Part 11
"Gila
Bayang"
♦♦♦
♦♦♦
-Ariana POV-
Semuanya terasa
bagaikan mimpi. Pagi ni bangun dia tiba-tiba saja terserempak dengan Rangga dihadapan
pintu biliknya. Entah kenapa dia pantas kembali masuk kedalam bilik. Cuba
mencerna setiap apa yang berlaku. Ooo, semalam lelaki tu baru sampai dekat
sini. Lepas tu, mereka datang sebab bercuti selama sebulan. Entah kenapa, mama
sengaja pilih bilik Rangga berhadapan dengan dia. Padahal, banyak lagi bilik
tamu lain. Ergh! So, annoying. Ariana menghela nafas panjang.
Tok! Tok!
Perlahan-lahan dia merasakan ada seseorang yang mengetuk pintu biliknya. Ah!
Semakin gelabah Ariana dibuatnya.
“Bilik.. kemas..”
kelam kabut dia menyusun baju-baju yang berteraburan diatas lantai.
Kertas-kertas yang dironyoknya malam semalam. Design baju punya pasal.
Dikutipnya kain perca yang bersepah sana sini. Pokoknya, dia tak mahu Rangga
tengok biliknya yang sesepah ni. Kang! Dia tak mahu buat bini pula. Setelah
selesai, pintu itu dikuak sedikit.
“Oii, mama
panggil makan.” Ariana memandang wajah Arisya tu kecik, besar, kecik, besar.
Fikirnya, tadi Rangga yang mengetuk pintu bilik dia. “Yrwlah!! Hisy!” Ariana
dengan mood yang spoil keluar dari biliknya. Apalah! Buat penat dia kemas semua
bilik dia. Rupanya Ariasya.
-Rangga POV-
Rangga mula
ketawa mengekek sebaik melihat kelibat Ariana yang baru turun. “Bang Rangga kok
ketawa seseorang?” tegur Nabila, adiknya. Rangga pantas kembali pada wajah
asalnya. “Ngak ada apa-apa. Kamu budak kecik jangan sibuk.” Nabila mencemik.
Kecik dipanggil dia.
Ahh! Sebenar
dia.. yang mula-mula ketuk pintu bilik Ariana tadi. Didengarnya gadis itu
sedang sibuk mengemas biliknya. Gelabah tak tentu pasal. Tapi tiba-tiba saja
Ariasya datang mengejutkan dia. “Bang Rangga buat apa tu? Skodeng kak Riana
ke..” sindir Ariasya. Rangga pantas menoleh. Muka dia serius gelabah waktu tu.
“Ehh, Riasya. Mana ada!” jawabnya pantas. “Haha, kalau macam tu. Auntie panggil
semua turun makan.” Suruhnya. Rangga mengangguk. Lalu dengan lajunya dia
mengorak langkah menuruni anak tangga. Mujur tak tergolek, kalau tak hilang
macho dia. Kikiki ^^
-Ariana POV-
“Akak, akak
perasan tak sejak dari tadi abang Rangga asyik pandang akak.” Bisik Ariasya.
Ariana mengerutkan wajahnya. Rangga pandang dia. Tak mungkin kowd. Adik bongsu
dia tu buta ke apa?! “Hisy! Betul.. tadi waktu Riasya nak panggil akak makan.
Rangga dari tadi dok berdiri dihadapan pintu bilik akak sambil ketuk pintu.” Merona
pipi milik Ariana ketika itu. Betul ke Rangga yang ketuk pintu bilik dia tadi.
Ke adik dia ni nak pekena dia!
Ariasya ni
bukan boleh! Kuat pekena orang juga.
“Sudahlah!
Jangan kau nak pekena aku lagi. Makan!” disumbatnya ayam goreng itu ke dalam
mulut Ariasya. “Hoi.. hoi.. dah kenapa dua beradik ni?! Tertib sikit.” Ah! Tak
pasal-pasal kena tegur dengan Puan Ross. Malu! Tutup muka, pandang nasi aje.
SKIP
-Camelia POV-
Walaupun kita
terpisah dek kerana lautan selat melaka. Jangan kau risau! Sanggupku redah
walaupun lautan bergelora. Demi cintamu.. demi cintamu.. sayang.. dengan penuh
emosi dan syahdu, Saufi melakonkan wakta sebagai seorang Romeo melayu. Kihkih..
^^ apakah ini?
Camellia yang
melakokan wakta Juliet pantas masuk kedalam pentas itu. “Jangan kau bermain
dengan kata-katamu Romeo.. sedangkan takdir sendiri ingin memisahkan kita.
Inikan pula engkau mahu redah lautan selat Melaka demiku. Sudahlah Romeo..”
jelas Camelia, kemudian menoleh kebelakang.
“C.U.T~!!”
jerit Prof Chul dengan penuh rasa teruja dan bangga. Tepukkan gemuruh yang
diberikan oleh pelajar-pelajar teater yang lain juga telah membuktikan yang
lakonan mereka ini sangatlah mantap sehingga tahap gunung kinabalu. Camellia
sudah tersenyum bangga mendengar pujian dari Prof Chul. Sementara itu, Cika,
Abel dan Daniel mencebik tanda menyampah.
“Ahh, apalah
sangat Si Camelia tu nak dibandingkan dengan aku?!? Aku ni lagi tere lah.
Setakat wakta Juliet.. puihh~ memang low kelas.” Sindirnya. “Kan.. kan.. kan..”
sokong Abel, temannya. “Si Saufi tu pun aku rasa tak layak berlakon jadi wakta
Romeo. Tak ada rupa langsung.” Tambah Daniel. Cika dan Abel pantas menoleh
memandang kearah Daniel panas! “How dare you kutuk Saufi kita orang?! He’s
different from other person in this class, okay!” Daniel berasa menyampah pula
dengar pujian Cika tu. Saufi.. Saufi.. apa dia buta kedudukan dia disamping dia
selama ni?
SKIP
*Slurppp*
Dari tadi
kedua-dua gadis itu hanya mendiamkan diri. Fokus dengan kerja masing-masing.
Sampailah mereka terlihat kelibat Camelia yang berlari-lari anak ke arah
mereka. Ahh! Kawan-kawan dia ni memang sesuai masuk marathon suatu hari nanti.
Ariana mula menongkatkan dagunya. Menunggu Camelia menarik nafas untuk
berbicara.
“Aww! Guees
what?” suruh Camelia.
“Kau berjaya
turunkan berat badan kau?!” teka Lydia. Ariana mula ketawa mengekek. Maybe!
Camellia mula
mengherotkan bibirnya sedikit. “Hahaha.. It not something funny okay! Bukan
tu!! Tapi.. aku.. aku.. dapat pegang wakta Juliet untuk persembahan yang akan
datang!! Ahhh!!!” mereka pantas menutup lubang telinga masing-masing. Tak betah
lagi nak dengar jeritan kegembiraan Camelia yang boleh pecahkan semua cermin
tingkap yang ada.
“Okaylah tu..”
jawab Ariana pantas. Camellia memuncungkan bibirnya macam kartun ‘donald duck’
tu. “Tu je respon korang! Argh, bencilah kalau macam tu!” rajuknya. “Yrwlah..
kami tahu kau tu memang hebat. Jadi petik jari saja kalau kau nak dapat wakta
Juliet tu.” Tambah Lydia. Camellia mengangguk lemah. Hisy! Penat dia lari ke
situ.
“Excuse me..
Ariana ke tu?” sapa suara itu. Lydia dan Camelia sedikit terkejut dengan kehadiran
lelaki itu dihadapan mata mereka.
“Tristan..”
nama itu tanpa diketahui terpacul dari mulutnya.
SKIP
Di gelanggang
basketball kampus mereka. Ariana sengaja pilih tempat itu sebab dia tahu
gelanggang tu jarang sekali orang nak pakai. Lagipun team basketball sekarang
ada game dekat Jepun. So, gelanggang ni sunyi sikit sebab mereka tak ada. Kalau
tak penuh awek-awek tepi gelanggang ni bersorak untuk pakwe mereka. Ewww!!
Ariana kini
melabuhkan punggungnya pada kerusi tingkat-tingkat yang ada pada gelanggang
itu. Dipilihnya tempat duduk paling atas supaya menyenangkannya untuk melihat
kalau ada orang yang datang.
“How are you,
Tristan?” soal Ariana berbasa basi. Tristan tersenyum lebar. Kedua belah
tangannya dibuka luas (gaya ala pelakon titanic tu buat). “I’m famous now!!”
Ariana mengangguk dan tersengih. “Well, orang famous macam awak tak boleh nak
bergaul dengan saya. Tahu dak!” beritahu Ariana. “Why?” Tristan terasa sedikit
terguris. “Sebab saya tak suka nak ada masalah. Tambah pula, awak tu penyanyi.
Ramai orang kenal. Ramai wartawan nak tahu kisah hidup awak. Tapi yang pasti
bukan tentang nyanyian awak. Kisah lain.. yang lebih HOT & SENSASI.”
Omelnya.
“Yup! Itu yang
saya rasa menyesal sikit sekarang ni. I lost my privacy because to catch my own
dream. Huh..” keluhnya. Entah kenapa Ariana perlahan-lahan mengusap belakang
lelaki itu tanda kasihan. “Do what you want, Tristan. I know you can do it.”
Sokong Ariana. Jantung Tristan tiba-tiba terasa lega. Ah! Rindu benar dia
dengan gadis itu. Tak sia-sia dia datang ke kolej ni. Niat dia semata-mata nak
jumpa Ariana.
*Click* tak
mereka duga ada mata yang sedang memerhatikan mereka.
“Ms Anya saya
ada cerita bagus untuk kamu!” cakap orang itu dicorong telefon sambil tersenyum
sinis.
SKIP
Ariana berasa
tidak sedap hati. Kejap, kejap kakinya melangkah masuk kedalam rumah.
Kejap-kejap keluar balik. Hey! Dia dah kenapa?! “Hoi, tak nak masuk ke?” tegur
Arian dibelakangnya.
“Kejaplah! Buta
ke aku tengah buka kasut aku!” marah Ariana sengaja. “Ehh, aku yang kena marah
pula? Aku tegur jew pun. Mungkin period agaknya! Girls with emotion~ So,
frustrated!” bebel Arian.
TBC