Eyka Blog: Janji Kita (Bab 1)

Monday, 23 November 2015

Janji Kita (Bab 1)


BAB 1
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut, menyebabkan rambutnya yang panjang mengurai itu ditiup angin. Hatinya seakan tersentuh setiap kali memandang ke arah anak-anak kecil yang sedang leka bermain bola di tepi pantai itu. “Hoi, termenung jauh nampak?” tegur temannya itu, lalu menghulurkannya ais krim cornetto yang dibelinya tadi di kedai berhampiran. Shafiqah mula mengukir satu senyuman manis dibibirnya membuatkan hati Qirash berdegup kencang sedikit. Namun, diabaikan sahaja perasaannya itu lalu duduk disebelah Shafiqah tenang. Qirash mula melemparkan pandangannya pada pantai yang terbentang luas itu. Sungguh indah ciptaan Ilahi itu. Tapi kenapa masih ada lagi manusia yang suka merosakkannya. Akibatnya habis semua pantai tercemar dengan sampah sarap, tumpahan minyak dan sebagainya.
“Qirash, saya nak minta tolong awak something boleh tak?” Qirash yang termenung memandang pantai mula memandang raut wajah gadis itu. Tenang tapi jelas seperti ada sesuatu yang berat ingin dikatakannya. “Minta tolong apa? Kalau saya boleh tolong. Saya tolong.” ujarnya sambil bermain-main dengan pasir pantai. “Emm, tolong saya carikan teman-teman saya waktu sekolah menengah dulu, boleh?” dengan semangatnya dia cuba memujuk temannya itu. Qirash yang tidak tahan dengan mimik muka Shafiqah yang suka buat comel itu mula cair. “Yang itu sahaja? Macam senang sahaja. Ada alamat, ada gambar, ada facebook, instagram, whatapps.. senanglah..!! Zaman dah modenlah awak. Paling susah pun report dekat balai polis saja. Apa susah!” seloroh Qirash sambil ketawa kecil. Shafiqah mula memukul lembut bahunya. “Hish, orang tak main-mainlah! Cakap senang. Kalau senang orang tak minta tolonglah.” Marahnya manja.
Qirash mula berhenti ketawa dan berubah menjadi serius tetiba “Kenapa? Kawan awak tu kena culik ke? Tak boleh jadi ni..! Kita kena lapor ‘pak polisi’ ni..” dia mula bangun dari duduknya membuatkan orang yang berada disitu memandangnya pelik ketika dia menyebut ‘pak polisi’. Shafiqah mula menepuk dahinya perlahan. “Qirash! Shh!! Awak boleh senyap tak. Mana ada kawan saya kena culik. Insha-Allah belum lagi aihh..!” ujar Shafiqah lalu menarik Qirash untuk duduk semula.
XXX
Dia mula memandang seluruh kota Paris itu dari balkoni apartment miliknya. Cantik kota itu apabila tibanya waktu malam. Tambah-tambah, Eiffel Tower yang sentiasa teguh berdiri, mercu lambang kota itu. Orang kata kalau kita datang ke Paris dengan orang yang kita sayang atau suka, insha-Allah cinta kita itu akan berkekalan. Orang putihlah kata. Tapi dalam agama Islam mengatakan kalau sudah takdir dia dengan kita, sudah semestinya Allah itu akan sentiasa menjodohkan kita dengan dia. Sedang asyik termenung, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan dari seseorang.
Dilihatnya nombor yang tertera di skrin telefonnya itu, Mak. “Assalamualaikum, Liya?” lidahnya mula terkelu dan salam itu hanya dijawabnya dalam hati. Sungguh dia rindu akan suara ibunya itu. “Liya, mak nak beritahu kamu yang minggu depan keluarga Fathie ajak kita pergi majlis kahwin anak mereka, iaitu Fathie. Kamu nak pergi ke tak? Kalau tak nak mak tak kisah. Mak tahu sayang, sungguh berat untuk kamu melupakan seseorang itu. Tapi janganlah sampai merajuk dengan mak sekali. Sekurang-kurangnya cakaplah, Nak. Mak rindu suara kamu tu. Baliklah, mak dengan abah selalu ada untuk kamu. Hmm..” didengarnya keluhan maknya itu satu persatu dengan gelinangan air mata. Dia mula menahan sebaknya itu agar tidak didengari oleh maknya.
“Tak apalah, mak letak dulu yrw. Abah kamu tu panggil mak pula. Assalamualaikum.” Tut.. tut.. akhirnya panggilan telefon itu dimatikan dengan begitu sahaja. Aliya mula jatuh terduduk, menangis semahu-mahunya. Lantaklah kalau ada jiran nampak dan kata dia gila. Dia sudah tak peduli. Hatinya betul-betul rasa hiba. Dia memang nak balik. Tapi kalau dia balik dia takut dia akan terjumpa kembali manusia-manusia yang dulu pernah dia sayang dan suka kini berada digengaman orang lain. Orang yang dia benci!!
XXX
“Sila datang lagi..” ujarnya sambil melambai-lambai tangan ke arah pelanggannya yang baru sahaja pergi. “Cik Lydia, nak saya bawakan Cik Lydia coffea?” soal pembantu peribadinya itu, Sarah. Lydia mengangguk. Penat betul melayan kerenah si Datin tu tadi. Ini tak kena, itu tak kena. Hish, aku ni fashion designer yang terkenal okay! Aku tahulah kerja aku, bebelnya seorang diri. Dia mula mengemas mejanya yang bersepah dengan design-design baju yang dibuatnya bersama Datin cerewet tadi. Kemudian dibukanya laci bawahnya yang tak pernah disentuhnya. Baru rasa nak buka hari tu, entah kenapa.
Dilihatnya ada sekeping bingkai gambar didalamnya,  Lydia mula mengambil dan dilihatnya gambar itu lama. Lama dia tak jumpa mereka ni semua. Apa cerita yrw? Ingat lagi ke mereka dekat aku. Lepas SPM hari tu, semuanya bawa haluan masing-masing. Seorang pun tak khabarkan diri mereka. Jadi, sebab itulah Lydia memilih untuk mendiamkan dirinya sahaja lepas dia keluar dari kem PLKN a.k.a penjara.
“Cik Lydia, ada pelanggan datang. Katanya nak tempah untuk weeding dress lagi.” ujar pembantunya itu, Sarah. Lydia mula mengeluh. Penat!! Mentang-mentang sekarang ni musim orang kahwin. Hish!! Dengan malasnya dia bangun dari kerusinya itu dan menuju keluar.
xxx
“Mak, Qirash dah balik!” sapa Qirash lalu menerpa ke dapur. Dia tahu mak dia mesti ada dekat situ. Qirash dengan senyum kambingnya memeluk ibunya itu dibelakang. Puan Neesa mula berasa rimas. Dah besar panjang pun nak bermanja lagi budak ni. “Hah!! Tahu pun balik. Pergi dating dengan jiran sebelahlah tu.” perli Puan Neesa. Qirash mula memuncungkan bibirnya. “Mak ni..!! Mana ada. Qirash dengan Fiqa tu kawan sahajalah mak.” balas Qirash dengan wajah yang muram, merajuk. “Qirash, kamu dengan dia tak jauh bezanya. Lagipun tak baik usung anak dara orang ke hulu ke hilir. Buruk padah orang mengata.” Nasihat Puan Neesa, sambil menumis rempah ratus yang dikisarnya tadi.
“Alah, lantaklah orang nak kata apa! Janji kita tahu jaga batas dan apa yang kita buat.” ngomel Qirash yang kadang-kadang tak puas hati dengan mulut jiran-jirannya yang lain. Jeleslah tu sebab aku ni handsome sangat and tak pandang anak mereka yang tak lawa  tu. “Qirash, itu apa yang kamu kata, orang lain? Mak bukan apa. Mak tak minta lebih pun, mak tak kisah kalau nak pergi pinang Si Fiqa tu untuk kamu. Dia tu pun datang dari keluarga yang baik-baik. Orangnya pun manis. Chef pula tu. Sesuai benar dengan anak mak. Pasal status kaya atau miskin, mak tak pernah berkira.” berleter Puan Neesa. Qirash mula tersengih.
“Mak.. Qirash naik atas dulu yrw! Kalau dah siap masak panggil Qirash okay!” ujar Qirash lalu mengangkat punggungnya dari situ. “Hah!! Bila orang sebut pasal nak pinangkan Si Fiqa tu mesti lari. His! Geram betul aku dengan anak jantan seorang ni.” bebel Puan Neesa.
Drett..! Drett..! Tiba-tiba, terasa seluruh badan ni bergetar sahaja sewaktu bunyi ada mesej yang masuk. Qirash membukanya dan membacanya.

Bakal GF: Mak awak berleter lagi ke pasal saya?

Qirash dengan pantas menaipnya laju. Biasalah bakal girlfriend mesej a.k.a jiran sebelah iaitu Shafiqah.

Qirash: Eh, dengar pula awak bila mak saya berleter? Kalau saya berleter confirm buat pekak sahaja.
Bakal GF: Orang tak main-mainlah! *emoji - muka marah* Kenapa awak tak cakap sahaja yang saya ni suka awak. Habis cerita!
Qirash: Ish, cakap senang. Kalau esok mak saya pergi pinang awak, jangan tanya kenapa! *emoji – jeling lidah*
Bakal GF: Datang sahajalah. Saya tak kisah.
Qirash: Tak naklah, saya tak suka paksa orang tu kalau orang tu sebenarnya tak sukakan kita. *emoji – sedih*

Qirash mula mengeluh. Pasrah dengan setiap apa yang diucapkannya itu. Sementara itu, Shafiqah yang berada di kamarnya mula termenung jauh memandang kamar Qirash yang berhadapan dengan balkoninya. Kasihan, Qirash! Sorry, Qirash sebab aku rasa aku masih lagi tidak dapat melupakan ‘orang itu’, bisik hati kecil Shafiqah. 


TO BE CONTINUE.. 
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 1 ni. And nantikan untuk Bab 2 pula. Okay..! Oh yrw, Aliya Mohamad dah siapkan cerita terbaru dia tu. So, korang bolehlah pergi baca Jangan Tinggalkan Saya (Part 1) dan Jangan Tinggalkan Saya (Part 2).
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik