Eyka Blog: | The Precious One | - Part 12

Thursday, 27 October 2016

| The Precious One | - Part 12




Part 12
"Say it Ariana!!"
♦♦♦
Hari ni merupakan hari minggu. Selain tidur rasanya tiada apa yang nak dibuatnya. Tapi apa yang pasti sejak ada tamu dirumah. Maknya tak henti-henti kejut dia diawal pagi. Ah! Ni rumah aku! Suka hatilah. Dengan malas, Ariana keluar dari biliknya dengan mulut yang masih lagi tidak bergosok. Turun bawah dengan slumber dan duduk makan. Hampir ternganga mulut Puan Ross yang melihat anak gadisnya itu.
Dengan rambut kusut masai, baju pijamas, mulut berbau ketika menguap, taik mata masih melekat!
“Ariana Lufis! Mama suruh kamu mandi dulukan. Ini bukan Indonesia kalau kamu tak mandi sampai pukul 12 tengah hari masih berbau segar dan wangi.” Mereka yang berada dimeja makan mula ketawakan dia. Ariana buat muka minta simpati. Ma, stop it! Ariana tahulah. Jangan bebel lagi, bisiknya dalam hati. “Tak apalah, Puan Ross. Saya faham kok! Sama aje Indon atau Malaysia.” Backup Puan Fatimah. Ah, bercahaya mata Ariana mendengarnya. Dipeluk wanita itu erat. “Ahh!! Sebab tu Ariana lagi sayang Bu Timah lagi mama..” ujarnya. “Tapi.. Riana.. enggak gosok gigi dipagi hari tu salah. Baunnya aje udah mampu buat orang muntah.” Hambik kau kena balik batang hidung sendiri.
“Ahahahaha..” semua orang pantas mentertawakannya terutama sekali mama dialah.
SKIP
-Ariana POV-
Perlahan-lahan, Ariana menghampiri Nabila yang sedang leka menonton drama korea didalam kaca TV itu. “Suka?” soal Ariana. Ah! Siapa yang tak suka dengan Lee Jongsuk yang melakonkan watak Kang Chul dalam drama W –Two World ni. Memang mantoplah drama dia. Dia sememangnya dah habis tengok drama tu, turut sama join sekaki dengan Nabila. Nabila mengangguk laju. “Keren bangat itu cowoknya.” Hampir tersembur tawa Ariana ketika itu.
“Emm, Nabila jom ikut akak naik atas bilik nak tak? Akak ada some projek dekat kamu.” Nabila mula mengerutkan wajahnya. Projek apakah? “Tapi Nabila pingin lihat Kang Chul ni dulu.” Ujarnya. “Ahh! Akak dah download cerita dia dekat laptop.. kalau kamu nak kejap, kejap lagi boleh tengok.” Pujuknya. Dengan rela hati ditinggalkannya Kang Chul itu. Ohh, Kang Chul~ Mian~ Hihihi..
SKIP
-Rangga POV-
Rangga yang sedang leka duduk di pankin luar rumah kediaman milik keluarga Ariana itu memandang kawasan rumahnya penuh teruja dan rendah hati. Patutlah Ariana tak betah waktu pertama kali tinggal dirumahnya yang kecil dulu. Siapa yang sanggup? Aman saja hidup di rumah yang gedek ini tiba-tiba terpaksa duduk dirumah yang kecik lagi hodoh. Siapa yang harus dipersalahkan?
“Rangga.. kok kamu menung? Kenapa ni?” soal Puan Fatimah lalu menghampiri anaknya itu. “Ma, gedek bangetkan rumah mereka ni.” Ujar Rangga. Puan Fatimah perlahan-lahan mengangguk. “Maafkan, Rangga kalau Rangga ngak mampu berikan rumah yang segedek ini pada ibu.” Pohon Rangga. Hampir saja air matanya menitis. Namun ditahannya.
“Tak apalah. Rangga. Ibu tak pernah kisah pun.” Jawab Puan Fatimah. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan anaknya itu.
“Bu!! Lihat Nabila ni!!” dengan riang gembiranya dia menerpa kearah ibunya dan Rangga. Kemudian di pusingnya tubuh badannya itu berkali-kali. “Nabila kayak Princess kan bu..” bilangnya teruja. Ariana tersenyum bangga dengan hasil kerjanya itu. Rangga dan Puan Fatimah rasa macam separuh tak percaya. “Riana.. kamu beli ke? Pasti ini mahal harganya.” Puan Fatimah mula rasa serba salah.
“Eh, mana ada! Ini Riana yang buat sendirilah. Bu lupa yang Riana ni fashion designer.” Ingat Ariana. “Nabila lihat akak Riana buat tadi kayak professional. Gunting sana sini, potong dan jahit. Wah!! Hebat akak Riana ni.” Puji Nabila bertalu-talu. “Nabila ambillah dress tu. Hadiah dari akak.” Lagi bertambah gembira gadis itu dibuatnya.
“Ibu Fatimah.. nanti giliran ibu Fatimah pula Riana nak ukur.” Senyumnya penuh makna. “Eh, tak usahlah repotkan kamu. Ibu tak mahu..” ujar Puan Fatimah. “Tak pe. Riana suka kalau jahit baju dekat orang ni. Nanti petang kita pergi tengokkan kain dekat bandar yrw.” Ajak Ariana. Pasrah. Diikutikan juga kehendak Ariana itu.
SKIP
Petang tu, mereka memulakan misi mencari kain untuk membuat baju Puan Fatimah. Habis dipusingnya satu bandar Kuala Lumpur itu. Selesai membeli belah mereka berhenti di kedai makan yang berhampiran. AH, sejak dari tadi perut ni tak henti-henti mendendangkan lagu “FIREx6 nyanyian group BTS” di campur aduk dengan “WOlF nyanyian EXO”.
“Korang semua nak pesan apa? Biar akak belanja.” Ujar Ariana sambil melihat menu yang diberikan. Mereka semua kelihatan terpinga-pinga. Negara orang, manalah tahu apa yang sedap untuk dicuba. Ariana yang dapat mengangak riaksi mereka pantas membantu mereka untuk membuat pesanan masing-masing.
“Okay, itu saja..” balas Ariana sebelum pelayan itu meminta dirinya.
“Bu, Rangga mahu pergi tandas sebentar.” Ucap Rangga. Puan Fatimah mengangguk.
Sebaik memastikan Rangga sudah berada jauh, Ariana pantas menyoal mereka. “Bu.. boleh Ariana tahu apa warna kesukaan Rangga?” soal Ariana pantas.
Mereka mula tersenyum sinis. “Wah, kenapa akak Ariana mahu tahu banget ni?” soal Rezza ingin tahu. Pipi Ariana mula berubah menjadi merah. Malu! “Errr, alah.. Tanya jw. Tak boleh. Saja buat topik nak dibualkan.” Dalihnya. Dekat bawah meja dah terketar-ketar kaki ni menahan rasa gelabah. Mereka mula ketawa.
“Rasanya bang Rangga sukanya kaler coklat. Kan, bu..” ujar Nabila. Puan Fatimah mengangguk. “Haah, tapi yang peliknya dia tak pernahlah pula ada baju warna coklat.” Aik? Hairan. Betul ke tak ni warna kegemaran Rangga warna coklat? Rangga tiba-tiba saja sudah muncul. Ah, tak menyempat nak bergosip.
“Bang Rangga.. warna kesukaan abang Rangga warna coklatkan.” Ternganga mulut Ariana ketika Rezza dengan blurnya menyoal Rangga dihadapannya. Rangga mula terkebil-kebil. Blurr dengan situasi sekarang ni. Namun diangguknya jua. Bertambah kembanglah jiwa dan raga Ariana. Now, mission started!!
SKIP
Ah-! Kampus itu tidak semena kecoh dengan wartawan-wartawan daripada pelbagai syarikat pada hari itu. Ariana sedikit rasa tidak senang duduk. Mengapakah? Dia rasa macam ia ada kaitan dengannya. Lagipun sejak dari tadi orang tak henti-henti memandang jelik padanya. Macam dia ni jijik sangat. Waeyo?!!
“Ariana.. kau.. sejak bila kau..” tergagap-gagap Lydia ingin menyampaikan hasratnya. “Hisy, kau ni! Lembap! Riana.. kau ada apa-apa skandal dengan Tristan ke?” beritahu Camelia laju. Ariana terkedu. Ah, musibah apa pula ni?!?
SKIP
“Hey, Rian. Aku dengan kembar kau bercinta dengan budak nama Tristan tu. Penyanyi yang terkenal yang datang ke kampus kita ni. Betul ke?” soal Hafiz, temannya Arian. “What--?!?” terkejut beruk lelaki itu mendengar statement Hafiz. “Kau tak baca gossip ke?” tambah Hafiz lagi. Hisy, orang macam dia mana nak ambil tahu sangat hal gossip dunia ni. Bagi dia biarlah dia dengan kisah hidup dia saja.
SKIP
“Booo!! Perempuan gedik!! Berani kau cuba rampas Tristan dari kami.” Ah-!! Kampus itu semakin hangat dengan perasaan peminat Tristan yang tidak berpuas hati dengannya. Habis dibalingnya telur busuk, tepung dan sebagainya pada tubuh padanya yang kerdil itu. Sh** you! This is so frustrated, carutnya pada diri sendiri. Just untuk bagi lagi rasa tenang dekat diri sendiri. Maafkan author! Tak bermaksud nak jadikan cerita ni nampak bad. But, this is lfe btw~
Arian yang melihat kembarnya yang diperlaku sebegitu rupa pantas bergegas kearahnya. Dibukanya baju kemeja yang dipakainya dua lapis itu, dan diselimutnya pada tubuh milik Ariana. Arian pantas memeluk Ariana erat. Renungan tajam dihadiahkan pada setiap manusia yang berbuat jahat tadi. Mereka diam tanpa bersuara. Kemudian dilihatnya Cika dan Abel yang sedang mengenggaman lengan temannya agar tidak membantu Ariana tadi. 

“Lepaskan Camelia dengan Lydia..” suruh Arian tegas. Terkebil-kebil Cika dan Abel memulangkan Camelia dan Lydia pada Ariana. “Dengar sini!! Siapa yang berani kacau Ariana?! Aku takkan sesekali lepaskan orang tu… ingat pesan dari ARIAN LUFIS ni!!” ujarnya dengan nada yang garang dan tegas.
Ini kali pertama mereka melihat Arian segarang itu. Dah tu dibukanya pula, kameja luarnya tadi (tinggal baju T-shirt berlengan pendek saja) menampakkan lengannya yang sedikit berotot dan berurat membuatkan hati perempuan menjadi cair untuk seketika. Ahh, mana mungkin ada yang berani melawan Arian ketika itu. Tangan Ariana ditariknya pergi dari situ.
“Aaahh!! Bencinya aku!! Nasib kau ada kembar kau Ariana!!” jerit Cika, tidak puas hati. Abel disebelah kini sudah takut-takut memandang temannya itu. Daniel pula hanya jadi pemerhati saja. Dia lebih suka macam tu.
SKIP
Ariana mula menangis teresak-esak. Ah! Disaster. Baru sekali saja dia jumpa Tristan. Takkanlah wartawan dah kecoh dan buat andaian yang tak sepatutnya. Inilah dikatakan dunia hiburan. Kalau kau tak kuat! Jangan mimpi nak tonjolkan diri kau depan TV. Sejak dari tadi Ariana tidak berhenti menangis dibahu Arian. Hati Arian mula berasa mendidih.
“Siapa orang nama Tristan ni?!? Berani dia buat kau macam ni!!” marah Arian. Pergh! Sampaikan Camelia dengan Lydia pun terdiam. Kalau tak ada juga diselitnya unsur lucu, perli, humor kekadang apabila bersembang dengan mereka. Mungkin kembarnya itu sudah ditahap maksima marahnya. Kalau dalam drama atau kartun mesti dah berasap-asap telinga Arian diedit mereka.
“Yang kau nak marah sangat ni kenapa..” bising Ariana dalam sendunya. “Mana aku tak bising!! Cubit kau, aku yang terasa. Tahu tak!!” Eh, apa ni Arian?! Jangan rosakkan peribahasa boleh tak. =(-,-)=
“Err, actually.. salah kami juga. Kami patutnya teman Ariana. Tapi malah kami biarkan mereka berdua.” Sampuk Camelia cuba back up temannya itu dari dimarahi lagi. “Betul tu!!” sokong Lydia. “Tak ni bukan salah korang!! Aku yang suruh korang jangan ikut aku!!” Camelia dan Lydia mula menepuk dahi mereka. Hisy! Orang nak selamatkan kau!! Aiseh!! Apa lembab sangat Ariana!!
“Salah siapa sekalipun. Benda dah jadi!!” jawab Arian. Ooo, betul tu.. Camelia dan Lydia mengangguk laju. Apabila Arian kembali menoleh ke mereka. Pantas dibatalkan niat mereka itu. Serius! Serius!
“Aku nak jumpa orang yang bernama Tristan ni.” Ujar Arian sambil membantu Ariana mengelap dirinya dari kesan kotoran. Ariana menggeleng. Arian buat muka bengisnya. “Kau dah bersedia nak maki orang yang selamatkan aku waktu aku hilang dekat Indon dulu?” Arian mula mengelipkan matanya. Takkanlah Tristan yang dimaksudkan adalah Tristan yang dikenali mereka waktu dekat Indon dulu. Arian diam tanpa berkata. Tadi bising sangat.
Ariana pantas melemparkan kain yang dilapnya tadi lalu beredar dari bilik itu meninggalkan kembarnya yang diam tanpa berkutik. “Err—kami minta diri dulu.” Beritahu Camelia dan Lydia lalu turut sama beredar. 

TBC
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik