Eyka Blog: November 2015

Monday, 30 November 2015

Janji Kita (Bab 5)

BAB 5
Selepas kejadian pertemuan mereka di majlis perkahwinan Fathie tempoh hari, masing-masing masih mendiamkan diri lagi. Bila difikirkan balik semua macam tak tahu macam mana nak mulakan semula persahabatan yang dah lama tergendala ni. Lydia mengeluh sambil memerhatikan telefon bimbitnya, lama.
>>Restoran Hotel Soulmate<<
Manakala, Shafiqah yang sedang berehat sebentar juga turut termenung jauh. Apa yang aku nak borakkan yrw? Soalnya sendirian sambil memandang telefon bimbitnya. Qirash yang menyedarinya mula menyapanya dari arah belakang. “Hoi, apasal tu?” soalnya. Shafiqah menggeleng, tanda tiada apa. “Eleh, yrwlah tu!! Macam ada masalah sahaja. Nombor siapa tu? Boyfriend lama ke?” ujarnya membuatkan Shafiqah merenungnya tajam. “Mana ada!! Ni nombor kawan-kawan lama sayalah.” Jelas Shafiqah. Qirash mengangguk. “SoOoo??” soalnya lagi. “So, agak-agak awak. Apa yang patut saya buat yrw? Saya rasa kekoklah nak jumpa mereka balik. Hari tu pun, macam terpaksa sahaja. Bukan terpaksa sebab tak suka atau apa. Terpaksa sebab terpaksalah jawabnya..” Terang Shafiqah, lagi.
“Inilah perempuan! Hari tu bukan main beria sahaja, dia minta kita carikan teman-teman dia. Sekarang dah jumpa segan pula..! Menggedik!” bebel Qirash, membuatkan Shafiqah menendang kakinya, disebabkan terlalu geram sangat. Qirash perlahan-lahan mula menggosok kakinya yang terasa sakit. Shafiqah kemudian menjelir lidahnya lalu kembali masuk ke dalam dapur. “Yarh!! Ouch..!!”
XXX
Aliya yang baru masuk ke dalam kamarnya mula duduk ditepi tingkapnya sambil memerhatikan hujan yang turun dengan lebat. Namun, lebat lagi air mata yang mengalir jatuh ke pipi.
Setiap keringat peluh yang terasa membuatkan suhu badannya terasa dingin sekali. Aliya mula mengambil selimutnya lalu menyelubungi tubuh badannya yang kecil itu. Memang patut pun hari ni hujan, ujarnya sendirian. Hatinya berasa sakit yang amat apabila Intan sengaja memanaskan hatinya pada tempoh hari. Kata-katanya itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya membuatkan Aliya mula mengepal tangannya dan menumbuk bantal kecilnya dengan semahunya.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Aliya dengan pantas mengambilnya dan dilihat tertera di situ nama > Playboy Malaya < iaitu Fareyz. Aliya mengeluh. Namun, diangkatnya jua panggilan lelaki itu. “Helo... nak apa?” ujarnya spontan. Fareyz mencebik. “Alah, garangnya buah hati kita ni. Baru berapa hari kita tinggalkan.. Dah jadi garang macam singa..” rajuk Fareyz. “Mengada.. nak apa call? Awak bukan sekarang dekat luar Negara ke. Kang! Kena bayar bil mahal pula, telefon saya lama-lama ni.” Aliya sebenarnya tak ada mood nak melayan Si Fareyz tu atau lebih tepat lagi dia kalau boleh nak lepaskan semua kemarahannya pada Si Fareyz.
“Hmm, awak ke yang bayar bil telefon saya? Oh.. so sweet my darling!!” Aliya mula menampar dahinya. Ergh, lelaki ni seolah-olah macam pandai sahaja nak patahkan jiwa dan raga dia. “Helo, anybody there?” panggil Fareyz, apabila tiada sahutan dari sana. “Fareyz.. saya penatlah! Saya nak masuk tidur. Tahulah dekat sana tengah pagi.” Ngomel Aliya, lalu belum sempat Fareyz berkata apa dia terus mematikan panggil tersebut. Fareyz mengeluh.
XXX
Lydia mula memunggah barang-barangnya membuatkan habis bersepah satu pejabatnya. Sarah yang baru masuk mula terkejut dengan keadaan Lydia yang huru-hara itu. “Cik Lydia? Cik Lydia cari apa tu?” soalnya, lalu mengutip kertas-kertas yang bertaburan. Lydia mula menrengus geram. “Sarah.. Awak nampak tak kad jemputan saya untuk gala night Datuk M dengan Datin Lisa tu? Kalau tak ada kad tu. Nampak gayanya gelaplah masa depan saya nak kembangkan bisnes fesyen kita ni.” jelasnya yang masih lagi tercari-cari. Sarah mula menggeleng kepalanya sambil bercekak pinggang. “Lah.. kad jemputan tu kan ada dekat saya. Cik Lydia yang suruh simpankan. Cik Lydia lupalah tu..” ujar Sarah, membuatkan Lydia beristighfar banyak kali. “Ya Allah, Sarah! Engkau boleh diam sahaja. Penat saya punggah barang-barang ni. Dah awak kemas balik barang-barang saya ni.” Sarah mula mencebik. What? Salah dia pula. Namun, diturutkannya juga. Lagipun dia cuma kuli, nak buat macam mana.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi loceng pintu kedai mereka menandakan ada pelanggan yang datang. Lydia keluar untuk melihat. Alangkah, terkejut beruknya!
“Awak?!?” serentak kedua-duanya.
Anas mula memandangnya menyapah. Namun, Lydia dua kali ganda menyampah memandangnya. “Nak apa datang sini? Mak saya ke yang hantar awak?” soal Lydia, dalam nada tinggi. Anas ketawa sinis. “Sorry, sikit! Aku fikir ni kedai seorang pereka fesyen designer terkenal. Tengok-tengok, perempuan sengkek mana mai tak tahu!!” perli Anas, cukup-cukup. Hati dia betul-betul rasa panas apabila terkenangkan peristiwa mukanya dicalit sisa makanan tu. “Fine! Saya pun tak luak terima pelanggang macam awak! Nampak tu pintu yang awak masuk tadi. Sila.. get lost!! For lost!!” halaunya. Anas mula mengetap bibirnya lalu keluar dari situ. Dalam hati tak habis-habis menyumpah perempuan itu. Tak guna punya perempuan! Dua kali engkau mainkan aku! Siap engkau! Ada hari aku balas! Bisiknya dalam hati.
Tiba-tiba, pengurusnya datang bertanya “Eh, tak masuk lagi?”. Anas mula menelan liurnya. Gila! Lepas kena halau nak masuk balik. “Cepatlah, lepas ni kita ada photshoot dekat tempat lain pula. Jangan lengahkan masa.” Tegas Encik Faruk, iaitu pengurus Anas. Anas dengan tebalnya muka terpaksa masuk ke dalam kedai itu lagi sekali. Lydia yang terlihat kelibatnya hampir sahaja memaki hamun lelaki itu. Namun, dilihatnya ada lelaki lain turut bersamanya. “Ehh, Encik Faruk.. encik buat apa dekat sini? Nak datang ambil baju yang encik tempah hari tu ke?” soal Lydia, dengan senyuman manisnya. Encik Faruk mengangguk. “Actually, baju tu untuk Anas.. You kenal tak dia?” ujar Encik Faruk sambil menunding jari ke arah Anas yang menyorok-nyorok di belakangnya. Lydia tersenyum sinis. “Ooo, yaka! Tak pun! Tak kenal..” balas Lydia selamba lalu membawa keluar baju yang ditempah mereka itu. “Ayoyo, takkan tak kenal kowd? Famous ni!! You kan fesyen designer…” ujarnya dengan agak terkejut.
Tak famous perempuan ni kata!! Kurang ajar, aku famous kowd, bentak hati Anas. Lydia menggeleng. “Sorry, encik! Saya memang tak ambil tahu pasal bintang-bintang yang tak terserlah ni.” gumam Lydia, lalu menyerahkan baju yang ditempah mereka itu dengan agak kasar. Anas diam membisu. Takkan nak balas kowd! Pengurus dia dahlah ada dekat sini. Kang, kena marah pula sebab tak jaga tingkah laku depan peminat.
Encik Faruk menggeleng. Aish, kena asah lagi bakat Si Anas ni! Tak boleh jadi ni! Bisik hati Encik Faruk. Anas kemudian mengambil baju itu dan mencubanya di bilik persalinan. Setelah selesai memakainya dia keluar dari bilik itu dengan penuh bergayanya.


Hampir tercekik Lydia dengan air liurnya sendiri, ketika memandang ke arah Anas yang terlalu segak bergaya itu. Namun, pandangannya cepat-cepat dikalihkan ke arah lain supaya jantungnya berhenti berdegup dengan kencang. Sarah yang baru selesai mengemas pejabat Lydia mula keluar dengan perasaan teruja. Sejak bila pula Anas Mikael iaitu model terkenal dan kadang-kadang ada juga berlakon ada dekat sini? Hampir luruh jantung Sarah dibuatnya. “Wah!! Awak ni Anas Mikael kan?” ujar Sarah, teruja menyebabkan Anas mula menjadi tidak selesa. Lydia mula mencubit lengan Sarah membuatkan Sarah menjerit kesakitan. “Sarah.. Don’t be so overreacting sangat, okay!! Behave yourself..” bisik Lydia di telinga Sarah. Sarah mula memuncungkan bibirnya dan senyap. Encik Faruk mula ketawa terbahak-bahak. “Alah, tak apalah Cik Lydia. Itulah namanya yang Anas ni memang famous.” Jelasnya.
Lydia tersengih. Sengih terpaksa!
Selesai membuat bayaran, mereka pun beredar dari butik Lydia tersebut. Kerdengaran keluhan kecil keluar dari mulut Sarah, membuatkan Lydia mengalih pandangannya ke arah Sarah. “Ini semua salah Cik Lydialah ni. Kalau tak tadi.. Saya dah dapat bergambar dengan pujaan Malaya saya, Anas Mikael.” Rajuknya. Lydia mula mengangkat keningnya “Jangan nak mengada! Dia orang paling tak guna dalam alam semester ni. Entah apalah yang korang semua nampak dekat dia tu.” Jelas Lydia apabila terkenangkan ayat-ayat Anas yang cuba mengajak dia masuk ‘BILIK’ tu. No manner at all!
“Dahlah! Daripada saya melayan kerenah awak ni. Baik saya pergi siapkan baju saya untuk malam ni.” ujar Lydia. 


TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 5 ni. And nantikan untuk Bab 6 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니 dan Aliya Mohamad dah siapkan cerpen dia.. Jangan Tinggalkan Saya..!! 

2nd List Drama

Tadi Korean Drama.. Sekarang Multiple Drama pulak.. Ada jepun.. thai.. filipino.. Hoho... Emm, apa yang Eyka boleh cakap dekat sini. Semua cerita ni korang patut tengoklah.. Hoho, rugi siapa tak tengok.. 


5 ji Kara 9 ji Made (Japan Drama)

On The Wings Of Love (Philipine Drama)

Kiss Me (Thai Drama)

Full House (Thai Drama)

List Korean Drama

안녕하세요... (Annyeonghaseyo)สวัสดี... (Swasdi),  こんにちは... (Konichiwa)  

Okay, Hari ni Eyka ada buat satu list.. Nak tahu list apa?!? List drama-drama yang Eyka dah tonton selama ni. Ermm, siap dah buat ulangan 2, 3, 4 kali dah. Hopefully, siapa-siapa yang ada cadagan cerita apa yang best share-share lah dengan orang di sini. XD Lepas habis paper Ekonomi rabu ni.. Nak pulun habis tengok semua cerita-cerita korea, jepun, thailand, filipina, china.. hindustan.. org puteh.. Hak4! kalau boleh semua negeralah..

Oh My Venus (Korean Drama)
Emm, suka tengok cerita ni. Well, cerita ni pun baru ditayangkan lagi. So, episode dia pun still tak banyak lagi. Tapi bestlah. Dia menceritakan yang Shin Min Ah ni dulu waktu sekolah menengah dia lawa sangat-sangat. Tapi bila dia dah besar, berat badan dia semakin lama semakin menaik menyebabkan dia menjadi gemuk. Hoho,suatu hari tu dia terjumpa lelaki ni dan hidup dia semenjak tu mulalah berubah.. 

Patut tengok..!! 
Flower Boy Next Door (Korean Drama)
Cerita ni mengisarkan seorang perempuan.. iaitu pelakon dia Park Shin Hye. Dia ni penulis novel dan dia tak pernah keluar dari rumah dia sebab faktor tertentu. Emm, well.. Hidup dia berubah lepas jumpa lelaki pelukis komik yang duduk sebelah dengan flat rumah dia. Serius! Best.. Hak8.. Kalau nak tahu lebih lanjut tengoklah sendiri..

Marriage Not Dating (Korean Drama)
Cerita ni lawak.. Siapa tak tengok memang rugi..! Dia pasal percintaan yang memang lawaklah.. Sweet pun ada. Eyka suka wakta perempuan ni. Dia jenis yang langsung tak ambil peduli kata orang. Jenis ikut kepala dia sahaja. Happening gitu..! *kenyit mata*

Birth Of A Beauty (Korean Drama)
Huhuk, cerita ni Eyka tak tengok sampai habis lagi.. Emm, tapi first episode pun dah mampu buat Eyka terharu dan menangis. For chubby like me, serius cerita ni mampu menambat hati sanubariku yang kental ini. Cerita ni pasal perempuan tu dah kahwin. And dia gemuk.. Well, keluarga laki tu tak pernah layan dia dengan elok. Begitu juga dengan husband dia sendiri. Macam mana boleh kahwin pun entahlah.. Yang paling keji keluarga lelaki tu sendiri taw yang anak lelaki depa curang dan langsung tak khabarkan dekat perempuan tu. 

Tengoklah.. Serius patut tengok..

My Love From The Star (Korean Drama)
Cerita ni Eyka tak mampu nak kata apa-apa.. 100%.. Oooh.. tunggu 200%.. 300%.. Argh!! Memang sweetlah jawabnya!! Teringin nak ada lelaki alien macam Kim Soo Hyun.. Omo~ Cair doh..

She Was Pretty (Korean Drama)
Oh.. cerita ni lawak gak.. Love Komedi.. Emm, cerita dia pasal kawan lama yang terpisah jauh nun.. Kini, bertemu kembali dan bila dah bertemu semuanya berbeza.. Laki tu yang dulunya gemuk kini menjadi kacak bergaya. Perempuan tu yang dulu cantik bak bidarari.. Kini menjadi Si Hodoh yang hodoh.. Huhuhhukk.. Memang so sweet cerita ni.. Nak tahu lagi kenalah tengok sendiri..!

Oh My Ghost (Korean Drama)

Oh.. my ghost.. Teringin nak ada lelaki pandai masak.. Hak8!! Best.. tak taw nak kata apa..
Kill Me, Heal Me (Korean Drama)
Cerita ni buat aku menangis berjuta kali... Habis mak punya kotak tisu aku habiskan... Hak9!! Omo, and aku suka hero dia.. Serius, suka tengok dia berlakon. Lakonan dia memang mantap..!!
Monstar (Korean Drama)
Monstar ni rancak.. Sebab banyak pasal persahabatan.. lagu.. And Hero hensem.. Hak8!!..

p/s: Itu sahaja dari saya.. Ini bukan carta or undian atau apa.. Ia cuma list drama yang saya tengok selama ni. Hopefully, kalau korang ada cerita korea ke... cerita apa-apalah yang boleh dipertonton.. Kasilah title dekat kita.. Kita nak tengok juga. Janganlah kedekut taik hidung masin! Hik8..





Sunday, 29 November 2015

Janji Kita (Bab 4)

BAB 4
Hari yang dinantikan sudahpun tiba, Aliya masih lagi termundar mandir di dalam kamarnya. “Nak pergi ke tak? Pergi? Tak? Pergi..?” ngomelnya sendirian. Tok! Tok! Tombol pintu itu dipulas dan kelihatan ibunya, Puan Fauziah sudahpun bersiap sedia untuk ke majlis tersebut.  Puan Fauziah mula mengerutkan wajahnya, bingung. “Liya, kenapa tak siap lagi ni? Yang lain semua dah pakat siap. Kamu jadi ke tak ni?” soal ibunya, sambil memandang anak mata anaknya itu. Aliya mula menjadi tidak keruan. “Tak apalah, kalau kamu rasa kamu tak nak pergi. Kami pergi dulu yrw. Tu hah, kalau rasa lapar, lauk tomyam semalam ada lagi bawah tudung saji tu. Okay!” pesan ibunya, lalu beredar dari situ.
Aliya mula mengambil bantal kecilnya lalu dihempapnya pada mukanya. “Arrrrr!!!! Nak pergi ke tak ni..?!?!?” jeritnya sambil menghentak-hentak kakinya seakan anak kecil.
XXX
“Wah, hebatnya weeding ni? Nak tengok sikit nanti, siapalah bakal pengantin tu kan?” bisik Shafiqah ke telinga Qirash. Qirash mula tersengih. “Itulah, orang ajak kahwin dengan kita tak mahu.” Seloroh Qirash sambil ketawa kecil. Zapp!! Hinggap satu cubitan di pinggang Qirash membuatkan dia menjerit kecil. Qisha yang berada berhampiran di situ mula memarahi mereka berdua. “Shhh!! Behave yourself..!” tegurnya lalu beredar. Shafiqah mula ketawa sinis ke arah Qirash sambil menjelir lidahnya. “Padan muka!!” Qirash mula mencebik.
“Dahlah awak.. saya nak masuk dapur kejap! Nak suruh diaorang bawak masuk lauk lagi.” Ujar Shafiqah. Qirash mengangguk.
XXX
Akhirnya, dia buat keputusan untuk datang juga. Dengan penuh lenggang lenggoknya, dia mula memasuki dewan  itu dengan penuh yakin. Semua tetamu yang hadir mula memandang ke arahnya. Cantik. Seksi. Simple. Hampir sahaja semua orang fikir bahawa dialah bakal pengantin itu. Aliya mula berasa tidak senang hati. Padahal dia cuma mengenakan baju kurung biasa sahaja. Tak adalah glam sampai kalah pengantin nanti



“Liya..” tiba-tiba kedengaran suara ibunya memanggil membuatkan dia tercari-cari. Namun, Puan Hana iaitu ibu Fathie lebih pantas menerpa ke arahnya membuatkan dirinya berasa sedikit gugup. “Liya..” sapa Puan Hana. Aliya dengan hormat mula menyalami tangan Puan Hana. “Lama tak jumpa. Semakin cantik kamu sekarang.” puji Puan Hana. Aliya mula terasa kembang kempisnya.
“Aliya..!!!” tiba-tiba dengan drastiknya dia terasa dirinya dipeluk oleh seorang mak cik ini dan mak cik itu ialah ibu Syahriezal iaitu Puan Ida. Suhu badannya mula terasa panas. Habislah, lepas seorang, seorang ni pula. Adakah dia akan mengulangi semua ini semula? Aliya mula mengeluh didalam hati. Syahriezal yang berada di belakang ibunya mula mengenyitkan matanya. Ni yang nak cair ni, bisik hati Aliya sambil tersengih-sengih sahaja. “Hai, pretty woman! Lama tak nampak. Dah kurus dan comel sekarang.” puji Syahriezal. “Huish, mesti ramai peminatkan. Kerja apa Liya sekarang?” soal Puan Ida. Aliya mula terkelu. “Err.. emm..” “Pramugari untuk Kapal Terbang Mas..” jawab ibunya. Mereka semua mula tergamam. “Pramugari.. Wah, patutlah cantik sahaja!” puji Puan Ida dan Puan Hana. Memerah muka Aliya dibuatnya.
“Baiklah, para tetamu sila beri tepukan yang gemuruh untuk pasangan kita ini iaitu Fathie dan Intan..” ujar DJ itu lalu memasang lagu ‘Pegantin Baru’. Jantung Aliya mula terasa naik turun naik. Dilihatnya Fathie dan Intan sedang tersenyum bahagia menuju ke mahligai mereka yang tersergam indah itu a.k.a pelamin. Syahriezal yang berada di sebelah mula membisikkan sesuatu padanya. “Selamat awak tak jadi kahwin dengan dia. Bolehlah lepas ni saya masuk line lagi sekali.” Aliya mula berasa tidak keruan lalu menuju ke buffet makanan untuk mengambil makanannya. Namun, Syahriezal tetap membuntutinya dibelakang.
“Awak tak makan lagi ke?” soalnya, sambil menunggu giliran untuk mengambil makanan. “Dah, tapi nak makan lagilah. Rasa lapar pula! Nampak awak terus lapar.” Ujarnya. Err, apasal mamat ni? Ini yang aku benci ni! soalnya dalam hati.
XXX
Lydia mula terkehel-kehel mencari kelibat Aliya. Dia datang ke tak ni? Segan pula seseorang dekat sini. Dahlah aku tak kenal siapa-siapa pun, keluhnya. “Wah, anak ni cantiklah.” Puji mak cik yang duduk satu meja dengan dia. Lydia tersengih lalu mengangguk. Dilihatnya Fathie dan Intan sudahpun memasuki dewan itu. Hatinya mula tertanya-tanya, “Emm, entah-entah Aliya tak mai apa? Kalau aku jadi dia jangan harap aku datang.” Bisiknya dalam hati sambil tercari-cari.
XXX
Kemudian, Shafiqah pun keluar dengan membawa dulang tambahan lauk. Diisinya dulang-dulang yang semakin berkurangan lauknya. Tiba-tiba..
“Fiqa..??” soal Aliya, ingin kepastian. Shafiqah yang memerhati orang itu mula terkebil-kebil matanya. Hampir sahaja dulang yang dipegangnya itu terbalik. “Aliya..!!” balas Shafiqah sedikit tidak pasti adakah di hadapannya itu benar-benar temannya.

Akhirnya, Shafiqah mendapat persetujuan daripada Qisha dan Qirasha untuk kerja separuh hari, untuk hari itu. Ditukarnya baju kerjanya ke baju biasanya. Manalah nak cari baju kurung time sekarang ni.

“Engkau rasa kurang ajar tak kalau aku pakai baju macam ni dekat majlis kahwin orang?” soal Shafiqah pada Aliya. Aliya mula ketawa “Agak kurang diajarlah. Tapi engkau ada sebabkan. Hak8!” Shafiqah mula memuncungkan bibirnya. Tiba-tiba, matanya tertacap pada wajah seorang gadis ini. “Ehh, Liya..!! Cuba engkau tengok perempuan yang pakai baju kurung krim campur hitam tu..” ujar Shafiqah sambil menuding jarinya ke arah gadis yang kelihatan resah gelisah itu. Aliya mengangguk. Kemudian, secara serentak “Macam Lydialah..!!” Mereka berdua kemudian menghampiri gadis itu, membuatkan Lydia yang baru sahaja hendak minum tersedak sebaik belakangnya ditepuk oleh seseorang.
“Lydia..!!” ujar mereka lalu memeluk antara satu sama lain. “Wah, korang apa cerita? Tak sangka boleh terjumpa korang berdua dekat sini? Hmm, sampai hati korang contact berdua sahaja.” Ujar Lydia, separuh sedih melihat mereka berdua bersama. “Mana ada. Kami pun baru jumpa sahaja. Aku kerja dekat sini. Tadi waktu nak tambah lauk dekat dulang, aku dengan Aliya terus terserempak. Dia ni lah yang tegur aku.” Jelas Shafiqah. Aliya menggeleng sambil ketawa kecil. “Engkau apa cerita Lydia? Macam mana boleh ada dekat sini?” soal Aliya, pelik. Lydia kemudian menjuihkan bibirnya ke arah Intan yang berada di atas pelamin itu “Tu hah! Berapa hari yang lepas minah tu ada datang kedai aku. Suruh aku rekakan dia baju pengantin dia dan laki dia. Lepas tu, dapatlah kad jemputan dari dia suruh aku datang. Mula-mula, aku ingat aku malas nak datang. Tapi fikir balik mungkin aku akan jumpa engkau dekat sini. So, aku pun datanglah. Tak sangka jumpa terus engkau dengan Fiqa dekat sini.” Terangnya panjang lebar.
“Oh yrw! Lagi satu kenapa Fathie boleh kahwin dengan Intan?” tambah Lydia, ingin kepastian. “Ha’ah, bukan last engkau cerita dekat kita orang engkau ke yang bercinta dengan Fathie tu?” sampuk Shafiqah pula. Aliya mula menelan liurnya yang terasa tersekat dikerongkongnya. Haruskah dia ungkit semula sejarah lama? “Errr...” belum sempat Aliya ingin bercerita, datang Syahriezal ke arah mereka. “Yo, korang apa khabar?” sapa Syahriezal. Lydia dengan Shafiqah mula mengangguk dan membalas “Khabar baik!”. “Okay, okay.. daripada korang bertiga renjis air liur dekat sini. Lebih baik korang bertiga pergi renjis dekat kedua mempelai atas tu. Dah jom!” ujar Syahriezal sambil menarik tangan Aliya. Lydia dan Shafiqah mula memerhati antara satu sama lain, lalu membuntuti mereka dari belakang.
“Syah..!! Lepaslah, aku tak mahu jumpa mereka. Awak faham tak!?!” marah Aliya, lalu merentap tangannya semula dengan kasar. Syahriezal mula memandangnya dengan pandangan yang agak serius. “Sampai bila..? Fathie betul-betul perlukan restu awak.” Ujarnya lembut. Lydia dan Shafiqah yang berada di situ hanya diam membisu memandang drama yang ditayangkan secara ‘Live’ depan mata. Lebih baik diam, lagipun mereka bukannya tahu pun pucuk pangkal hal yang tengah berlaku ni.
“Saya tak kata pun yang saya tak restukan mereka. Saya cuma tak sanggup jumpa mereka. Awak faham tak! Awak lupa ke apa yang mereka dah buat dekat belakang saya? Mereka bodohkan saya. Terutamanya Si Intan tu! Fathie just gunakan saya untuk dekat dengan Intan tu dan Intan gunakan Fathie just untuk sakitkan hati saya! Takkan itu pun awak buta lagi?!?” muka Aliya mula berubah menjadi merah menahan kemarahannya. Syahriezal diam membisu. Tiba-tiba, turun Puan Hana dari atas pelamin ke arah mereka. “Eh, Liya.. kamu pergi renjis tak lagi dekat Fathie dan Intan?” soal Puan Hana. Aliya mula terdiam. “Belum!!” jawab Syahriezal pantas, bagi pihak Aliya. Aliya dengan pantas menjeling maut ke arah Syahriezal. “Kalau macam tu, mari mak cik temankan kamu.” Puan Hana mula menarik Aliya ke atas pelamin.
Wajah Fathie, mula berubah menjadi terkejut. “Aliya??” nama itu mula terpancul keluar dari mulutnya membuatkan Intan yang berada disebelah memandang Aliya dengan wajah yang menyampah. Tetapi dilakonkannya supaya nampak baik dan ramah. “Aliya, you look so beautiful!” tegur Intan. Aliya mula menyumpah seranah Syahriezal didalam hati. “Thanks!!” balas Aliya, lalu mengambil alat perenjis itu dan pergi ke arah Fathie dahulu.
”Saya doakan awak semoga berbahagia okay.” ucap Aliya, ringkas. Malas nak berlama-lama disitu. Fathie mengangguk. Kemudian, Aliya pun pergi ke arah Intan pula. “Semoga dapat anak yang banyak yrw.” Ucap Aliya dengan senyuman yang terpaksa disenyumkan. Intan mengangguk lalu menarik Aliya untuk mencium pipinya kiri kanan dan pada waktu itu sempat lagi dia membisikkan sesuatu ke telinga Aliya. “Loser, I’am the winner now!!” bisiknya perlahan. Muka Aliya mula berubah menjadi merah. Perasaan marah cuba dikawalnya. Kang! Ada juga manusia yang makan penampar aku, bisiknya dalam hati lalu turun dari pelamin itu.

“Aliya..!!” panggil Syahriezal, namun tidak dihiraukannya langsung oleh Aliya. Sebaik sahaja Aliya turun dari pelamin, dia terus menuju keluar dari majlis itu. Balik. Lydia dan Shafiqah mula terkebil-kebil mengejarnya. “Liya.. Liya…” panggil mereka. Aliya yang menyedarinya, mula berpatah balik lalu menyerahkan mereka nombornya lalu beredar semula dari situ. Lydia dan Shafiqah mula menggeleng. 

TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 4 ni. And nantikan untuk Bab 5 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니 dan Aliya Mohamad dah siapkan cerpen dia.. Jangan Tinggalkan Saya..!! 

Saturday, 28 November 2015

Janji Kita (Bab 3)

BAB 3

“Awak!! Puas saya cari awak. Cepatlah, nanti terlambat pula kita.” panggil Aliya, dengan senyumannya yang paling manis sekali. Fareyz membalas senyuman itu dengan senyuman nakalnya lalu merangkul erat pingang ramping milik Aliya itu. Herh, siapa yang tak kenal dengan pilot playboy tu. Boleh kata satu dunia kenal dia. Aliya mengeluh lalu menolaknya. Malas nak layan. Fareyz mula mencebik tanda merajuk. “Cepat Fareyz!! Nanti awak terlewat nak drive flight balik ke Malaysia!!” ujar Aliya, lalu menarik tangan lelaki itu untuk mengekorinya.

Yup! Tak lama lagi dia akan pulang ke tanah airnya. Rasanya dah tiba masanya untuk dirinya menghadapi semua masalah itu. No more running girl, Aliya!! Keluhnya dalam hati.
Setibanya dirinya di Lapangan KLIA itu, dia mula mengeluh. Memang benar dia tak mahu lari lagi. Tapi.. Tapi..
“Hai, sweetheart! Mengelamun nampak?” tegur Fareyz, lalu duduk disebelahnya. Aliya buat endah tak endah sahaja. “Hey.. hey.. kenapa ni?” Fareyz mula mendongak naik wajah Aliya untuk memandangnya. Aliya menepis tangan itu lalu memandang semula telefon bimbitnya itu. Nak beritahu ke tak yang aku dah balik Malaysia, fikir Aliya dalam hati. “Hmm, kalau awak nak.. Awak boleh ikut saya? Lepas ni saya ada flight nak pergi ke China. Lepas tu, kena pergi India dengan Korea pula. Mungkin 2, 3 minggu lagi baliklah saya semula ke Malaysia. Nak?” jelas Fareyz, sungguh-sungguh. Aliya mula membulatkan matanya. Cadangan yang baik tu? Dia mengangguk.
Kemudian, kepalanya mula menggeleng. No.. no.. no! Dia dah janji dengan diri dia yang dia dah tak mahu lari lagi. Ya, betul tuu! Aliya menggeleng lagi sekali. Muktamad!! Fareyz mula tersengih. “Mana satu ni cik kak oii..!!” ujarnya lalu mencubit manja pipi Aliya yang comel tu. Aliya merengus geram. “Sakitlah..!!”
Flight ke China bakal berlepas sebentar lagi. Para penumpang diminta berada di dalam kapal terbang sekarang.
Fareyz mula bangun dan merenggangkan tubuh badannya yang terasa sedikit kejang itu. “Bye, sweetheart! I’m gonna miss you. Jangan curang okay!” pesannya lalu berlalu pergi. Sementara itu, sempat lagi dia menghadiahkan Aliya flying kiss. Namun, Aliya hanya buat bodoh sahaja. Dia sendiri pun tak faham dengan Fareyz tu. Dengan perempuan lain dia selalu ambil kesempatan, tapi bila dengan Aliya tak pernah sedikit pun dia cuba memperbodohkan Aliya atau apa-apa. Jadi, ramai pramugari yang lain cemburu dengan dirinya.
XXX
“Baiklah, next week ada satu event yang akan berlangsung dekat dewan besar kita. Ada satu family ni dia dah tempah dewan tu untuk buat majlis perkahwinan anak mereka. Jadi saya harap kamu semua boleh beri kerjasama yang sangat bagus dalam beberapa hari ni yerw. Saya tahu kita semua berkemungkinan akan penat sedikit. Tapi sabarlah. Beberapa hari ni sahaja. Chef Qirash, Chef Shafiqah saya ada hal nak bincang dengan kamu berdua. Yang lain sila bersurai.” Arah Qisha.
“Yrw, cik Qisha?” soal Qirash dan Shafiqah. “Ini menu yang mereka tempah. Saya harap awak berdua dapat lakukan yang terbaik yrw. Saya tak nak mereka komen sedikit pun tentang makanan kita. Faham!!” tegas Qisha, lalu menyerahkan mereka list makanan itu dan beredar. “Wow!! Mesti anak datuk-datuk yang nak kahwin ni kan?” celoteh Shafiqah yang tidak tahu siapakah manusia yang telah menempah dewan itu. Qirash ketawa lalu mengusap lembut rambut Shafiqah sehingga serabai. “Pandailah awak tu. Tak semestinya okay!” ujarnya lalu pergi dari situ. Shafiqah mula memasamkan mukanya. Kalau yrw pun tak perlulah sentuh rambutnya, habis serabai, ngomelnya sendirian.
XXX
Butik Floraris
“Selamat datang..” sambut Sarah dengan senyumannya. Pelanggan itu dengan manisnya membalas senyuman Sarah itu. “Err, saya nak jumpa designer boleh tak?” soalnya. Sarah mula mengangguk lalu memanggil bosnya, Lydia yang berada didalam biliknya. Lydia dengan manisnya tersenyum ke arah pelanggan itu sebaik sahaja keluar. Namun, senyumannya itu terus dimatikan dengan begitu sahaja apabila orang yang dilihatnya itu ialah orang yang dia kenal.
“Lydia..!!” jerit orang itu lalu memeluknya erat. Lydia mula berasa rimas, manakala Sarah hanya mampu memandang mereka pelik. Sebelum ni Cik Lydia jarang sekali dilihat melepak bersama teman-temannya. Tapi hari ni pelik pula? Sarah mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal.
“Intan.. Hak8!! Lama tak jumpa.” Ujarnya separuh layan tak layan. “Wah, macam kebetulan pula aku boleh singgah dekat kedai engkau ni. Engkau apa cerita? Lama tak jumpa. Aliya dengan Shafiqah apa cerita? Korang bukan sehati sejiwa ke? Dah tak contact mereka ke?” ujarnya dalam nada agak perli disitu. Lydia tersengih. “Contact.. siapa kata tak contact. Kita orang ni buddieslah! Hak8, engkau datang sini mesti ada hajat? Dah nak kahwin ke?” soalnya. Manakala, dalam hati Lydia pula “Siapalah manusia yang nak kahwin dengan engkau tu? Dasar queen control!”.
“Oh yrw, aku nak engkau design dekat aku satu baju weeding dress ni boleh tak.. Ermm, tambah dengan baju nikah sekali. Untuk aku dengan husband aku.” Jelasnya sambil tersengih-sengih. Menyampah. Lydia mengangguk lalu telah menyenaraikan Intan beberapa rekaan yang telah direkanya. Lama benar mereka berbincang sehinggalah jam sudahpun menunjukkan pukul 5 petang. Lepas ni, Intan nak kena pergi tengok barang hantaran pula. “Okaylah, aku kena gerak dulu. Oh yrw, sebelum aku terlupa! Nah, ini kad kahwin aku. Aku jemput nah!!” ujarnya lalu beredar pergi.
Lydia mula mengeluh, diperhatinya manusia yang ingin menjadi husband Intan itu dan alangkah terkejutnya manusia itu ialah Fathie. “What?!? Fathie..? Bukan.. Liya.. Fathie.. Herh, Liya apa cerita yrw? Lama tak jumpa. Rasanya kalau aku pergi mesti aku akan jumpa dia. Hmm, ni peluang aku ni. Lepas tu, boleh kami pergi cari Fiqa pula.” Ngomelnya sendirian.
TO BE CONTINUED
p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 3 ni. And nantikan untuk Bab 4 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니

Peringatan Untuk Kaum Wanita!!

Assalamualaikum, semua. Semua apa khabar? Eyka dekat sini baik-baik sahaja. Yeay, minggu depan habislah exam Eyka. So, lepas ni bolehlah Eyka fokus lebih sikit dekat cerita-cerita Eyka yang Eyka tulis tuu. Kepada sesiapa yang still menunggu sambungan Janji Kita.. Bawa-bawalah bersabar.. Eyka janji bila dah siap nanti Eyka publish okay!! *kenyit mata*

Oh yrw, hampir sahaja ku terlupa. Berbalik pada tajuk asal entry kita. Hik8.. Semalam Eyka dengan satu family pergi keluar membeli belah. Nak shopping untuk Si abang katanya. Lepas tu, singgah dekat Mydin pula lepas pergi shopping dekat tempat lain. Waktu tu, Eyka bawa beg. Nak ikutkan... Beg tu bukannya ada duit or barang berharga pun. Cuma ada telefon bimbit sahaja. Tu pun telefon 3 sekupang. Tak adalah canggih sangat. Lepas tu, beg tu Eyka suka galas tepi. And waktu tu.. Eyka tengah ralit gila sembang dengan adik Eyka yang perempuan seorang tu. And dalam sekelip mata!!

Zupppp!!!

Memang waktu tu, berkocak gila jantung Eyka dibuatnya. Saluran darah terasa macam tersangkut dekat jantung ni sahaja. Tak mau mengalir!! Memang gilalah!! Adik Eyka yang perempuan tu pun macam terkejut beruk.. Hampir sahaja air mata ni meleleh.. Lepas tu meraung macam orang hilang anak..

Last kali.. rupa-rupanya.. Orang yang hampir ragutku itu ialah abangku sendiri.. *sob.. sob* Kurang ajoq!! >,< Dia kata lain kali, pegang beg tu elok-elok! Ralit lagi..!! Selamat tu dia.. Kalau orang lain?!? Hish, Eyka memang bebai gilalah. Main-main pulak dengan aku!! Dia kata tu pengajaran dekat orang.. Lepas tu, Eyka yang kena berleter dengan dia. Orang tengah terkejut beruk. Dia boleh main-main..!!

p/s: Okaylah, hopefully apa yang Eyka cerita dekat korang ni.. boleh dijadikan iktibar bersama. Kepada yang LADIES tu.. Kalau galas beg, peganglah elok-elok. Even, dalam beg tu tak ada apa pun. Just nak action lebih sahaja. Tapi mana nak tahu waktu kena ragut tu. Tiba-tiba,boleh ke arah benda lain pula? Macam kemalangan or whatever. Kita tak tahu... So, berjaga-jagalah sebelum terkena. Just like me.. *sob.. sob*

Thursday, 26 November 2015

Janji Kita (Bab 2)

BAB 2
“Lydia.. mak tak kira juga!! Walauapapun yang berlaku kamu kena juga pergi blind date tu. Titik!! Titik!! Kalau tak jangan harap kamu boleh balik hari ni.” arah Puan Salbiah, di dalam talian telefon. Lydia mengeluh. “Tapi mak.. Lydia..” Tut! Tut! Belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya, talian telefon sudahpun dimatikan. “Helo.. mak? Mak?” Lydia mula merengus geram, habis dicampaknya telefon bimbitnya itu diatas meja.
Kemudian, tanggannya pantas menekan interkom untuk memanggil pembantunya, Sarah untuk masuk. “Sarah masuk kejap.” Pintanya. Sarah dengan pantas segera masuk ke dalam bilik bosnya itu. “Kalau ada pelanggan datang hari ni. Awak tolong uruskan yrw. Saya ada hal nak kena buat.” Jelas Lydia, lalu mengemas barang-barangnya. “Cik Lydia, temu janji lagi ke?” usiknya sambil ketawa kecil. Mimik muka Lydia mula berubah menjadi cemberut apabila diusik sebegitu rupa. “Eh, kau ni memang dah tak sayang mulut ke? Kang aku potong gaji baru tahu.” Ujarnya lalu berlalu pergi. Sekarang Sarah pula yang kecut perut.

XXX


Di Restaurant Hotel Soulmate, sudah dekat sejam dirinya itu menunggu si gadis itu untuk tiba. Tetapi tidak muncul-mucul pun gerangan gadis yang disebut-sebut sangat oleh ibunya itu. Kalau ikutkan hati ini, ingin sahaja dia beredar dari situ. “Excuse me, awak ni bukan?? Anas Mikael ke? Model yang terkenal tu? Wah!! Awak ni handsomelah kalau jumpa dalam realiti..” jerit gadis-gadis itu, sambil terloncat-loncat keriangan. Anas mula berasa tidak selesa. Orang ramai mula memandang ke arahnya. Hish, tak guna betul!! marahnya dalam hati. “Boleh kita orang minta autograph awak? Tak pun.. bergambar ke?” pinta gadis-gadis itu. Anas mula berasa tidak senang hati apabila gadis-gadis itu senang-senang sahaja memegang tangannya dan menggoncang-goncang tubuh badannya. Geli okay!
Lydia yang baru sahaja tiba, mula tercari-cari manusia yang dimaksudkan oleh ibunya itu. Let’s we see it..!! Hmm, terkehil-kehil lehernya memandang manusia-manusia yang berada di restaurant Hotel Soulmate itu. Dia mengeluh. Ramai benor manusia yang datang buat blind date dekat sini. Mana satu yrw? Keluh hatinya. Matanya mula tertacap pada seorang lelaki yang dilihat dikerumuni oleh ramai gadis itu. Sedih. Dilihatnya jejaka itu seolah-olah berasa rimas dengan gadis-gadis itu.
Lydia kemudian menyeluk beg tangannya untuk mengambil telefon bimbitnya.
“Mak, mana satu dia?” taip Lydia. Tak sempat berapa saat, dilihat ibunya sudah menghantar gambar jejaka yang dimaksudkan itu. Biasalah, zaman dah maju. Sekarang semua benda nak pantas sahaja. Lydia mula menjegilkan matanya. Ni mamat yang sekarang ni tengah menjadi perhatian dia. OMG..!! Kejap, lelaki ni macam pernah nampak? Tapi dekat mana yrw?
“Mak.. dia ni siapa?” soal Lydia. Puan Salbiah membalas “La.. takkan kamu tak kenal kowd? Dia ni famous tahu tak. Semua pereka fesyen kalau boleh nak ambil dia sebagai peragawan baju mereka. Itulah, nampak sangat kamu tak reti nak ambil tahu hal dunia.!” Lydia mencebik. Mak aku ni kalau sehari tak cari pasal memang tak boleh. Selagi aku tak kahwin, selagi tu aku kena perli cukup-cukup, ngomelnya dalam hati. Dengan helaan nafas yang panjang, Lydia melangkah ke arah lelaki tersebut. “Err, excuse me?” sapa Lydia. Kening Anas mula terangkat. Manakala, gadis-gadis itu mula bangun dan terpinga-pinga.
Lydia dengan terpaksanya tersengih. “Sorry, saya ada temu janji dengan dia ni.” jelasnya supaya kalau boleh nak minta gadis-gadis tu belah dari situ. Gadis-gadis itu mula berbisik antara satu sama lain dan beredar. Lydia mengeluh. “Awak ni siapa? Soal lelaki di hadapannya itu pelik. “Saya ni manusia yang terpaksa datang sini untuk buat blind date dengan awak..” ujar Lydia terus terang, malas dia nak kontrol ayu bagai. Anas mula tersenyum sinis. Nampaknya, ada aura yang berlainan datang dari gadis itu. “Ni saya nak beritahu awak. Actually, saya tak berminat pun nak pergi temu janji buta ni a.k.a blind date. Saya cuma turut apa yang mak saya kata sahaja. So, awak fahamkan apa tindakkan awak selepas ni?” ujar Lydia lalu senyum dan berdiri untuk pergi dari situ.
Tetapi dengan pantas tangannya dipegang oleh lelaki itu membuatkan dirinya tergamam, lalu mengalih pandangannya ke belakang semula.
XXX
“One special dessert siap!!” laung Qirash. “Yes, chef!!” sambut Ken, lalu mengambil hidangan itu dan menghulurkannya pada pelayan. “Qirash!! 1 carbonara pasta dan 2 set A Italian food, please!!” jerit Shafiqah, sebaik sahaja membaca menu-menu yang ditulis itu. Beginilah hidup seorang chef yang berada di dapur. Kelam kabut hanya mereka sahaja yang tahu. Tak pernah penat untuk menghidangkan makanan yang terbaik untuk pelanggan yang hadir dan memesannya.
“Fuhh, penatnya!!” keluh Shafiqah, sambil menepuk-nepuk bahunya yang terasa kebas itu. Qirash dengan senyuman lebarnya duduk disisi Shafiqah. “Nah, air!” hulurrnya. Shafiqah dengan gembiranya mengambil air tersebut dan meneguknya. Hari ini orang betul-betul ramai. Orang datang bincang pasal kerjalah, orang yang datang nak buat blind datelah, orang itulah, inilah. Memang ramailah. Mereka memamg tak menang tangan, jawabnya. Mujur shift mereka berdua dah habis.
Baru seronok-seronok nak rest dan berborak tiba-tiba suasana restaurant menjadi kecoh membuatkan Qirash dan Shafiqah pergi melihat.
“Lepaslah!! Tak guna punya lelaki!! Engkau ingat engkau hebat sangat..!! Tak hingin aku nak kahwin dengan engkau!” bentak Lydia setelah melenyekkan sisa makanan lelaki itu pada mukanya. Lelaki itu mula ketawa gila kerana terlalu malu diperlakukan sebegitu rupa. “Dengar sini for your information, engkau dengan muka engkau boleh pergi berambus!! Setakat nak jual muka baik tak payah!!” Lydia betul-betul sudah tidak tahan lagi. Berani betul lelaki itu berkata begini padanya “Hey, sekurang-kurangnya apa kata kita check in dalam bilik dulu? Lagipun, kitakan dekat hotel sekarang? Sia-sialah kalau awak balik macam tu sahaja.”. Lydia apa lagi, naik hantulah jawabnya.
Lelaki jenis apa pula kali ni mak dia cari. Dulu kiranya okay sikit. Adalah jenis dia, cuma Lydia sahaja yang tak berkenan sebab tak mahu kahwin lagi. Tapi kali ni, lelaki yang berada di hadapan dia ni betul-betul tak berjenis punya orang!! Mana letaknya agama lelaki itu, dia pun tak tahu. Lydia masih lagi wanita yang waras dan tahu hukum haram yang telah ditetapkan dalam Islam. Cuma sekarang ni hatinya masih lagi tidak terbuka untuk bertudung. Baju apa semua dia tak pernah pakai yang ketat-ketat. Setelah puas memaki hamun, Lydia pun beredar dari situ.
Qirash dan Shafiqah yang baru sahaja sampai mula tergamam melihat keadaan lelaki itu yang mukanya penuh dengan sos dan sisa makanan. “Hish!! Apa tengok-tengok!!” jerkah Anas lalu mengambil jaketnya dan beredar dari situ. Qirash mula mendekati Qisha iaitu kakaknya yang berada disitu. “Qisha, apa yang dah berlaku ni?” soal Qirash separuh berbisik. Qisha mengeluh. “Alah, biasalah tu blind date tak jadi. Kalau yrw pon tak perlulah nak buat kecoh. Terkejut semua orang!!” marahnya lalu mengarahkan pelayan-pelayan itu untuk mengemas meja itu. Qirash mengangguk.
“Sudah.. sudah.. kamu pergi sana. Nanti orang ingat kita ada hubungan pula. Bukan kamu kata nak rahsiakan hubungan keluarga kita ke?” bisik kakaknya. Yup, actually Qirash ni malas nak beritahu semua orang yang dia ni sebenarnya satu-satunya anak lelaki tunggal Datuk Qamarudin iaitu President untuk Hotel Soulmate ni. Dia takut nanti orang ingat dia ni guna kuasa bapak dia untuk bekerja disini. Tapi memang betul pun, bapak dia yang suruh dia bekerja dekat sini. Kata ayahnya tak perlulah kamu pergi cari kerja jauh-jauh. Tu hah! Kerja dekat dapur hotel ayah dah cukup. Mula-mula, Qirash malas nak kerja dengan ayah dia. Tapi tiba-tiba ayah dia sahaja buat tawaran “Hah, Fiqa pun boleh kerja sekali dengan kita kalau kamu nak.” Qirash terus tersenyum kembang kempis bila mendengar tawaran ayahnya itu.
 “Qirash!!” panggil Shafiqah yang tahu sejak dari tadi dirinya itu tengah termenung jauh. Fikir apa dia pun tak tahu. “Err, sorry! Apa awak cakap tadi?” soal Qirash, terpinga-pinga. “Saya tanya awak. Awak nak order apa? Saya lapar ni..! Tunggu awak fikir sampai esok tak sudah.” Marah Shafiqah manja. Qirash tersengih. “Yrwlah, sorry.. sorry!!” pujuk Qirash. 

TO BE CONTINUE.. 

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 2 ni. And nantikan untuk Bab 3 pula. Okay..! Oh yrw, Eyka ada buat satu cerpen baru ni. Kalau korang rajin bacalah. 생일 축하합니 dan Aliya Mohamad dah siapkan cerita terbaru dia tu. So, korang bolehlah pergi baca Jangan Tinggalkan Saya (Part 3) dan Jangan Tinggalkan Saya (Part 4).

Cerpen Terbaru: Saengilchukahamnida by me

Assalamualaikum, semua! Untuk hari yang special ni Eyka harap Eyka nak hadiahkan dekat korang semua cerpen terbaru yang Eyka tulis. Hopefully, korang semua terhibur. Okay!

생일 축하합니다 (Saengilchukahamnida)
Dengan langkahnya yang longlai, dia mula merebahkan tubuh badannya di atas sofa empuk milik ibunya, Puan Ella. Puan Ella yang baru sahaja keluar dari dapur mula memarahi anak perempuannya itu. “Eee, dasar anak perempuan!! Bangun!! Badan busuk-busuk, penuh peluh macam tu ada hati nak baring atas sofa aku. Bangun!! Pergi masuk mandi..!!” marah Puan Ella, sambil menampar lembut badan anaknya itu. Esha Amani mula mengeluh. “Alah, ibu ni!! Esha baru balik dari sekolah. Penatlah, ibu!!” keluh Esha sambil memuncungkan bibirnya. Puan Ella mula menggeleng lalu menghadiahkan anaknya itu satu cubitan ‘Si ibu ketam’ ke lengan anaknya yang berisi itu. Esha mula mengaduh sakit, lalu berlari masuk ke dalam biliknya untuk mandi.

Sebaik selesai, menyegarkan tubuh badannya, Esha mula duduk di atas kerusi meja belajarnya dan melihat tarikh yang telah dibulatkannya didalam kalender kecil itu.


Dia mula tersengih keseorangan memikirkan apakah yang akan terjadi pada keesokkan harinya iaitu 26 November. Hatinya mula berdegup kencang. Tidak sabar untuk menunggu hari esoknya tiba. Denga riang gembiranya dia pun turun ke bawah untuk menjenguk Si ibunya yang sedang memasak. 
Bau keharuman Puan Ella menumis rempah ratus, betul-betul boleh dihidu sehingga ke ruang tamu rumah mereka. “Ibu!! Ibu masak apa tu? Emm, bau sedapnya.” Puji Esha, sambil mengambil bawang yang dikupas oleh ibunya separuh. Saja nak menggedik buat baik sekejap! Puan Ella yang memerhati anaknya yang separuh ceria nak mampus itu mula pelik. “Kamu ni dah kenapa, Esha? Tetiba, nak tolong ibu masak sangat apasal? Selalunya terkurung dalam bilik tu 24 jam. Orang panggil makan baru nak turun makan.” Perli Puan Ella, membuatkan bawang yang dikupasnya separuh lagi itu tergolek dari genggamannya. “Alah, ibu ni. Orang nak tolong pun tak boleh ke.” Ujar Esha, lalu menyambung mengupas bawangnya. Puan Ella menggeleng. “Lantak kamulah.”.
XXX
Sebaik selesai memasak dan menghidangkan makanan, Esha mula memanggil ayah, abang, adiknya untuk turun makan. Sambil-sambil itu, sempat lagi dia bertanyakan ibunya perihal esok hari. “Ibu.. esokkan..”. “Kenapa dengan esok?” sampuk Puan Ella, sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. “Ermm, ibu rasa esok hari apa??” soal Esha, sungguh-sungguh. Puan Ella yang menyedarinya mula terkejut. Begitu juga dengan Esha. “Hampir ibu terlupa!! Esok ibu ada temu janji dengan Puan Saloma dekat ‘Spa’ dia. Lepas tu, ayah kamu pula ada hal dengan kawan-kawan dia. Katanya nak pergi memancing. Mungkin esok ibu ayah balik lewat kowt. Terima kasih sebab ingatkan ibu!” jelas Puan Ella, lalu menuju ke ruang makan. Esha mula menghentak kakinya sebaik bayang ibunya menghilang dari dapur itu. “Esha!! Bodohnya engkau ni!! Kenapa engkau pergi ingatkant ibu yang esok dia ada hal!!” bentak hatinya.
Sewaktu di meja makan, mood Esha untuk makan hilang. Encik Redza yang menyedari mood anak perempuannya itu mula bertanya. “Esha? Kenapa masam sahaja muka tu?  Tak sedap ke masakkan Puan Ella kita ni masak.” Soal Encik Redza. Esha menggeleng, kemudian berkata “Mana ada, ayah. Esha cuma tak lalu sahaja.”. “Herh, tolonglah!! Diet ke adik abang ni.” perli Emir Rizky iaitu abang sulungnya. Esha mula memandang abangnya itu panas. Elyna yang berada disebelah hanya menggeleng, memandang kakak dan abangnya yang sudah macam ‘anjing-kucing’.
“Ibu esok Elyna nak pergi shopping mall dengan kawan-kawan boleh tak?” soal Elyna. “Boleh. Tapi dengan syarat abang kamu kena teman kamu! Faham!” ujar Puan Ella. Emir mula mengeluh. “Alah, ibu!! Dia dah besar panjanglah ibu!” ujar Emir. Puan Ella mula menjegilkan anak matanya, membuatkan Emir akur dengan keputusannya. Esha mula ketawa melihat abangnya dimarahi oleh ibunya.  
XXX
Malam sudah tiba, dia mula merebahkan tubuh badannya di atas katil empuk miliknya.

“Ergh!! Tak ada siapa ke yang ingat hari lahir aku, esok!!” ujarnya seorang diri. Mood Esha terasa down sebaik sahaja mendapat tahu bahawa esok tiada seorang pun yang akan berada di rumah. Just tinggal dia dan rumah sahaja. Huk8! Sedihnya. Boleh dikatakan setiap tahun macam ni. Tahun lepas lagi teruk!! Tiada seorang pun yang kisah pasal hari lahirnya walaupun mereka tahu sebab tahun lepas semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Esha mula mengeluh. Malas nak fikir apa yang akan berlaku, esok! Hatinya sudah dapat mengagak bahawa esok, dia tetap akan sambutnya dengan seorang diri. Yarh, muktamad! Dan sudah semestinya.
XXX
Keesokkan harinya sudah tiba, Esha bangun dengan mood yang gila-gila stress, bebai dan semuanya adalah. Dia mula turun ke bawah. Suasana rumah mula menjadi sepi. Konfirm depa semua dah keluar dah, ujarnya seorang diri. Langkah kakinya mula menuju ke ruang meja makan dan melihat ada apa di bawah tudung saji. Kosong! Esha mula bebai. “Argh!! Agak-agaklah!! Kejam siut!!” dengan malas dia menuju ke dapur dan memasak sesuatu untuk mengisi perutnya yang terasa lapar itu.
Sebaik selesai masak, Esha menuju ke ruang tamu bersama maggie gorengnya dan menekan sius ‘on’ pada televisyennya. “Mari kita lihat! Ada cerita apa yrw?” ditekannya semua siaran televisyen. Tetapi tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Esha merengus geram lalu menekan sius ‘off’ semula dan menuju ke dapur kerana apa yang dia makan sudah habis. Setelah selesai, basuh pinggan dia pun menuju ke bilik air untuk mandi. Selepas selesai mandi, dia mula duduk diatas katilnya dan melihat inbox didalam chatnya kalau-kalau ada yang wish dekat dia. Tetapi seorang pun tak ada!! Mana kawan dia yang beribu-ribu tu? Dah mampus ke!! Gumamnya lalu mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil.
Esha dengan perlahan mula membuka komputer ribanya dan melihat blognya. “Hmm, bosanlah!! Nak update somethinglah!” ujarnya. Setelah selesai meng‘update’ sesuatu, Esha mula membuka Microsoft wordnya untuk menyambung ceritanya yang masih lagi terbengkalai.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 petang. Dia mula berhenti menulis kerana terasa sengal-sengal pada badannya. Kemudian, direbahkan badannya diatas katil. “Mana mereka ni? Tak balik-balik lagi ke? Agak-agaklah..” ujarnya seorang diri lalu mengalirkan air matanya secara tetiba. Lama-lama, matanya mula menjadi berat dan akhirnya Esha tertidur diulit mimpi.
XXX
‘You have a message’  tetiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Esha mula terjaga dari tidurnya dan meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Dengan keadaan yang masih mamun dia mula membaca mesej itu.
‘Ibu nak kamu turun bawah sekarang. Tolong angkat barang!’ mesej daripada Puan Ella.
Esha dengan keadaan mamai mula turun ke bawah. Jantungnya mula berdegup kencang apabila lampu rumahnya tiba-tiba terpadam. Esha mula menjerit ketakutan. Dan 1.. 2.. 3..

“Happy Birthday to you..!!”
“Happy Birthday to you..!!”

Dilihatnya seluruh ahli keluarganya berada disitu dan lampu pun mula terbuka. Air mata Esha mula mengalir laju. Puan Ella dengan pantas memeluk anak perempuannya itu. “Happy Birthday, sayang! Maafkan ibu yrw!!” ujar Puan Ella sambil mengusap lembut belakang anaknya itu. Esha berasa betul-betul terharu. Mungkin disebalik apa yang terjadi ada maknanya. “Eee, Esha benci semua orang!! Ibu.. Esha tak sukalah ibu buat surprise macam ni!!” ujar Esha dalam keadaannya yang masih tersedu sendan. Mereka semua mula ketawa.
“Akak, ni untuk akak dari kami satu family.” Ujar Elyna lalu menyerahkannya satu kotak hadiah yang besar. “Boleh kakak buka?” ujar Esha, teruja. Mereka mengangguk. Dilihatnya ada satu bingkai gambar family yang lama-lama disitu. Esha waktu kecil, Emir waktu kecil, Elyna waktu kecil.. Ayah ibunya waktu mengandungkan mereka bertiga. Dia betul-betul terharu! “Penat ibu cari semua gambar ni. Sekarang kamu pun dah besar. Nanti kalau kamu berjauhan dengan kami semua. Kami nak kamu bawa gambar ni. Okay!” ujar Puan Ella, lalu turut mengalirkan air matanya. Esha mengangguk.

XXX

5 tahun kemudian..
“Esha, Happy Birthday!!” ujar teman-temannya. Esha mengangguk. “Korang.. Kejap yrw! Aku nak call ibu aku kejap.” Pinta Esha. Mereka mengangguk.
Selepas 10 minit kemudian, kedengaran suara ibunya menyapa. “Helo..”. “Helo, ibu. Ibu suka tak hadiah yang Esha kirimkan tu?”. Puan Ella mengangguk. Macamlah Esha nampak. “Hik8, Esha harap ibu ayah suka dengan hadiah Esha tu. Oh yrw, bulan depan Esha baliklah. Nanti Esha balik. Esha nak makan masakkan ibu yang sedap-sedap tu taw!! Janji okay!!” ujar Esha.
“Esha!!” tiba-tiba kedengaran teman-temannya memanggil. “Okaylah, ibu. Esha pergi dulu.. Sayang ibu!!” ujarnya lalu mematikan talian itu. “Happy Birthday sayang..” ucap Puan Ella, sewaktu talian dimatikan. “Sayang siapa telefon tu?” soal Encik Redza sewaktu melihat isterinya yang menangis teresak-esak itu. Bukan nangis apa, nangis rindu saja. “Anak perempuan abanglah tu, Esha. Dia tanya dia suka tak hadiah yang dia kirimkan tu.” Balas Puan Ella. Encik Redza mula tersenyum “Dah besar anak kita tu kan..”. Puan Ella mengangguk.

p/s: -Setiap yang berlaku, kadang-kadang ada maknanya. Jadi kita sebagai umatnya janganlah selalu mengeluh- Hopefully, korang rasa terhibur sangat dengan cerpen terbaru ni. 
-Tamat-

 
Images by Freepik