Eyka Blog: | The Precious One | - Part 15

Thursday, 27 October 2016

| The Precious One | - Part 15




Part 15
"Nasib"
♦♦♦
*Jagiya, il-eona x6~!! (wake up, honey) -bunyi ringtone suara Kai-Exo kejut*
“Maa!! Kenapa mama tak kejutkan Ariana?” marahnya tapi masih dalam nada yang berlembut. “Ariana Lufis.. mama dah penat kejutkan kamu. Dah dekat 5 kali kamu tahu tak. So, pandai kamulah lepas tu.” Bebel Puan Ross. Ariana mengangguk. Yrwlah, salah dia.
Ooo, rasa-rasa korang apa jadi dekat pengakuan cinta Miss Ariana kita tu yrw?
Hmm, REJECTED !!
Plus, sekarang ni Rangga dah balik semula ke tanah airnya seminggu yang lalu.
Sedihlah juga dia rasa. Apa mungkin Rangga juga ada hati dekat Stella sebab itu dia ditolak?
>> Flashbacak <<
“Maaf.. saya enggak bisa terima kamu Ariana Lufis.” Ariana tercengang. Tapi.. tapi.. kenapa? Hampir diri dia tak percaya. Well, dia fikir lelaki itu turut menyimpan perasaan yang sama terhadap dia. Tapi itu semua hanyalah angannya saja. Carousel itu mula berhenti. Semua orang sedia sudah turun dari permainan itu. Tinggal Ariana dan Rangga yang masih tidak berganjak.
“Akak!!”
“Bang Rangga!!” kejut Nabila dan Ariasya yang terlihat kelibat mereka. Wah! Letih dia orang cari dua orang merpati sejoli itu disekitar fun fair. Akhirnya, jumpa juga! Orang dah penat pusing fun fair dia orang ni tak penat-penat ke, keluh mereka berdua.
Ariana pantas menyeka air matanya dan turun dari permainan itu. Pantas saja langkah dia berjalan. “Akak!! Tunggulah Riasya..” panggil Ariasya lalu mengejar langkah kakaknya itu.
“Bang..” tegur Nabila. “Abang ngak apa-apa, dik.” Jawab Rangga perlahan. Ah! Hati dia sendiri juga rasa sakit. Dia bahagia sangat waktu Ariana memberitahu dia bahawa dia juga menyukai dirinya. Malahan, terlampau gembira!! Rasa macam esok nak terus hantar rombongan dan kahwin. Tapi tiba-tiba dia teringatkan Stella. Walaupun dia tidak menyukai gadis itu. Dia telah membuat perjanjian bahawa dia akan menikahi gadis itu dan mengambil alih hospital milik Dr Rahman, papanya Stella walauapa sekalipun yang berlaku. Rangga tidak dapat memungkirinya kerana dia adalah seorang yang jenis menepati janjinya.
SKIP
Rangga mula mengenggam kedua belah tangannya. Dari biliknya, dia dapat mendengar tangisan Ariana walaupun perlahan dan sayup-sayup saja. Hati dia terasa robek. Maafkanku Riana.. mungkin saja dihayat ini kita tiada jodoh. Tapi aku berharap di masa akan datang kita akan hidup bersama, bisiknya seorang diri.
SKIP
“Bye, Rangga, Rezza, Nabila.. Timah.. kalau ada masa lagi kita pasti akan ketemu lagi. Tak gitu..” seloroh Encik Lufis. Mereka semua tersenyum gembira. Ah! Hari ni merupakan hari terakhir mereka disini. Hati Ariana terasa hiba. “Riana..” panggil Puan Fatimah. Perlahan-lahan dia mendongakkan wajahnya memandang Puan Fatimah. Wanita itu tersenyum dan kemudian memeluknya.
“Ibu suka sama kamu, nak. Maafkan ibu kalau kamu terpaksa rasa begini. Ibu yakin kalau kamu dan Rangga ada jodoh pasti ketemu lagi kamu berdua. Ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.” Bisik Puan Fatimah ditelinga Ariana, perlahan. Jadi tiada seorang pun yang mendengarnya hanya mereka berdua.
Tanpa disedari air matanya mengalir. Disekanya laju. “Bu.. Riana ada sesuatu untuk ibu..” Ariana kemudian mengeluarkan satu beg shopping yang berisi didalamnya baju yang dijahitnya sendiri. Dihulurnya pada Puan Fatimah, Rezza, Nabila dan akhir sekali… Rangga. Ditenungnya mata lelaki itu buat kali terakhir.
“Wah!! Cantiknya Riana..” puji Puan Fatimah, yang menyeluk membukanya sikit untuk melihat. Ariana tersenyum puas. “Anggap saja ia hadiah daripada Ariana dan sekeluarga. Nanti kalau korang semua pakai bolehlah teringat.. wah! Ni hasil kerja Ariana ni..” ujarnya.
“Eleh, cakap sajalah akak tu nak menunjuk..” sampuk Ariasya, sengaja.
“Yah--!!” semua orang mula ketawa.
“Sudahlah.. nanti lelama boleh tertinggal flight pula.” Pesan Puan Ross, mengingat. Mereka mengangguk lalu beredar ke balai pelepasan selepas bersalaman, berpelukkan dan bercium pipi antara satu sama lain. Kalau lelaki dengan perempuan tu just salam sajalah.
“Bye, Rangga..” ucap Ariana, sayu. Rangga kemudian menyeluk sakunya dan mengeluarkan seutas rantai yang berbentuk bintang itu lalu ditunjukkannya pada Ariana. Ariana memandangnya pelik.
“This is for you..” kemudian dia memakaikan rantai itu diheler milik Ariana tanpa disuruhnya.
Ariana terkedu, terharu semuanya ada. Untuk apa rantai itu diberi kalau Rangga sudah menolaknya. Ingin saja dia bertanya. Namun Rangga pantas mengelak lalu cepat-cepat masuk ke balai pelepasan itu. Argh!! Hati dia dipenuhi dengan rasa tanda tanya. Waeyo?? Waeyo, Rangga!! Kenapa kau buat aku macam ni kalau kau tak suka aku?
TBC
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik