Cerita ini mengisarkan 3 orang sahabat yang
dahulunya telahpun membuat satu janji dimana suatu hari nanti mereka akan
bertemu kembali untuk melakukan senarai Bucket List yang telah mereka tulis.
Namun begitu, takdir telah memisahkan mereka bertiga membuatkan masing-masing membawa haluan sendiri selepas tamatnya SPM.
Kini, mereka bertiga telahpun meningkat usia dewasa.
Masing-masing mempunyai kerjaya mereka yang tersendiri. Norlily Lydia telahpun
berjaya mengharumkan namanya di persada dunia sebagai seorang pereka fesyen
yang terkemuka. Manakala, Nur Aliya pula telah berjaya merantau ke seluruh
dunia sebagai seorang pramugari yang
diminati oleh semua golongan lelaki. Tidak lupa juga dengan Erdyana Shafiqah
yang sentiasa menghidangkan pelanggannya dengan masakannya yang paling sedap
didunia. Jadi anda rasa berjayakah mereka bertemu kembali untuk melakukan
Bucket List itu..?
Dalam usia yang dewasa ini banyak benda yang telah menimpa
mereka bertiga. Mampukah Shafiqah menerima Qirash dalam hidupnya? Siapa Qirash?
Atau mungkin Nadz..? First love lama yang dipertemukan kembali..?
Bagaimana pula denga Aliya..? Yang terpaksa menerima hakikat
bahawa Fathie sudahpun kahwin..? Dengan orang dia benci pula tu! Patutkah dia berkahwin semula dengan Syazriezal
untuk kali kedua..? Oh no way..!! Apa masalah Fareyz ni..??
Tidak lupa juga dengan Lydia, yang terpaksa menghadapi masalah
untuk bekerjasama dengan lelaki psiko ni iaitu Anas Mikael si model yang
terlalu bongkah…? Gilakah dia..? Khai lebih berguna daripada Anas..! Janji Khai
tak pernah sakitkan hati dia seperti mana Anas selalu cari pasal dengan dia.
So, mampukah mereka bertiga ini mengharungi kancah kehidupan
yang penuh dengan pancaroba ini..? Atau mampukah mereka lakukan Bucket List itu
seperti mana janji mereka waktu berusia 17 tahun dulu..? Apapun nantikan cerita ini dengan penuh
kesabaran okay~