tak boleh bawa
flight.” Ujar Yuna cuba sampaikan berita itu. Kowd Aliya tahu apa-apa sebab
semalam mereka berdua yang keluar date. Kalau mood Fareyz nak hilang pun sebab
Aliya saja. Aliya diam membisu. Malas nak layan sahabatnya itu. Yuna merengus geram.
“Hish! Dah bisu ke?!?”
XXX
Di
dalam kapal terbang.. walau apapun Aliya tetap kena jalankan tugasnya dan terus
tersenyum. Ergh! Rasa macam sakit gila hati ni!! Dah mood macam down gila, lepas tu
kena senyum pula. Nak buat macam mana. Dah kerja dia memang macam tu.
Tiba-tiba, ada seorang penumpang ni
menegurnya. Penumpang kelas A, maksudnya seat untuk orang kaya duduk. “Senyum
tu biar ikhlas sikit boleh tak?” ujar orang itu. Aliya mula menjeling ke arah
penumpang itu, tajam. Mujur penumpang tu tengah baca surat khabar. Kalau
perasan nanti tak pasal-pasal dapat aduan dari bos pula sebab
pramugari/pramugara kena layan para penumpangnya macam ‘King & Queen’. Tak
boleh nak bantah apa-apa. “Saya nampak awak jeling dekat saya tadi. Awak dah
lama hidup ke?” Tambah penumpang itu. Terbeliak mata Aliya dibuatnya. Omo!
Aliya mula tertunduk malu lalu beredar dari situ secepat yang mungkin.
“Tunggu..” panggil penumpang itu. Aliya mula menoleh ke belakang semula.
Kemudian, dilihatnya.. Syahriezal? Kuang ajaqlah mamat ni! Memang sengaja cari
nahas dengan aku! Syahriezal dengan bergayanya membuka spec hitamnya itu dan
mengenyitkan mata sebelahnya ke arah Aliya.
Di
belakang tempat duduk dimana semua pramugari/pramugara bertukar giliran dan
sekarang Aliya berhenti seketika untuk berehat. Jadi giliran orang lain pula
yang buat kerja. “Wey, aku tengok engkau tengah main cintan cintun dengan
seorang mamat ni.” Aliya menggeleng. Cepat gila minah ni dapat gossip! “Mana
ada! Laki tu kenalan aku sebab tu kami nampak macam akrab sikit.” Jelas Aliya
yang tidak mahu ada salah faham. Yuna mengangguk tanda mengerti. “Mujur Fareyz
tak ada! Kalau tak! Nahas laki tu..” Aliya mula mengangkat keningnya. “Why?
Kenapa Fareyz nak menyibuk dalam hal ni pula. Dia tak ada kena mengena dengan
hal peribadi aku okay!” marah Aliya. “Eh, tapi Fareyz cerita dekat semua orang
yang korang ni tengah hangat bercinta?” jelas Yuna. Berdesing telinga Aliya
mendengarnya. “What? Fareyz cerita apa dekat korang semua.” Suara Aliya mula kedengaran tinggi namun dikawalnya agar tidak didengari oleh para penumpang.
“Fareyz cakap yang korang berdua ni dah lama bercinta. And semalam dia beritahu
aku yang dia nak lamar engkau. Dia yang minta aku bagi idea bagai. Tapi aku
tengok semalam engkau macam bad mood gila. Jadi aku pun keliru. Korang ni
bercinta ke tak?” cerita Yuna panjang lebar. Hati Aliya mula terasa baranya. Kebenciannya
terhadap Fareyz bertambah-tambah jadinya.
XXX
“Cik
Lydia.. ada surat untuk cik Lydia.” Ujar Sarah lalu menyerahkan surat itu
kepada bosnya. Lydia mula mengerutkan dahinya. “Surat apa pula ni?” ngomelnya
lalu dengan perlahan-lahannya membuka surat itu. Ada dua tiket didalamnya.
Lydia mula menjadi teruja. Mini Konsert Kpop !! Seriusly!! “Sarah.. siapa yang
bagi ni?” soal Lydia, yang rasa macam nak pitam dah. “Abang penghantar surat..”
jawab Sarah jujur. Lydia mencebik. “Aku tahulah! Kowd engkau tahu siapa
disebebalik penghantar yang lagi satu ke..” balas Lydia. “Ehh, kenapa saya nak
tahu pula. Saya bukannya kerja mengintip cik Lydia.” Lydia mula bercekak pinggangnya.
Eh, menjawab pula pekerja dia yang seorang ni. “Pergi buat kerja.. Shushh..”
usir Lydia. Sarah mula memuncungkan bibirnya sambil-sambil itu sempat lagi dia
mengumpat bosnya itu. “Itu tak kena.. ini tak kena. Mentang-mentang pangkat bos..”
“Apa awak cakap?!?” soal Lydia. “Tak ada apa!!” jawab Sarah, gugup. Alamak,
kantoi!
XXX
“Anas..
kamu nak pergi mana tu nak?” soal Puan Laila. “Anas.. nak pergi jumpa Lydia
kejap.” Balas Anas. Puan Laila mula terkejut. Aik? Hari tu anak dia tu sikit
pun tak mau cakap pasal Lydia tu. Katanya dia tak minat. Sekarang lain pula
budak tu. Puan Laila mula menggeleng kepalanya. Okaylah tu, anak dia tu
sekarang pun rajin ada dekat rumah. Kalau dulu susah. Suka balik lewat malam.
Kadang-kadang lepak dekat kelab. Apa nak jadi pun tak tahulah. Moga Lydia boleh
membimbing dia.
Sesampai
sahaja di butik Lydia itu, Anas dengan segak bergayanya turun dari kereta
mewahnya itu iaitu Ferari. Sarah yang nampak dibalik pintu cermin kaca yang lut
sinar itu mula menjerit memanggil bosnya. Lydia dengan kalut keluar dari
pejabatnya. Kowdlah gempa bumi ke, kedai nak meletup ke. Takut juga! Tapi
tengok-tengok Anas Mikael yang datang. Lydia mula mengherot mulutnya ke tepi.
Menyampah! Serupa datang nak kutip hutang tu! Fine, lupa aku memang ada hutang
dengan dia, ingat Lydia. “Hai!” tegur Anas dengan bergayanya. Lydia mula menayangkan
riaksinya yang terasa macam nak termuntah tu. “Nak apa?!?” soal Lydia. “Saya
datang nak kutip hutanglah..” ujarnya sambil mengangkat keningnya, puas.
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 13 ni. And nantikan untuk Bab 14 pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T
Tuesday, 22 December 2015
Janji Kita (Bab 12)
Bab
12
“Syah.. mama
nak tanya kamu satu benda boleh tak? Mama harap kamu tak sentap atau naik
hangin ke apa..” soal Puan Ida. Syahriezal yang sejak dari tadi sedang fokus
membaca surat khabar mula memandang Si ibunya. Dia kemudian mengangguk. “Kamu
masih sayang lagi tak dekat Liya tu, nak..?” soal Puan Ida, teragak-agak.
Syahriezal menghela nafas panjang. Dia sendiri pun tak pasti dengan hatinya
yang sebenar. Sayang? Suka? Dia takut yang dia akan sakiti hati Aliya seperti mana
dia buat suatu ketika dahulu. Percayalah. Suatu ketika dahulu dia dan Aliya
sebenarnya sudah pun pernah berkahwin. Waktu itu, umur masing-masing masih lagi
muda. Aliya 15 tahun, manakala dia baru sahaja umur 14 tahun. It’s so fun! And
sometimes it’s so sweet. Tapi apakan daya disebabkan kesilapannya kisah kahwin
mereka pun berakhir. Alasannya, masing-masing masih lagi muda dan masih lagi
belajar.
Syahriezal
kembali menyambung pembacaannya dan mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak
tahu. Puan Ida mengeluh dan kembali menyapu sampah di laman rumah. Tiba-tiba,
mata Syahriezal tertacap pada surat khabar itu lama. Fashion Show yang paling
gempak! – Itulah tajuknya dan dilihat model-model disitu dan salah satunya
ialah... Aliya.
XXX
Pagi itu
suasana di dapur kelihatan santai sahaja kerana orang pun tidak ramai sangat.
Jadi bolehlah Shafiqah nak renggang-renggangkan badannya dan berborak-borak
dengan yang lain. Qirash pun hari ni tak ada. Kena pergi beli barang dapur yang
dah berkurangan. Jadi tenang sikit telinga ni rasa. Kalau tak asyik
popetpopetpopet saja.. “Fiqa..” tiba-tiba dia disapa baik oleh Nadz yang cuba
masuk ke dalam dapur itu. Shafiqah mula menjadi tidak tentu arah. Dengan pantas
Shafiqah menarik lengan Nadz untuk berborak di luar belakang dapur. “Awak nak
apa?” soal Shafiqah, pantas. Nadz memandangnya pelik. “Awak ni macam tak suka
sahaja saya kerja dekat sini?” soal Nadz, hampa. Shafiqah mengeluh. “Bukan tak
suka.. sebenarnya.. saya..” belum sempat Shafiqah ingin meneruskan ayat
seterusnya Nadz sudah pun memotongnya. “Fiqa.. saya sebenarnya sukakan awak!!
Dah lama saya fikirkan benda ni. Kalau boleh saya nak hubungan kita jadi
seperti dahulu kala.” Terlopong mulut Shafiqah mendengarnya.
Namun, hati
dia berasa aneh. Shafiqah kenapa ni? Bukan sepatutnya engkau bahagia ke dengan
ayat yang sebegitu. Patutnya engkau happy yang Nadz kata dia suka engkau. Dah
lama engkau cuba dapatkan dia dulu tapi tak kesampaian. Shafiqah! Senyumlah, paksa
hatinya. Lama-lama bibirnya mula mengukir satu senyuman. Namun senyuman itu dimatikan
apabila dia melihat kelibat Qirash yang baru sahaja pulang. “Qirash!” sapa
Shafiqah, lalu membantu Qirash untuk mengangkat barang-barang dapur yang
dibelinya itu. Qirash mula menayangkan muka geramnya. Bukan nak ikut sekali
tolong dia beli barang. Hurh! Mujur aku sayang engkau, ngomel hati Qirash
sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu. Shafiqah mencebik.
Dengan perasaan yang gugup dia berlalu sahaja depan Nadz. Qirash memerhati Nadz
pelik. “Hoi, engkau ni tak ada kerja lain ke?!? Yang engkau sibuk dekat sini
apasal?” tegur Qirash, membuatkan Nadz pergi dari situ.
“Aik, belah
sahaja macam tu.” Ngomel Qirash, seorang diri.
XXX
Orang ramai
yang berada di kafe itu mula memberikan tepukan yang gemuruh sebaik sahaja
Syahriezal selesai membuat persembahannya. Alah, biasa-biasa sahaja untuk teman
baiknya iaitu Fathie. Hari ni merupakan hari pertama dia membuka kafe itu. Jadi
kenalah bagi hadiah yang istimewa untuk teman baiknya itu. Mungkin dengan
melakukan persembahannya tadi mampu menarik minat pelanggannya untuk datang
bertandang nanti. “Yo, bro! Thanks for coming!” ucap Fathie. “Syah!! I rindu
you..” tegur Intan juga sambil memukul lembut bahu Syahriezal, iaitu isteri
Fathie. Syahriezal tersenyum sinis. Nak termuntah pula dia tengok Intan ni.
Laki depan mata pun nak menggedik dengan lelaki lain. Sahabat laki sendiri pula
tu. “Aliya tak datang dengan engkau ke?” soal Fathie, yang cuba menyerikan
suasana. Syahriezal mula menganggkat bahu tanda tidak tahu. “Alah, sayang.
Kejap lagi dia sampailah tu. Pandai-pandai dialah. Bukannya isteri Syah pun nak
mai berdua. Betul tak Syah?” gurau Intan. Namun, gurauan itu langsung tidak
melucukan hati sesiapa. Menambahkan bara dihati suaminya adalah. Lantas tangan
Intan ditarik jauh pergi dari Syahriezal. Syahriezal hanya mampu menggeleng
melihat mereka.
“Awak! Boleh
tak jaga sikit tingkah laku tu. Jangan biadap sangat!” tegur Fathie, dalam nada
yang perlahan dan berbisik. Intan merengus geram. “Ehhh, salah ke apa yang saya
cakap ni? Betulkan?!? Yang awak nak buat teruk ni apasal? Saya tengok Syah okay
jew!” bebel Intan. Fathie mula memegang dadanya yang terasa perit. Isteri dia
ni kalau tak ada jawapannya memang tak sah.
XXX
Aliya dengan
nafas panjang membuka pintu itu untuk masuk. Walauapapun yang dah berlaku,
hatinya masih lagi menganggap Fathie itu sebagai sahabatnya. Namun, moodnya
berubah apabila terlihat akan kelibat Syahriezal yang turut sama berada disitu.
Langkah kakinya dengan pantas menuju ke arah Syahriezal walaupun dia tahu
hatinya itu cuba berada jauh dari lelaki itu kalau boleh. Dengan manis dia
menegur Syahriezal yang seolah seperti termenung jauh memandang ke arah Fathie
dan Intan itu. “Hai..” tegur Aliya, sambil menarik kerusi yang kosong di
sebelah untuk duduk. Syahriezal mula mengukir satu senyuman dibibir. Agak-agak
marah lagi tak Aliya akan peristiwa waktu majlis kahwin Fathie hari tu, bisik
hati Syahriezal sambil menjeling ke arah Aliya. “Emmm, cantik kafe ni. Tak
sangka tercapai juga hasrat Fathie nak buka kafe manisan dia yang tersendiri.”
Ujar Aliya yang cuba berbasa basi dengan Syahriezal. Syahriezal mula mengangguk
tanda setuju.
Intan yang
baru sahaja terperasan akan kehadiran Aliya mula menerpa ke arah mereka. Sibuk
sahaja minah ni! Tak senang langsung nak tengok orang bahagia. Aliya mula
memusingkan bola matanya tanda menyampah. Lantaklah kalau dia nak terasa ke
apa. “Aliya.. datang pun awak. Awak nak pesan apa? Hari ni semua menu dekat
sini free sebab baru buka. Esok-esok kalau awak datang kenalah bayar.” Jelas
Intan. Fathie yang berada disebelah mula menepuk dahinya. Mereka ni kalau
berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. “Ermm, kalau saya order
banyak-banyak dan bungkus bawa balik pun kira free juga ke?” soal Aliya,
sengaja cari nahas. Intan mula memandangnya tajam. “Taklah.. pesanan yang
pertama sahaja yang kira free. Pesanan seterusnya.. BAYAR!” tegasnya. Aliya
mula tersenyum sinis. “Saya nak set Firaun? Ada?” perli Aliya. Intan mula
mengepal tangannya membentuk penumbuk. Kemarahannya cuba ditahannya. Gelaran
itulah yang dia dapat sewaktu sekolah menengah dulu dan ini semua direka khas
oleh Aliya, Lydia dan Shafiqah.
Fathie yang
berada di belakang mula menarik isterinya untuk pergi dari situ. Aliya mula
tersenyum puas. Padan muka engkau! Ada aku kisah! desis hati Aliya. Syahriezal
mula menggeleng kepalanya. “Awak ni.. macam budak-budaklah.” Tegur Syahriezal.
Aliya mula memuncungkan bibirnya sedepa. Eh, macam minta kiss pula minah ni!
bisik hati Syahriezal yang sedang memerhatikan riak wajah gadis itu dengan
tekunnya. “Orang pula yang kena cop budak-budak. Ehh, ingat sikit awak tu muda
setahun dari saya. Saya lagi tua taw!” bebel Aliya. “Yrwlah, awak.. Ikut suka
hati awaklah..” balas Syahriezal. “Sorry pasal tadi..” ujar Fathie yang baru
sahaja sampai dengan segelas jus oren
dan jus karot. “Tak apa..” balas Aliya lalu mencapai gelas yang berisi jus oren
itu. Fathie kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Syahriezal. Kemudian,
bermulalah sesi sembang menyembang mereka. Intan yang berada dibelakang dapur
hanya mampu memerhati. Yrwlah, dah kena sound dengan laki tadi. Hahak!
XXX
Hati Khai
akhir-akhir ini seolah-olah berasa tidak tenang sahaja. Hatinya terasa bagaikan
baru sahaja disuntik dengan satu perasaan iaitu ‘Cinta’. Dia kemudian cuba
membaringkan badannya diatas katil dan tangannya sengaja diletakkan diatas
dahi. “Yo bro!!” tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Anas yang menerpa masuk
ke dalam biliknya tanpa memberi salam. Yo bro, tu bukan salam okay! Khai mula
menggeleng kepalanya. “Engkau nak apa?” soal Khai, acuh tak acuh. Anas mula
memandang sepupunya itu pelik. Aikk? Dah kenapa dia ni? “Engkau kenapa?” soal
Anas, lalu melabuhkan punggungnya dihadapan permainan video milik Khai lalu
membukanya untuk bermain. Khai cuba memandang sepupunya itu lama. Agak-agak,
apa hubungan dia ni dengan Lydia yrw? Nak tanya ke tak? Tanya, tak.. tanya..
tak? Bisik hati Khai keliru.
Belum sempat
Khai ingin bertanya, tiba-tiba telefon bimbit Anas berbunyi. Sempat Khai
menjeling siapakah manusia yang menelefon Anas itu. Lydia? Macam mana Anas
boleh ada nombor Lydia. Errghh!! Hati Khai mula menjadi tidak keruan. Selesai
sahaja Anas bercakap dengan Lydia dibalik corong telefon itu, Anas terus
meminta dirinya. Khai memandangnya pelik. “Aikk? Asal ni?” soalnya hairan.
“Bhaii, ada date dengan bakal isteri.” Seloroh Anas, lalu meminta dirinya untuk
pulang. Khai mula membeliakkan matanya. Lydia.. Dia bakal.. What?? Takkan kowd..
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 12 ni. And nantikan untuk Bab 13 pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T
Sepetang di Hari Selesa~
Assalamualaikum, semua..
Hari ni Eyka ada pergi ziarah seorang kawan lama Eyka ni. Miera nama dia. Dah lama tak jumpa dia. Sorry, sebab sabtu ni tak boleh nak datang kenduri kahwin akak ag. Sebagai ganti hari ni Eyka pergi bertandang ke rumahnya. Hik3, sempatlah juga borak-borak sikit dengan dia tanya khabar apa semua. Kesian, dia pun banyak kerja nak kena buat sebab kenduri buat dekat rumah mereka. Eyka selalu datang rumah dia waktu yang salah. Tak apalah, Eyka tunggu ag kahwin nanti. InshaAllah waktu tu Eyka jadi bridemaid awak yrw~ *kenyit mata* Lagipun, tadi mak dia sempat tanya dekat Eyka.. Miera ni dah berpunya ke. Kalau ada senang mak cik nak jodohkan cepat-cepat. Eyka hanya mampu tutup mulut dan ketawa.. Entahlah, mak cik! Hahahahak..
Kawan selamanya ➜ Miera |
Oh yeah, waktu bersiap tu sempat Eyka try hadiah yang kawan Eyka bagi sempena hari jadi Eyka.. Walaupun, terlambat tapi Eyka hargai sangat-sangat.. Thanks, Yana!! Walaupun, orang kata tak seberapa tapi Eyka suka sangat!! Eyka ni kalau orang bagi barang seriusly macam take care sangat dengan barang tu. Cam sayang pula lepas ni nak pakai...
p/s: Maaf.. sesiapa yang masih lagi menunggu Janji Kita tu.. Harap maaf dan setia menunggu. Eyka tengah nak touch up.. touch up cari idea.. Kasi kedebaboOom walaupun tak kedebabOoom sangat.. ⌤
Sunday, 20 December 2015
Kahwin & Cerai
Bilangan kes perceraian
melibatkan pasangan Islam di negara ini berada pada tahap 10 hingga 15 peratus.
Peratusan tersebut dianggap tinggi, biarpun masih terkawal. Walaupun begitu,
timbul persoalan, adakah kahwin, dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Islam
amat menggalakkan perkahwinan yang menyempurnakan keperluan tabii manusia yang
memerlukan pasangan hidup. Manakala perceraian pula satu perkara halal yang
paling dibenci. Perceraian berpunca kegagalan suami isteri melayari kehidupan
berumah tangga seperti mana diharapkan.
Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung perasaan malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya. Malah, perceraian dianggap sesuatu yang `salah' dalam masyarakat. Sebab itu, pasangan suami isteri akan cuba sedaya mungkin mengelak daripada berlaku perceraian. Masalah dalam rumah tangga cuba diselesaikan secara bertolak ansur dan bijaksana. Keluarga akan campur tangan mendamaikan pasangan bermasalah agar tidak berakhir dengan perceraian.
Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu. Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak. Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.
Atas alasan itulah mengapa duda, lebih-lebih lagi janda sentiasa dipandang serong. Keluarga akan cuba menghalang anak teruna mengahwini janda. Pengalaman buruk janda itu tidak mahu berulang pula kepada anak teruna yang belum pernah mengalami pengalaman hidup berumah tangga. Manakala duda pula akan disiasat lebih teliti terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkahwin dengan anak dara. Manalah tahu punca perceraian dahulu disebabkan sikap tidak baik duda itu. Sikap itu mungkin akan berulang bila berkahwin baru dan isterinya bakal menanggung nasib yang sama.
Senario itu berlaku pada suatu masa dahulu. Tetapi, nampaknya kes kahwin dan cerai seperti ini sudah seperti satu budaya dalam masyarakat kini. Pasangan yang bercerai tidak lagi menanggung perasaan malu. Sikap ego pasangan dikenal pasti mengapa mudah berlaku perceraian dalam masyarakat sekarang. Jika ada masalah dalam rumah tangga, masing-masing tidak `takut' untuk bercerai. Si suami merasakan dia tidak menghadapi masalah untuk mencari pasangan baru. Mereka boleh mendapatkan isteri baru di kalangan anak dara yang lebih baik. Begitu juga dengan si isteri yang mengambil pendekatan tidak kisah jika selepas itu dia tidak bertemu jodoh lagi. Bahkan ramai berpegang kepada prinsip perceraian bukan penamat kehidupan. Malah ada yang lebih optimis mengatakan perceraian adalah permulaan untuk berubah mencapai yang lebih baik. Memang pemikiran itu amat liberal dan keterlaluan bagi budaya masyarakat kita.
Sekarang ini ramai wanita yang mempunyai kerjaya yang baik. Mereka tidak lagi bergantung kepada lelaki untuk menyara hidup selepas perceraian. Bahkan, banyak hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri yang mampu menyara sepenuhnya perbelanjaan, walaupun tanpa bantuan daripada bekas suami. Golongan yang memperjuangkan kepentingan wanita pula seakan-akan berjuang mempermudahkan soal perceraian. Kalau boleh, setiap permohonan cerai yang dikemukakan oleh si isteri perlu diluluskan segera.
Banyak forum dan seminar yang membincangkan mengenai keadilan bagi si isteri merumuskan agar proses permohonan cerai dipermudahkan. Mahkamah Syariah dikatakan gagal melaksanakan tugas jika melambat-lambatkan proses perceraian. Mereka bukannya berjuang untuk mempertahankan isteri daripada dijatuhkan talak. Mereka seolah-olah bangga berstatus ibu tunggal. Sekarang masyarakat jarang menggunakan perkataan janda bagi wanita yang bercerai hidup atau balu bagi bercerai mati. Lainlah jika mereka bercerai tanpa mempunyai anak.
Biasanya masyarakat mudah simpati dengan gelaran ibu tunggal. Terdapat Persatuan Ibu Tunggal peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Aktiviti persatuan mendapat sokongan masyarakat setempat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri. Ada ruangan khas dalam majalah atau akhbar yang memfokuskan mengenai ibu tunggal yang berjaya. Memang benar ramai ibu tunggal berjaya meneruskan hidup dengan sempurna bersama anak-anak. Malah ada yang menikmati kehidupan lebih berjaya selepas bergelar ibu tunggal. Ibu tunggal biasanya berusaha lebih gigih dan menggunakan sepenuhnya peluang bebas kongkongan daripada suami untuk berjaya. Mereka ingin memastikan nasib anak-anak tidak terabai. Malah ramai yang ingin membuktikan kepada bekas suami bahawa mereka boleh berdikari dan kebahagiaan hidup bukan bergantung kepada lelaki.
Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar. Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.
Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung perasaan malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya. Malah, perceraian dianggap sesuatu yang `salah' dalam masyarakat. Sebab itu, pasangan suami isteri akan cuba sedaya mungkin mengelak daripada berlaku perceraian. Masalah dalam rumah tangga cuba diselesaikan secara bertolak ansur dan bijaksana. Keluarga akan campur tangan mendamaikan pasangan bermasalah agar tidak berakhir dengan perceraian.
Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu. Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak. Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.
Atas alasan itulah mengapa duda, lebih-lebih lagi janda sentiasa dipandang serong. Keluarga akan cuba menghalang anak teruna mengahwini janda. Pengalaman buruk janda itu tidak mahu berulang pula kepada anak teruna yang belum pernah mengalami pengalaman hidup berumah tangga. Manakala duda pula akan disiasat lebih teliti terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkahwin dengan anak dara. Manalah tahu punca perceraian dahulu disebabkan sikap tidak baik duda itu. Sikap itu mungkin akan berulang bila berkahwin baru dan isterinya bakal menanggung nasib yang sama.
Senario itu berlaku pada suatu masa dahulu. Tetapi, nampaknya kes kahwin dan cerai seperti ini sudah seperti satu budaya dalam masyarakat kini. Pasangan yang bercerai tidak lagi menanggung perasaan malu. Sikap ego pasangan dikenal pasti mengapa mudah berlaku perceraian dalam masyarakat sekarang. Jika ada masalah dalam rumah tangga, masing-masing tidak `takut' untuk bercerai. Si suami merasakan dia tidak menghadapi masalah untuk mencari pasangan baru. Mereka boleh mendapatkan isteri baru di kalangan anak dara yang lebih baik. Begitu juga dengan si isteri yang mengambil pendekatan tidak kisah jika selepas itu dia tidak bertemu jodoh lagi. Bahkan ramai berpegang kepada prinsip perceraian bukan penamat kehidupan. Malah ada yang lebih optimis mengatakan perceraian adalah permulaan untuk berubah mencapai yang lebih baik. Memang pemikiran itu amat liberal dan keterlaluan bagi budaya masyarakat kita.
Sekarang ini ramai wanita yang mempunyai kerjaya yang baik. Mereka tidak lagi bergantung kepada lelaki untuk menyara hidup selepas perceraian. Bahkan, banyak hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri yang mampu menyara sepenuhnya perbelanjaan, walaupun tanpa bantuan daripada bekas suami. Golongan yang memperjuangkan kepentingan wanita pula seakan-akan berjuang mempermudahkan soal perceraian. Kalau boleh, setiap permohonan cerai yang dikemukakan oleh si isteri perlu diluluskan segera.
Banyak forum dan seminar yang membincangkan mengenai keadilan bagi si isteri merumuskan agar proses permohonan cerai dipermudahkan. Mahkamah Syariah dikatakan gagal melaksanakan tugas jika melambat-lambatkan proses perceraian. Mereka bukannya berjuang untuk mempertahankan isteri daripada dijatuhkan talak. Mereka seolah-olah bangga berstatus ibu tunggal. Sekarang masyarakat jarang menggunakan perkataan janda bagi wanita yang bercerai hidup atau balu bagi bercerai mati. Lainlah jika mereka bercerai tanpa mempunyai anak.
Biasanya masyarakat mudah simpati dengan gelaran ibu tunggal. Terdapat Persatuan Ibu Tunggal peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Aktiviti persatuan mendapat sokongan masyarakat setempat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri. Ada ruangan khas dalam majalah atau akhbar yang memfokuskan mengenai ibu tunggal yang berjaya. Memang benar ramai ibu tunggal berjaya meneruskan hidup dengan sempurna bersama anak-anak. Malah ada yang menikmati kehidupan lebih berjaya selepas bergelar ibu tunggal. Ibu tunggal biasanya berusaha lebih gigih dan menggunakan sepenuhnya peluang bebas kongkongan daripada suami untuk berjaya. Mereka ingin memastikan nasib anak-anak tidak terabai. Malah ramai yang ingin membuktikan kepada bekas suami bahawa mereka boleh berdikari dan kebahagiaan hidup bukan bergantung kepada lelaki.
Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar. Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.
p/s: Bagi Eyka.. walauapapun
yang terjadi selagi boleh selamatkan perkahwinan tu selamatkanlah ia.. Ingat
bukan kita sahaja yang akan menanggungnya kelak. Anak-anak juga akan berasa
tertekan, keluarga dan sebagainya. Tambah-tambah, anak itu masih lagi kecil dan
keliru. Selagi boleh bawa berbincang.. Berbincanglah ia dengan baik..! Jangan
hancurkan sesuatu itu dengan mengikut hawa nafsu. Mungkin suatu hari nanti kita
akan menyesal dengan apa yang kita lakukan. Banyak-banyaklah berdoa. *sad sad*
~ Maaf kalau yrw ada kaitan dengan anda. Eyka tak berniat pun hanya sekadar
peringatan.. dan nasihat..
Credit: kes2syariah.blogspot.my
Subscribe to:
Posts (Atom)