Part 7
"Hanya Tinggal
Kenangan"
♦♦♦
♦♦♦
Sebaik pulang
ke tanah air, mereka sekeluarga kembali menjalani hidup seperti biasa. Kerja,
makan, tidur, sekolah semuanya kelihatan normal. Tentang percutian mereka
tempoh hari. Ia hanyalah tinggal kenangan. Mula-mula rasa macam sebak jugalah
nak balik. Tapi lama-lama dah okay juga. Ariana? Hmm, normal. Tak ada yang nak
disedihkan. Lagipun sekarang dia tengah busy nak masuk alam baru. Iaitu alam
kedewasaan.
Lupa nak
beritahu dah lebih 7 tahun, kisah percutian mereka berlalu. Kini Ariana mula
menginjak 20-an.
SKIP
“Ariana!!!
Bangun… bangun..!! Isy, bertuah punya budak! Kamu ada kelaskan hari ni.” Gerak
Puan Ross sambil menampar-nampar badan anaknya itu. Ariana mengeliat. “Apa ni
ma?!? Orang ngantuk ni.” Ucapnya sambil menutup mulut yang menguap-nguap sejak
dari tadi. “Dah pukul 8.30 pagi kau tahu!! Kalau kau lambat dan kena denda
jangan salahkan mama!!” terpacak badannya sebaik mendengar mamanya sebut sudah
pukul 8.30 pagi.
“Maa!! Kenapa
tak kejut awal-awal?!?” kelam kabut dia masuk kedalam kamar mandinya. Puan Ross
hanya mampu menggeleng. Semenjak masuk U, kelam kabut dilihatnya jadual anaknya
itu. Pagi sampai petang pergi kelas. Balik berjaga sampai lewat malam siapkan
projek. Sabtu, ahad kalau tak ada kelas, siapkan projek. Tak pun terperap dalam
bilik tidur. Macam tak berkemang langsung dia tengok anaknya itu. Umur dah 20!!
Nanti kalau 30 lebih still macam tu. Tak dapat menantulah gamaknya.
Selesai mandi
dan bersiap, Ariana pantas turun ke bawah. Sempat lagi dia rampas roti bakar
yang disapu mentega diatas meja makan. “Sayang! Makanlah dulu..” suruh Puan
Ross. Ariana menggeleng. “Tak sempat.. tak sempat.. Nantilah Ariana makan dekat
cafeteria yrw ma.” Beritahu Ariana lalu bergegas keluar dari rumah itu sebaik
menyalami ibunya.
“Hati-hati,
drive tu!!” pesan Puan Ross.
-Rangga POV-
“Dr. Rangga ada
patient yang sedang tunggu dokter di dalam bilik rawat kamu.” Beritahu
jururawat itu. Rangga mengangguk. Masa berjalan dengan begitu pantas sekali.
Baru semalam dia rasa rumah mereka dikunjungi oleh keluarga Ariana. Ahh, gadis
itu!
Pemergiannya
membuatkan Rangga tidur tak lena, mandi tak basah, makan apatah lagi tak lalu.
Itulah symptom-simptom cinta yang dialaminya. Cinta?!? OMJ apakah yang sedang
dia fikirkan. Sekali lagi bayang Ariana menyapa fikirannya dan untuk sekali
lagi dia cuba membuang bayangan itu jauh-jauh. Pasti gadis itu sudah
melupakannya. Dulu mereka rajin juga berchatting. Tapi nampak gayanya gadis itu
pun sudah ada hidupnya sendiri setelah masuk ke alam yang baru. Alam
budak-budak U.
“Hai, awak!
Miss me?” senyuman manisnya itu ditenung lama. Stella pantas memeluk Rangga
erat. Sudah setahun mereka bertunang. Tapi Rangga masih lagi terasa kosong
apabila bersama dengan gadis dihadapannya itu. “Sorry. Little bit busy than
ever! Awak buat apa dekat sini? Bila balik?” pantas pelukkan itu dilepaskannya
lembut. Tak betah lagi nak berlama-lama. Stella mengeluh. Bila lelaki
dihadapannya ini akan tulus mencintainya sepenuh hati. Bila?!?
Dia tahu itu
semua salah dia sebab dia yang paksa ayahnya untuk menyuruh Rangga mengikatnya
sebagai calon isteri. Tapi itu untuk kebaikkan mereka semua juga. Lagipun
Rangga sudah dianggap seperti anak ayahnya sendiri apabila Ranggalah
satu-satunya dokter termuda di hospital ayahnya itu. Dahlah muda, bijak pula
tu. Jadi memang sesuai dibuat menantu. Stella mula tersengih seseorang.
Rangga pun
satu. Kenapa sampai sekarang dia tak cuba nak bukakan hati dia untuk aku?!? Apa
kurangnya dia? Ramai lelaki yang nak dekat dia. Tapi hanya Rangga seorang yang
mampu melembutkan hatinya. Yrw! Dia akuai dulu dia ni boleh dikatakan ‘wild’
lah juga. Degil, tak nak dengar cakap. Semuanya nak buat ikut sedap hati. Tapi
satu hari ayahnya ditimpa heart-attack disebabkan dia juga yang nak tinggalkan
dunia dokter dan mengejar cita-cita untuk menjadi model. Gila! Hanya Stella
anaknya. Tanpa Stella siapa lagi nak warisi hospitalnya nanti?
Tapi disebabkan
pertemuannya dengan Rangga akhirnya semua berubah. Disebabkan Rangga memilih
untuk bertunang dengannya dan bakal menjadi menantu ayahnya. Dia dibenarkan
untuk mengejar cita-citanya.
Lamunannya
terhenti apabila Rangga menyoalnya lagi sekali. “Arr, saya lapar! Jom makan!
Nanti saya ceritakan semuanya pada kamu yah sayang.” Ajak Stella. “Kamu
pergilah. Saya ni sibuk. Banyak lagi patient yang tengah tunggu saya.” Stella
mula memuncungkan bibirnya sedepa. “Habis tu dokternya enggak perlu makan kalau
24 hours asyik rawat pesakit?” bilangnya dengan nada yang merajuk. Rangga mula
memegang kepalanya. Ahh, pusing! Malas benar dia melayan kerenah Stella yang
kadang-kadang minta perhatian ni.
“Fine! Tapi
kita makan dekat kantin hospital saja. Okay..”
Argh! Kantin
hospital pun jadilah daripada dia tak mahu keluar makan dengan aku, pujuk hati
Stella lalu mereka berdua pun bergegas keluar.
TBC