Eyka Blog: October 2016

Thursday, 27 October 2016

Otome Game ^^

Hye, everyone.. Okay, this entry will be english entry.. b/c i'm going to write it in english version... why?? b/c i want to tell to u guys about this game called otome game..

* sorry 4 my broken english b/c i'm not really good in it.. 
* i'll try my best to make sure u understand me even a little bit.. okay, readers!!

1st of all wht is 'otome means' ???

  • An otome game (乙女ゲーム otome gēmu?, literally "maiden game") is a story based video game that is targeted towards the female market. Generally one of the goals, besides the main plot goal, is to develop a romantic relationship between the female player character and one of several male characters.

If u still doesn't understand.. u can read more at here ~> Otome Game meaning !!

Okay, to those that loves anime such like me..(/゚ヮ゚)/  U will also love to play this game.. and tbh, to u guys.. I think I was addicted to it now.. You guys should try it.. And don't worry about paying some money to play the full version... b/c otome games that I found is totally free and full version.. So, just enjoy the play without worrying ..

1) My forged wedding party (MFWP)


 2) Samurai Love Ballad Party (SLBP)
 

How to install??

Do u have google play store in ur phone right? So, it easy now! Just type those named and download it on ur phone!! When, it done.. U can just play it without paying anything!!

If u need some more advice about 'how to play the game' or walkthroughs ....

List:

otomeotakugirl.blogspot.my (MFWP)

otomeotakugirl.blogspot.my (SLBP)

MFWP

blah-bidy.blogspot.my

Down here is my id 4 that otome game.. you can add me if you want ;) And i'll approve u if i had some free slot.. If not I'am so sorry!! ...(*>w<*)


2596815 id MFWP 

2956855 id SLBP  ★

Follow me In Wattpad ><'


Hye, readers.. Eyka nak habaq ni satu web ni nama dia 'wattpad' ..

Siapa still tak tahu  apa itu wattpad? Well, wattpad ni direka khas oleh .. ehem.. idk who's make it! Tapi wattpad ni kebanyakkannya ia sesuai untuk orang yang suka baca novel tapi semua benda nak free.. *wink That's me~! Okay, untuk yang tengah bosan atau berangan-angan nak jadi penulis novel.. Silakan.. wattpad ni boleh dikatakan salah satu tempat anda untuk lontarkan idea yang selama ni hanya disimpan dalam kotak fikiran tu saja. Jadi, moh la kite sama-sama luahkan dekat wattpad ni!! Hihihi XD

Bagi yang bernasib baik tu kekadang sampai ada yang sanggup nak ambik dia n publish buat novel terus.. Hah, mana taw bagi yang serius nak jadi penulis novel tu. Bolehlah~!! ;) Don't worry.. wattpad ni ada macam2 jenis languange anda boleh baca.. salah satunya BI, BM, Indon.. n macam2 lagilah bahasa yang ada...

Hah! So, apa tunggu lagi meh download wattpad ni reramai dekat phone.. Tak pun online dekat laptop pun boleh ;) wattpad [click Here] <-- ni link dia..  (aciss, tukang promo plk eyka ni --')

Bagi yang dah ada wattpad tu.. Baikkan hatilah follow Miss Eyka. id dia.. ~> @EykaPyka

Tak pun click saja dekat belah kanan Eyka punya blog ni..


Kalau rasa nak Eyka follow back.. mention dekat conversation okay.. kekadang tu terlepas pandang. banyak sangat noti yang masuk.. ^^

Kalau korang follow Eyka.. bolehlah rajinkan baca semua ff Eyka dekat situ.. lepas tu tekan vote.. :D kalau tak baca pun vote pun jadilah.. T^T Please hanya itu saja yang mampu buat eyka semangat nak tulis.. <~ (batak!! XD)

Recommended Drama - // My Choice//


Plan To Marry One Of Bts Member <~ [still new lagi ni]


Autumn Girl [coming soon]


Only One Wish Can Save The World [slow update]


The Precious One - [C]



Inilah senarai ff yang Eyka ada.. | The Precious One | tu kalau dekat wattpad dah full semua.. :)

Hurrmm, entahlah nak post semua ke tak dekat blog ni.. kalau bagi yang dah tak sabar tu boleh pergi sambung baca dekat wattpad Eyka.. baca dekat wattpad ni lagi best.. sebab boleh feeling2 macam baca buku sikit..



| The Precious One | - Part 15




Part 15
"Nasib"
♦♦♦
*Jagiya, il-eona x6~!! (wake up, honey) -bunyi ringtone suara Kai-Exo kejut*
“Maa!! Kenapa mama tak kejutkan Ariana?” marahnya tapi masih dalam nada yang berlembut. “Ariana Lufis.. mama dah penat kejutkan kamu. Dah dekat 5 kali kamu tahu tak. So, pandai kamulah lepas tu.” Bebel Puan Ross. Ariana mengangguk. Yrwlah, salah dia.
Ooo, rasa-rasa korang apa jadi dekat pengakuan cinta Miss Ariana kita tu yrw?
Hmm, REJECTED !!
Plus, sekarang ni Rangga dah balik semula ke tanah airnya seminggu yang lalu.
Sedihlah juga dia rasa. Apa mungkin Rangga juga ada hati dekat Stella sebab itu dia ditolak?
>> Flashbacak <<
“Maaf.. saya enggak bisa terima kamu Ariana Lufis.” Ariana tercengang. Tapi.. tapi.. kenapa? Hampir diri dia tak percaya. Well, dia fikir lelaki itu turut menyimpan perasaan yang sama terhadap dia. Tapi itu semua hanyalah angannya saja. Carousel itu mula berhenti. Semua orang sedia sudah turun dari permainan itu. Tinggal Ariana dan Rangga yang masih tidak berganjak.
“Akak!!”
“Bang Rangga!!” kejut Nabila dan Ariasya yang terlihat kelibat mereka. Wah! Letih dia orang cari dua orang merpati sejoli itu disekitar fun fair. Akhirnya, jumpa juga! Orang dah penat pusing fun fair dia orang ni tak penat-penat ke, keluh mereka berdua.
Ariana pantas menyeka air matanya dan turun dari permainan itu. Pantas saja langkah dia berjalan. “Akak!! Tunggulah Riasya..” panggil Ariasya lalu mengejar langkah kakaknya itu.
“Bang..” tegur Nabila. “Abang ngak apa-apa, dik.” Jawab Rangga perlahan. Ah! Hati dia sendiri juga rasa sakit. Dia bahagia sangat waktu Ariana memberitahu dia bahawa dia juga menyukai dirinya. Malahan, terlampau gembira!! Rasa macam esok nak terus hantar rombongan dan kahwin. Tapi tiba-tiba dia teringatkan Stella. Walaupun dia tidak menyukai gadis itu. Dia telah membuat perjanjian bahawa dia akan menikahi gadis itu dan mengambil alih hospital milik Dr Rahman, papanya Stella walauapa sekalipun yang berlaku. Rangga tidak dapat memungkirinya kerana dia adalah seorang yang jenis menepati janjinya.
SKIP
Rangga mula mengenggam kedua belah tangannya. Dari biliknya, dia dapat mendengar tangisan Ariana walaupun perlahan dan sayup-sayup saja. Hati dia terasa robek. Maafkanku Riana.. mungkin saja dihayat ini kita tiada jodoh. Tapi aku berharap di masa akan datang kita akan hidup bersama, bisiknya seorang diri.
SKIP
“Bye, Rangga, Rezza, Nabila.. Timah.. kalau ada masa lagi kita pasti akan ketemu lagi. Tak gitu..” seloroh Encik Lufis. Mereka semua tersenyum gembira. Ah! Hari ni merupakan hari terakhir mereka disini. Hati Ariana terasa hiba. “Riana..” panggil Puan Fatimah. Perlahan-lahan dia mendongakkan wajahnya memandang Puan Fatimah. Wanita itu tersenyum dan kemudian memeluknya.
“Ibu suka sama kamu, nak. Maafkan ibu kalau kamu terpaksa rasa begini. Ibu yakin kalau kamu dan Rangga ada jodoh pasti ketemu lagi kamu berdua. Ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.” Bisik Puan Fatimah ditelinga Ariana, perlahan. Jadi tiada seorang pun yang mendengarnya hanya mereka berdua.
Tanpa disedari air matanya mengalir. Disekanya laju. “Bu.. Riana ada sesuatu untuk ibu..” Ariana kemudian mengeluarkan satu beg shopping yang berisi didalamnya baju yang dijahitnya sendiri. Dihulurnya pada Puan Fatimah, Rezza, Nabila dan akhir sekali… Rangga. Ditenungnya mata lelaki itu buat kali terakhir.
“Wah!! Cantiknya Riana..” puji Puan Fatimah, yang menyeluk membukanya sikit untuk melihat. Ariana tersenyum puas. “Anggap saja ia hadiah daripada Ariana dan sekeluarga. Nanti kalau korang semua pakai bolehlah teringat.. wah! Ni hasil kerja Ariana ni..” ujarnya.
“Eleh, cakap sajalah akak tu nak menunjuk..” sampuk Ariasya, sengaja.
“Yah--!!” semua orang mula ketawa.
“Sudahlah.. nanti lelama boleh tertinggal flight pula.” Pesan Puan Ross, mengingat. Mereka mengangguk lalu beredar ke balai pelepasan selepas bersalaman, berpelukkan dan bercium pipi antara satu sama lain. Kalau lelaki dengan perempuan tu just salam sajalah.
“Bye, Rangga..” ucap Ariana, sayu. Rangga kemudian menyeluk sakunya dan mengeluarkan seutas rantai yang berbentuk bintang itu lalu ditunjukkannya pada Ariana. Ariana memandangnya pelik.
“This is for you..” kemudian dia memakaikan rantai itu diheler milik Ariana tanpa disuruhnya.
Ariana terkedu, terharu semuanya ada. Untuk apa rantai itu diberi kalau Rangga sudah menolaknya. Ingin saja dia bertanya. Namun Rangga pantas mengelak lalu cepat-cepat masuk ke balai pelepasan itu. Argh!! Hati dia dipenuhi dengan rasa tanda tanya. Waeyo?? Waeyo, Rangga!! Kenapa kau buat aku macam ni kalau kau tak suka aku?
TBC

| The Precious One | - Part 14




Part 14
"Aku cuba sembunyikannya"
♦♦♦
Ariana mula memeluk tubuh yang kian terasa dingin. Dibiarkan saja angin malam itu menyejukkan hatinya yang terasa bergelora di kala itu. Didongak keatas memandang langit. “Hah, mana perginya bintang?” sebutnya sendiri.
“Saya disini..” hampir saja dia melatah. Rangga kini turut sama menyertainya diberanda itu. Ariana kembali mendongak. Kalau boleh dia tak mahu Rangga ada disitu. Melihat dirinya yang lemah akibat menangis siang tadi. Matanya boleh dikatakan jelaslah juga nak bengkak. Puan Ross ada menanyakannya kenapa. Mujur ada Arian yang tolong back up. Di katanya stress pasal assignment. “Awak okay?” soal Rangga saja. Ariana menghela nafas panjang. Mana mungkin dia rasa okay.
Tiba-tiba, tubuh badannya diraih kedalam dakapan milik lelaki itu. Ariana merasakan ia hangat, aman dan rasa selamat. Apakah ini? Hatinya yang rasa bergelora semakin lama semakin pudar. Ah! Mungkin ini kuasa pelukkan. Orang kata ‘we need just one hug to solve the problem in our heart’. Rangga perlahan-lahan mengusap lembut rambut Ariana. “Riana.. Rangga tahu Riana seorang yang kuat, tidak mudah putus asa dan sukar menitiskan air matanya tanpa sebab. Tapi kenapa Riana yang Rangga lihat sekarang sedang menangis.” Tersendu-sendu Ariana dikala itu.
Kenapa? Adakah dia nangis sebab kesnya dikampus atau Rangga yang sedang memeluknya? Dia rasa buntu. Perlahan-lahan Rangga melepaskan pelukkan itu dan merenung tepat kedalam anak mata milik Ariana. Air mata yang mengalir disekanya. “Malam esok teman Rangga pergi fun fair nak? Just the two of us..” Ariana pantas merenungnya. Wah! Rasa macam separuh tak percaya saja.
SKIP
Ariana mula menunjukkan muka protes. Ini tak adil!! Semua orang sibuk saja nak ikut.
>> Flashback berapa minit yang lalu sebelum nak keluar <<
Perlahan-lahan Ariana menuruni anak tangga itu agar tidak diketahui oleh sesiapa. Tapi sebaik dia turun semua orang kelihatan berpakaian cantik seolah-olah ingin keluar saja. “Ehh, Riasya! Korang nak pergi mana?” soal Ariana, pelik. “Fun Fair lah. Bukan kau dengan Rangga nak pergi fun fair ke?” La sudah! Ariana pantas pergi mendapatkan Rangga.
“Kamu kata mahu pergi berdua saja? Ini apaan si..!!” bebel Ariana sedikit tak puas hati.
“Err, memang saya ajak awak pergi berdua saja. Tapi tadi dia orang siap gesa dan ugut saya lagi. Kalau saya tak beritahu mereka. Puan Fatimah, Rezza dengan Nabila dilarang balik ke Indon semula.” Ariana menepuk dahinya. What?!? Apakah ini?!?
>> Flashback End <<
“Okay, semua let’s go!!” ajak Encik Lufis penuh semangat.
SKIP
Tiba saja di tapak fun fair itu semua orang kelihatan teruja. “Yang besar-besar.. tengok-tengok sama adik-adik tu.” Pesan Encik Lufis. Semua orang mencebik. “Ayah.. kami semua dah besarlah.” Sampuk Ariasya. Encik Lufis pantas menggaru kepalanya. Ah! Lupa pula dia. Cepatnya masa berlalu. Kalau dulu datang tempat yang macam ni. Disuruhnya mereka mengenggam tangan antara satu sama lain. Bukan boleh harap. Sekarang ni banyak kes culiklah, bunuhlah. Hisy, ngerilah zaman sekarang ni.
“Ayah pesan saja.. apa-apa nanti call kalau sesat.” Tambahnya lagi.
Rangga perlahan-lahan mendekati Ariana dan memegang tangannya.
“Shhh..” diletakkannya jari telunjuknya dibibir tanda suruh diam. Perlahan-lahan mereka menyelinap dari situ.
“Ayah!! Mana kak Riana dengan abang Rangga?!?” kalut saja Ariasya menyoal mereka. “Kamu jangan sibuk dik.. mereka tu dah besar tahap boleh menikah dah.” sampuk Arian. Ariasya buat muka menyampah. Ah, untunglah! Boleh bersweet-sweet. Kini, masing-masing mula berpisah.
SKIP
Ariana bagaikan rasa tak percaya. Omo~! Ditahannya wajahnya yang merah ketika itu. Boleh pula Rangga menculiknya dari mendengar sesi taklimat ayahnya tadi. Akhirnya larian mereka dihentikan. Rangga mula mengalihkan pandangannya memandang Ariana yang seolah-olah kelihatan teruja sekarang. “Jom! Permainan apa yang awak nak naik dulu?” soal Rangga.
Ariana kembali tersedar ke alam nyata. Hampir dia terlupa. Kalau datang fun fair kenalah main game yang ada dekat fun fair kan. Takkanlah nak buat bodoh saja. Dia sendiri buntu. Ah! Mana satu yrw nak naik.
“Riana.. ayuh kita main langgar-langgar kereta tu.” Cadang Rangga. Riana menganguk.
*Bang! Bang!* dilanggarnya mereka sepuas hati.
-Stella POV-
“Papa.. kayaknya Rangga buat apa yah disana? Kenapa Papa kasi dia cuti banyak sangat?” ujar Stella sedih. “Tak apalah Stella. Lagipun papa tengok Rangga tu rajin budaknya. Kadang-kadang sanggup gadaikan masanya untuk rawat patient yang ada.” Stella mengeluh. Rangga sama saja macam papanya. Tak habis-habis kerja.. kerja.. kerja..
“Udahlah, Stella.. Rangga kata lepas dia balik dari bercuti ni dia janji nak bincang pasal tarikh pernikahan kamu berdua.” Ah! Lagi riang gembiralah Stella rasa. “Betul ka Papa!! Ah, tak sabarnya rasa!!” jerit Stella.
SKIP
Berpinar-pinar mata Ariana sebaik turun dari menaiki roller coaster sebentar tadi. “Awak okay?” soal Rangga, khuatir. Ariana mengangguk. Ceh, padahal rasa macam nak termuntah jew sekarang. Kenapalah dia gila sangat bersetuju nak naik semua tu sebab Rangga? Kalau Arian atau Ariasya ajak dia naik mana dia nak naik. Dia kata dia sanggup tunggu dekat bawah semata-mata nak naik benda bodoh tu. Berpusing sana, berpusing sini. Gila!! ><’
Rangga kemudian menarik Ariana untuk duduk dahulu dikerusi yang disediakan di sekitar funfair itu. “Tunggu sini yrw..” pesan Rangga. Ariana sekadar mengangguk. Kaki dah tak mampu nak jalan ke mana-mana. Longgar habis skru!
Berapa minit kemudian, Rangga hadir dengan membawa dua botol air mineral dan beberapa snek untuk dimakan. Ariana tersenyum sengih. Rasa macam princess pula. Siap tolong buka penutup botol lagi. Ariana tersipu malu menerima pelawaan Rangga itu. Namun diteguknya juga airnya. Tekak dia benar-benar dari kering kontang disaat ini. Hurh! Menjerit punya pasal. “Lepas ni nak pergi mana pula?” soal Rangga. Ariana melilau-lilau keadaan sekeliling fun fair itu. Hmm, apa lagi erk? Fikirnya.
Kini matanya berhenti pada roda ferris yang sedang berpusing cantik di fun fair itu. Ariana menunding ke arah objek itu. “Tu!! Kita tak naik lagikan..” ujar Ariana. Rangga mengangguk.


SKIP
“Berapa?” soal Ariana pada penjual tiket roda ferris itu. “Hmm, disebabkan korang couple kami bagi diskaun 5%. RM10 untuk seorang. Ariana mengangguk lalu mengeluarkan duitnya. “Eh, enggak apa-apa biar saya yang bayarkan..” Ariana pantas menolak. “Tak apa my turn pula!” berkerut-kerut penjual tiket itu memandang kearah mereka. Ah! Tak perlulah nak buat sweet depan aku. Tahulah I single, bisik hati penjual itu.
Kini roda ferris itu mula berpusing perlahan-lahan selepas ia dipenuhi. Ariana mula tersenyum teruja. Dari atas, dia dapat lihat seluruh bandar itu berserta tapak fun fair itu. Cantik! Indah semuanya ada. Tak mampu nak gambarkan macam mana.
Matanya kembali tertacap kearah Rangga yang duduk berhadapan dengannya. Tiba-tiba rasa kekok pula. Yang Rangga ni kenapa dari tadi asyik dok pandang dia sambil tu direnungnya cincin yang dipakai oleh Rangga itu. Ingin saja dia bertanya. Siapakah gadis yang bertuah yang berjaya tambat hatinya itu?
*Ding!* akhirnya roda ferris itu berhenti berpusing selama 5 minit. Sungguh bertuah gerabak mereka berhenti ditengah-tengah pusingan. Kiranya paling atas sekali. Suasana bertambah kekok. Mereka berdua hanya diam membisu.
“Arrk.. Errr..” bila nak mula bicara dua-dua macam terkelu.
Ariana mula ketawa. Rangga memandangnya pelik. “Funny kan..” ujarnya lalu mengetap bibirnya kembali. “Apa yang funny?” soal Rangga hairan. “Awaklah… Tunang tak bagi tahu siapa. Siapa? Siapa perempuan yang tak bertuah tu?” seloroh Ariana.
Rangga tersenyum sengih. Ah~ dia sebenarnya malas nak cakap pasal hal tu. Tapi dah ditanya, jawab sajalah. “Stella..” jawabnya. Ariana mengangguk. Sedap nama tu! Mesti orangnya pun cantik. “Macam mana awak kenal dia?”
“Emm, kita orang pernah study sama-sama sebagai dokter dulu. Lepas tu, waktu praktikal sungguh tak sangka aku dengan dia dapat tempat yang sama iaitu Hospital papanya Stella. Waktu tu, Stella mula tunjukkan sifat-sifat memberontak sebab cita-cita dia yang asal bukannya nak jadi dokter. Akhirnya, dia minta tolong aku untuk bicara sama papanya sebab papanya lebih percayakan aku daripada sesiapa.”
“Jadi kau berjaya yakinkan papa dia?” sampuk Ariana.  Rangga mengangguk. “Tapi… Dengan syarat ada yang pantas untuk mengambil alih hospital papanya suatu hari nanti.” Sambung Rangga lagi. Wajah Ariana mula berkerut-kerut.
“Jadi.. kau tunang dengan dia sebab nak tolong Stella kejar cita-cita dia??” teka Ariana, terkejut. Rangga mengangguk. Ini tak adil! Wah!! Melampau! Kenapa Rangga terlalu bodoh sangat. Siapa Stella ni bagi dia sampai nak tolong macam tu sekali, hati Ariana sedikit terguris. Apakah?! Mengapakah?! “Tapi itu tak bermakna kita orang tak saling mencintai. Dia kelihatan teruja sewaktu dapat bertunang dengan saya.” Ariana menepuk dahinya. Ya! Mungkin boleh jadi Stella tu sukakan dia, ikhlas. Tapi macam mana dengan Rangga sedikit.
Perlahan-lahan, Ariana memegang kedua belah bahu Rangga. Ditenung lelaki itu lama. Rangga!! Kenapa?!? Kenapa?! Jeritnya dalam hati.
*Ting!*
“Maaf, tapi boleh tak bagi orang lain pula naik.” Tegur pekerja dekat roda ferris itu.
SKIP
Buingx6~ Muka Ariana terasa panas. Ah! Macam mana mereka boleh terleka sampai tak sedar yang pintu gerabak mereka dah terbuka luas. Keadaan menjadi silent.. entah apa lagi yang nak dibicarakan sebaik turun dari permainan roda ferris itu. Tiba-tiba, dia ternampak ‘carousel horse’ (kuda pusing-pusing tu). “Jom naik tu!!” ajak Ariana. 

Sewaktu mereka sedang beratur, tiba-tiba Ariana mendapat satu pesanan ringkas dari Arian.
“Oii!! Lambat lagi ke. Kita orang dah separuh nak mati tunggu merpati sejoli datang.” –Arian.
“Kejap!! Last ride.. carousel..” –balas Ariana dengan emoji mata bulat minta simpati.
“Kau hutang aku Ariana!!” –emoji berasap-asap.
“Next!!” laung pekerja itu.
“Awak nak naik kuda yang mana satu?” soal Rangga sambil tercari-cari kuda yang masih kosong. Tiba-tiba mereka terlihat dua kuda yang masih kosong. Pantas diambilnya tempat itu sebelum dicop oleh orang lain.
Ariana you can do it, bisik hatinya. “Are you okay, Riana?” soal Rangga hairan.
“Rangga!! I Love you..” jejaka itu terpana untuk sekian kalinya.
Masa seolah-olah berhenti berputar dikala itu. Dunia terasa kosong. Hanya ada dia dan Ariana disitu bersama kuda mainan yang ditungang mereka. “Did you just mean it?” soal Rangga ingin kepastian. Ariana mengangguk. Disaat itu jantungnya benar-benar bergerak laju. Dia masih waras! Jadi dia yakin dengan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Sudah tidak dipedulinya Rangga itu tunang siapa. Baru tunang kay!!
Mana tahu nasib dia. Kan.. kan.. kan.. orang kata jodoh orang tu tak menentu. Boleh berubah ikut arah dan waktu. 

TBC
 
Images by Freepik