Eyka Blog: Ku Pilih Hatimu (Part 5)

Monday, 5 October 2015

Ku Pilih Hatimu (Part 5)



“Eee, geramnya aku dengan dia ni! Berani gila dia tunjuk muka dia dekat sekolah. Menyampahnya!”bisik pelajar lain yang sekelas dengan Aliya. Aliya tahu selepas dia berlari keluar dari majlis itu. Fiqa turut pulang ke rumah ditemani Nadzmi. Aliya juga tahu sepanjang ketidakhadirannya di sekolah selama seminggu telah membuatkan pelajar lain menganggap dirinya sebagai penghalang antara Syahriel dan Fiqa. Waktu sekolahnya telah tamat. Namun begitu, Fareyz sentiasa ada untuk menemaninya dari pagi hingga ke petang.

“Liya, hey kenapa nangis ni?”soal Fareyz lalu menyeka air mata Aliya yang mengalir.

“Liya dah tak tahan nak tinggal dekat sini. Liya nak pindah!”ujar Aliya dalam sendu sendannya.

“Sabar okay! Fareyzkan ada? Yana.. Fiqa and Nadzmi..? Liya jangan risau. Lagipun kan tinggal lagi seminggu sahaja Liya nak habis exam. Lepas tu Liya nak pergi mana Liya beritahu sahaja Fareyz. Fareyz akan bawa Liya pergi jauh dari sini.”pujuk Fareyz sambil mengusap kepala Aliya, lembut.


XXX


“Syahriel!! Kau sepatutnya tak boleh cakap macam tu tahu tak. Sebabkan engkau, Liya kena cemuh dengan orang ramai! Kau dah kenapa bro? Engkau kenalah terima kenyataan yang Fiqa tu bukan untuk engkau!”ujar Fathie agak tegas.

“Aku sayangkan Fiqa! Bukannya perempuan tu.”ujar Syahriel geram.

“Kau fikir balik, elok-elok.. Aku tak nak nanti engkau menyesal di kemudian hari.”ujar Fathie sabar. Dia tahu kalau nak hadapi si Syahriel ni hatinya perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Fathie kemudian pergi meninggalkan rakannya itu sendirian di belakang sekolah.

“Woi, kau!! Kau memang kurang ajarkan!! Kalau engkau tak sukakan Liya sekalipun tak perlulah engkau nak menghina dia!!”marah Fareyz lalu melayang satu tumbukkan pada muka Syahriel. Akhirnya, Syahriel jatuh terduduk dengan mulutnya yang berdarah.

“Kau dah kenapa? Kau ni siapa? Datang dari mana entah. Tiba-tiba pukul orang pulak!” ujar Syahriel marah.

“Aku boyfriend Aliya! Aku bagi engkau last warning!! Jangan dekati Liya lagi!! Engkau faham!”ujar Fareyz kuat. Syahriel mula tersenyum sinis ke arah Fareyz. Boyfriend? Aku kacau Aliya? Gila! Desis hati Syahriel.

“Kalau kau boyfriend perempuan tu! Kau yang sepatutnya jaga dia elok-elok. Ni tak, asyik nak salahkan orang lain sahaja! Ke, kau yang tak tahu layan girlfriend sendiri?”ujar Syahriel dengan nada perli dan sengaja.

Fareyz mula memegang kolar baju Syahriel dengan kuat. “Engkau memang nak cari nahaskan!!”Fareyz mula mengangkat tangannya untuk menumbuk Syahriel lagi sekali

“Fareyz!! Stop it!!”jerit Aliya lalu cuba meleraikan pergaduhan Fareyz dengan Syahriel. Fareyz mula melepaskan genggamannya, bila mendengar teriakan Aliya. Aliya mesti marahkannya nanti, tapi siapa yang than kalau dengar orang yang cakap jenis lepas macam ni! menguji kesabaran siot! Desis hati Fareyz.

“Syahriel, awak okay? Saya minta maaf sebab saya awak jadi macam ni.”ujar Aliya, lalu cuba memegang bibir Syahriel yang berdarah itu. Namun ditepis oleh Syahriel dengan kasar sekali.

“Tepilah!! Engkau tak perlu nak menyibuk hal aku!! Lagipun sebab engkaulah Fiqa tolak cinta aku! Engkau tahu tak?!?Perempuan tak tahu malu!!”maki Syahriel, lalu mencekik Aliya secara tiba-tiba.

Aliya terkejut dengan tindakkan Syahriel itu. Ya Allah, kenapa dengan Syahriel ni?

“Awak sakitlah!!”ujar Aliya dengan nafas yang tersekat-sekat. Fareyz kemudian terus menumbuk Syahriel lagi sekali. Syahriel terjatuh.

“Gila punya lelaki!!”marah Fareyz lalu menarik tangan Aliya untuk pergi dari satu.

 Syahriel mula mengalirkan air matanya.


XXX


“Aunty Liya.. Aunty Liya!”panggil Qaseh, anak kepada Yana dan Raqeem.

Lamunan Aliya mula terhenti sebaik sahaja mendengan suara comel Qaseh yang memanggil namanya itu. Aliya mula tersenyum manis ke arahnya. Yang lepas itu, biarlah lepas. Lagipun engkau dah nak kahwin Liya, pujuk hati naluri Aliya. Aliya kemudian memerhatikan kedua-dua rakannya yang sedang menuju ke arahnya dan Qaseh.

“Ada apa Qaseh sayang?”Sorry Aunty tak dengar tadi.”ujar Aliya, sambil mencubit pipi Qaseh yang montel itu. Cute.


“Aunty ni! Penat Qaseh cakap.”ujar Qaseh dalam pelatnya. Qaseh mula memuncungkan bibirnya, tanda merajuk.

Aik! Kecik-kecik dah pandai merajuk. Hmm. Nasib-nasib! Bisik hati Aliya.

“Liya! Aku suruh jaga anak aku, bukan suruh engkau termenung.”marah Yana. Fiqa yang mendengar mula tersenyum. Dia tahu Yana hanya marah-marah manja saja dengan Aliya.

Aliya tersengih. Yana ni dah macam burung yang dah tercabut ekor pun ada! Asyik membebel, tak berhenti pula tu, bisik hati Aliya. Mungkin penangan dah jadi ibu kowd? Sebab tu kuat berleter, ngomel hati Aliya sambil cuba menahan tawanya


“Liya!!”


XXX


“Lepas boleh tak!”ujar Aliya geram. Syahriel tidak peduli akan kata-kata ALiya. Lagi kuat dia menggenggam tangan Aliya.

“Masuk!” arah Syahriel.

“Saya tak nak! Saya tak kenal awak, siapa!”balas Aliya, geram. Aliya kemudian merentap tangannya dari genggam tangan Syahriel sewaktu Syahriel sedang leka.

“Liya! Awak tak faham isi hati saya ni?”

“Isi hati?”ujar Aliya sinis. “Syah dah tak boleh hidup tanpa Liya! Please Liya, Syah sedar kesilapan Syah!”jelas Syahriel.

Aliya menggeleng. Aliya dah bosan dengan ayat manis Syahriel itu.

“Mr.Syahriel, for your information saya dah bertunang! Nah, ni kad undangan untuk majlis perkahwinan saya kalau awak rasa macam dah terdesak sangat. Saya alu-alukan awak untuk datang! Assalamualaikum.”ujar Aliya lalu meninggalkan Syahriel yang terdiam sambil memerhatikan kad undangan itu.

Syahriel? Mungkin ini balasan untuk engkau sebab perlakukan Aliya dengan kejam dahulu. Mungkin inilah apa yang Aliya rasakan selama ini. Betul kata Fathie, aku betul-betul menyesal sekarang! Kalau dulu aku nampak keikhlasan Aliya. Kami berdua  mesti dah bersama sekarang.

To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click  Here  Last Ending

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik