Eyka Blog: Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 1)

Tuesday, 6 October 2015

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 1)



Assalamualaikum, semua! Yeay!! Tak sangka dalam sehari Eyka dah dapat siapkan satu cerpen baru ni yang bertajuk "Cintaku Yang Sudah Hilang". Wah!! Rasa excited gila siut!! Harap awak semua enjoy dengan cerpen completed Eyka yang baru 1st tima dapat siap dengan sempurnanya.

#Cintaku Yang Sudah Hilang

“Liya.. cepatlah Liya. Aku dah lambat ni. Kang! Tak pasal-pasal lambat pula aku hantar assignment ni dekat Prof Reid tu.”ngomel Erdiana Shafiqa atau lebih manja lagi dengan nama panggilan Shafiqa. Liya mengeluh. “Sabarlah.. banyak barang nak pegang ni.”
Shafiqa menggelengkan kepalanya. Lantak engkaulah. Langkah kakinya mula bergerak dengan laju. Tiba-tiba, dekat satu selekoh ni boleh pula dia terlanggar dengan seorang mamat ni. Habis berterabur kertas-kertas yang ada di dalam folionya itu. Lepas itu bercampur pula dengan kertas mamat tu. Habis!! Shafiqa mula merengus geram. Dikutipnya kertas itu dengan cepat-cepat.
“Aishh!! Buta ke apa?!? Jalan tak tengok depan. Orang lain banyak kerja nak buatlah..!!”bebel Shafiqa. Lantaklah orang tu nak terasa ke apa. Lelaki itu mula bangun dan menghulurkan kertas yang terakhir kepada Shafiqa. Shafiqa mula mendongakkan mukanya ke atas sedikit untuk melihat siapakah gerangan manusia yang pagi-pagi buta dah buat hidupnya berantakan.
Mata Shafiqa mula membulat memandang wajah lelaki itu. Aik, mimpikah ini?
“Fiqa.. Fiqa!! Engkau okay ke?”soal Aliya yang baru nak sampai ke tempat kejadian. Shafiqa kemudian bangun dan merentap kertas itu dengan kasar sekali. Dia kemudian pergi meninggalkan lelaki itu yang kelihatan tergamam dengan tindakkan Shafiqa.
“Nad??”ujar Aliya sedikit terkejut.
“Liya cepatlah!!”panggil Shafiqa. Aliya dengan terkebil-kebilnya terus berlalu pergi dari situ.
Shafiqa mula mengetap bibirnya. Kenapa lelaki itu perlu wujud untuk kali yang  ke berapa juta entah dalam hidup aku lagi sekali. Shafiqa mula menahan marah di dalam hati. Menyampah!! Tapi at the same time entahlah..

XXX

Di bilik Prof Reid Hakimi
Dengan perasaan penuh gugup Shafiqa menghulurkan folionya itu pada Prof Reid. Lepas tu sempat lagi dia mengerling ke arah jam tangannya. Rasanya aku still on time lagi ni. Baru pukul 8. Semalam Prof kata selewat-lewatnya pukul 8.15. Jadi confirm LULUS ni, bisik hati Shafiqa dengan perasaan penuh bunga-bunga.
“Sorry! GAGAL..”Shafiqa mula membeliakkan matanya. Terkejut beruk siut! Bertungkus lumus dia buat folio ni kasi cantik-cantik, kasi bernas punya idea. Dia sanggup ikat perut, bersengkang mata nak buat folio ni siang malam. Boleh pula lelaki ni kata GAGAL sesuka hati dia. Mentang-mentang muda-muda dah jadi Prof. Pelik?!?
“Ta.. ta.. pi.. tapi Prof?? Kenapa?”soal Shafiqa gagap. Reid kemudian menunjukkan Shafiqa kulit folio itu. Disitu tertera nama Nad Reduan Hakimi dan bukannya Erdiana Shafiqa. Melopong mulut Shafiqa dibuatnya. Alamak!! Ini confirm tertukar barang ni.
“Prof.. saya boleh explain. Prof dengarlah.. Sa.. saya memang buatlah Prof. Tapi tadi saya..”Shafiqa mula cuak, habis berbelit-belit ayat yang terkeluar dari mulutnya.
“Stop!! Saya dah tak nak dengar sebarang alasan. Sekarang awak cari orang ni dan saya nak awak bekerjasama dengan dia buat satu folio bertajuk ‘Cinta’. Faham!!”ujar Reid tegas.
Dengan longlainya Shafiqa melangkah keluar dari bilik itu. Aliya yang setia menanti diluar mula bertanya soalan pada Shafiqa.
“Macam mana? Gagal or Lulus?”
Shafiqa mula menurunkan ibu jarinya tanda tidak okay.
“Kenapa?”
“Engkau tahu tak yang folio aku dengan mamat sewel tu tertukar. Entah masa bila dia pun masuk U ni aku pun tak tahu.”bebel Shafiqa.
“Habis tu?”
“Now!! Prof kata kalau nak lulus. Kena berkerjasama dengan laki tu buat folio bertajuk pasal Cinta. Eee, tak nak aku!! Aku lebih rela mampus dari nak pergi ajak dia buat folio ni. Kang! Dia kata kat aku terhegeh-hegeh pula nak dekat dia balik. Puihh!!”Aliya menggeleng. Marah sungguh kawan dia tu. Tapi Aliya rasa kawannya itu masih sayang lagi dengan lelaki itu. Cuma cuba menafikannya.
Dalam membebelnya, tiba-tiba dia terlanggar lagi dengan seorang mamat ni dan sungguh tidak disangkakan orangnya adalah Nad lagi sekali.
Shafiqa mula menzipkan mulutnya yang dari tadi tak henti-henti membebel. Suasana menjadi tegang dan kaku. Folio yang ada digenggamannya menjadi semakin erat. Habis ronyok folio tu.
Shafiqa kemudian mengatur langkah untuk pergi. Namun dihalangi oleh Nad.
“Tunggu..”
Langkah kaki Shafiqa secara automatik menjadi kaku. Damn it!!
“Nampaknya folio kita dah tertukar. Dan tak semena-menanya saya kena buat lagi sekali folio lain. Dan folio tu saya kena buat... dengan awak kalau awak tak kisah?”terang Nad, ringkas tapi padat. Shafiqa mula mengeluh. Dia pun sama? Adoii, dugaan apakah ini?
Shafiqa mula menoleh ke belakang semula. Kemudian dilemparnya folio yang digenggamnya tadi ke muka Nad. Habis satu fakulti yang lalu lalang di situ memandang ke arah mereka. Orang ramai mula menjadi kecoh “Ada dramalah.. Ada drama..”
Muka Nad mula berubah menjadi merah menahan malu yang teramat. Shafiqa? Hmm, entahlah.
“Dengar sini!! No way, okay!! Aku lebih rela Gagal daripada kena bekerjasama dengan engkau!!”setelah puas dia melontarkan hasratnya itu, Shafiqa pun berlari pergi.
“Fiqa!! Tunggulah aku!!”
Dalam waktu yang sama tingkat 1, Prof Reid Hakimi sedang memerhatikan mereka.

XXX

Tak semena-menanya, nama Shafiqa dan Nad mula disebut-sebut satu kampus.
Di Kafeteria
Shafiqa mula mengeluh. Dah beberapa hari dia skip kelas Prof Reid. Mampus aku! Tiba-tiba, kelihatan Aliya dan Lydia melambai-lambai ke arahnya bersertakan dulang makanan.
“Oii, tak makan ke?”soal Lydia, lalu membaca doa makannya. Shafiqa menggeleng. “Tak ada selera dohhh..”
Aliya menggeleng. “Fiqa, engkau tahu tak Prof Reid tu tak habis-habis tanyakan aku kenapa engkau tak masuk kelas dia. Adoii!! Kacau betullah. Otak aku sampai dah kering pikirkan sebabnya tahu tak!”
Shafiqa berdiam diri. Patut ke aku buat folio tu hah?!? Fikir Shafiqa.
“Hoii!! Aku cakap dengan engkau ni?”ujar Aliya lalu menampar meja makan itu perlahan. Shafiqa mula tersedar dari lamunannya. Dia kemudian mengangguk.
“Apa yang engkau anggukkan?”
“Entah??”
Tiba-tiba, dia terlihat kelibat Nad bersama-sama dengan temannya menuju ke kafeteria. Shafiqa mula menjadi cuak. Habis dia tunduk dibawah meja. Lydia mula memandangnya pelik. Begitu juga Aliya.
“Fiqa engkau dah kena sampuk ke?”soal Lydia lalu cuba menarik temanya itu semula ke atas tetapi tidak berhasil. “Hishh, jangan kacau!”ujar Shafiqa kemudian menepis tangan Lydia.
“Aliya, Lydia.. Aku gerak dululah. Nanti apa-apa aku calling.. calling korang.”ujar Shafiqa lalu merangkak-rangkak berlalu pergi. Sampai macam tu sekali.
Setelah beres dia beredar dari tempat itu, tiba-tiba dia terserempak dengan Prof Reid pula. Ternganga mulut Shafiqa dibuatnya. Dahlah Prof Reid dengan Prof Alya pula tu. Nampak mesra, bisik hati Shafiqa yang tak henti-henti memandang mereka atas bawah.
Prof Alya mula berasa tidak selesa.
“Fiqa, kamu dah kenapa?”soal Prof Alya. Shafiqa menggeleng. Wajah Reid tiba-tiba berubah menjadi garang semula. Tadi nampak happy and tersengih-sengih sahaja, Shafiqa mula menelan liurnya. Shafiqa kemudian tunduk 90 darjah dan meminta diri untuk pergi. Namun lengannya tiba-tiba dipegang oleh Prof Reid. “Jumpa saya dekat bilik saya, sekarang juga!!”


To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click Here  Part 2

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<
 
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik