BAB 4
Hari yang dinantikan sudahpun tiba, Aliya masih
lagi termundar mandir di dalam kamarnya. “Nak pergi ke tak? Pergi? Tak?
Pergi..?” ngomelnya sendirian. Tok! Tok! Tombol pintu itu dipulas dan kelihatan
ibunya, Puan Fauziah sudahpun bersiap sedia untuk ke majlis tersebut. Puan Fauziah mula mengerutkan wajahnya,
bingung. “Liya, kenapa tak siap lagi ni? Yang lain semua dah pakat siap. Kamu
jadi ke tak ni?” soal ibunya, sambil memandang anak mata anaknya itu. Aliya
mula menjadi tidak keruan. “Tak apalah, kalau kamu rasa kamu tak nak pergi.
Kami pergi dulu yrw. Tu hah, kalau rasa lapar, lauk tomyam semalam ada lagi
bawah tudung saji tu. Okay!” pesan ibunya, lalu beredar dari situ.
Aliya mula mengambil bantal kecilnya lalu
dihempapnya pada mukanya. “Arrrrr!!!! Nak pergi ke tak ni..?!?!?” jeritnya sambil
menghentak-hentak kakinya seakan anak kecil.
XXX
“Wah, hebatnya weeding ni? Nak tengok sikit nanti,
siapalah bakal pengantin tu kan?” bisik Shafiqah ke telinga Qirash. Qirash mula
tersengih. “Itulah, orang ajak kahwin dengan kita tak mahu.” Seloroh Qirash
sambil ketawa kecil. Zapp!! Hinggap satu cubitan di pinggang Qirash membuatkan
dia menjerit kecil. Qisha yang berada berhampiran di situ mula memarahi mereka
berdua. “Shhh!! Behave yourself..!” tegurnya lalu beredar. Shafiqah mula ketawa
sinis ke arah Qirash sambil menjelir lidahnya. “Padan muka!!” Qirash mula
mencebik.
“Dahlah awak.. saya nak masuk dapur kejap! Nak
suruh diaorang bawak masuk lauk lagi.” Ujar Shafiqah. Qirash mengangguk.
XXX
Akhirnya, dia buat keputusan untuk datang juga.
Dengan penuh lenggang lenggoknya, dia mula memasuki dewan itu dengan penuh yakin. Semua tetamu yang
hadir mula memandang ke arahnya. Cantik. Seksi. Simple. Hampir sahaja semua
orang fikir bahawa dialah bakal pengantin itu. Aliya mula berasa tidak senang
hati. Padahal dia cuma mengenakan baju kurung biasa sahaja. Tak adalah glam
sampai kalah pengantin nanti
“Liya..” tiba-tiba kedengaran suara ibunya memanggil membuatkan dia tercari-cari. Namun, Puan Hana iaitu ibu Fathie lebih pantas menerpa ke arahnya membuatkan dirinya berasa sedikit gugup. “Liya..” sapa Puan Hana. Aliya dengan hormat mula menyalami tangan Puan Hana. “Lama tak jumpa. Semakin cantik kamu sekarang.” puji Puan Hana. Aliya mula terasa kembang kempisnya.
“Aliya..!!!” tiba-tiba dengan drastiknya dia terasa
dirinya dipeluk oleh seorang mak cik ini dan mak cik itu ialah ibu Syahriezal
iaitu Puan Ida. Suhu badannya mula terasa panas. Habislah, lepas seorang,
seorang ni pula. Adakah dia akan mengulangi semua ini semula? Aliya mula
mengeluh didalam hati. Syahriezal yang berada di belakang ibunya mula mengenyitkan
matanya. Ni yang nak cair ni, bisik hati Aliya sambil tersengih-sengih sahaja.
“Hai, pretty woman! Lama tak nampak. Dah kurus dan comel sekarang.” puji Syahriezal.
“Huish, mesti ramai peminatkan. Kerja apa Liya sekarang?” soal Puan Ida. Aliya
mula terkelu. “Err.. emm..” “Pramugari untuk Kapal Terbang Mas..” jawab ibunya.
Mereka semua mula tergamam. “Pramugari.. Wah, patutlah cantik sahaja!” puji
Puan Ida dan Puan Hana. Memerah muka Aliya dibuatnya.
“Baiklah, para tetamu sila beri tepukan yang gemuruh
untuk pasangan kita ini iaitu Fathie dan Intan..” ujar DJ itu lalu memasang
lagu ‘Pegantin Baru’. Jantung Aliya mula terasa naik turun naik. Dilihatnya
Fathie dan Intan sedang tersenyum bahagia menuju ke mahligai mereka yang
tersergam indah itu a.k.a pelamin. Syahriezal yang berada di sebelah mula
membisikkan sesuatu padanya. “Selamat awak tak jadi kahwin dengan dia. Bolehlah
lepas ni saya masuk line lagi sekali.” Aliya mula berasa tidak keruan lalu
menuju ke buffet makanan untuk mengambil makanannya. Namun, Syahriezal tetap
membuntutinya dibelakang.
“Awak tak makan lagi ke?” soalnya, sambil menunggu
giliran untuk mengambil makanan. “Dah, tapi nak makan lagilah. Rasa lapar pula!
Nampak awak terus lapar.” Ujarnya. Err, apasal mamat ni? Ini yang aku benci ni!
soalnya dalam hati.
XXX
Lydia mula terkehel-kehel mencari kelibat Aliya.
Dia datang ke tak ni? Segan pula seseorang dekat sini. Dahlah aku tak kenal
siapa-siapa pun, keluhnya. “Wah, anak ni cantiklah.” Puji mak cik yang duduk
satu meja dengan dia. Lydia tersengih lalu mengangguk. Dilihatnya Fathie dan
Intan sudahpun memasuki dewan itu. Hatinya mula tertanya-tanya, “Emm,
entah-entah Aliya tak mai apa? Kalau aku jadi dia jangan harap aku datang.”
Bisiknya dalam hati sambil tercari-cari.
XXX
Kemudian, Shafiqah pun keluar dengan membawa dulang
tambahan lauk. Diisinya dulang-dulang yang semakin berkurangan lauknya.
Tiba-tiba..
“Fiqa..??” soal Aliya, ingin kepastian. Shafiqah
yang memerhati orang itu mula terkebil-kebil matanya. Hampir sahaja dulang yang
dipegangnya itu terbalik. “Aliya..!!” balas Shafiqah sedikit tidak pasti adakah
di hadapannya itu benar-benar temannya.
Akhirnya, Shafiqah mendapat persetujuan daripada
Qisha dan Qirasha untuk kerja separuh hari, untuk hari itu. Ditukarnya baju
kerjanya ke baju biasanya. Manalah nak cari baju kurung time sekarang ni.
“Engkau rasa kurang ajar tak kalau aku pakai baju
macam ni dekat majlis kahwin orang?” soal Shafiqah pada Aliya. Aliya mula
ketawa “Agak kurang diajarlah. Tapi engkau ada sebabkan. Hak8!” Shafiqah mula
memuncungkan bibirnya. Tiba-tiba, matanya tertacap pada wajah seorang gadis
ini. “Ehh, Liya..!! Cuba engkau tengok perempuan yang pakai baju kurung krim
campur hitam tu..” ujar Shafiqah sambil menuding jarinya ke arah gadis yang
kelihatan resah gelisah itu. Aliya mengangguk. Kemudian, secara serentak “Macam
Lydialah..!!” Mereka berdua kemudian menghampiri gadis itu, membuatkan Lydia
yang baru sahaja hendak minum tersedak sebaik belakangnya ditepuk oleh
seseorang.
“Lydia..!!” ujar mereka lalu memeluk antara satu
sama lain. “Wah, korang apa cerita? Tak sangka boleh terjumpa korang berdua
dekat sini? Hmm, sampai hati korang contact berdua sahaja.” Ujar Lydia, separuh
sedih melihat mereka berdua bersama. “Mana ada. Kami pun baru jumpa sahaja. Aku
kerja dekat sini. Tadi waktu nak tambah lauk dekat dulang, aku dengan Aliya
terus terserempak. Dia ni lah yang tegur aku.” Jelas Shafiqah. Aliya menggeleng
sambil ketawa kecil. “Engkau apa cerita Lydia? Macam mana boleh ada dekat
sini?” soal Aliya, pelik. Lydia kemudian menjuihkan bibirnya ke arah Intan yang
berada di atas pelamin itu “Tu hah! Berapa hari yang lepas minah tu ada datang
kedai aku. Suruh aku rekakan dia baju pengantin dia dan laki dia. Lepas tu,
dapatlah kad jemputan dari dia suruh aku datang. Mula-mula, aku ingat aku malas
nak datang. Tapi fikir balik mungkin aku akan jumpa engkau dekat sini. So, aku
pun datanglah. Tak sangka jumpa terus engkau dengan Fiqa dekat sini.” Terangnya
panjang lebar.
“Oh yrw! Lagi satu kenapa Fathie boleh kahwin dengan
Intan?” tambah Lydia, ingin kepastian. “Ha’ah, bukan last engkau cerita dekat
kita orang engkau ke yang bercinta dengan Fathie tu?” sampuk Shafiqah pula.
Aliya mula menelan liurnya yang terasa tersekat dikerongkongnya. Haruskah dia
ungkit semula sejarah lama? “Errr...” belum sempat Aliya ingin bercerita,
datang Syahriezal ke arah mereka. “Yo, korang apa khabar?” sapa Syahriezal.
Lydia dengan Shafiqah mula mengangguk dan membalas “Khabar baik!”. “Okay,
okay.. daripada korang bertiga renjis air liur dekat sini. Lebih baik korang
bertiga pergi renjis dekat kedua mempelai atas tu. Dah jom!” ujar Syahriezal
sambil menarik tangan Aliya. Lydia dan Shafiqah mula memerhati antara satu sama
lain, lalu membuntuti mereka dari belakang.
“Syah..!! Lepaslah, aku tak mahu jumpa mereka. Awak
faham tak!?!” marah Aliya, lalu merentap tangannya semula dengan kasar.
Syahriezal mula memandangnya dengan pandangan yang agak serius. “Sampai bila..?
Fathie betul-betul perlukan restu awak.” Ujarnya lembut. Lydia dan Shafiqah
yang berada di situ hanya diam membisu memandang drama yang ditayangkan secara
‘Live’ depan mata. Lebih baik diam, lagipun mereka bukannya tahu pun pucuk
pangkal hal yang tengah berlaku ni.
“Saya tak kata pun yang saya tak restukan mereka.
Saya cuma tak sanggup jumpa mereka. Awak faham tak! Awak lupa ke apa yang
mereka dah buat dekat belakang saya? Mereka bodohkan saya. Terutamanya Si Intan
tu! Fathie just gunakan saya untuk dekat dengan Intan tu dan Intan gunakan
Fathie just untuk sakitkan hati saya! Takkan itu pun awak buta lagi?!?” muka
Aliya mula berubah menjadi merah menahan kemarahannya. Syahriezal diam membisu.
Tiba-tiba, turun Puan Hana dari atas pelamin ke arah mereka. “Eh, Liya.. kamu
pergi renjis tak lagi dekat Fathie dan Intan?” soal Puan Hana. Aliya mula
terdiam. “Belum!!” jawab Syahriezal pantas, bagi pihak Aliya. Aliya dengan
pantas menjeling maut ke arah Syahriezal. “Kalau macam tu, mari mak cik
temankan kamu.” Puan Hana mula menarik Aliya ke atas pelamin.
Wajah Fathie, mula berubah menjadi terkejut.
“Aliya??” nama itu mula terpancul keluar dari mulutnya membuatkan Intan yang
berada disebelah memandang Aliya dengan wajah yang menyampah. Tetapi
dilakonkannya supaya nampak baik dan ramah. “Aliya, you look so beautiful!”
tegur Intan. Aliya mula menyumpah seranah Syahriezal didalam hati. “Thanks!!”
balas Aliya, lalu mengambil alat perenjis itu dan pergi ke arah Fathie dahulu.
”Saya doakan awak semoga berbahagia okay.” ucap
Aliya, ringkas. Malas nak berlama-lama disitu. Fathie mengangguk. Kemudian,
Aliya pun pergi ke arah Intan pula. “Semoga dapat anak yang banyak yrw.” Ucap
Aliya dengan senyuman yang terpaksa disenyumkan. Intan mengangguk lalu menarik
Aliya untuk mencium pipinya kiri kanan dan pada waktu itu sempat lagi dia
membisikkan sesuatu ke telinga Aliya. “Loser, I’am the winner now!!” bisiknya
perlahan. Muka Aliya mula berubah menjadi merah. Perasaan marah cuba
dikawalnya. Kang! Ada juga manusia yang makan penampar aku, bisiknya dalam hati
lalu turun dari pelamin itu.
“Aliya..!!” panggil Syahriezal, namun tidak
dihiraukannya langsung oleh Aliya. Sebaik sahaja Aliya turun dari pelamin, dia
terus menuju keluar dari majlis itu. Balik. Lydia dan Shafiqah mula
terkebil-kebil mengejarnya. “Liya.. Liya…” panggil mereka. Aliya yang
menyedarinya, mula berpatah balik lalu menyerahkan mereka nombornya lalu
beredar semula dari situ. Lydia dan Shafiqah mula menggeleng.
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 4 ni. And nantikan untuk Bab 5 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니 dan Aliya Mohamad dah siapkan cerpen dia.. Jangan Tinggalkan Saya..!!