BAB 2
“Lydia.. mak tak kira juga!! Walauapapun yang
berlaku kamu kena juga pergi blind date tu. Titik!! Titik!! Kalau tak jangan
harap kamu boleh balik hari ni.” arah Puan Salbiah, di dalam talian telefon.
Lydia mengeluh. “Tapi mak.. Lydia..” Tut! Tut! Belum sempat Lydia menghabiskan
ayatnya, talian telefon sudahpun dimatikan. “Helo.. mak? Mak?” Lydia mula
merengus geram, habis dicampaknya telefon bimbitnya itu diatas meja.
Kemudian, tanggannya pantas menekan interkom untuk
memanggil pembantunya, Sarah untuk masuk. “Sarah masuk kejap.” Pintanya. Sarah
dengan pantas segera masuk ke dalam bilik bosnya itu. “Kalau ada pelanggan
datang hari ni. Awak tolong uruskan yrw. Saya ada hal nak kena buat.” Jelas
Lydia, lalu mengemas barang-barangnya. “Cik Lydia, temu janji lagi ke?” usiknya
sambil ketawa kecil. Mimik muka Lydia mula berubah menjadi cemberut apabila
diusik sebegitu rupa. “Eh, kau ni memang dah tak sayang mulut ke? Kang aku
potong gaji baru tahu.” Ujarnya lalu berlalu pergi. Sekarang Sarah pula yang
kecut perut.
XXX
Di Restaurant Hotel Soulmate, sudah dekat sejam
dirinya itu menunggu si gadis itu untuk tiba. Tetapi tidak muncul-mucul pun
gerangan gadis yang disebut-sebut sangat oleh ibunya itu. Kalau ikutkan hati
ini, ingin sahaja dia beredar dari situ. “Excuse me, awak ni bukan?? Anas
Mikael ke? Model yang terkenal tu? Wah!! Awak ni handsomelah kalau jumpa dalam
realiti..” jerit gadis-gadis itu, sambil terloncat-loncat keriangan. Anas mula
berasa tidak selesa. Orang ramai mula memandang ke arahnya. Hish, tak guna
betul!! marahnya dalam hati. “Boleh kita orang minta autograph awak? Tak pun..
bergambar ke?” pinta gadis-gadis itu. Anas mula berasa tidak senang hati apabila
gadis-gadis itu senang-senang sahaja memegang tangannya dan menggoncang-goncang
tubuh badannya. Geli okay!
Lydia yang baru sahaja tiba, mula tercari-cari
manusia yang dimaksudkan oleh ibunya itu. Let’s we see it..!! Hmm,
terkehil-kehil lehernya memandang manusia-manusia yang berada di restaurant Hotel
Soulmate itu. Dia mengeluh. Ramai benor manusia yang datang buat blind date
dekat sini. Mana satu yrw? Keluh hatinya. Matanya mula tertacap pada seorang
lelaki yang dilihat dikerumuni oleh ramai gadis itu. Sedih. Dilihatnya jejaka
itu seolah-olah berasa rimas dengan gadis-gadis itu.
Lydia kemudian menyeluk beg tangannya untuk
mengambil telefon bimbitnya.
“Mak, mana satu dia?” taip Lydia. Tak sempat berapa
saat, dilihat ibunya sudah menghantar gambar jejaka yang dimaksudkan itu.
Biasalah, zaman dah maju. Sekarang semua benda nak pantas sahaja. Lydia mula
menjegilkan matanya. Ni mamat yang sekarang ni tengah menjadi perhatian dia.
OMG..!! Kejap, lelaki ni macam pernah nampak? Tapi dekat mana yrw?
“Mak.. dia ni siapa?” soal Lydia. Puan Salbiah
membalas “La.. takkan kamu tak kenal kowd? Dia ni famous tahu tak. Semua pereka
fesyen kalau boleh nak ambil dia sebagai peragawan baju mereka. Itulah, nampak
sangat kamu tak reti nak ambil tahu hal dunia.!” Lydia mencebik. Mak aku ni
kalau sehari tak cari pasal memang tak boleh. Selagi aku tak kahwin, selagi tu
aku kena perli cukup-cukup, ngomelnya dalam hati. Dengan helaan nafas yang
panjang, Lydia melangkah ke arah lelaki tersebut. “Err, excuse me?” sapa Lydia.
Kening Anas mula terangkat. Manakala, gadis-gadis itu mula bangun dan
terpinga-pinga.
Lydia dengan terpaksanya tersengih. “Sorry, saya
ada temu janji dengan dia ni.” jelasnya supaya kalau boleh nak minta
gadis-gadis tu belah dari situ. Gadis-gadis itu mula berbisik antara satu sama
lain dan beredar. Lydia mengeluh. “Awak ni siapa? Soal lelaki di hadapannya itu
pelik. “Saya ni manusia yang terpaksa datang sini untuk buat blind date dengan
awak..” ujar Lydia terus terang, malas dia nak kontrol ayu bagai. Anas mula
tersenyum sinis. Nampaknya, ada aura yang berlainan datang dari gadis itu. “Ni
saya nak beritahu awak. Actually, saya tak berminat pun nak pergi temu janji
buta ni a.k.a blind date. Saya cuma turut apa yang mak saya kata sahaja. So,
awak fahamkan apa tindakkan awak selepas ni?” ujar Lydia lalu senyum dan
berdiri untuk pergi dari situ.
Tetapi dengan pantas tangannya dipegang oleh lelaki
itu membuatkan dirinya tergamam, lalu mengalih pandangannya ke belakang semula.
XXX
“One special dessert siap!!” laung Qirash. “Yes,
chef!!” sambut Ken, lalu mengambil hidangan itu dan menghulurkannya pada
pelayan. “Qirash!! 1 carbonara pasta dan 2 set A Italian food, please!!” jerit
Shafiqah, sebaik sahaja membaca menu-menu yang ditulis itu. Beginilah hidup
seorang chef yang berada di dapur. Kelam kabut hanya mereka sahaja yang tahu.
Tak pernah penat untuk menghidangkan makanan yang terbaik untuk pelanggan yang
hadir dan memesannya.
“Fuhh, penatnya!!” keluh Shafiqah, sambil
menepuk-nepuk bahunya yang terasa kebas itu. Qirash dengan senyuman lebarnya
duduk disisi Shafiqah. “Nah, air!” hulurrnya. Shafiqah dengan gembiranya
mengambil air tersebut dan meneguknya. Hari ini orang betul-betul ramai. Orang
datang bincang pasal kerjalah, orang yang datang nak buat blind datelah, orang
itulah, inilah. Memang ramailah. Mereka memamg tak menang tangan, jawabnya.
Mujur shift mereka berdua dah habis.
Baru seronok-seronok nak rest dan berborak
tiba-tiba suasana restaurant menjadi kecoh membuatkan Qirash dan Shafiqah pergi
melihat.
“Lepaslah!! Tak guna punya lelaki!! Engkau ingat
engkau hebat sangat..!! Tak hingin aku nak kahwin dengan engkau!” bentak Lydia setelah
melenyekkan sisa makanan lelaki itu pada mukanya. Lelaki itu mula ketawa gila
kerana terlalu malu diperlakukan sebegitu rupa. “Dengar sini for your
information, engkau dengan muka engkau boleh pergi berambus!! Setakat nak jual
muka baik tak payah!!” Lydia betul-betul sudah tidak tahan lagi. Berani betul
lelaki itu berkata begini padanya “Hey, sekurang-kurangnya apa kata kita check
in dalam bilik dulu? Lagipun, kitakan dekat hotel sekarang? Sia-sialah kalau
awak balik macam tu sahaja.”. Lydia apa lagi, naik hantulah jawabnya.
Lelaki jenis apa pula kali ni mak dia cari. Dulu
kiranya okay sikit. Adalah jenis dia, cuma Lydia sahaja yang tak berkenan sebab
tak mahu kahwin lagi. Tapi kali ni, lelaki yang berada di hadapan dia ni
betul-betul tak berjenis punya orang!! Mana letaknya agama lelaki itu, dia pun tak
tahu. Lydia masih lagi wanita yang waras dan tahu hukum haram yang telah
ditetapkan dalam Islam. Cuma sekarang ni hatinya masih lagi tidak terbuka untuk
bertudung. Baju apa semua dia tak pernah pakai yang ketat-ketat. Setelah puas
memaki hamun, Lydia pun beredar dari situ.
Qirash dan Shafiqah yang baru sahaja sampai mula
tergamam melihat keadaan lelaki itu yang mukanya penuh dengan sos dan sisa
makanan. “Hish!! Apa tengok-tengok!!” jerkah Anas lalu mengambil jaketnya dan
beredar dari situ. Qirash mula mendekati Qisha iaitu kakaknya yang berada
disitu. “Qisha, apa yang dah berlaku ni?” soal Qirash separuh berbisik. Qisha
mengeluh. “Alah, biasalah tu blind date tak jadi. Kalau yrw pon tak perlulah
nak buat kecoh. Terkejut semua orang!!” marahnya lalu mengarahkan
pelayan-pelayan itu untuk mengemas meja itu. Qirash mengangguk.
“Sudah.. sudah.. kamu pergi sana. Nanti orang ingat
kita ada hubungan pula. Bukan kamu kata nak rahsiakan hubungan keluarga kita
ke?” bisik kakaknya. Yup, actually Qirash ni malas nak beritahu semua orang
yang dia ni sebenarnya satu-satunya anak lelaki tunggal Datuk Qamarudin iaitu
President untuk Hotel Soulmate ni. Dia takut nanti orang ingat dia ni guna
kuasa bapak dia untuk bekerja disini. Tapi memang betul pun, bapak dia yang
suruh dia bekerja dekat sini. Kata ayahnya tak perlulah kamu pergi cari kerja
jauh-jauh. Tu hah! Kerja dekat dapur hotel ayah dah cukup. Mula-mula, Qirash
malas nak kerja dengan ayah dia. Tapi tiba-tiba ayah dia sahaja buat tawaran
“Hah, Fiqa pun boleh kerja sekali dengan kita kalau kamu nak.” Qirash terus
tersenyum kembang kempis bila mendengar tawaran ayahnya itu.
“Qirash!!”
panggil Shafiqah yang tahu sejak dari tadi dirinya itu tengah termenung jauh.
Fikir apa dia pun tak tahu. “Err, sorry! Apa awak cakap tadi?” soal Qirash,
terpinga-pinga. “Saya tanya awak. Awak nak order apa? Saya lapar ni..! Tunggu
awak fikir sampai esok tak sudah.” Marah Shafiqah manja. Qirash tersengih.
“Yrwlah, sorry.. sorry!!” pujuk Qirash.
TO BE CONTINUE..
TO BE CONTINUE..
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 2 ni. And nantikan untuk Bab 3 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니 dan Aliya Mohamad dah siapkan cerita terbaru dia tu. So, korang bolehlah pergi baca Jangan Tinggalkan Saya (Part 3) dan Jangan Tinggalkan Saya (Part 4).