Eyka Blog: Cerpen Terbaru: Saengilchukahamnida by me

Thursday, 26 November 2015

Cerpen Terbaru: Saengilchukahamnida by me

Assalamualaikum, semua! Untuk hari yang special ni Eyka harap Eyka nak hadiahkan dekat korang semua cerpen terbaru yang Eyka tulis. Hopefully, korang semua terhibur. Okay!

생일 축하합니다 (Saengilchukahamnida)
Dengan langkahnya yang longlai, dia mula merebahkan tubuh badannya di atas sofa empuk milik ibunya, Puan Ella. Puan Ella yang baru sahaja keluar dari dapur mula memarahi anak perempuannya itu. “Eee, dasar anak perempuan!! Bangun!! Badan busuk-busuk, penuh peluh macam tu ada hati nak baring atas sofa aku. Bangun!! Pergi masuk mandi..!!” marah Puan Ella, sambil menampar lembut badan anaknya itu. Esha Amani mula mengeluh. “Alah, ibu ni!! Esha baru balik dari sekolah. Penatlah, ibu!!” keluh Esha sambil memuncungkan bibirnya. Puan Ella mula menggeleng lalu menghadiahkan anaknya itu satu cubitan ‘Si ibu ketam’ ke lengan anaknya yang berisi itu. Esha mula mengaduh sakit, lalu berlari masuk ke dalam biliknya untuk mandi.

Sebaik selesai, menyegarkan tubuh badannya, Esha mula duduk di atas kerusi meja belajarnya dan melihat tarikh yang telah dibulatkannya didalam kalender kecil itu.


Dia mula tersengih keseorangan memikirkan apakah yang akan terjadi pada keesokkan harinya iaitu 26 November. Hatinya mula berdegup kencang. Tidak sabar untuk menunggu hari esoknya tiba. Denga riang gembiranya dia pun turun ke bawah untuk menjenguk Si ibunya yang sedang memasak. 
Bau keharuman Puan Ella menumis rempah ratus, betul-betul boleh dihidu sehingga ke ruang tamu rumah mereka. “Ibu!! Ibu masak apa tu? Emm, bau sedapnya.” Puji Esha, sambil mengambil bawang yang dikupas oleh ibunya separuh. Saja nak menggedik buat baik sekejap! Puan Ella yang memerhati anaknya yang separuh ceria nak mampus itu mula pelik. “Kamu ni dah kenapa, Esha? Tetiba, nak tolong ibu masak sangat apasal? Selalunya terkurung dalam bilik tu 24 jam. Orang panggil makan baru nak turun makan.” Perli Puan Ella, membuatkan bawang yang dikupasnya separuh lagi itu tergolek dari genggamannya. “Alah, ibu ni. Orang nak tolong pun tak boleh ke.” Ujar Esha, lalu menyambung mengupas bawangnya. Puan Ella menggeleng. “Lantak kamulah.”.
XXX
Sebaik selesai memasak dan menghidangkan makanan, Esha mula memanggil ayah, abang, adiknya untuk turun makan. Sambil-sambil itu, sempat lagi dia bertanyakan ibunya perihal esok hari. “Ibu.. esokkan..”. “Kenapa dengan esok?” sampuk Puan Ella, sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. “Ermm, ibu rasa esok hari apa??” soal Esha, sungguh-sungguh. Puan Ella yang menyedarinya mula terkejut. Begitu juga dengan Esha. “Hampir ibu terlupa!! Esok ibu ada temu janji dengan Puan Saloma dekat ‘Spa’ dia. Lepas tu, ayah kamu pula ada hal dengan kawan-kawan dia. Katanya nak pergi memancing. Mungkin esok ibu ayah balik lewat kowt. Terima kasih sebab ingatkan ibu!” jelas Puan Ella, lalu menuju ke ruang makan. Esha mula menghentak kakinya sebaik bayang ibunya menghilang dari dapur itu. “Esha!! Bodohnya engkau ni!! Kenapa engkau pergi ingatkant ibu yang esok dia ada hal!!” bentak hatinya.
Sewaktu di meja makan, mood Esha untuk makan hilang. Encik Redza yang menyedari mood anak perempuannya itu mula bertanya. “Esha? Kenapa masam sahaja muka tu?  Tak sedap ke masakkan Puan Ella kita ni masak.” Soal Encik Redza. Esha menggeleng, kemudian berkata “Mana ada, ayah. Esha cuma tak lalu sahaja.”. “Herh, tolonglah!! Diet ke adik abang ni.” perli Emir Rizky iaitu abang sulungnya. Esha mula memandang abangnya itu panas. Elyna yang berada disebelah hanya menggeleng, memandang kakak dan abangnya yang sudah macam ‘anjing-kucing’.
“Ibu esok Elyna nak pergi shopping mall dengan kawan-kawan boleh tak?” soal Elyna. “Boleh. Tapi dengan syarat abang kamu kena teman kamu! Faham!” ujar Puan Ella. Emir mula mengeluh. “Alah, ibu!! Dia dah besar panjanglah ibu!” ujar Emir. Puan Ella mula menjegilkan anak matanya, membuatkan Emir akur dengan keputusannya. Esha mula ketawa melihat abangnya dimarahi oleh ibunya.  
XXX
Malam sudah tiba, dia mula merebahkan tubuh badannya di atas katil empuk miliknya.

“Ergh!! Tak ada siapa ke yang ingat hari lahir aku, esok!!” ujarnya seorang diri. Mood Esha terasa down sebaik sahaja mendapat tahu bahawa esok tiada seorang pun yang akan berada di rumah. Just tinggal dia dan rumah sahaja. Huk8! Sedihnya. Boleh dikatakan setiap tahun macam ni. Tahun lepas lagi teruk!! Tiada seorang pun yang kisah pasal hari lahirnya walaupun mereka tahu sebab tahun lepas semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Esha mula mengeluh. Malas nak fikir apa yang akan berlaku, esok! Hatinya sudah dapat mengagak bahawa esok, dia tetap akan sambutnya dengan seorang diri. Yarh, muktamad! Dan sudah semestinya.
XXX
Keesokkan harinya sudah tiba, Esha bangun dengan mood yang gila-gila stress, bebai dan semuanya adalah. Dia mula turun ke bawah. Suasana rumah mula menjadi sepi. Konfirm depa semua dah keluar dah, ujarnya seorang diri. Langkah kakinya mula menuju ke ruang meja makan dan melihat ada apa di bawah tudung saji. Kosong! Esha mula bebai. “Argh!! Agak-agaklah!! Kejam siut!!” dengan malas dia menuju ke dapur dan memasak sesuatu untuk mengisi perutnya yang terasa lapar itu.
Sebaik selesai masak, Esha menuju ke ruang tamu bersama maggie gorengnya dan menekan sius ‘on’ pada televisyennya. “Mari kita lihat! Ada cerita apa yrw?” ditekannya semua siaran televisyen. Tetapi tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Esha merengus geram lalu menekan sius ‘off’ semula dan menuju ke dapur kerana apa yang dia makan sudah habis. Setelah selesai, basuh pinggan dia pun menuju ke bilik air untuk mandi. Selepas selesai mandi, dia mula duduk diatas katilnya dan melihat inbox didalam chatnya kalau-kalau ada yang wish dekat dia. Tetapi seorang pun tak ada!! Mana kawan dia yang beribu-ribu tu? Dah mampus ke!! Gumamnya lalu mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil.
Esha dengan perlahan mula membuka komputer ribanya dan melihat blognya. “Hmm, bosanlah!! Nak update somethinglah!” ujarnya. Setelah selesai meng‘update’ sesuatu, Esha mula membuka Microsoft wordnya untuk menyambung ceritanya yang masih lagi terbengkalai.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 petang. Dia mula berhenti menulis kerana terasa sengal-sengal pada badannya. Kemudian, direbahkan badannya diatas katil. “Mana mereka ni? Tak balik-balik lagi ke? Agak-agaklah..” ujarnya seorang diri lalu mengalirkan air matanya secara tetiba. Lama-lama, matanya mula menjadi berat dan akhirnya Esha tertidur diulit mimpi.
XXX
‘You have a message’  tetiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Esha mula terjaga dari tidurnya dan meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Dengan keadaan yang masih mamun dia mula membaca mesej itu.
‘Ibu nak kamu turun bawah sekarang. Tolong angkat barang!’ mesej daripada Puan Ella.
Esha dengan keadaan mamai mula turun ke bawah. Jantungnya mula berdegup kencang apabila lampu rumahnya tiba-tiba terpadam. Esha mula menjerit ketakutan. Dan 1.. 2.. 3..

“Happy Birthday to you..!!”
“Happy Birthday to you..!!”

Dilihatnya seluruh ahli keluarganya berada disitu dan lampu pun mula terbuka. Air mata Esha mula mengalir laju. Puan Ella dengan pantas memeluk anak perempuannya itu. “Happy Birthday, sayang! Maafkan ibu yrw!!” ujar Puan Ella sambil mengusap lembut belakang anaknya itu. Esha berasa betul-betul terharu. Mungkin disebalik apa yang terjadi ada maknanya. “Eee, Esha benci semua orang!! Ibu.. Esha tak sukalah ibu buat surprise macam ni!!” ujar Esha dalam keadaannya yang masih tersedu sendan. Mereka semua mula ketawa.
“Akak, ni untuk akak dari kami satu family.” Ujar Elyna lalu menyerahkannya satu kotak hadiah yang besar. “Boleh kakak buka?” ujar Esha, teruja. Mereka mengangguk. Dilihatnya ada satu bingkai gambar family yang lama-lama disitu. Esha waktu kecil, Emir waktu kecil, Elyna waktu kecil.. Ayah ibunya waktu mengandungkan mereka bertiga. Dia betul-betul terharu! “Penat ibu cari semua gambar ni. Sekarang kamu pun dah besar. Nanti kalau kamu berjauhan dengan kami semua. Kami nak kamu bawa gambar ni. Okay!” ujar Puan Ella, lalu turut mengalirkan air matanya. Esha mengangguk.

XXX

5 tahun kemudian..
“Esha, Happy Birthday!!” ujar teman-temannya. Esha mengangguk. “Korang.. Kejap yrw! Aku nak call ibu aku kejap.” Pinta Esha. Mereka mengangguk.
Selepas 10 minit kemudian, kedengaran suara ibunya menyapa. “Helo..”. “Helo, ibu. Ibu suka tak hadiah yang Esha kirimkan tu?”. Puan Ella mengangguk. Macamlah Esha nampak. “Hik8, Esha harap ibu ayah suka dengan hadiah Esha tu. Oh yrw, bulan depan Esha baliklah. Nanti Esha balik. Esha nak makan masakkan ibu yang sedap-sedap tu taw!! Janji okay!!” ujar Esha.
“Esha!!” tiba-tiba kedengaran teman-temannya memanggil. “Okaylah, ibu. Esha pergi dulu.. Sayang ibu!!” ujarnya lalu mematikan talian itu. “Happy Birthday sayang..” ucap Puan Ella, sewaktu talian dimatikan. “Sayang siapa telefon tu?” soal Encik Redza sewaktu melihat isterinya yang menangis teresak-esak itu. Bukan nangis apa, nangis rindu saja. “Anak perempuan abanglah tu, Esha. Dia tanya dia suka tak hadiah yang dia kirimkan tu.” Balas Puan Ella. Encik Redza mula tersenyum “Dah besar anak kita tu kan..”. Puan Ella mengangguk.

p/s: -Setiap yang berlaku, kadang-kadang ada maknanya. Jadi kita sebagai umatnya janganlah selalu mengeluh- Hopefully, korang rasa terhibur sangat dengan cerpen terbaru ni. 
-Tamat-

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik