“Aku
terima nikahnya Nur Aliya Aressa Bt Mohamad dengan mas kahwin seratus ribu
ringgit tunai.”ujar Fareyz lancar.
“Amin!!
Liya kau dah jadi milik Fareyz. Tahniah! And selamat pengantin baru.”ucap Fiqa
perlahan lalu memeluk rakannya itu dengan erat. Aliya tersenyum ceria. “Huh,
lepas ni engkau pulak. Tu hah, Nadz tu bila nak masuk minang engkau? Tak baik tunggu
lama-lama kata dekat dia.”usik Aliya. Fiqa mula memuncungkan bibirnya.
Fareyz
kemudian bangun menuju ke arah Aliya ditemani Fathie untuk memulakan sesi
pembatalan air sembahyang. Fareyz menatap wajah Aliya yang ayu mengenakan
tudung. Ya, ini memang harapannya! Aliya miliknya! Dan diwajibkan menjaga aurat
dan maruah isterinya.
“Assalamualaikum,
sayang!”ujar Fareyz. Aliya mendongakan sedikit mukanya agar dapat melihat
Fareyz. Aliya melemparkan senyuman, tanpa sedar air matanya mengalir turun.
“Hey,
tak nak la nangis. Nanti orang ingat kena kahwin paksa pulak.. Sayang! Abang
tak suka tengok sayang nangis. Tahu tak nanti buruk muka tu.”ujar Fareyz lagi sambil
mengusap pipi Aliya.
Aliya
mengangguk lalu menghulurkan tangannya kepada Fareyz untuk disarungkan cincin
perkahwinan mereka. Aliya kemudian tunduk mencium tangan Fareyz. Lama. Fareyz
turut membalas dengan mencium dahi dan kedua-dua belah kelopak mata Aliya.
Tetamu yang hadir turut sama terharu dengan kelakuan pasangan pengantin.
Terutama sekali Yana and Fiqa.
XXX
“Jom!”ujar
Fareyz perlahan di telinga Aliya.
“Mana?”soal
Aliya keliru.
“Naik
biliklah.”ujar Fareyz nakal. Merona merah muka Aliya dibuatnya. Fareyz ni kalau
orang dengar macam mana? Tak malu betul laki aku ni, bisik hati Aliya.
“Hai,
Liya, Fareyz!”sapa Syahriel yang baru sahaja datang.
Aliya
tersenyum manis. Fareyz memandang Aliya pelik namun dia turut sama membalas
salaman yang dihulurkan. Senyuman! Ya, sekarang dia betul-betul bahagia!
Syahriel, kau bukan untuk dia. Peritnya! Mungkin ini yang Liya rasa! Bisik hati
Syahriel.
“Selamat
pengantin baru!”ucap Syahriel kecewa.
“Syahriel
saya harap awak jumpa perempuan yang terbaik untuk awak!”ujar Aliya. Liya tahu
Syahriel kecewa tapi dia sudah pun berpunya dan dia tak akan sesekali
meninggalkan Fareyz. Syahriel tersenyum kelat.
“Syahriel
saya pun setuju dengan kata-kata sayang saya ni. Aku harap kau cari kebahagiaan
kau.”tambah Fareyz.
Syahriel
mengangguk. “Aku doakan kau sentiasa ada dekat disisi Aliya dan engkau sentiasa
jaga hati dia. Bukan macam aku!”nasihat Syahriel kesal.
“Taka
pa la, aku balik dulu. Selamat penganti baru, moga cepat dapat anak tau. Boleh
aku jadi uncle diaorang.”gumam Syahriel.
Fareyz
kemudian merangkul erat pinggang Aliya dengan penuh mesra. Aliya tersenyum
bahagia. Nakal laki aku ni. Fareyz kemudian membisikkan sesuatu ke telinga
Aliya membuatkan pipi Aliya merona merah. Fareyz ketawa puas.
XXX
Aliya
menyisipkan rambutnya dibelakang telinga. Sejuknya angin malam ni, desis hati
Aliya
“Hey!”ujar
Fareyz sambil memeluk Aliya dari arah belakang macam teddy bear.
“Hmm,
abang sejuk la.”ujar Aliya manja lalu memegang tangan suaminya itu dengan erat.
“Sayang pun satu dah tahu sejuk. Duduklah dalam.”ngomel Fareyz, manja. Aliya
berdiam diri. Dia sebenarnya lagi suka macam tu. Selesa! Hangat! Sweet! Aliya
mula memejamkan matanya.
“Ishh,
orang cakap boleh pula dia tidur.”marah Fareyz, manja.”Kalau nak tidur.. masuk
dalam. Boleh abang tolong dodoikan.”bisik Fareyz, ke telinga Aiya. Laju sahaja
mata Aliya terbuka. Fareyz mula ketawa lalu berlari masuk ke dalam.
Eee,
laki aku ni suka sangat buat aku malu!! Eee, geram.. geram.. ngomel hati Aliya.
“Sayang!!
Cepatlah!! Abang mengantuk ni.”Aliya menggeleng lalu masuk kedalam.
“Sayang?
Sayang abang tak?”soal Fareyz.
“Mestilah
sayang. Abang?”
“Abang?
Hmm, abang ada lagi 3 kuota?”usik Fareyz. Aliya yang mendengar terus mencubit
pinggang Fareyz, kuat. “Alololo, main-main jw. Garanglah sayang abang ni.
Mestilah abang cinta mati dekat sayang! Buktinya tu hah baby yang dalam perut
tu.”
Aliya
tersengih. “I Love You, Fareyz.””Thanks sebab sentiasa ada disisi Aliya selama
ni.”Walauapapun yang berlaku Aliya tetap akan pilih hati abang. Kan Ku Pilih
Hatimua!!
Malam
itu telah menjadi saksi percintaan antara Aliya dan Fareyz.
-Tamat- ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ By:~ Aliya Mohamad
p/s: Hope so, cerita ni mampu membuatkan anda semua rasa terhibur. Ingat setiap apa yang ditulis tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Just untuk suka-suka sahaja. Hahak8!! Hopefully tiada siapa yang terasa okay.