Part 10
"Dia atau
Bayangan"
♦♦♦
♦♦♦
Ariana mula tak senang
duduk. Pagi tadi dalam pukul 11, mama dengan ayahnya suruh mereka semua
bersiap-siap dan memastikan rumah mereka kemas dan teratur sementara mereka
berdua nak keluar kejap. Semua orang mula aneh semacam. Ariana pula tak senang
duduk. Kejap-kejap dibebelnya seorang diri. Habis Rafiq juga mula merengek
disebabkan bebelan Ariana itu.
“Uweekk…” Sarah iaitu
isteri kepada abang sulungnya Aris, mula medodoikan anaknya agar kembali
tenang. Aris juga agak kelam kabut menyedaikan susu untuk anaknya itu. “Kamu ni
Riana.. boleh tak jangan nak bermundar mandir dekat ruang tamu ni. Rafiq pening
tengok kamu tu!” ngomel Aris. Ariana mula tersenyum mengejek. Dijelirnya lidah
tanda menyampah. Aris menggeleng lalu kembali mendapatkan isterinya dan anaknya.
“Yrwlah, dalam rumah ni
semua dah tak sayangkan Riana. Riana bakal dikahwinkan sebentar lagi dengan
orang yang tak dikenali.” Omelnya dengan tangisan dipura-purakan. Arian
menggeleng-geleng kepalanya. “Yah--! Kau ni gegeh jew. Mana kau dengar cerita merapu
ni?” soal Arian. Ariana pantas menunding jarinya kearah Ariasya yang sudah
separuh menutup mukanya dengan bantal bentuk 4 segi yang diletakkan di sofa
ruang tamu rumah mereka.
“Riasya betul ke apa yang
dikatakan oleh Riana tu?” soal Sarah, isteri Aris. Ariasya pantas mengangkat
kedua belah tangannya tanda berserah. “Riasya tak tahu. Riasya cuma teka saja.
Akak Riana yang melebih-lebih.” Jelasnya. Mereka pantas memandangnya tajam.
Ops! Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Ariasya tu. Pantas ditayangnya
senyuman yang ala-ala minta simpati dan maaf.
Rafiq tiba-tiba tertawa
membuatkan mereka geli hati melihat si anak kecil itu. “Apalah Rafiq.. Auntie
kamu suka buat kecoh.” Beritahu Aris pada anaknya itu.
“Yah-!! Akak.. bukan
auntie!” ingatkan Ariana. Mereka semua ketawa mengekek. Perrhh! Perasan muda
peah ni!!
SKIP
-Puan Ross POV-
“Bang! Cuba angkat
tinggi-tinggi sikit banner tu. Bagi orang perasan sikit.” Suruh Puan Ross.
Encik Lufis sudah malu habis dengan suruhan isterinya itu. Aduih, takkanlah
mereka tu tak cam mereka. Nak kena tulis dekat atas kertas A4 dan tayang
tinggi-tinggi macam ni depan pintu airport. Dia bukan tourist guide. Malu habis
dah bila orang tegur dia tadi.
“Excuse me, did you our
tourist guide?” OMJ~! Encik Lufis hanya mampu menggeleng saja.
“Ross!!” laung Puan
Fatimah. Puan Ross pantas menarik tangan suaminya untuk mendekati mereka. Ah,
sudah bertahun mereka tidak ketemu. Akhirnya, dapat juga dia merasa memijak
tanah orang lain.
“Wah! Udah gedek semuanya.
Rangga dengar cerita kamu udah jadi dokter yah sekarang.” Rangga mengangguk.
“Rezza kamu juga apa kurangnya. Still study lagi?”
“Ya, om.. jurusan arkitek!”
beritahu Rezza.
“Nabila pun udah gedek.
Udah jadi anak dara gitu.” Puji Puan Ross.
“Okay, semua! Daripada kita
borak dekat sini. Baik kita balik sekarang. Rangga pasti kangen banyak pada
Ariana.” Tegur Encik Lufis. Rindu! Ah, sudah lama dia tidak melihat wajah
wanita itu. Ariana juga sudah jarang ‘online’ dan profile picture –nya juga
telah ditukar menjadi default. Gambar-gambar yang lama turut telah dibuangnya.
Perit juga hati ni!
Rangga!! Ingat!! Kau dah
ada Stella!! Bisik suara satu lagi. Hampir dia terlupa lagi akan tunangnya itu,
Stella. Walaupun dia tidak menyimpan apa-apa perasaan pada gadis itu. Dia tetap
teguh dengan janjinya. Iaitu takkan sesekali melukainya. Biarlah dia yang
tanggung rasa sakit itu.
SKIP
“Siapa!! Siapa!!” ngomel
Ariana.
Ah! Sudah lagi tak senang
punggung Ariana dibuatnya apabila mereka mendapat panggilan dari mama dan ayah
mereka tadi. Katanya suruh panaskan lauk dan hidang diatas meja makan
siap-siap. Bilik tamu jangan lupa kemas!
“Hey! Kau kalau nak
mengelat sekurang-kurangnya pergi jaga Rafiq dekat depan tu.” Bebel Ariasya.
Ting! Tong!
Bergegar jantung mereka
mendengar bunyi loceng itu. “Abang.. tolong tengokkan kejap! Mama dengan ayah
ke tu..” laung Sarah, isterinya. Aris pantas membukakan pintu. Alangkah,
terkejutnya dia melihat tetamu yang hadir.
“RANGGA!! REZZA!! NABILA!!
BU TIMAH!!” jerit Aris kegembiraan. Mereka semua pantas menerpa. Ditinggalkan
habis apa yang dikerjakan mereka tadi. Suasana bertukar menjadi hiruk pikuk.
Suara Rafiq juga turut kedengaran kerana terkejut punya pasal. Sebaik mereka ke
hadapan, masih tercegat lagi Ariana dan Rangga dihadapan pintu. Keduanya
kelihatan kekok. Ariana waktu itu hanya mampu mengetap bibir dan memandang
lantai.
Ah! Lelaki itu sudah
berubah. Bertambah matang dan kacak. Tiba-tiba, matanya jatuh ke arah jari
manis milik Rangga. Cincin?
Dub.. Dab.. Zapppp!
Pedih! Serius pedih..
walaupun dia tak tahu kenapa?!
“Riana..” tegur Arian yang
sedar akan perubahan wajah Ariana itu. Ariana yang menyedarinya pantas berlalu
kehadapan. Sungguh apakah semuanya ni!! Fikirnya, dia takkan rasa apa-apa bila
melihat lelaki itu. Parah! Ini sudah parah.
“Cuti berapa hari ni?” soal
Aris.
“Sebulan…” jawab Rezza bagi
pihak mereka. “Wah--!! Ni percutian yang lagi dahsyat ni. Boleh pula dokter
bawa korang cuti lelama..” tegur Encik Lufis tak percaya. “Kami tengah cuti sem
om. Abang Rangga ngak apa-apa. Kayaknya udah dapat green light dari bapa
mentuanya.” Sampuk Nabila.
Bapa mentua?!
“Ehh, Rangga dah kahwin ke?
Tak beritahu kami pun..” rajuk Puan Ross.
“Taklah.. baru bertunang
auntie.” Pantas saja Rangga menjawabnya. Ariana terasa sedikit lega. Baru
bertunang mungkin ada harapan! EH, apa ni Ariana!!
“Siapa gadis si cantik
manis dengan anak kecil ni?” kini mata mereka tertumpa pada Rafiq dan Sarah
yang sejak dari tadi dipinggirkan. “Ehh, lupa pula!! Ni isteri saya, Sarah dan
ini hero kecik saya Rafiq.. Sorry sayang! Abang lost in space tadi.” Pujuk
Aris. Sarah sedikit muncung lalu disengajanya, dia mencubit peha suaminya itu
sekuat hati. Mereka semua tertawa melihat Aris meraung kesakitan.
“Ma.. tengok menantu mama
tu.” Adu Aris.
“Eh, mama dah lama
perhatikan dia. Salah kamu yang abaikan dia Aris..” hah, ambik kau kena
selonggok dengan mama mereka.
TBC