Eyka Blog: | The Precious One | - Part 9

Tuesday, 18 October 2016

| The Precious One | - Part 9




Part 9
"Rangga"
♦♦♦
-Rangga POV-
“Rangga, boleh ibu bicara sesuatu sama kamu?” soal Puan Fatimah, takut-takut. Rangga mengerutkan wajahnya. Dah kenapa ibu dia ni. Nak soal pun minta kebenaran dia. Rangga mengangguk. “Ibu teringin nak melawat Puan Ross dengan keluarga dia dekat sana. Kitakan dah ada kemampuan semenjak kamu jadi dokter ni.” Pinta Puan Fatimah. Rangga diam. Tapi itu tak bermakna dia tak dengar apa yang Puan Fatimah katakan.
“Rangga kamu rasa bisa ngak? Nanti kamu udah mahu kahwin. Jadi ibu tak mahulah repot (susah) kan kamu.” Jelas Puan Fatimah lagi. “Tak tahulah bu.. nanti Rangga cuba cakap dengan bapanya Stella Dr Rahman. Kalau dia izinkan Rangga bercuti bolehlah kita pergi.” Jawab Rangga. Puan Fatimah mengangguk pasrah. Dia betul-betul nak rasa terbang ke negara orang. Bila lagikan. Tumpang ada saudara dekat sana senanglah nak bawa jalan.
SKIP
“Alaa, bucuk.. bucuk..” sedang leka Puan Ross melayan cucunya itu didengarnya suara Ariana dan Arian yang baru pulang.
“Rafiq!!” pantas diterpanya pada budak kecik itu. Puan Ross pantas menampar lembut badan anak gadisnya itu. “Apa ma ni?!?” ngadu Ariana. “Sebelum kamu nak gomoii Rafiq ni. Pergi mandi dulu!! Busuk, daki tahu tak!!” Arian pantas mentertawakan kembarnya itu. Besar panjang pun masih kena marah lagi dengan emak mereka tu. Ariana mencebik.
“Bye, Rafiq!! Akak Riana naik dulu yrw.” Beritahu Ariana. Macamlah budak tu faham. Baru berapa bulan tahu tak. “Hoi, mak cik okay!! Mak cik! Bukan akak!!” sindir Arian. “Hey! Kau diam!! Kau tu pokcik!!” Puan Ross menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah dua orang kembar tu. Pening dia!!
SKIP
-Puan Ross POV-
“Dengar kata kalau jadi datang, datanglah mereka tu ke sini.” Beritahu Puan Ross sambil menuangkan kopi panas pada suaminya itu. Perlahan-lahan, Encik Lufis menghirupnya. “Yrw ke? Baguslah tu. Suruh mereka tidur sini. Rumah ni pun banyak bilik-bilik kosong. Tak payah nak suruh dia orang tidur hotel.” Pesan Encik Lufis. Puan Ross tersenyum dan mengangguk.
“Ma, siapa yang nak datang tu?” soal Ariasya yang menerpa ke ruang dapur itu.
“Ah, tak siapalah. Kawan mama saja..” dalih Puan Ross. Ariasya mengangguk lalu kembali ke hadapan setelah meneguk air masak yang dituangnya.
“Kenapa kamu tak bagi tahu Riasya?” soal Encik Lufis hairan. “Saya nak bagi kejutan sikit dekat anak-anak kita tu.” Jelas Puan Ross. Encik Lufis mengangguk. “Bagus juga cadangan kamu tu!!”
SKIP
“Hoi, Riasya.. kau ni dah kenapa? Termenung saja.” tegur Ariana lalu duduk disebelah adik bongsunya itu. Drama dihadapan mata langsung tak menarik hati untuk ditonton jadi lebih baik dia bergosip dengan akaknya. “Akak, mama tu macam ada simpan rahsia dari kitalah.” Teka Ariasya mengikut firasat hatinya. Ariana memandangnya pelik. “Yah, kalau mama ada simpan rahsia sekalipun kenapa? Kalau dia nak berahsia itu hak dia. Setiap orang ada privasi dia. Tiba masanya dia akan bagi tahu juga kalau dia nak bagi tahu. Betul tak?” bebel Ariana panjang lebar.
Ariasya mencebik. Bukan jawapan yang sebegitu dia nak dengar.
“Heloo, betul ke ni. Ah! Tak sabarnya rasa. Bila tu?!? Ooo, okay.. okay.. time you time.. Haha..” dari jauh dua beradik itu mula memandang mama mereka penuh curiga. Siapakah? Mengapakah? Bilakah?
Pantas mereka berlari naik keatas bilik Ariana.

Mom, look weird--!!” ujar Ariasya. Dengan penuh gaya seperti detektif conan dia memegang bawah dagunya dan berfikir.
“Entah-entahkan, mama nak bawa rombongan kahwin untuk akak!!” hampir saja Ariana mencarut “What---!!! The.. Fish!!” dia pantas menggeleng. Seluruh otaknya tiba-tiba tak dapat berfungsi.
“No way!! Walauapapun yang terjadi I’m still young and virgin.” Angguknya. Ariasya mula ketawa sinis. Kelakar benar melihat akaknya yang sedang menggelabah teruk itu. Sebenarnya dia sengaja teka macam tu. Tak sangka akak dia ni over terlebih.
Tok! Tok! Tiba-tiba, pintu itu dibuka. Kelihatan Puan Ross datang menjengah.
“Ma..” serentak mereka berdua.
“Kamu berdua buat apa dekat sini! Meh, tolong mama kemas rumah.” Ariana dan Ariasya mula merungut. Ah, inilah paling malas sekali mereka nak buat. Typical perempuan zaman sekarang. Tak macam dulu rajin buat kerja rumah. Hihihi ^^
TBC
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik