Assalamualaikum, semua. Semua apa khabar? Eyka dekat sini baik-baik sahaja. Yeay, minggu depan habislah exam Eyka. So, lepas ni bolehlah Eyka fokus lebih sikit dekat cerita-cerita Eyka yang Eyka tulis tuu. Kepada sesiapa yang still menunggu sambungan Janji Kita.. Bawa-bawalah bersabar.. Eyka janji bila dah siap nanti Eyka publish okay!! *kenyit mata*
Oh yrw, hampir sahaja ku terlupa. Berbalik pada tajuk asal entry kita. Hik8.. Semalam Eyka dengan satu family pergi keluar membeli belah. Nak shopping untuk Si abang katanya. Lepas tu, singgah dekat Mydin pula lepas pergi shopping dekat tempat lain. Waktu tu, Eyka bawa beg. Nak ikutkan... Beg tu bukannya ada duit or barang berharga pun. Cuma ada telefon bimbit sahaja. Tu pun telefon 3 sekupang. Tak adalah canggih sangat. Lepas tu, beg tu Eyka suka galas tepi. And waktu tu.. Eyka tengah ralit gila sembang dengan adik Eyka yang perempuan seorang tu. And dalam sekelip mata!!
Zupppp!!!
Memang waktu tu, berkocak gila jantung Eyka dibuatnya. Saluran darah terasa macam tersangkut dekat jantung ni sahaja. Tak mau mengalir!! Memang gilalah!! Adik Eyka yang perempuan tu pun macam terkejut beruk.. Hampir sahaja air mata ni meleleh.. Lepas tu meraung macam orang hilang anak..
Last kali.. rupa-rupanya.. Orang yang hampir ragutku itu ialah abangku sendiri.. *sob.. sob* Kurang ajoq!! >,< Dia kata lain kali, pegang beg tu elok-elok! Ralit lagi..!! Selamat tu dia.. Kalau orang lain?!? Hish, Eyka memang bebai gilalah. Main-main pulak dengan aku!! Dia kata tu pengajaran dekat orang.. Lepas tu, Eyka yang kena berleter dengan dia. Orang tengah terkejut beruk. Dia boleh main-main..!!
p/s: Okaylah, hopefully apa yang Eyka cerita dekat korang ni.. boleh dijadikan iktibar bersama. Kepada yang LADIES tu.. Kalau galas beg, peganglah elok-elok. Even, dalam beg tu tak ada apa pun. Just nak action lebih sahaja. Tapi mana nak tahu waktu kena ragut tu. Tiba-tiba,boleh ke arah benda lain pula? Macam kemalangan or whatever. Kita tak tahu... So, berjaga-jagalah sebelum terkena. Just like me.. *sob.. sob*
Perjalanan sebuah 'NUR'
-
Walaupun novel ni belum keluar dari kilang cetak, saya tergerak hati nak
bercerita pengalaman saya mengolah drama Nur menjadi novel. Sebab saya tahu
ad...