Part 14
"Aku cuba
sembunyikannya"
♦♦♦
♦♦♦
Ariana mula
memeluk tubuh yang kian terasa dingin. Dibiarkan saja angin malam itu
menyejukkan hatinya yang terasa bergelora di kala itu. Didongak keatas
memandang langit. “Hah, mana perginya bintang?” sebutnya sendiri.
“Saya disini..”
hampir saja dia melatah. Rangga kini turut sama menyertainya diberanda itu.
Ariana kembali mendongak. Kalau boleh dia tak mahu Rangga ada disitu. Melihat
dirinya yang lemah akibat menangis siang tadi. Matanya boleh dikatakan jelaslah
juga nak bengkak. Puan Ross ada menanyakannya kenapa. Mujur ada Arian yang
tolong back up. Di katanya stress pasal assignment. “Awak okay?” soal Rangga
saja. Ariana menghela nafas panjang. Mana mungkin dia rasa okay.
Tiba-tiba,
tubuh badannya diraih kedalam dakapan milik lelaki itu. Ariana merasakan ia
hangat, aman dan rasa selamat. Apakah ini? Hatinya yang rasa bergelora semakin
lama semakin pudar. Ah! Mungkin ini kuasa pelukkan. Orang kata ‘we need just
one hug to solve the problem in our heart’. Rangga perlahan-lahan mengusap
lembut rambut Ariana. “Riana.. Rangga tahu Riana seorang yang kuat, tidak mudah
putus asa dan sukar menitiskan air matanya tanpa sebab. Tapi kenapa Riana yang
Rangga lihat sekarang sedang menangis.” Tersendu-sendu Ariana dikala itu.
Kenapa? Adakah
dia nangis sebab kesnya dikampus atau Rangga yang sedang memeluknya? Dia rasa
buntu. Perlahan-lahan Rangga melepaskan pelukkan itu dan merenung tepat kedalam
anak mata milik Ariana. Air mata yang mengalir disekanya. “Malam esok teman
Rangga pergi fun fair nak? Just the two of us..” Ariana pantas merenungnya.
Wah! Rasa macam separuh tak percaya saja.
SKIP
Ariana mula
menunjukkan muka protes. Ini tak adil!! Semua orang sibuk saja nak ikut.
>>
Flashback berapa minit yang lalu sebelum nak keluar <<
Perlahan-lahan
Ariana menuruni anak tangga itu agar tidak diketahui oleh sesiapa. Tapi sebaik
dia turun semua orang kelihatan berpakaian cantik seolah-olah ingin keluar
saja. “Ehh, Riasya! Korang nak pergi mana?” soal Ariana, pelik. “Fun Fair lah.
Bukan kau dengan Rangga nak pergi fun fair ke?” La sudah! Ariana pantas pergi
mendapatkan Rangga.
“Kamu kata mahu
pergi berdua saja? Ini apaan si..!!” bebel Ariana sedikit tak puas hati.
“Err, memang
saya ajak awak pergi berdua saja. Tapi tadi dia orang siap gesa dan ugut saya
lagi. Kalau saya tak beritahu mereka. Puan Fatimah, Rezza dengan Nabila
dilarang balik ke Indon semula.” Ariana menepuk dahinya. What?!? Apakah ini?!?
>>
Flashback End <<
“Okay, semua
let’s go!!” ajak Encik Lufis penuh semangat.
SKIP
Tiba saja di
tapak fun fair itu semua orang kelihatan teruja. “Yang besar-besar..
tengok-tengok sama adik-adik tu.” Pesan Encik Lufis. Semua orang mencebik.
“Ayah.. kami semua dah besarlah.” Sampuk Ariasya. Encik Lufis pantas menggaru
kepalanya. Ah! Lupa pula dia. Cepatnya masa berlalu. Kalau dulu datang tempat
yang macam ni. Disuruhnya mereka mengenggam tangan antara satu sama lain. Bukan
boleh harap. Sekarang ni banyak kes culiklah, bunuhlah. Hisy, ngerilah zaman
sekarang ni.
“Ayah pesan
saja.. apa-apa nanti call kalau sesat.” Tambahnya lagi.
Rangga
perlahan-lahan mendekati Ariana dan memegang tangannya.
“Shhh..”
diletakkannya jari telunjuknya dibibir tanda suruh diam. Perlahan-lahan mereka
menyelinap dari situ.
“Ayah!! Mana
kak Riana dengan abang Rangga?!?” kalut saja Ariasya menyoal mereka. “Kamu
jangan sibuk dik.. mereka tu dah besar tahap boleh menikah dah.” sampuk Arian.
Ariasya buat muka menyampah. Ah, untunglah! Boleh bersweet-sweet. Kini,
masing-masing mula berpisah.
SKIP
Ariana bagaikan
rasa tak percaya. Omo~! Ditahannya wajahnya yang merah ketika itu. Boleh pula
Rangga menculiknya dari mendengar sesi taklimat ayahnya tadi. Akhirnya larian
mereka dihentikan. Rangga mula mengalihkan pandangannya memandang Ariana yang
seolah-olah kelihatan teruja sekarang. “Jom! Permainan apa yang awak nak naik
dulu?” soal Rangga.
Ariana kembali
tersedar ke alam nyata. Hampir dia terlupa. Kalau datang fun fair kenalah main
game yang ada dekat fun fair kan. Takkanlah nak buat bodoh saja. Dia sendiri
buntu. Ah! Mana satu yrw nak naik.
“Riana.. ayuh
kita main langgar-langgar kereta tu.” Cadang Rangga. Riana menganguk.
*Bang! Bang!*
dilanggarnya mereka sepuas hati.
-Stella POV-
“Papa..
kayaknya Rangga buat apa yah disana? Kenapa Papa kasi dia cuti banyak sangat?” ujar
Stella sedih. “Tak apalah Stella. Lagipun papa tengok Rangga tu rajin budaknya.
Kadang-kadang sanggup gadaikan masanya untuk rawat patient yang ada.” Stella
mengeluh. Rangga sama saja macam papanya. Tak habis-habis kerja.. kerja..
kerja..
“Udahlah,
Stella.. Rangga kata lepas dia balik dari bercuti ni dia janji nak bincang
pasal tarikh pernikahan kamu berdua.” Ah! Lagi riang gembiralah Stella rasa.
“Betul ka Papa!! Ah, tak sabarnya rasa!!” jerit Stella.
SKIP
Berpinar-pinar
mata Ariana sebaik turun dari menaiki roller coaster sebentar tadi. “Awak
okay?” soal Rangga, khuatir. Ariana mengangguk. Ceh, padahal rasa macam nak
termuntah jew sekarang. Kenapalah dia gila sangat bersetuju nak naik semua tu
sebab Rangga? Kalau Arian atau Ariasya ajak dia naik mana dia nak naik. Dia
kata dia sanggup tunggu dekat bawah semata-mata nak naik benda bodoh tu.
Berpusing sana, berpusing sini. Gila!! ><’
Rangga kemudian
menarik Ariana untuk duduk dahulu dikerusi yang disediakan di sekitar funfair
itu. “Tunggu sini yrw..” pesan Rangga. Ariana sekadar mengangguk. Kaki dah tak
mampu nak jalan ke mana-mana. Longgar habis skru!
Berapa minit
kemudian, Rangga hadir dengan membawa dua botol air mineral dan beberapa snek
untuk dimakan. Ariana tersenyum sengih. Rasa macam princess pula. Siap tolong
buka penutup botol lagi. Ariana tersipu malu menerima pelawaan Rangga itu.
Namun diteguknya juga airnya. Tekak dia benar-benar dari kering kontang disaat
ini. Hurh! Menjerit punya pasal. “Lepas ni nak pergi mana pula?” soal Rangga.
Ariana melilau-lilau keadaan sekeliling fun fair itu. Hmm, apa lagi erk?
Fikirnya.
Kini matanya
berhenti pada roda ferris yang sedang berpusing cantik di fun fair itu. Ariana
menunding ke arah objek itu. “Tu!! Kita tak naik lagikan..” ujar Ariana. Rangga
mengangguk.
SKIP
“Berapa?” soal
Ariana pada penjual tiket roda ferris itu. “Hmm, disebabkan korang couple kami
bagi diskaun 5%. RM10 untuk seorang. Ariana mengangguk lalu mengeluarkan
duitnya. “Eh, enggak apa-apa biar saya yang bayarkan..” Ariana pantas menolak.
“Tak apa my turn pula!” berkerut-kerut penjual tiket itu memandang kearah
mereka. Ah! Tak perlulah nak buat sweet depan aku. Tahulah I single, bisik hati
penjual itu.
Kini roda
ferris itu mula berpusing perlahan-lahan selepas ia dipenuhi. Ariana mula
tersenyum teruja. Dari atas, dia dapat lihat seluruh bandar itu berserta tapak
fun fair itu. Cantik! Indah semuanya ada. Tak mampu nak gambarkan macam mana.
Matanya kembali
tertacap kearah Rangga yang duduk berhadapan dengannya. Tiba-tiba rasa kekok
pula. Yang Rangga ni kenapa dari tadi asyik dok pandang dia sambil tu
direnungnya cincin yang dipakai oleh Rangga itu. Ingin saja dia bertanya.
Siapakah gadis yang bertuah yang berjaya tambat hatinya itu?
*Ding!*
akhirnya roda ferris itu berhenti berpusing selama 5 minit. Sungguh bertuah
gerabak mereka berhenti ditengah-tengah pusingan. Kiranya paling atas sekali. Suasana
bertambah kekok. Mereka berdua hanya diam membisu.
“Arrk.. Errr..”
bila nak mula bicara dua-dua macam terkelu.
Ariana mula
ketawa. Rangga memandangnya pelik. “Funny kan..” ujarnya lalu mengetap bibirnya
kembali. “Apa yang funny?” soal Rangga hairan. “Awaklah… Tunang tak bagi tahu
siapa. Siapa? Siapa perempuan yang tak bertuah tu?” seloroh Ariana.
Rangga
tersenyum sengih. Ah~ dia sebenarnya malas nak cakap pasal hal tu. Tapi dah
ditanya, jawab sajalah. “Stella..” jawabnya. Ariana mengangguk. Sedap nama tu!
Mesti orangnya pun cantik. “Macam mana awak kenal dia?”
“Emm, kita
orang pernah study sama-sama sebagai dokter dulu. Lepas tu, waktu praktikal
sungguh tak sangka aku dengan dia dapat tempat yang sama iaitu Hospital papanya
Stella. Waktu tu, Stella mula tunjukkan sifat-sifat memberontak sebab cita-cita
dia yang asal bukannya nak jadi dokter. Akhirnya, dia minta tolong aku untuk
bicara sama papanya sebab papanya lebih percayakan aku daripada sesiapa.”
“Jadi kau
berjaya yakinkan papa dia?” sampuk Ariana.
Rangga mengangguk. “Tapi… Dengan syarat ada yang pantas untuk mengambil
alih hospital papanya suatu hari nanti.” Sambung Rangga lagi. Wajah Ariana mula
berkerut-kerut.
“Jadi.. kau
tunang dengan dia sebab nak tolong Stella kejar cita-cita dia??” teka Ariana,
terkejut. Rangga mengangguk. Ini tak adil! Wah!! Melampau! Kenapa Rangga
terlalu bodoh sangat. Siapa Stella ni bagi dia sampai nak tolong macam tu
sekali, hati Ariana sedikit terguris. Apakah?! Mengapakah?! “Tapi itu tak
bermakna kita orang tak saling mencintai. Dia kelihatan teruja sewaktu dapat
bertunang dengan saya.” Ariana menepuk dahinya. Ya! Mungkin boleh jadi Stella
tu sukakan dia, ikhlas. Tapi macam mana dengan Rangga sedikit.
Perlahan-lahan,
Ariana memegang kedua belah bahu Rangga. Ditenung lelaki itu lama. Rangga!!
Kenapa?!? Kenapa?! Jeritnya dalam hati.
*Ting!*
“Maaf, tapi
boleh tak bagi orang lain pula naik.” Tegur pekerja dekat roda ferris itu.
SKIP
Buingx6~ Muka
Ariana terasa panas. Ah! Macam mana mereka boleh terleka sampai tak sedar yang
pintu gerabak mereka dah terbuka luas. Keadaan menjadi silent.. entah apa lagi
yang nak dibicarakan sebaik turun dari permainan roda ferris itu. Tiba-tiba,
dia ternampak ‘carousel horse’ (kuda pusing-pusing tu). “Jom naik tu!!” ajak
Ariana.
Sewaktu mereka
sedang beratur, tiba-tiba Ariana mendapat satu pesanan ringkas dari Arian.
“Oii!! Lambat
lagi ke. Kita orang dah separuh nak mati tunggu merpati sejoli datang.” –Arian.
“Kejap!! Last
ride.. carousel..” –balas Ariana dengan emoji mata bulat minta simpati.
“Kau hutang aku
Ariana!!” –emoji berasap-asap.
“Next!!” laung
pekerja itu.
“Awak nak naik
kuda yang mana satu?” soal Rangga sambil tercari-cari kuda yang masih kosong.
Tiba-tiba mereka terlihat dua kuda yang masih kosong. Pantas diambilnya tempat
itu sebelum dicop oleh orang lain.
Ariana you can
do it, bisik hatinya. “Are you okay, Riana?” soal Rangga hairan.
“Rangga!! I
Love you..” jejaka itu terpana untuk sekian kalinya.
Masa
seolah-olah berhenti berputar dikala itu. Dunia terasa kosong. Hanya ada dia
dan Ariana disitu bersama kuda mainan yang ditungang mereka. “Did you just mean
it?” soal Rangga ingin kepastian. Ariana mengangguk. Disaat itu jantungnya
benar-benar bergerak laju. Dia masih waras! Jadi dia yakin dengan apa yang
diucapkannya sebentar tadi. Sudah tidak dipedulinya Rangga itu tunang siapa.
Baru tunang kay!!
Mana tahu nasib
dia. Kan.. kan.. kan.. orang kata jodoh orang tu tak menentu. Boleh berubah
ikut arah dan waktu.
TBC