Eyka Blog: | The Precious One | - Part 2

Monday, 17 October 2016

| The Precious One | - Part 2




Part 2
"Sakit tu disini"
♦♦♦
Tengah hari menjelang tiba. Enak sungguh sang puteri Ariana lena. Lega hatinya sebaik dapat makan maggi yang dimasak oleh Rangga semalam. Kalau tak boleh mati kebulur dia dibuatnya. Malu?!? Arrhh, lupa pasal hal tu. Tapi difikirkan balik, ada aku kisah. Ariana dengan bahagianya memeluk bantal panjang itu lebih erat. Serius tak rasa langsung waktu tengah hari sebab masih lagi rasa sejuk. Mungkin sebab rumah tu terletak diatas bukit dan tempat perkampungan. Itu pasal still rasa dingin.
“Riana.. bangunlah! Sampai bila kau nak tidur!” kejut Arian, kembarnya. Ariana merengek-renggek tak mahu bangun. Alah! Lantaklah!! Dekat rumah boleh pula dia tidur lama-lama. “Cepatlah!! Kita datang sini nak pergi jejalan. Bukan nak tidur 24 jam!” ujar Arian. “Hey--! Kau nak pergi jejalan pergilah. Aku penatlah!!” bentak Ariana. Puan Ross mula bercekak pinggang. Haih! Budak ni tak reti ke nak slowkan suara tu. Ni bukan rumah mereka nak terpekik terlolong sesuka hati.
“Biarkan dia Arian! Kalau dia tak nak pergi.. biar kita saja pergi.” Tegur Puan Ross lalu bersiap-siap untuk keluar.
SKIP
Dengan malas, Ariana kini baru bangun dari lenanya. Dicapainya tuala dan mandi. Setelah itu, ditujunya ke dapur. Nampak gayanya tiada langsung orang dalam rumah tu. Mungkin semua dah pakat pergi jejalan. Ariana membuka tudung saji itu. Kosong.
“Again!! What The Fish?!? Agak-agaklah!!” pekik Ariana.
Ini tak adil! Sebelum nak keluar pergi jejalan tu tinggallah apa-apa makanan untuk dia. Ini tak! Ikut sedap jew tinggal dia macam ni seseorang. 
Ariana mengeluh.
Perut ni sejak dari tadi dah mengeluarkan bunyi lagu ‘Exo-Wolf’ Auuuuu x6~!! Ditambah pula dengan lagu ‘BTS-Fire’ Fire x6~! Pantas beg dompetnya dicapai dan menuju keluar dari rumah itu. Dicarinya gerai-gerai makanan yang berdekatan. Sudah tidak peduli rumah itu dikuncinya ataupun tidak.
-Rangga POV-
Rangga yang baru pulang dari kuliahnya berasa hairan. Dah kenapa semua orang nampak resah gelisah semacam saja ni. Dengan itu, dia pantas menghampiri ibunya. “Bu, kayaknya kenapa ni?” soal Rangga. Puan Fatimah mengerutkan wajahnya. Entah bagaimana harus dijelaskan pada anaknya itu. “Kami tadi jejalan sekitar sini. Pulang aje Raina udah ngak ada di rumah. Pintu rumah pun ngak dikuncinya.” Jelas Puan Fatimah. Wajah Rangga berubah 100% panik, namun masih dikawalnya agar tidak kelihatan.
“Bu, ngak ketemu juga!” jerit Rezza di muka pintu hadapan.
Puan Ross kelihatan sedang menangis teresak-esak. Encik Lufis sejak dari tadi hanya mendiamkan diri, namun jauh disudut hati pasti lelaki tua itu juga sedang risaukan anak perempuannya. Perrh~! Anak perempuan tu. Hilang dekat negara orang pula. Tak ke gelabah sebagai seorang bapa.
“Bu, telefon aja handsetnya?” cadang Rangga.
“Telefon dia tertinggal! Kalau telefon pun bukannya boleh dapat.” Sampuk Aris, abang sulungnya Ariana. Rangga mula mendiamkan dirinya.
“Bu!! Pasti aja Riana tu masih disekitar sini. Saya pergi cari dia duluan yah!” pantas Rangga mengorak langkah keluar dari rumah itu.
-Ariana POV-
“Bakso!! Bakso!!” Ariana pantas menelan liurnya melihat pak cik yang sedang menjual bakso ditepi jalan itu. Pantas dia mendekati warung itu.
“Pak, kasi baksonya satu!” pesan Ariana dalam intonasi loghat mereka. Kowd dapat diskaun ke kalau order.  Pak cik itu pantas membuat pesanannya. Setelah selesai makan dan membuat bayaran, Ariana mengambil peluang itu untuk meninjau-ninjau kawasan kampung itu. Not bad at all!
Kampung tu penuh dengan kehijauan sebab terdapat banyak padi ditanam disitu. Tambahan pula, ni kawasan bukit. Ariana terkesima buat seketika dengan ciptaan Tuhan. Orang dekat kawasan ni pun ramah. Lepas dia orang siap kenal lagi dia siapa.
“Kamu ni saudara Puan Fatimah tu kan?” soal mak cik-mak cik yang lalu lalang disitu. Ariana sekadar tersengih-sengih dan mengangguk. Errk, so awkward! Leka dengan pemandangan disitu, Ariana terus berjalan dan berjalan. Hampir terlupa akannya tentang rumah dan orang yang bakal risau kalau hilang begitu tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Macam mana nak beritahu kalau internet pun tak ada. Line nak call lagilah.
“Nak, kamu mahu g mana tu?” soal seorang mak cik tua yang sedang menyapu sampah di laman rumahnya. “Saya mahu tengok ada apa dekat jalan depan sana tu.” Balas Ariana. “Hati-hati, dekat sana tu ada cowok-cowok yang suka melepak. Kalau mereka tegur kamu buat tak tahu aja yah.” Pesan mak cik itu. Ariana mengangguk dan mengucapkan terima kasih kerana berpesan padanya.
Langkah ditujunya.
“Uisy!! Itu cewek cantik bangat!! Kayak pelakon Hollywood!” bisik Talib pada Adib dan Manop iaitu teman melepaknya. Mereka mengangguk. “Jom, ngoratnya!” ajak Manop. Talib apa lagi pantas mendekati gadis itu.
“Hai~” tegur Talib. Ariana mula mengangkat keningnya, menyampah.
“Saya Talib. Ini teman saya Manop dan Adib.” Ariana hanya buat endah tak endah. Pantas dia bergerak ketepi untuk meneruskan langkahnya. Namun, Talib lagi sekali menahannya. Ariana mula berasa tidak selesa. “Yah!! Waeyo (kenapa?!)” sengaja dia mengeluarkan Bahasa korea. Talib dan teman-temannya mula menggaru kepala yang tidak terasa gatal. “Bahasa apa itu?” soal mereka. “Huh, pabo-yah--!!” kutuk Ariana. Talib mula berasa tidak berpuas hati lalu memegang tangan Ariana.
Ariana jadi terkesima dengan tindakkan mereka itu.
“Apa kata kami bawa awak jalan-jalan sekitar sini? Saya ni boleh tahan kaya juga.” Ajak Talib. “Kaya tak kaya!! Saya tak nak! Lepaslah bodoh!!” laung Ariana.
-Rangga POV-
Rangga mula buntu. Dah merata-rata tempat dia cari. Tadi dia ada singgah di satu warung bakso ni. Katanya, gadis itu sudah pergi.  Dicari dan terus cari. Tiba-tiba, dia terdengar satu suara orang meminta tolong. Yang pastinya suara itu dikenalinya. Pantas Rangga mengikuti bunyi itu.
Dadanya bergolak sebaik melihat Ariana ditarik-tarik oleh mereka. “Hoi!!” satu das tumbukkan dihadiahkan pada muka Talib. Pantas lelaki itu terjelopok mencium tanah. Mereka semua tergamam. Rangga apa dia buat dekat sini?
Pantas tangan Ariana ditariknya pergi dari situ.
SKIP
“Hisy!! Lepaslah! Sakit tahu tak!” marah Ariana lalu menarik lengannya dari genggaman tangan Rangga. Gila kuat dia pegang tangan aku tadi, bisik hati Ariana. Rangga meraup wajahnya. Berkali-kali dia cuba menarik nafas dan bertenang. Dia kemudian berpaling memandang Ariana. “Kau ni udah kenapa? Ngak reti bilang sama orang dulu mahu pergi mana?! Sesuka hati saja kau keluar dari rumah tinggal tanpa kunci dan keluar jejalan dekat sini. Kau tu pendatang asing!! Bukannya asal dari sini. Jangan buat sok tahu!!” marah Rangga. Ariana terpana. Ini kali pertama orang luar marahnya sebegini rupa. Ariana mengetap bibirnya kelu.
“Saya tak minta pun awak datang tolong saya!” bidas Ariana. Wah! Lagi menggelegak hati sanubari Rangga. “Fine, kalau aku ngak tolongi kamu tadi. Pasti udah dirogolnya kamu oleh mereka.” Ariana terlopong. Laju saja tangannya hinggap dipipi kiri Rangga.
Berbekas!
Kini lopak mata Ariana mula berkaca-kaca tanda menahan air matanya. Ini dah melampau! Memang benar dia salah dan patut dimarahi. Tapi tak perlulah nak cakap sampai dia kena rogol bagai!
SKIP
“Ariana!!” Puan Ross pantas mendapatkannya dan memeluk anak gadisnya itu. “Kamu pergi mana Ariana Lufis!! Kamu tahu tak semua orang risaukan kamu!!” ini pertama kali ayahnya itu terlalu garang dengan dia. Selalunya garang-garang manja saja. “Riana minta maaf.” Pinta Ariana lalu memeluk ayahnya pula. “Please, kalau kamu nak ayah maafkan kamu. Jangan buat macam tu lagi! Tak kiralah dekat mana kamu berada!” pesan Encik Lufis, sambil memeluk badan anaknya itu erat.
Ariana mengangguk dan menangis. Nangis sebab dah buat orang risaukan dia dan nangis sebab kata-kata Rangga sebentar tadi.
Yang lain hanya mampu menjadi pemerhati.
SKIP
Rangga mula mengeluh. Adakah dia terlalu terlampau sangat dengan gadis tu tadi? Bisik hatinya sambil memandang bintang diluar rumah. Dari luar rumah dia dapat lihat Ariana yang sedang bergelak tawa dengan orang lain. Selepas kejadian, petang tadi dia mula mengurangkan protesnya dan menerima mereka seadanya.
“Rangga…” sapa Encik Lufis. Rangga cuba bangun, namun dihalangi oleh Encik Lufis sendiri.
Lama mereka berdua diam tanpa berkata sehinggalah Encik Lufis mula bersuara.
“Terima kasih, Rangga. Kalau kamu tak jumpa Riana tadi. Entah apalah patut uncle buat.” Ujar Encik Lufis. Rangga tersenyum. “ Rangga cuma lakukan apa yang patut, uncle. Lagipun ni kawasan Rangga sendiri. Rangga udah tahu.” Balas Rangga. Encik Lufis turut tersenyum dan memegang bahu Rangga. “Terima kasih lagi sekali Rangga. Apa kata esok kamu ikut kami jejalan. Kata ibu kamu, kamu freekan esok. Ariana pasti terhutang budi dengan kamu.” Ajak Encik Lufis.
Rangga terdiam. Dia sendiri buntu. Disebabkan kata-katanya pada Ariana, dia rasa bersalah sangat nak jumpa perempuan tu. Patut tak dia pergi? Patut ke tidak?!?

TBC
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik