안녕하세요... (Annyeonghaseyo), สวัสดี... (Swasdi), こんにちは... (Konichiwa)
Okay, Hari ni Eyka ada buat satu list.. Nak tahu list apa?!? List drama-drama yang Eyka dah tonton selama ni. Ermm, siap dah buat ulangan 2, 3, 4 kali dah. Hopefully, siapa-siapa yang ada cadagan cerita apa yang best share-share lah dengan orang di sini. XD Lepas habis paper Ekonomi rabu ni.. Nak pulun habis tengok semua cerita-cerita korea, jepun, thailand, filipina, china.. hindustan.. org puteh.. Hak4! kalau boleh semua negeralah..
Emm, suka tengok cerita ni. Well, cerita ni pun baru ditayangkan lagi. So, episode dia pun still tak banyak lagi. Tapi bestlah. Dia menceritakan yang Shin Min Ah ni dulu waktu sekolah menengah dia lawa sangat-sangat. Tapi bila dia dah besar, berat badan dia semakin lama semakin menaik menyebabkan dia menjadi gemuk. Hoho,suatu hari tu dia terjumpa lelaki ni dan hidup dia semenjak tu mulalah berubah..
Patut tengok..!!
Cerita ni mengisarkan seorang perempuan.. iaitu pelakon dia Park Shin Hye. Dia ni penulis novel dan dia tak pernah keluar dari rumah dia sebab faktor tertentu. Emm, well.. Hidup dia berubah lepas jumpa lelaki pelukis komik yang duduk sebelah dengan flat rumah dia. Serius! Best.. Hak8.. Kalau nak tahu lebih lanjut tengoklah sendiri..
Cerita ni lawak.. Siapa tak tengok memang rugi..! Dia pasal percintaan yang memang lawaklah.. Sweet pun ada. Eyka suka wakta perempuan ni. Dia jenis yang langsung tak ambil peduli kata orang. Jenis ikut kepala dia sahaja. Happening gitu..! *kenyit mata*
Huhuk, cerita ni Eyka tak tengok sampai habis lagi.. Emm, tapi first episode pun dah mampu buat Eyka terharu dan menangis. For chubby like me, serius cerita ni mampu menambat hati sanubariku yang kental ini. Cerita ni pasal perempuan tu dah kahwin. And dia gemuk.. Well, keluarga laki tu tak pernah layan dia dengan elok. Begitu juga dengan husband dia sendiri. Macam mana boleh kahwin pun entahlah.. Yang paling keji keluarga lelaki tu sendiri taw yang anak lelaki depa curang dan langsung tak khabarkan dekat perempuan tu.
Tengoklah.. Serius patut tengok..
Cerita ni Eyka tak mampu nak kata apa-apa.. 100%.. Oooh.. tunggu 200%.. 300%.. Argh!! Memang sweetlah jawabnya!! Teringin nak ada lelaki alien macam Kim Soo Hyun.. Omo~ Cair doh..
Oh.. cerita ni lawak gak.. Love Komedi.. Emm, cerita dia pasal kawan lama yang terpisah jauh nun.. Kini, bertemu kembali dan bila dah bertemu semuanya berbeza.. Laki tu yang dulunya gemuk kini menjadi kacak bergaya. Perempuan tu yang dulu cantik bak bidarari.. Kini menjadi Si Hodoh yang hodoh.. Huhuhhukk.. Memang so sweet cerita ni.. Nak tahu lagi kenalah tengok sendiri..!
Cerita ni buat aku menangis berjuta kali... Habis mak punya kotak tisu aku habiskan... Hak9!! Omo, and aku suka hero dia.. Serius, suka tengok dia berlakon. Lakonan dia memang mantap..!!
Monstar ni rancak.. Sebab banyak pasal persahabatan.. lagu.. And Hero hensem.. Hak8!!..
p/s: Itu sahaja dari saya.. Ini bukan carta or undian atau apa.. Ia cuma list drama yang saya tengok selama ni. Hopefully, kalau korang ada cerita korea ke... cerita apa-apalah yang boleh dipertonton.. Kasilah title dekat kita.. Kita nak tengok juga. Janganlah kedekut taik hidung masin! Hik8..