Eyka Blog: 2015

Thursday, 31 December 2015

Happy New Year -2016 ~!


Assalamualaikum, semua *big smile* It was so amazing.. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.. Tup.. Tup.. Tup.. Dah nak masuk 2016. I had amazing and most wonderful memory. To my friends.. Tak kiralah my bestie ke.. kawan biasa-biasa ke.. Korang memang deee BEST in the WORLD..! *thumbs up*

Emm, meh kita imbau balik memory 2015 ni.. Ermm, I had most struggler time... Where I should compete with myself for the most important exam called SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) Grrhhh, lepas tu.. Too many drama with girls.. Crazy girl.. Hottie girl yang selalu perasan bagus.. Hak3!! Okay, I will really miss that.. Lagi, Ermmmm... My first holiday with my bestie.. Amalia & Yana.. Yebeduuuu!! Itu yang terbaik sekali.. I think we should hang out more someday~ Jangan lupa oiii Bucket List tu.. Buat masa ni benda tu seolah-olah segar dalam ingatan aku! Btw, aku dekat sini selalu ingat korang. Kalau bosan nak keluar jangan lupa ajak aku. Tengah bosan ni!! T^T Tak taw nak buat apa... Mood nak belajar menjahit.. Tapi tak dapat pula giatmara tu.. Dah bukan rezeki.. Sedih.. *sob sob*

I think that all for 2015.. Well, mungkin 2015 ni banyak benda yang dah berlaku. dan benda-benda tu semua banyak mengajar aku untuk menjadi matang. Harap 2016.. akan penuh dengan keriangan dan semangat baru.. Yeah!!!

My goals is..
1) Habiskan Janji Kita
2) Belajar menjahit (maybe)
3) Ambil lesen (OMJ.. I will try!)
4)..... Biarlah rahsia..

Last from me~
To my friend: Kalau saya ada buat salah.. Tolong maafkan.. Semua manusia tak pernah sempurna
To my rival/enemy: Tanpa engkau hidup aku takkan ada warna warni. Hak3! Serius.. Thanks sebab selalu buat drama. Tak adalah bosan sangat hidup ni kadang-kadang..
To my family: I love you all..!! Hopefully, 2016 akan memberikan kita semua lebih keriangan dan gelak tawa yang gila-gila walaupun kadang-kadang banyak perselisihan faham yang terjalin. Biasalah tu, normal~ Air yang dicincang takkan putus
To my old BFF: Great! I miss you.. Sorry sebab tak ada waktu majlis perkahwinan akak hang.. Tak apa.. Aku tunggu hang okay! *kenyit mata*
To my crush: Rasa bodoh pula sebab pernah suka hang walaupun benci.. macam mana tu? Entahlah~ It's so okay! Anggap waktu tu aku macam Nerd lagi.. *sengih*
To my First Love: Na*** Well, entah sampai bila aku akan still suka hang.. Entahlah.. I hope Encik N tak marah kalau saya masih suka Encik N lagi. Apa kata macam ni.. Encik N doa banyak-banyak supaya saya berhenti suka Encik N..?? Macam mana? Mungkin dengan itu saja Encik N boleh tolong saya. Kalau tunggu saya tuk melupakan Encik N memang susah. *sob sob* Hopefully, keajaiban akan berlaku antara kita berdua for 2016. Just maybe~ FORGET IT Btw, thanks Encik N sebab still sudi jadi kawan saya walaupun saya suka Encik N.. Ergh, setengah lelaki selalu lari bila dapat tahu perempuan tu suka dia. Hurhmm, apa-apa sajalah..

Rasanya itu saja kowd.. HAPPY NEW YEAR semua!! I hope awak semua dah tetapkan azam baru.. semangat baru.. kehidupan yang baru.. buku baru.. semuanya baru.. Hihik4.. Bhaiii..

Janji Kita (Bab 14)



Bab 14
“Qirash.. Is that you?” soal seorang wanita ini. Qirash yang sedang sibuk memilih barang basah mula mengalih pandangannya ke arah wanita itu. “Rania!!” ujarnya sedikit teruja. Rania mula tersenyum sengih. Akhirnya, mereka memilih untuk duduk berborak di sebuah kafe berdekatan dengan pasar itu.
“Awak apa cerita sekarang? Lama tak jumpa awak. Rindu pula hati ni.” gurau Rania. Namun, jauh disudut hatinya dia memang rindukan lelaki itu. Teramatlah rindu!! Entah Qirash ni perasan ke tak. “Oh yrw? Saya pun rindukan awak juga.” Ujar Qirash lalu ketawa kecil. Nak dekat sejam setengah juga mereka berdua berborak. Maklumlah dah lama tak jumpa. Macam ni lah jadinya. Qirash yang baru tersedar yang dia sudah pun terlewat. Mula meminta dirinya untuk pulang. Rania mengangguk. Namun dia sempat menahan Qirash dan menyerahkannya sekeping kad yang disitu tertera namanya dan nama kedainya. “Wow! Dah ada restoran sendiri sekarang.” puji Qirash. Rania mula terasa kembang kempisnya. Kemudian, tangan ini pantas melambai ke arah Qirash tanda ‘bye-bye’ setelah kereta Qirash meluncur pergi. Rania mengeluh. Hati ini terasa berat untuk membiarkan Qirash pulang. Serius! Dia dah lama sukakan Qirash dan dia harap sangat yang mereka berdua boleh bersama suatu hari nanti.
XXX
Lydia sejak dari tadi tak henti-henti memandang ke sana ke sini. Macam tak percaya sahaja yang ada orang sudi belanja dia datang ke Mini Konsert Kpop ni! Omo~ tiket VVIP pula tu. Siap boleh pergi belakang backstage gitu. Anas yang berada disebelah mula memikirkan sesuatu. Siapakah yang menghantar Lydia tiket tu yrw?
Sesampai saja Anas dikedai itu, dia terus terkejut apabila Lydia menyoalnya perihal tiket itu. Tak sempat dia nak ajak Lydia ke tempat lain.
>>Flashback<<
“Lydia.. jom teman aku pergi satu konsert ni. Boleh tak?” ajak Anas. Lydia mula terasa bahagia. “So!! Engkaulah manusia yang hantarkan aku tiket ke Mini Konsert Kpop ni?” soal Lydia, dengan wajahnya yang teruja. Anas mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal. Tiket yang berada disebelah tangannya itu mula disorokkan kedalam kocek. Sejak bila aku bagi dia tiket tu? Sedangkan aku baru saja nak ajak dia pergi satu Konsert Amal ni. Kowdlah dia suka bab-bab kebajikan ni. Boleh tarik perhatian dia, bisik hati Anas.

“Anas!! Kumpulan CN BLUE lah..” ujar Lydia, lalu menggoncang lengan Anas berkali-kali. Anas mengangguk. So?? Apa yang dia boleh buat. Lydia dengan pantas mula menghampiri mereka. “Annyeonghaseyo, je ileum-eun lidia ibnida (Hi, my name is Lydia) Naneun dangsin-ui sain eul hageona hamkke sajin-eul jjig-eul su issseubnikka? (Can I have your autograph or take a picture together) Jebal!! (Please)” rayu Lydia. Anas yang berada disebelah mula terasa kekok. Pertama, sebab langsung tak faham apa yang Lydia katakan dan kedua apasal Lydia tiba-tiba lemah gelamai nak mampus ni. Siap terloncat-loncat macam orang sawan lagi. Entah apa yang dia katakan pada mereka pun tak tahu. Apa yang pasti dia dengan kumpulan tu tangkap gambar bersama dan dapat sain dari mereka seorang satu. Habis!
Lydia dengan bahagianya memerhati autograph itu lama. Langsung tak berkelip. Kedebukk!! Tiba-tiba dengan kuat bahunya dilanggar oleh seseorang. Kertas yang terdapat tandatangan artis itu mula jatuh ke atas lantai dan secara tak sengaja juga lelaki yang melanggarnya itu memegang air dan air itu turut sama jatuh ke lantai dan membasahi kertas milik Lydia itu. Mulut Lydia mula melopong. Orang itu tidak henti-henti meminta maaf padanya. “Yarh!!!” Lydia dengan geramnya memarahi lelaki itu lalu dengan kuat memegang kolar baju lelaki itu. Anas yang berada disebelah mula terkejut dengan tindakkan Lydia yang sedemikian. Begitu juga dengan lelaki itu. “Ganti balik!! Ganti balik!!” marah Lydia. Huhuhu, penat dia tebalkan muka dia nak minta semua autograph kumpulan yang dia minat tu. Last kali, ini habuan yang dia dapat! Lelaki itu mula meraung kesakitan. Anas dengan sedaya upayanya cuba untuk meleraikan pegangan Lydia dari terus memegang kolar baju lelaki itu. Tapi gagal. Akhirnya, manager lelaki itu datang bersama beberapa orang pengawal keselamatan.
“Khai!!” panggil Iris, lalu menolak Lydia dengan kuatnya. Badan Lydia mula terdorong ke belakang membuatkan dia terjatuh. Anas mula berasa marah. “Lydia awak tak apa-apa ke?!?” baru saja dia ingin menumbuk lelaki itu. Tapi tengok-tengok orang itu ialah Khai. “Khai? Awak buat apa dekat sini?” soal Anas, dengan serta merta hatinya yang membara tadi pudar. Lydia mula bangun dari jatuhnya tadi. “Awak?? Awak buat apa dekat sini?” soal Lydia pula, dengan marahnya yang masih lagi bersisa. “Saya.. saya..” tergagap-gagap Khai ingin menjawabnya. Oh tidak! Dia betul-betul nak sangat simpan rahsia ni dari Lydia.
Semuanya sudah terlambat apabila Iris tiba-tiba, berkata. “Awak tanya dia buat apa?! Khai ni penyanyi yang terkenal awak tahu tak.. Berani awak buat penyanyi terkenal macam tu. Anas! You pun buat apa dekat sini?” soal Iris, pelik. Lydia mula tercengang. Penyanyi? Terkenal? Khai? What the hell is this all?!? “Lyd.. Khai boleh explain semua ni.. Sebenarnya Khai..” Lydia dengan pantas menolak Khai ke tepi lalu berlalu pergi. Malas dia nak layan semua sandiwara ni! Anas yang kebingungan mula mengejar Lydia dari belakang. “Khai awak tak apa-apa?” soal Iris. Khai diam membisu sambil mengutip kertas yang basah akibat tumpahan airnya tadi. Sepatutnya hari ni, dia ingat dia nak luahkan semuanya pada Lydia sendiri sebab tu dia bagi tiket tu pada Lydia. Tapi entah mengapa Anas turut sama ada. Ingatkan Lydia nak datang dengan kawan lain selain Anas. Sejauh mana hubungan mereka yang sebenarnya?
XXX
*Drett.. Drett*
Sudah berkali-kali telefon bimbit itu berbunyi, minta diangkat. Namun, Shafiqah langsung mematikannya dan mengabaikannya. Entah bagaimana, Private Nombor itu boleh mendapat nombornya kembali dan menelefonnya berkali-kali. Muak okay!! Penat dia nak layan orang yang macam tu. Bila angkat, diam membisu!! Kalau macam tu baik tak payah call. Menganggu ketenteraman orang saja. “Hoi, Fiqa!! Apasal engkau tak angkat call aku, huh?” marah Qirash. Shafiqah mula terkedu. “Ooo, engkau ada call aku ke? Maaflah, aku off phone. Ada orang gila ni asyik nak call aku. Bila orang angkat dok membisu pula. Rimas!” adu Shafiqah. Qirash dengan serius mendengarnya. “Emm, kalau macam tu. Apa kata awak tukar sim dengan saya?” cadang Qirash. Shafiqah mula mengerutkan wajahnya, tanda keliru. “Buat apa?!?” soal Shafiqah, hairan, pelik semuanya ada. “Nak siasatlah.. Itu pun lembab ke..” Muka Shafiqah mula berubah menjadi merah kemerahan. Hish! Sabarlah wahai hati. Qirash ni tak habis-habis nak sakat dia. 
Akhirnya, Shafiqah menerima cadangan Qirash itu. Malam itu, bermulalah kisah mereka dengan Shafiqah bersama sim Qirash. Manakala, Qirash dengan sim Shafiqah.
*Trreettt*
Tiba-tiba, telefon itu berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Shafiqah mula membukanya dan melihat. Rania? Siapa pula Rania ni? Hmm, dia teringat nasihat Qirash. Kalau orang lain selain kawan engkau hantar mesej, tolong jangan gatal tangan nak usik! Namun, tangan ini terasa seperti tidak reti nak duduk diam dan secara tak sengaja atau teknikalnya memang sengaja menekan butang ‘open’.
Rania: Hai, awak. Buat apa tu? Dah makan ke belum?
Shafiqah mula mengangkat kening sebelahnya. Who is this girl anyways?!? Perasaan cemburu mula membuak-buak ingin tahu. Sementara itu, Qirash pula.. mula memeroses semua kenalan yang ada pada sim Shafiqah. Dan tiba-tiba.. *Treett* Ada mesej yang masuk membuatkan tangan Qirash tertekan dan membukannya.
Nadz: Emm, awak? Macam mana dengan pinangan saya hari tu? Awak terima ke tak?
Mata Qirash mula terbeliak. Pinangan? What? Apa hubungan Nadz dengan Shafiqah ni yang sebenarnya? Kenapa mereka nampak rapat sangat? Soal benak hati Qirash bertubi-tubi. Tangan Qirash pantas menaip sesuatu. Begitu juga dengan Shafiqah. Masing-masing berasa ingin tahu.
>>Shafiqah punya sim<<
Shafiqah (Padahal, Qirash yang taip): Emm, pinangan? Maksud awak?
Nadz: Fiqa.. takkan awak dah lupa kowd? Saya serius dengan awak. Macam ni awak buat dekat saya. –emoji sedih
Shafiqah: Oppss, sorry! Saya betul-betul tak faham. (Memanglah tak faham dah Qirash yang tulis)
Nadz: Saya nak hubungan kita kembali seperti dahulu. Saya ikhlas dengan awak kali ni. Saya tahu yang saya dulu sikit pun tak pernah nak pandang awak. Saya menyesal! Saya cemburu bila tengok awak dengan kawan sekerja awak tuu.. Siapa nama dia??
Syafiqah: Qirash..!
Nadz: Yarh.. whatever.. Bagi saya dia tak penting pun! Yang penting sekarang perasaan awak pada saya.
Qirash mula merengus geram. Grrr... benci pula aku dengan mamat poyo ni! Boleh pula dia kata aku tak penting. Hello, aku ni boleh dikatakan ‘Dark Knight Horse’ Shafiqah tahu tak. Sementara, Qirash mengalami tekanan jiwa akibat cemburu. Mari kita lihat Shafiqah pula.
>>Qirash punya sim<<
Qirash (Tapi Shafiqah yang taip): Tak buat apa pun. Dah.. makan dah.. (Emm, sejujurnya dia yang dah makan. Qirash? Entahlah.. Dah kowd)
Rania: Emm, awak macam mana sekarang? Dengar cerita awak sekarang kerja dekat hotel ayah awak sebagai tukang masak.
Shafiqah mula terasa menyampah. Concern gila cewekk ni.. Siapa erkk?!?
Qirash: Yup! Kenapa?
Rania mula terasa pelik dengan tindak balas yang dia terima daripada Qirash. Selalunya kalau Qirash dengan dia berborak dalam laman sosial ataupun face-to-face. Qirash mesti akan balas sebanyak yang mungkin padanya. Tapi ini tak. Sepatah yang ditanya sepatah juga yang dibalasnya. Rania mula berasa hairan.
Rania: Awak okay? Ada masalah ke?
Shafiqah mula mengangkat keningnya. Hish, banyak tanyalah minah ni!
Qirash: Okay saja. Tak ada masalah pun.
Rania: Kalau ada masalah ceritalah. Awakkan selalu cerita masalah awak dekat saya masa dulu-dulu. –emoji ketawa
Shafiqah berasa tidak enak lagi. Agak-agak siapa Riana ni? Kawan lama Qirash ke? Atau first love Qirash..
Qirash: Excuse me! Itu dulu.. Sekarang tak lagi. Awak ni ada crush dekat saya ke? Yang menyibuk sangat tu apasal. Kalau awak ada simpan perasaan awak tu. Saya harap awak lupakan sebab saya benci awak!! –send-
Alamak! Shafiqah mula menggelabah tidak tentu arah. Rania yang membacanya mula terkejut akan tindak balas Qirash itu. Adakah selama ini Qirash tahu akan perasaannya yang sebenarnya? Jantung Rania mula berdegup dengan kencang. Entah perasaan yang bagaimana harus dia rasa sekarang ni.
XXX
Shafiqah mula menelan liurnya ketika berhadapan dengan Qirash. Entah mengapa wajah Qirash pada pagi itu kelihatan muram sahaja. Ermm, takkan dia tahu yang semalam aku proses telefon dia? Tapi aku dah delete dah semua mesej tu, bisik hati Shafiqah. Nadz tiba-tiba datang menerpa. “Fiqa..” sapanya. Namun, entah mengapa tangan Qirash lantas menarik Shafiqah pergi jauh dari Nadz. Dia tak mahu Shafiqah tahu bahawa dia sudah pun ber ‘chit-chat’ dengan First Love nya semalam.
Sesampai sahaja, mereka di kawasan swimming pool, Shafiqah mula merentap tangannya semula. “Sakitlah!” ujarnya sambil memegang tangannya yang berbekas akibat genggaman tangan Qirash yang erat itu. Qirash mula tersedar akan tindakkannya yang terlalu kasar itu. Dia kemudian terduduk lalu memohon maaf pada Shafiqah. Perlahan-lahan dia mengenggam kedua belah tangannya membentuk penumbuk. Perasaan takut mula menyelubungi jiwa dan raga Qirash. Dia tak tahu kenapa dia buat semua ni. Tapi dia rasa marah sangat-sangat. Marah pada siapa? Entahlah..
Tiba-tiba.. mereka ditegur oleh seseorang. Dan suara itu seolah-olah familiar dengan gegendang telinga Qirash.
“Rania!!” balasnya, lalu memeluk Rania dengan erat. Wow! Even, Rania sendiri pun terkejut dengan tindakkan Qirash itu. Inikan pula Shafiqah yang sudah pun melopong mulutnya. Perlahan-lahan Qirash melepaskan pelukkan itu. Dia sendiri terkejut. Mungkin disebabkan kecelaruan otak agaknya sebab tu dia bertindak sedemikian rupa. “Ermm, excuse me! Saya tak mahu mengacau. Tapi Qirash.. boleh awak kenalkan pada saya kawan awak ni?” sampuk Shafiqah. Qirash mula tersenyum. “Erkk, kenalkan ni Rania. My childhood bestie! Dia dengan saya tersangatlah rapat!! Kami selalu pergi tadika sama-sama.. high school, kolej dan sebagainya. Ermm, kami terpisah sebab bapa dia terpaksa pindah keluar Negara sebab ada urusan syarikat yang perlu dihandle disana.” Jelas Qirash panjang lebar. Shafiqah mula tersenyum hambar ketika Qirash selesai dengan ceritanya. “Fine! Gotta go..” pinta Shafiqah. Qirash mengangguk.
Namun, langkah kaki Shafiqah seakan terhenti apabila Rania berkata, “Ermm, Qirash.. Can I ask you something?” Qirash mengangguk. “Betul ke yang selama ni awak tahu yang saya ni sukakan awak?” Shafiqah mula menelan liurnya yang terasa tersekat itu. Perlahan-lahan bola mata Qirash mula memandang ke arah Shafiqah yang masih belum pergi itu. “Qirash.. And did you mean it when you said that you hate me?” mata Qirash mula membeliak. “No! I think you’re wrong! Fiqa..” panggil Qirash. Shafiqah dengan teragak-agaknya mula mengundur langkahnya ke belakang semula. Perlahan-lahan dia mendekati mereka semula. “Awak ke yang balas semua chat, Rania ni?” soal Qirash. Shafiqah menggeleng. Wajah Qirash mula bertukar menjadi seperti Hulk. Ini pertama kali Shafiqah lihat. Takut!! Nadz yang berada berdekatan situ mula menghampiri mereka.
“Ada apa ni?” soal Nadz. “Awak jangan menyibuk!” marah Qirash. Shafiqah dengan serta merta mula tersentak lalu matanya mula dipenuhi dengan air yang bertakung. Air mata. “Qirash.. awak tak perlulah seserius ni. Saya..” ini bukan kali pertama Rania lihat Qirash seperti itu. Ermm, kali terakhir dia lihat adalah sewaktu Qirash dapat tahu yang awek dia curang dengan dia. Mengamuk gila Qirash waktu tu. Dahlah curang dengan kawan baik sendiri pula tu. Ini bererti gadis ini seolah-olah berharga untuk dia. Qirash mula memotong setiap kata-kata Rania. “Jawab Nur Shafiqah Bt Zolkefli!!” bentak Qirash. “Yrw!! Saya yang balas!! Saya minta maaf!! Saya betul-betul tak sengaja..” jelas Shafiqah ketakutan. Nadz mula berasa pelik. “Rania.. I’m so sorry! Cerita dia macam ni.. Semalam kami berdua tukar sim sebab..” belum sempat Qirash menghabiskan ayatnya, Nadz mula merentap lengan Qirash agar memandangnya. “What!! That’s mean semalam.. Engkau yang balas chat aku yrw!!” sekarang giliran Nadz pula untuk naik hantu.
Shafiqah mula menyeka air matanya dan memandang Nadz. Hati Qirash mula berasa tidak enak. “Ooohh, sekarang! Senangnya hati engkau nak marah-marah Fiqa sedangkan engkau pun buat kesilapan yang sama! Sudahlah!! Mari kita pergi..” perlahan-lahan tangan Shafiqah ditarik Nadz untuk pergi dari situ. Qirash mula jatuh melutut diatas tanah. Rania yang berada disebelah mula terkejut.

TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 14 ni. And nantikan untuk Bab 15  pula. Sorry, sebab lambat publish.. Eyka cuba lakukan yang terbaik untuk korang semua *kenyit mata*

Friday, 25 December 2015

Janji Kita (Bab 13)

Bab 13
“Hamboii.. Aliya.. Aku tengok engkau akhir-akhir ni happy semacam sahaja? Ada apa-apa yang engkau nak cerita dengan aku ke?” soal Yuna, iaitu kawan sekerjanya. Aliya mula tersipu malu. Entah kenapa akhir-akhir ni dia merasakan hubungan dia dan Syahriezal semakin lama semakin pulih semula. Dia senang dapat kembali berborak dengan Syahriezal seperti dahulu. Namun, disudut hatinya yang lagi satu dia tahu yang persahabatan ini tidak boleh melebihi apa-apa. “Hai, awak!” tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang membuatkan Aliya menoleh. Dipandangnya Fareyz yang berada disitu dengan riaksinya yang sengaja ditayangkan agar kelihatan comel. Yuna yang berada disebelah tidak henti-henti menggesel bahu Aliya, sengaja. Aliya perlahan-lahan mencubit pinggang sahabatnya itu membuatkan Yuna meraung kesakitan. Fareyz yang memerhati mula memandang mereka pelik. “Yuna kenapa ni?” Yuna mula menggeleng tanda tiada apa. “Tak apalah, aku pergi check in dulu. Aku penatlah. Korang pergilah borak-borak dekat kafe hujung sana tu. Esok kita dah nak terbang balik Malaysia.” Ujar Yuna, lalu meminta dirinya untuk pergi.

“Jom jejalan? Takkan nak duduk borak sahaja. Dah alang-alang kita dekat Florida ni. Apa kata kita pergi jejalan tepi pantai.” Aliya mula mengeluh. “Tak naklah. Saya tak berminatlah. Awak kalau nak.. pergi sajalah. Saya penat! Esok nak terbang balik dah. Lepas tu kena sambung pergi ke Italy pula.” Jelas Aliya. Serius dia memang busy gila. Al maklumlah cuti lama sangat. Hah, bila dah kembali bekerja. Macam nilah rutin harian dia. Ke sana, lepas tu terbang ke sana pula. Rahang ni dah rasa macam nak tercabut je sebab asyik kena senyum dekat para penumpang. Fareyz mula memonyokkan wajahnya. “Alah, please! Kali ni sahaja.. Please!!” pujuk Fareyz, sungguh-sungguh. Aliya akhirnya pasrah dengan pujuk rayu Fareyz dan berjanji akan mengikut kehendaknya tanpa banyak songeh.
XXX

Hati Aliya mula terasa teragak-agak apabila dia dipaksa untuk menaiki sebuah kapal terbang milik Fareyz.


“Cepatlah..” ujar Fareyz lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Aliya naik. “Fareyz awak nak bawa saya pergi mana ni? Kita dua saja?” soal Aliya, khuatir. “Awak jangan risau Aliya. Saya dah beritahu Yuna yang saya nak pinjam awak lama.” Aliya mula berasa sakit hati. Hish, Yuna ni gegeh betullah! Ngomel hati Aliya. “Jangan risau.. bukannya saya nak apa-apakan awak pun. Lagipun, kita still ada dekat Florida lagi. Saya tak culik awak aihh..” jelas Fareyz, yang cuba menenangkan hati Aliya yang terasa resah gelisah itu.

Sebaik kapal terbang itu berada diatas udara, Aliya mula berasa teruja. Dilihatnya Bandar Florida itu yang cantik dan besar.


“Omo!!! Cantiknya!! Tak sangka Florida dari atas secantik ni.” jerit Aliya, teruja. Fareyz yang berada disebelah mula tersenyum bangga. Bangga sebab dapat buat Aliya tersenyum macam tu. Dah penat pusing-pusing diatas udara mereka pun mendarat disebuah pulau. Di pulau itu mereka disambut baik oleh beberapa orang pekerja dipulau itu dengan mesra sekali. Aliya mula terasa kekok dan serba salah. “Awak, awak bawa saya pergi mana ni?” bisik Aliya. “Sabar.. kejap lagi awak tahulah.. Sekarang saya nak awak masuk bilik yang saya dah tempah untuk awak dan atas katil tu ada satu kotak besar. Saya nak awak buka kotak tu dan saya tunggu awak dekat tepi pantai sana pukul 8 malam. Okay!” jelas Fareyz, panjang lebar. Aliya hanya mampu mendengar dan menurut saja. Mau nanti dia tinggalkan aku dekat pulau ni. Mampus aku! Gumam hati Aliya.

XXX

Aliya mula membuka kotak yang dimaksudkan oleh Fareyz itu sebaik masuk ke dalam bilik itu. “Gaun?? Rantai? Make up? Kasut? Gelang? Flower Headchain?” Aliya mula terkejut dengan semua barang-barang yang berada didalam kotak itu. Gila tak terkejut! Semua tu nampak mahal, siut! Tahulah Fareyz tu pilot. Tak perlulah nak beri dia semua barang ni. Aliya mula memeroses kepala otaknya. Tiba-tiba, hatinya mula berdegup kencang. Ya Allah, minta-minta apa yang aku fikirkan ni tak jadi kenyataan. Aliya dengan pantas mengambil semua barang itu untuk bersiap. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.30. Nanti lambat pula dia bersiap. Kesian, Fareyz tunggu lama-lama.
XXX

Aliya mula mengekori laluan yang telah disediakan yang tepi-tepinya ada lilin. Hatinya mula berasa berdebar-debar. Fareyz ni dah kenapa? Bisik hatinya. Namun, riaksinya masih lagi dipaparkan agar kelihatan tenang dan bersahaja. Fareyz dengan segaknya tersenyum ke arah Aliya membuatkan pipi Aliya berubah menjadi merah kemerahan macam buah delima. Dengan gentlemannya, Fareyz membantu untuk menarik kerusi Aliya untuk duduk. Aliya dengan ayunya berterima kasih pada Fareyz. Fareyz tersenyum. “Awak suka tak?” soal Fareyz, ingin jawapannya. Aliya mengangguk. Gila tak suka! Kalau bagi dekat perempuan yang hatinya rock pun dia suka taw. Cair habis~ 

Makan malam mereka ditemani dengan pemain muzik yang mendendangkan lagu-lagu yang romantik. Rasa loya pula tekak ni nak telan makanan, bisik hati Aliya. Selesai makan Fareyz kemudian menghulur tangannya untuk mengajak Aliya untuk menari. Aliya dengan malasnya menerima pelawaan itu.

Kiri.. kanan.. ke depan.. ke belakang.. dan.. pusing.. dan..


Nafas Aliya mula menjadi naik turun naik. Dah kenapa Fareyz ni. Sawan ke?!? “Al.. ada benda yang saya nak beritahu awak.” Aliya mula memotong kata-kata Fareyz itu. “Kalau yrw pun, boleh tak awak biarkan saya berdiri dengan tegak dulu?” pinta Aliya. Namun Fareyz tetap ingin keadaan yang sebegitu sehinggalah dia selesai berbicara. Aliya tidak betah lagi lalu memejamkan matanya serapat yang mungkin. “Al.. dengar sini.. sekali saja saya cakap! Would you marry me? Nur Aliya Aressa Bt Mohamad?” mata Aliya yang dipejamkan tadi mula terbuka luas. Aliya kemudian menolak bahu Fareyz lalu dengan jayanya berdiri dengan tegak. “Fareyz!! Don’t ever play with me again with that words!” Aliya mula terasa satu badannya penuh dengan angin. Angin taufan. Fareyz menggeleng. “No.. I never play with you Aliya! Please, I really sincerely love you!” ucap Fareyz. Aliya menggeleng. Benda nilah yang dia fikirkan sejak dari tadi. Gaun ni.. makan malam ni.. pulau ni. “No way, Fareyz!! Never!! I hate you!! Don’t you see it?” ujar Aliya. Fareyz mula memegang kedua belah bahu Aliya. “Tell me why?!?” Kalau betul Aliya benci dia, dia perlukan sebab yang munasabah. Mungkin dia boleh ubah sikap yang dibenci Aliya tu.

“You’re player Mr Fareyz! And I never date a player such like you! You’re jerk!” entah kenapa Aliya benar-benar terasa menyampah dengan Fareyz saat itu. Apa salah Fareyz? Eh, dan boleh pula engkau kata engkau tak pernah bercinta dengan orang yang playboy! Habis tu mana engkau pungut Si Syahriezal tu? Bukan dia pun player ke Miss Aliya, desis hati Aliya. Fareyz mula ketawa. “Saya boleh berubah Al.. Trust me! Walaupun saya player saya tak pernah nak sentuh mereka tu semua. Bila saya dengan awak saya tak pernah sikit pun nak pandang perempuan lain.” “Oh yrw!! Itu tak dapat menjanjikan apa-apa pada saya.. Mungkin awak boleh pura-pura baik depan saya. Tapi tidak dibelakang saya, Fareyz!! Now, send me back to hotel!!” jerkah Aliya, lalu berlalu pergi.
XXX
Sejam Aliya tunggu Fareyz di tepi kapal terbang tu, akhirnya, kelibat Fareyz muncul juga dengan riaksi yang hampa teramat. Aliya diam membisu lalu naik ke atas kapal terbang itu. “Al.. Fareyz..” “Stop it!! Don’t ever tak to me again..” gumamnya. Fareyz menghela nafas panjang yang penuh dengan kehampaan.

Inilah malam yang paling teruk sekali. Aliya kenapa engkau sanggup buat Fareyz macam tu? Adakah sebab Fareyz mengingatkan engkau masa engkau bersama dengan Syahriezal dulu?? Oh.. habis tu kenapa dengan Syahriezal boleh pula engkau berbaik. Jangan belagak Aliya! Nanti padahnya engkau! Hatinya terasa sakit. Pelbagai persoalan bermain dibenak fikiran Aliya membuatkan dia terus merebahkan badannya diatas katil sebaik sahaja sampai dihotel mereka tinggal. Yuna yang terjaga dari lenanya mula menyoal Aliya. “Wey, korang pergi mana tadi? Best tak? Fareyz buat apa dekat engkau?” soal Yuna, dalam keadaan mamainya lagi. Aliya dengan geram mengambil bantalnya dan membalingnya tetap ke muka Yuna. “Yarh!! Asal pula ni?” marah Yuna. Namun marahnya itu terhenti apabila dilihatnya Aliya yang seolah-olah tiada mood. Kang, kacau lagi memang kena sepak aku ni! Baik sambung tidur, bebel hati Yuna.

XXX

Keesokkan harinya..

“Liya? Emm, Fareyz kenapa erk? Aku dengar cerita hari ni dia tak jadi balik Malaysia. Dia minta orang lain gantikan tempat dia sebab dia tak sihat tak boleh bawa flight.” Ujar Yuna cuba sampaikan berita itu. Kowd Aliya tahu apa-apa sebab semalam mereka berdua yang keluar date. Kalau mood Fareyz nak hilang pun sebab Aliya saja. Aliya diam membisu. Malas nak layan sahabatnya itu. Yuna merengus geram. “Hish! Dah bisu ke?!?”

XXX

Di dalam kapal terbang.. walau apapun Aliya tetap kena jalankan tugasnya dan terus tersenyum. Ergh! Rasa macam sakit gila hati ni!! Dah mood macam down gila, lepas tu kena senyum pula. Nak buat macam mana. Dah kerja dia memang macam tu.

 Tiba-tiba, ada seorang penumpang ni menegurnya. Penumpang kelas A, maksudnya seat untuk orang kaya duduk. “Senyum tu biar ikhlas sikit boleh tak?” ujar orang itu. Aliya mula menjeling ke arah penumpang itu, tajam. Mujur penumpang tu tengah baca surat khabar. Kalau perasan nanti tak pasal-pasal dapat aduan dari bos pula sebab pramugari/pramugara kena layan para penumpangnya macam ‘King & Queen’. Tak boleh nak bantah apa-apa. “Saya nampak awak jeling dekat saya tadi. Awak dah lama hidup ke?” Tambah penumpang itu. Terbeliak mata Aliya dibuatnya. Omo! Aliya mula tertunduk malu lalu beredar dari situ secepat yang mungkin. “Tunggu..” panggil penumpang itu. Aliya mula menoleh ke belakang semula. Kemudian, dilihatnya.. Syahriezal? Kuang ajaqlah mamat ni! Memang sengaja cari nahas dengan aku! Syahriezal dengan bergayanya membuka spec hitamnya itu dan mengenyitkan mata sebelahnya ke arah Aliya.

Di belakang tempat duduk dimana semua pramugari/pramugara bertukar giliran dan sekarang Aliya berhenti seketika untuk berehat. Jadi giliran orang lain pula yang buat kerja. “Wey, aku tengok engkau tengah main cintan cintun dengan seorang mamat ni.” Aliya menggeleng. Cepat gila minah ni dapat gossip! “Mana ada! Laki tu kenalan aku sebab tu kami nampak macam akrab sikit.” Jelas Aliya yang tidak mahu ada salah faham. Yuna mengangguk tanda mengerti. “Mujur Fareyz tak ada! Kalau tak! Nahas laki tu..” Aliya mula mengangkat keningnya. “Why? Kenapa Fareyz nak menyibuk dalam hal ni pula. Dia tak ada kena mengena dengan hal peribadi aku okay!” marah Aliya. “Eh, tapi Fareyz cerita dekat semua orang yang korang ni tengah hangat bercinta?” jelas Yuna. Berdesing telinga Aliya mendengarnya. “What? Fareyz cerita apa dekat korang semua.” Suara Aliya mula kedengaran tinggi namun dikawalnya agar tidak didengari oleh para penumpang. “Fareyz cakap yang korang berdua ni dah lama bercinta. And semalam dia beritahu aku yang dia nak lamar engkau. Dia yang minta aku bagi idea bagai. Tapi aku tengok semalam engkau macam bad mood gila. Jadi aku pun keliru. Korang ni bercinta ke tak?” cerita Yuna panjang lebar. Hati Aliya mula terasa baranya. Kebenciannya terhadap Fareyz bertambah-tambah jadinya.

XXX

“Cik Lydia.. ada surat untuk cik Lydia.” Ujar Sarah lalu menyerahkan surat itu kepada bosnya. Lydia mula mengerutkan dahinya. “Surat apa pula ni?” ngomelnya lalu dengan perlahan-lahannya membuka surat itu. Ada dua tiket didalamnya. Lydia mula menjadi teruja. Mini Konsert Kpop !! Seriusly!! “Sarah.. siapa yang bagi ni?” soal Lydia, yang rasa macam nak pitam dah. “Abang penghantar surat..” jawab Sarah jujur. Lydia mencebik. “Aku tahulah! Kowd engkau tahu siapa disebebalik penghantar yang lagi satu ke..” balas Lydia. “Ehh, kenapa saya nak tahu pula. Saya bukannya kerja mengintip cik Lydia.” Lydia mula bercekak pinggangnya. Eh, menjawab pula pekerja dia yang seorang ni. “Pergi buat kerja.. Shushh..” usir Lydia. Sarah mula memuncungkan bibirnya sambil-sambil itu sempat lagi dia mengumpat bosnya itu. “Itu tak kena.. ini tak kena. Mentang-mentang pangkat bos..” “Apa awak cakap?!?” soal Lydia. “Tak ada apa!!” jawab Sarah, gugup. Alamak, kantoi!
XXX

“Anas.. kamu nak pergi mana tu nak?” soal Puan Laila. “Anas.. nak pergi jumpa Lydia kejap.” Balas Anas. Puan Laila mula terkejut. Aik? Hari tu anak dia tu sikit pun tak mau cakap pasal Lydia tu. Katanya dia tak minat. Sekarang lain pula budak tu. Puan Laila mula menggeleng kepalanya. Okaylah tu, anak dia tu sekarang pun rajin ada dekat rumah. Kalau dulu susah. Suka balik lewat malam. Kadang-kadang lepak dekat kelab. Apa nak jadi pun tak tahulah. Moga Lydia boleh membimbing dia.


Sesampai sahaja di butik Lydia itu, Anas dengan segak bergayanya turun dari kereta mewahnya itu iaitu Ferari. Sarah yang nampak dibalik pintu cermin kaca yang lut sinar itu mula menjerit memanggil bosnya. Lydia dengan kalut keluar dari pejabatnya. Kowdlah gempa bumi ke, kedai nak meletup ke. Takut juga! Tapi tengok-tengok Anas Mikael yang datang. Lydia mula mengherot mulutnya ke tepi. Menyampah! Serupa datang nak kutip hutang tu! Fine, lupa aku memang ada hutang dengan dia, ingat Lydia. “Hai!” tegur Anas dengan bergayanya. Lydia mula menayangkan riaksinya yang terasa macam nak termuntah tu. “Nak apa?!?” soal Lydia. “Saya datang nak kutip hutanglah..” ujarnya sambil mengangkat keningnya, puas.


TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 13 ni. And nantikan untuk Bab 14  pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T

Tuesday, 22 December 2015

Janji Kita (Bab 12)

Bab 12
“Syah.. mama nak tanya kamu satu benda boleh tak? Mama harap kamu tak sentap atau naik hangin ke apa..” soal Puan Ida. Syahriezal yang sejak dari tadi sedang fokus membaca surat khabar mula memandang Si ibunya. Dia kemudian mengangguk. “Kamu masih sayang lagi tak dekat Liya tu, nak..?” soal Puan Ida, teragak-agak. Syahriezal menghela nafas panjang. Dia sendiri pun tak pasti dengan hatinya yang sebenar. Sayang? Suka? Dia takut yang dia akan sakiti hati Aliya seperti mana dia buat suatu ketika dahulu. Percayalah. Suatu ketika dahulu dia dan Aliya sebenarnya sudah pun pernah berkahwin. Waktu itu, umur masing-masing masih lagi muda. Aliya 15 tahun, manakala dia baru sahaja umur 14 tahun. It’s so fun! And sometimes it’s so sweet. Tapi apakan daya disebabkan kesilapannya kisah kahwin mereka pun berakhir. Alasannya, masing-masing masih lagi muda dan masih lagi belajar.
Syahriezal kembali menyambung pembacaannya dan mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu. Puan Ida mengeluh dan kembali menyapu sampah di laman rumah. Tiba-tiba, mata Syahriezal tertacap pada surat khabar itu lama. Fashion Show yang paling gempak! – Itulah tajuknya dan dilihat model-model disitu dan salah satunya ialah... Aliya.
XXX
Pagi itu suasana di dapur kelihatan santai sahaja kerana orang pun tidak ramai sangat. Jadi bolehlah Shafiqah nak renggang-renggangkan badannya dan berborak-borak dengan yang lain. Qirash pun hari ni tak ada. Kena pergi beli barang dapur yang dah berkurangan. Jadi tenang sikit telinga ni rasa. Kalau tak asyik popetpopetpopet saja.. “Fiqa..” tiba-tiba dia disapa baik oleh Nadz yang cuba masuk ke dalam dapur itu. Shafiqah mula menjadi tidak tentu arah. Dengan pantas Shafiqah menarik lengan Nadz untuk berborak di luar belakang dapur. “Awak nak apa?” soal Shafiqah, pantas. Nadz memandangnya pelik. “Awak ni macam tak suka sahaja saya kerja dekat sini?” soal Nadz, hampa. Shafiqah mengeluh. “Bukan tak suka.. sebenarnya.. saya..” belum sempat Shafiqah ingin meneruskan ayat seterusnya Nadz sudah pun memotongnya. “Fiqa.. saya sebenarnya sukakan awak!! Dah lama saya fikirkan benda ni. Kalau boleh saya nak hubungan kita jadi seperti dahulu kala.” Terlopong mulut Shafiqah mendengarnya.
Namun, hati dia berasa aneh. Shafiqah kenapa ni? Bukan sepatutnya engkau bahagia ke dengan ayat yang sebegitu. Patutnya engkau happy yang Nadz kata dia suka engkau. Dah lama engkau cuba dapatkan dia dulu tapi tak kesampaian. Shafiqah! Senyumlah, paksa hatinya. Lama-lama bibirnya mula mengukir satu senyuman. Namun senyuman itu dimatikan apabila dia melihat kelibat Qirash yang baru sahaja pulang. “Qirash!” sapa Shafiqah, lalu membantu Qirash untuk mengangkat barang-barang dapur yang dibelinya itu. Qirash mula menayangkan muka geramnya. Bukan nak ikut sekali tolong dia beli barang. Hurh! Mujur aku sayang engkau, ngomel hati Qirash sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu. Shafiqah mencebik. Dengan perasaan yang gugup dia berlalu sahaja depan Nadz. Qirash memerhati Nadz pelik. “Hoi, engkau ni tak ada kerja lain ke?!? Yang engkau sibuk dekat sini apasal?” tegur Qirash, membuatkan Nadz pergi dari situ.
“Aik, belah sahaja macam tu.” Ngomel Qirash, seorang diri.
XXX
Orang ramai yang berada di kafe itu mula memberikan tepukan yang gemuruh sebaik sahaja Syahriezal selesai membuat persembahannya. Alah, biasa-biasa sahaja untuk teman baiknya iaitu Fathie. Hari ni merupakan hari pertama dia membuka kafe itu. Jadi kenalah bagi hadiah yang istimewa untuk teman baiknya itu. Mungkin dengan melakukan persembahannya tadi mampu menarik minat pelanggannya untuk datang bertandang nanti. “Yo, bro! Thanks for coming!” ucap Fathie. “Syah!! I rindu you..” tegur Intan juga sambil memukul lembut bahu Syahriezal, iaitu isteri Fathie. Syahriezal tersenyum sinis. Nak termuntah pula dia tengok Intan ni. Laki depan mata pun nak menggedik dengan lelaki lain. Sahabat laki sendiri pula tu. “Aliya tak datang dengan engkau ke?” soal Fathie, yang cuba menyerikan suasana. Syahriezal mula menganggkat bahu tanda tidak tahu. “Alah, sayang. Kejap lagi dia sampailah tu. Pandai-pandai dialah. Bukannya isteri Syah pun nak mai berdua. Betul tak Syah?” gurau Intan. Namun, gurauan itu langsung tidak melucukan hati sesiapa. Menambahkan bara dihati suaminya adalah. Lantas tangan Intan ditarik jauh pergi dari Syahriezal. Syahriezal hanya mampu menggeleng melihat mereka.
“Awak! Boleh tak jaga sikit tingkah laku tu. Jangan biadap sangat!” tegur Fathie, dalam nada yang perlahan dan berbisik. Intan merengus geram. “Ehhh, salah ke apa yang saya cakap ni? Betulkan?!? Yang awak nak buat teruk ni apasal? Saya tengok Syah okay jew!” bebel Intan. Fathie mula memegang dadanya yang terasa perit. Isteri dia ni kalau tak ada jawapannya memang tak sah.
XXX
Aliya dengan nafas panjang membuka pintu itu untuk masuk. Walauapapun yang dah berlaku, hatinya masih lagi menganggap Fathie itu sebagai sahabatnya. Namun, moodnya berubah apabila terlihat akan kelibat Syahriezal yang turut sama berada disitu. Langkah kakinya dengan pantas menuju ke arah Syahriezal walaupun dia tahu hatinya itu cuba berada jauh dari lelaki itu kalau boleh. Dengan manis dia menegur Syahriezal yang seolah seperti termenung jauh memandang ke arah Fathie dan Intan itu. “Hai..” tegur Aliya, sambil menarik kerusi yang kosong di sebelah untuk duduk. Syahriezal mula mengukir satu senyuman dibibir. Agak-agak marah lagi tak Aliya akan peristiwa waktu majlis kahwin Fathie hari tu, bisik hati Syahriezal sambil menjeling ke arah Aliya. “Emmm, cantik kafe ni. Tak sangka tercapai juga hasrat Fathie nak buka kafe manisan dia yang tersendiri.” Ujar Aliya yang cuba berbasa basi dengan Syahriezal. Syahriezal mula mengangguk tanda setuju.
Intan yang baru sahaja terperasan akan kehadiran Aliya mula menerpa ke arah mereka. Sibuk sahaja minah ni! Tak senang langsung nak tengok orang bahagia. Aliya mula memusingkan bola matanya tanda menyampah. Lantaklah kalau dia nak terasa ke apa. “Aliya.. datang pun awak. Awak nak pesan apa? Hari ni semua menu dekat sini free sebab baru buka. Esok-esok kalau awak datang kenalah bayar.” Jelas Intan. Fathie yang berada disebelah mula menepuk dahinya. Mereka ni kalau berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. “Ermm, kalau saya order banyak-banyak dan bungkus bawa balik pun kira free juga ke?” soal Aliya, sengaja cari nahas. Intan mula memandangnya tajam. “Taklah.. pesanan yang pertama sahaja yang kira free. Pesanan seterusnya.. BAYAR!” tegasnya. Aliya mula tersenyum sinis. “Saya nak set Firaun? Ada?” perli Aliya. Intan mula mengepal tangannya membentuk penumbuk. Kemarahannya cuba ditahannya. Gelaran itulah yang dia dapat sewaktu sekolah menengah dulu dan ini semua direka khas oleh Aliya, Lydia dan Shafiqah. 
Fathie yang berada di belakang mula menarik isterinya untuk pergi dari situ. Aliya mula tersenyum puas. Padan muka engkau! Ada aku kisah! desis hati Aliya. Syahriezal mula menggeleng kepalanya. “Awak ni.. macam budak-budaklah.” Tegur Syahriezal. Aliya mula memuncungkan bibirnya sedepa. Eh, macam minta kiss pula minah ni! bisik hati Syahriezal yang sedang memerhatikan riak wajah gadis itu dengan tekunnya. “Orang pula yang kena cop budak-budak. Ehh, ingat sikit awak tu muda setahun dari saya. Saya lagi tua taw!” bebel Aliya. “Yrwlah, awak.. Ikut suka hati awaklah..” balas Syahriezal. “Sorry pasal tadi..” ujar Fathie yang baru sahaja sampai dengan segelas  jus oren dan jus karot. “Tak apa..” balas Aliya lalu mencapai gelas yang berisi jus oren itu. Fathie kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Syahriezal. Kemudian, bermulalah sesi sembang menyembang mereka. Intan yang berada dibelakang dapur hanya mampu memerhati. Yrwlah, dah kena sound dengan laki tadi. Hahak!
XXX
Hati Khai akhir-akhir ini seolah-olah berasa tidak tenang sahaja. Hatinya terasa bagaikan baru sahaja disuntik dengan satu perasaan iaitu ‘Cinta’. Dia kemudian cuba membaringkan badannya diatas katil dan tangannya sengaja diletakkan diatas dahi. “Yo bro!!” tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Anas yang menerpa masuk ke dalam biliknya tanpa memberi salam. Yo bro, tu bukan salam okay! Khai mula menggeleng kepalanya. “Engkau nak apa?” soal Khai, acuh tak acuh. Anas mula memandang sepupunya itu pelik. Aikk? Dah kenapa dia ni? “Engkau kenapa?” soal Anas, lalu melabuhkan punggungnya dihadapan permainan video milik Khai lalu membukanya untuk bermain. Khai cuba memandang sepupunya itu lama. Agak-agak, apa hubungan dia ni dengan Lydia yrw? Nak tanya ke tak? Tanya, tak.. tanya.. tak? Bisik hati Khai keliru.

Belum sempat Khai ingin bertanya, tiba-tiba telefon bimbit Anas berbunyi. Sempat Khai menjeling siapakah manusia yang menelefon Anas itu. Lydia? Macam mana Anas boleh ada nombor Lydia. Errghh!! Hati Khai mula menjadi tidak keruan. Selesai sahaja Anas bercakap dengan Lydia dibalik corong telefon itu, Anas terus meminta dirinya. Khai memandangnya pelik. “Aikk? Asal ni?” soalnya hairan. “Bhaii, ada date dengan bakal isteri.” Seloroh Anas, lalu meminta dirinya untuk pulang. Khai mula membeliakkan matanya. Lydia.. Dia bakal.. What?? Takkan kowd.. 


TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 12  ni. And nantikan untuk Bab 13  pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T

Sepetang di Hari Selesa~

Assalamualaikum, semua..

Hari ni Eyka ada pergi ziarah seorang kawan lama Eyka ni. Miera nama dia. Dah lama tak jumpa dia. Sorry, sebab sabtu ni tak boleh nak datang kenduri kahwin akak ag. Sebagai ganti hari ni Eyka pergi bertandang ke rumahnya. Hik3, sempatlah juga borak-borak sikit dengan dia tanya khabar apa semua. Kesian, dia pun banyak kerja nak kena buat sebab kenduri buat dekat rumah mereka. Eyka selalu datang rumah dia waktu yang salah. Tak apalah, Eyka tunggu ag kahwin nanti. InshaAllah waktu tu Eyka jadi bridemaid awak yrw~ *kenyit mata* Lagipun, tadi mak dia sempat tanya dekat Eyka.. Miera ni dah berpunya ke. Kalau ada senang mak cik nak jodohkan cepat-cepat. Eyka hanya mampu tutup mulut dan ketawa.. Entahlah, mak cik! Hahahahak..

Kawan selamanya  Miera

 Oh yeah, waktu bersiap tu sempat Eyka try hadiah yang kawan Eyka bagi sempena hari jadi Eyka.. Walaupun, terlambat tapi Eyka hargai sangat-sangat.. Thanks, Yana!! Walaupun, orang kata tak seberapa tapi Eyka suka sangat!! Eyka ni kalau orang bagi barang seriusly macam take care sangat dengan barang tu. Cam sayang pula lepas ni nak pakai...


p/s: Maaf.. sesiapa yang masih lagi menunggu Janji Kita tu.. Harap maaf dan setia menunggu. Eyka tengah nak touch up.. touch up cari idea.. Kasi kedebaboOom walaupun tak kedebabOoom sangat.. 

Sunday, 20 December 2015

Kahwin & Cerai

Bilangan kes perceraian melibatkan pasangan Islam di negara ini berada pada tahap 10 hingga 15 peratus. Peratusan tersebut dianggap tinggi, biarpun masih terkawal. Walaupun begitu, timbul persoalan, adakah kahwin, dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Islam amat menggalakkan perkahwinan yang menyempurnakan keperluan tabii manusia yang memerlukan pasangan hidup. Manakala perceraian pula satu perkara halal yang paling dibenci. Perceraian berpunca kegagalan suami isteri melayari kehidupan berumah tangga seperti mana diharapkan.

Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung perasaan malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya. Malah, perceraian dianggap sesuatu yang `salah' dalam masyarakat. Sebab itu, pasangan suami isteri akan cuba sedaya mungkin mengelak daripada berlaku perceraian. Masalah dalam rumah tangga cuba diselesaikan secara bertolak ansur dan bijaksana. Keluarga akan campur tangan mendamaikan pasangan bermasalah agar tidak berakhir dengan perceraian.

Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu. Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak. Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.

Atas alasan itulah mengapa duda, lebih-lebih lagi janda sentiasa dipandang serong. Keluarga akan cuba menghalang anak teruna mengahwini janda. Pengalaman buruk janda itu tidak mahu berulang pula kepada anak teruna yang belum pernah mengalami pengalaman hidup berumah tangga. Manakala duda pula akan disiasat lebih teliti terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkahwin dengan anak dara. Manalah tahu punca perceraian dahulu disebabkan sikap tidak baik duda itu. Sikap itu mungkin akan berulang bila berkahwin baru dan isterinya bakal menanggung nasib yang sama.

Senario itu berlaku pada suatu masa dahulu. Tetapi, nampaknya kes kahwin dan cerai seperti ini  sudah seperti satu budaya dalam masyarakat kini. Pasangan yang bercerai tidak lagi menanggung perasaan malu. Sikap ego pasangan dikenal pasti mengapa mudah berlaku perceraian dalam masyarakat sekarang. Jika ada masalah dalam rumah tangga, masing-masing tidak `takut' untuk bercerai. Si suami merasakan dia tidak menghadapi masalah untuk mencari pasangan baru. Mereka boleh mendapatkan isteri baru di kalangan anak dara yang lebih baik. Begitu juga dengan si isteri yang mengambil pendekatan tidak kisah jika selepas itu dia tidak bertemu jodoh lagi. Bahkan ramai berpegang kepada prinsip perceraian bukan penamat kehidupan. Malah ada yang lebih optimis mengatakan perceraian adalah permulaan untuk berubah mencapai yang lebih baik. Memang pemikiran itu amat liberal dan keterlaluan bagi budaya masyarakat kita.

Sekarang ini ramai wanita yang mempunyai kerjaya yang baik. Mereka tidak lagi bergantung kepada lelaki untuk menyara hidup selepas perceraian. Bahkan, banyak hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri yang mampu menyara sepenuhnya perbelanjaan, walaupun tanpa bantuan daripada bekas suami. Golongan yang memperjuangkan kepentingan wanita pula seakan-akan berjuang mempermudahkan soal perceraian. Kalau boleh, setiap permohonan cerai yang dikemukakan oleh si isteri perlu diluluskan segera.

Banyak forum dan seminar yang membincangkan mengenai keadilan bagi si isteri merumuskan agar proses permohonan cerai dipermudahkan. Mahkamah Syariah dikatakan gagal melaksanakan tugas jika melambat-lambatkan proses perceraian. Mereka bukannya berjuang untuk mempertahankan isteri daripada dijatuhkan talak. Mereka seolah-olah bangga berstatus ibu tunggal. Sekarang masyarakat jarang menggunakan perkataan janda bagi wanita yang bercerai hidup atau balu bagi bercerai mati. Lainlah jika mereka bercerai tanpa mempunyai anak.

Biasanya masyarakat mudah simpati dengan gelaran ibu tunggal. Terdapat Persatuan Ibu Tunggal peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Aktiviti persatuan mendapat sokongan masyarakat setempat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri. Ada ruangan khas dalam majalah atau akhbar yang memfokuskan mengenai ibu tunggal yang berjaya. Memang benar ramai ibu tunggal berjaya meneruskan hidup dengan sempurna bersama anak-anak. Malah ada yang menikmati kehidupan lebih berjaya selepas bergelar ibu tunggal. Ibu tunggal biasanya berusaha lebih gigih dan menggunakan sepenuhnya peluang bebas kongkongan daripada suami untuk berjaya. Mereka ingin memastikan nasib anak-anak tidak terabai. Malah ramai yang ingin membuktikan kepada bekas suami bahawa mereka boleh berdikari dan kebahagiaan hidup bukan bergantung kepada lelaki.

Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar. Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.


p/s: Bagi Eyka.. walauapapun yang terjadi selagi boleh selamatkan perkahwinan tu selamatkanlah ia.. Ingat bukan kita sahaja yang akan menanggungnya kelak. Anak-anak juga akan berasa tertekan, keluarga dan sebagainya. Tambah-tambah, anak itu masih lagi kecil dan keliru. Selagi boleh bawa berbincang.. Berbincanglah ia dengan baik..! Jangan hancurkan sesuatu itu dengan mengikut hawa nafsu. Mungkin suatu hari nanti kita akan menyesal dengan apa yang kita lakukan. Banyak-banyaklah berdoa. *sad sad* ~ Maaf kalau yrw ada kaitan dengan anda. Eyka tak berniat pun hanya sekadar peringatan.. dan nasihat.. 

 
Images by Freepik