Eyka Blog: | The Precious One | - Part 3

Monday, 17 October 2016

| The Precious One | - Part 3



Part 3
"Err—cintakah?!"
♦♦♦
-Ariana POV-
Ariana memeluk tubuh. Kenapa lelaki tu perlu ikut mereka?! Menyampah!! Gerutunya dalam hati. Mood dia hilang sebaik ayahnya mengajak Rangga ikut sekali bersama. “Akak, akak ngak suka yah kalau abang Rangga ikut barang.” Ariana pantas menggeleng. Hari ni boleh dikatakan semua orang ikut sekali pergi jejalan. Tiada seorang pun yang tertinggal dirumah.
“Habis tu kenapa akak monyok saja sebaik abang Rangga ikut barang?” soal Nabila lagi iaitu adik bongsu Rangga. “Hmm, mana ada akak monyok.”
“Eleh, kalau tak monyok sebab kau menyampah. Mesti kau suka punya!” sampuk adik bongsunya, Ariasya. Ariana mula buat muka garang dan menunjukkan buku limanya. Baik kau diam sebelum aku siku kepala kau, ujarnya dari renungan matanya. Ariasya pantas menjelir lidahnya tanda memahami.
Ariana pantas mengejar adiknya itu. Tanpa disedari dia terlanggar belakang badan Rangga, sebaik lelaki itu berundur ke belakang. Kedua-duanya kelihatan membisu. “Wah!! Ma, ayah! Bu Timah tengok Ariana dengan abang Rangga tu. Sweetkan~!” ujar Ariasya yang sedang bersembunyi disebalik ibu dan ayahnya. Ariana mendengus geram. Rangga pua hanya diam tanpa berkata.
SKIP
Sementara, ibu dan ayah mereka sibuk membeli belah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ariana telah meminta izin untuk berjalan-jalan disekitar situ bersama abang dan adiknya. Tapi dengan syarat Rangga, Rezza dan Nabila mesti ikut sekali sebagai tour guide mereka. “Riana.. tengok tu. Ada orang naik kudalah.” Panggil Arian, kembarnya. Ariana pantas menghampirinya. Dia teruja melihat pelancong-pelancong yang sedang menaiki kuda di sekitar bandar itu.
“Awak nak naik ke?” soal Rangga tetiba. Ariana mengetap bibir.
“Abang Riasya nak naik..!!” rengek Riasya pada Aris, abang sulung mereka. Aris mengeluh. “Haih! Kudakan banyak dekat Malaysia.” Ujarnya. “Arrgh! Apa salahnya bang. Ni kan kuda Indonesia. Lagipun nampak macam berbaloi saja. Boleh keliling bandar naik kuda.” Sampuk Arian. Aris akhirnya mengalah. “Yrwlah, Rangga boleh awak tolong cakap dengan mereka. Manalah tahu dapat diskaun.” Rangga mengangguk.
“Yosh!! Nabila naik dengan abang Aris dengan abang Arian yrw.” Ujar Aris pada Nabila.
“BoOo!! Apa abang ni macam tuan puteri naik kereta kuda jew?!” sindir Ariasya. “Ehh, suka hatilah..” balas Aris. Buat sakit bontot dia naik belakang badan kuda. Terhinjut-hinjut. Err!!
“Habis tu.. siapa nak teman Ariasya naik kuda? Riasya mana reti nak handle.” sayu saja bunyinya.
“Biar abang Rezza temankan Riasya.” Gumam Rezza. “Wah!! Kalau macam tu abang Rangga temankan akak Riana okay.” Hampir tercengang Ariana dibuatnya. Hisy! Apa adik dia ni?!? Saja nak sakitkan hati dia.
Namun Rangga seolah-olah menuruti kata Ariasya itu, pantas dinaiknya kuda Ariana dan duduk dibelakangnya. Hampir tercabut jantung Ariana sewaktu itu. Nak halau?!? Mulutnya seolah-olah terkunci saja. Waeyo?!?
Kini bermula perjalanan menaiki kuda mereka.
“Saya minta maaf sama kamu.” Pinta Rangga. Ariana sekadar mengangguk.
“Kalau macam tu say something to me..” ujar Rangga lalu merapatkan wajahnya sedikit pada Ariana, agar dia dapat melihat riak wajah perempuan itu. Sama ada ikhlas memaafkan dia ataupun tidak. Hati Ariana bertambah kencang. Mukanya tak semena-mena berubah menjadi merah. Dahlah dia putih melepak jadi memang tertonjol merahnya itu.
“Awak okay?!? Muka awak nampak merah macam buah epal.” Tegur Rangga, khuatir. “Aaahh, mana ada! Sa.. sa.. ya.. saya.. okay..” Ariana mula tak senang duduk.
*Ngeeehhh* kuda mereka turut hilang kawalan disebabkan perilaku Ariana.
Fikir Ariana mereka akan jatuh. Lalu dia memejamkan matanya erat dan menunggu masa untuk badannya mencium tanah. Namun, dia terasa hangat. Pantas dia membuka matanya. Dilihat Rangga sedang merangkul erat tubuhnya dan memegang kuat tali yang diikat pada kuda itu untuk menenangkannya. Ariana terkesima buat seketika. Dah macam dalam filem cerita orang dulu-dulu pula. Agenda ‘prince and princess’ atas kuda gitu. 

“Awak okay?!” soal Rangga, dengan wajah serius. Ariana mengangguk. Dilihatnya urat-urat yang timbul disebalik lengan milik Rangga. Omo~!! Kyaaa~!!
Dub.. dub.. dab.. dub.. dab..
Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Masa seolah-olah terhenti. Angin yang menyapa terasa suam-suam. Dunia terasa indah. Waeyo?!? Ariana hairan. Dah kenapa dengan dia hari ni. Bukan ke dia benci datang ke tempat ni. Bukan ke semalam dia gaduh besar dengan lelaki tu.
Tapi kenapa hari lain rasanya..??
TBC
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik