Part 13
"Konflik 1"
♦♦♦
♦♦♦
-Tristan POV-
Tristan pantas
meraup mukanya sambil itu dicekaknya rambutnya. Ah--- kusut!! Tak guna punya paparazzi.
Hati dia rasa terguris melihat Ariana tadi dibaling telur busuk, tepung dan
sebagainya. Ingin sekali dia menolong. Tapi waktu tu dia sendiri terperangkap
dengan pelbagai jenis wartawan bersama soalan mereka.
“Betul ke
korang sedang hangat bercinta?!” –wartawan 1.
“Adakah kamu
datang ke sini sebab nak lamar gadis itu?!?” –wartawan 2.
“Dengar cerita
dia kawan kamu masa kecil?!” –wartawan 3.
Dia sudah muak!
Mujur wartawan tu tak pergi serang Ariana. Mungkin saja mereka masih tidak tahu
siapa gadis yang sebenarnya. Tapi kenapa dekat kampus tadi Ariana kena serang?
Mungkin saja ada orang lain yang lebih jelas melihat mereka ketika itu. Tapi
siapa?!? Teka Tristan.
-Cika POV-
Hati dia
membara! Yrw! Dialah manusia yang nampak kelibat mereka berdua di gelanggang
basketball tu tempoh hari. Hati dia betul-betul sakit!! Apa yang istimewa
sangat dengan orang yang bernama Ariana ni. Sudahlah! Ke mana saja dia pergi
bayangan Ariana ni pasti ada disekitar kampus. Mungkin saja disebabkan
peristiwa dia kalah dalam pertandingan fashion show tempoh hari membuatkan rasa
bencinya membuak-buak.
>> Flashback <<
“Abel.. kau dah
buat apa yang aku suruh buat hari tu?” bisik Cika sebelum pertandingan
dimulakan. Abel mengangguk sambil menayangkan ibu jarinya tanda ‘beres’. Cika
tersenyum sinis. Jadi dia yakin, dia pasti akan menang dengan jayanya kali ni.
Trofi ‘The BEST Fashion Designer’ itu akan dibawa pulangnya pada mamanya. Mama
pasti bangga dengan dirinya. Dengan itu, bolehlah lepas ni mama bawa dia
tinggal di Paris bersama.
Serius dia
rindukan wanita itu. Semenjak pemergian ayahnya, ibunya melebihkan kerja
berbanding dirinya. Sanggup saja wanita itu tinggalkan dia bersama pembantu
rumah dirumah. Manakala, dia pula sibuk uruskan butiknya yang terletak di
Paris. Boleh sajakan wanita itu membukanya disini. Tapi dia sengaja! Dia
seolah-olah menyampah dan benci setiap kali melihat wajah Cika.
>> Flashback End <<
“Just wait,
mom!” monolognya seorang diri. Kini pertandingan dimulakan sebaik mereka berdua
melangkah masuk kedalam bilik khas itu. Wajah Ariana ditenungnya ketika mereka
memulakan kerja masing-masing. Cika semakin gelabah. Bukan ke dia suruh Abel
koyakkan design dia! Dan lepas tu disuruhnya hilangkan kain utama yang ingin
digunakan oleh Riana untuk membuat gaun. Cika semakin tertanda Tanya. Apakah
semua ni? Kenapa perempuan ni boleh relax lagi bila barang penting dia dah tak
ada.
4 jam sudah pun
berlalu, masa sudah pun tamat.
Cika semakin
tidak percaya. Ariana berjaya menghasilkan sehelai gaun yang double, triple..
cantik gila daripada dia tanpa barang utamanya.
“Audience!!
Beri tepukkan pada Miss Ariana kita..” beritahu pengacara.
Tak mungkin!
Cika mula jatuh terjelopok diatas lantai. Disekanya air mata yang mengalir.
Impiannya punah! Ini saja jalan nak buatkan mamanya bangga. Dari hadapan bilik
itu dilihatnya mamanya sudah berjalan keluar dari bilik dimana pertandingan itu
diadakan.
Tiba-tiba
bahunya terasa dipegang seseorang. Cika mendongak keatas. Ah! Disaat itulah dia
benci melihat gadis itu. “Janganlah nangis! Baju awak pun apa kurangnya. Cantik
juga! Kalau saya jadi mak awak pasti saya dah rasa bangga.” Pujuk Ariana cuba
memberi dia semangat. Namun tidak semena gadis itu melenting padanya.
“Jangan berpura
baik disini!! Lebih baik kau beritahu cepat dekat semua orang aku yang suruh
orang koyakkan design kau last minit!! Aku yang suruh mereka curi kain utama
kau!!” hampir melopong mulut semua orang yang berada disitu. Terutama sekali
Arianalah
Dia sebenarnya
tak fikir dah pun pasal masalah yang timpa dia sebelum pertandingan dimulakan
tadi. Dia tak fikir langsung nak cari siapa yang buat kerja tak senonoh dengan
mengoyakkan designnya dan mencuri kain utama yang dibelinya itu. Sungguh tak
disangkanya Cika sanggup buat begitu. Fikirnya gadis itu akan lawan secara adil
dengannya.
Hmm..
Itulah sebabnya
Cika memberitahu semua rakan kampusnya apa yang dilihatnya di gelanggang
basketball tempoh hari. “Biar betul kau Cika?” soal teman-temannya yang lain.
“Hey! Betullah.. ni Cika.. dengan mata aku sendiri aku nampak! Mereka
berdua-duaan. Main cinta.” rekanya. “Ahh, tak mungkin abang Tristan sanggup
menduakan aku. Huhuhuhu” Eww, Cika semakin meluat dengan gadis kolot itu. Kau
fikir Tristan nak sangat dekat kau, bisik hati Cika.
Patut ke dia
beritahu media siapa gadis yang dikatakan bersama Tristan itu adalah Ariana?
Sebab jelas dunia masih tidak tahu wajah gadis yang bersama Tristan itu, bisik
hati jahatna. Cika pantas menggeleng. Kalau dia buat begitu! Nanti Ariana yang
dapat nama. Baik keadaan itu kekal macam tu saja. Biar dikampus dia terus-terusan
dibuli oleh peminat-peminatnya Tristan.
Kini Cika mula
ketawa jahat. Puas dengan karma yang dihantarnya pada Ariana. Abel yang
memandangnya sudah tidak senang duduk. Apa sebenarnya kawan dia ni ada sakit
mental? Soalnya dalam hati.
TBC