BAB 3
“Awak!! Puas saya cari awak. Cepatlah, nanti
terlambat pula kita.” panggil Aliya, dengan senyumannya yang paling manis sekali.
Fareyz membalas senyuman itu dengan senyuman nakalnya lalu merangkul erat
pingang ramping milik Aliya itu. Herh, siapa yang tak kenal dengan pilot
playboy tu. Boleh kata satu dunia kenal dia. Aliya mengeluh lalu menolaknya.
Malas nak layan. Fareyz mula mencebik tanda merajuk. “Cepat Fareyz!! Nanti awak
terlewat nak drive flight balik ke Malaysia!!” ujar Aliya, lalu menarik tangan
lelaki itu untuk mengekorinya.
Yup! Tak lama lagi dia akan pulang ke tanah airnya.
Rasanya dah tiba masanya untuk dirinya menghadapi semua masalah itu. No more
running girl, Aliya!! Keluhnya dalam hati.
Setibanya dirinya di Lapangan KLIA itu, dia mula
mengeluh. Memang benar dia tak mahu lari lagi. Tapi.. Tapi..
“Hai, sweetheart! Mengelamun nampak?” tegur Fareyz,
lalu duduk disebelahnya. Aliya buat endah tak endah sahaja. “Hey.. hey.. kenapa
ni?” Fareyz mula mendongak naik wajah Aliya untuk memandangnya. Aliya menepis
tangan itu lalu memandang semula telefon bimbitnya itu. Nak beritahu ke tak
yang aku dah balik Malaysia, fikir Aliya dalam hati. “Hmm, kalau awak nak..
Awak boleh ikut saya? Lepas ni saya ada flight nak pergi ke China. Lepas tu,
kena pergi India dengan Korea pula. Mungkin 2, 3 minggu lagi baliklah saya
semula ke Malaysia. Nak?” jelas Fareyz, sungguh-sungguh. Aliya mula membulatkan
matanya. Cadangan yang baik tu? Dia mengangguk.
Kemudian, kepalanya mula menggeleng. No.. no.. no!
Dia dah janji dengan diri dia yang dia dah tak mahu lari lagi. Ya, betul tuu!
Aliya menggeleng lagi sekali. Muktamad!! Fareyz mula tersengih. “Mana satu ni
cik kak oii..!!” ujarnya lalu mencubit manja pipi Aliya yang comel tu. Aliya
merengus geram. “Sakitlah..!!”
Flight ke China bakal berlepas sebentar lagi. Para
penumpang diminta berada di dalam kapal terbang sekarang.
Fareyz mula bangun dan merenggangkan tubuh badannya
yang terasa sedikit kejang itu. “Bye, sweetheart! I’m gonna miss you. Jangan
curang okay!” pesannya lalu berlalu pergi. Sementara itu, sempat lagi dia
menghadiahkan Aliya flying kiss. Namun, Aliya hanya buat bodoh sahaja. Dia
sendiri pun tak faham dengan Fareyz tu. Dengan perempuan lain dia selalu ambil
kesempatan, tapi bila dengan Aliya tak pernah sedikit pun dia cuba
memperbodohkan Aliya atau apa-apa. Jadi, ramai pramugari yang lain cemburu
dengan dirinya.
XXX
“Baiklah, next week ada satu event yang akan
berlangsung dekat dewan besar kita. Ada satu family ni dia dah tempah dewan tu
untuk buat majlis perkahwinan anak mereka. Jadi saya harap kamu semua boleh
beri kerjasama yang sangat bagus dalam beberapa hari ni yerw. Saya tahu kita
semua berkemungkinan akan penat sedikit. Tapi sabarlah. Beberapa hari ni sahaja.
Chef Qirash, Chef Shafiqah saya ada hal nak bincang dengan kamu berdua. Yang
lain sila bersurai.” Arah Qisha.
“Yrw, cik Qisha?” soal Qirash dan Shafiqah. “Ini
menu yang mereka tempah. Saya harap awak berdua dapat lakukan yang terbaik yrw.
Saya tak nak mereka komen sedikit pun tentang makanan kita. Faham!!” tegas
Qisha, lalu menyerahkan mereka list makanan itu dan beredar. “Wow!! Mesti anak
datuk-datuk yang nak kahwin ni kan?” celoteh Shafiqah yang tidak tahu siapakah
manusia yang telah menempah dewan itu. Qirash ketawa lalu mengusap lembut
rambut Shafiqah sehingga serabai. “Pandailah awak tu. Tak semestinya okay!”
ujarnya lalu pergi dari situ. Shafiqah mula memasamkan mukanya. Kalau yrw pun
tak perlulah sentuh rambutnya, habis serabai, ngomelnya sendirian.
XXX
Butik Floraris
“Selamat datang..” sambut Sarah dengan senyumannya.
Pelanggan itu dengan manisnya membalas senyuman Sarah itu. “Err, saya nak jumpa
designer boleh tak?” soalnya. Sarah mula mengangguk lalu memanggil bosnya,
Lydia yang berada didalam biliknya. Lydia dengan manisnya tersenyum ke arah
pelanggan itu sebaik sahaja keluar. Namun, senyumannya itu terus dimatikan
dengan begitu sahaja apabila orang yang dilihatnya itu ialah orang yang dia
kenal.
“Lydia..!!” jerit orang itu lalu memeluknya erat.
Lydia mula berasa rimas, manakala Sarah hanya mampu memandang mereka pelik.
Sebelum ni Cik Lydia jarang sekali dilihat melepak bersama teman-temannya. Tapi
hari ni pelik pula? Sarah mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal.
“Intan.. Hak8!! Lama tak jumpa.” Ujarnya separuh
layan tak layan. “Wah, macam kebetulan pula aku boleh singgah dekat kedai
engkau ni. Engkau apa cerita? Lama tak jumpa. Aliya dengan Shafiqah apa cerita?
Korang bukan sehati sejiwa ke? Dah tak contact mereka ke?” ujarnya dalam nada
agak perli disitu. Lydia tersengih. “Contact.. siapa kata tak contact. Kita
orang ni buddieslah! Hak8, engkau datang sini mesti ada hajat? Dah nak kahwin
ke?” soalnya. Manakala, dalam hati Lydia pula “Siapalah manusia yang nak kahwin
dengan engkau tu? Dasar queen control!”.
“Oh yrw, aku nak engkau design dekat aku satu baju
weeding dress ni boleh tak.. Ermm, tambah dengan baju nikah sekali. Untuk aku dengan
husband aku.” Jelasnya sambil tersengih-sengih. Menyampah. Lydia mengangguk
lalu telah menyenaraikan Intan beberapa rekaan yang telah direkanya. Lama benar
mereka berbincang sehinggalah jam sudahpun menunjukkan pukul 5 petang. Lepas
ni, Intan nak kena pergi tengok barang hantaran pula. “Okaylah, aku kena gerak
dulu. Oh yrw, sebelum aku terlupa! Nah, ini kad kahwin aku. Aku jemput nah!!”
ujarnya lalu beredar pergi.
Lydia mula mengeluh, diperhatinya manusia yang
ingin menjadi husband Intan itu dan alangkah terkejutnya manusia itu ialah
Fathie. “What?!? Fathie..? Bukan.. Liya.. Fathie.. Herh, Liya apa cerita yrw?
Lama tak jumpa. Rasanya kalau aku pergi mesti aku akan jumpa dia. Hmm, ni
peluang aku ni. Lepas tu, boleh kami pergi cari Fiqa pula.” Ngomelnya
sendirian.
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 3 ni. And nantikan untuk Bab 4 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니