Eyka Blog: Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 3)

Tuesday, 6 October 2015

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 3)



Shafiqa masih lagi memikirkan tawaran yang diberikan oleh Reid itu iaitu Profnya. Aduiiihh!! Kenapalah dia rasa macam dah tak ada gelaran antara Prof dan pelajar antara dia dan Reid? Again!! Prof Reid..!! Okay, fine waktu dalam perjalanan hantar dirinya pulang minggu lepas hari tu. Reid ada cakap yang dia beri Shafiqa tempoh selama dua bulan. Kalau dua bulan dia tak beri jawapan juga berkemungkinan Reid akan tinggalkan U ni buat selama-lamanya. And about markah Shafiqa itu. Well, ia akan menjadi Gagal and Shafiqa terpaksalah repeat semula. 
Dia mula mengaru kepalanya yang terasa tidak gatal itu. Habis serabai rambutnya dibuatnya. Tiba-tiba, Aliya dan Lydia datang duduk disebelahnya.

“Kau okay?”soal Aliya.
Shafiqa mula menayangkan muka sepuluh sen dia.
“Korang tahu tak.. Si Reid tu tiba-tiba bagi tawaran dekat aku suruh jadi tunang dia. Gila ke apa?!?”cerita Shafiqa, dengan nada yang penuh syahdu. Hak8.
Lydia mula terpinga-pinga. “Reid?? Reid mana ni? Yang aku tahu James Reid adalah. Yang artis Filipina yang handsome tu..”ngomel Lydia membuatkan Aliya ketawa.
“Bukanlah, mangkuk!! Kalau yang tu aku pun nak. Ini Prof kitalah.”ujar Aliya, dengan sisa tawanya lagi. Shafiqa menggeleng. Masalah betul kawan dia yang seorang ni.
“Oooo, okay apa. Aku tengok prof kita tu. Kaya pun kaya. Handsome lagi handsome sebab berdarah kacukan. Pandai pun pandai. Kalau tak, taklah jadi Prof namanya.”celah Lydia membuatkan Shafiqa geram dan mengetuk kepalanya perlahan.
“Dah.. dah.. Minggu depan kelab Jungle ada buat satu aktiviti beramai-ramai pergi redah hutan. Korang nak join tak? Aku rasa macam nak joinlah.”sampuk Aliya, lalu mengeluarkan risalah yang didapatnya di papan notis board.
Mereka membaca.
Kemudian mereka mengeluh.. “Patutlah kawan nak pergi sangat..! Tertera dekat bawah tu ketuanya ialah Fareyz Amierul.”
Aliya mula tersengih-sengih malu.
Shafiqa kemudian menatap risalah itu semula dan dilihatnya senarai ahli yang sudah mendaftar masuk.

*Nad Reduan Hakimi
*Muhammad Ameer Rizky
*Auni Mysara... dan seterusnya

“Jom join? Mana tahu best.”cadangan Shafiqa disambut dengan senyuman yang paling lebar Aliya. Lydia mengeluh. “Aishh! Aku nak belajarlah. Exam dah nak dekat.”balas Lydia malas. Sebenarnya dia ni manusia yang paling malas pergi tempat-tempat yang macam tu. Hutan? Bunyinya macam banyak halangan sahaja.
Aliya kemudian tidak henti-henti popetpopet untuk mengajak Lydia menyertainya juga. Shafiqa mula ketawa melihat gelagat temannya. Kemudian matanya tertacap ke arah Nad yang turut memandangnya. Mata mereka bertemu membuatkan jantung Shafiqa bergetar 100%. 
“Fiqa?? Fiqa?? Mengelamun je kerja engkau noh..”panggil Lydia.
Shafiqa menunduk malu memandang temannya.
“Hoi? Kenapa dengan engkau ni?”soal Lydia. Shafiqa menggeleng. 

XXX

Di dalam hutan.

Sungguh tidak disangkakan, akhirnya yang pergi hanyalah Fareyz, Aliya, Nad, Shafiqa, Lydia, Ameer, Mysara, Hana, Ryan, Fariel dan guru pengiring mereka iaitu Prof Reid, Prof Leo dan Prof Alya. Kelakarkan? Hanya berapa orang sahaja yang last-last kali betul-betul ingin pergi. Ahli-ahli yang lain yang turut sama menulis nama  tu terus tak jadi dan tak muncul-muncul pun waktu hari nak pergi tu. Sedih betul rombongan ini.
Namun begitu semangat Fareyz tetap jua tidak berputus asa.
“Baiklah, walaupun ahli kita hanya banyak ni. Tak apalah.. senang sikit nak tengok. Betul tak Prof?”ujar Fareyz, semangat. Prof Reid, Alya dan Leo hanya mengangguk acuh tak acuh sahaja. Manakala Aliya sudah tidak sabar-sabar ingin memulakan perjalanan mereka.
Akhirnya, mereka tiba di Jungle Sport Horror. Entah kenapa nama tempat tu membuatkan mereka semua berasa seram sejuk sahaja. Sesudah sampai mereka pun turun dari bas dan pergi ke kaunter pendaftaran untuk mengambil kunci kabin yang telah mereka tempah.

Kabin perempuan di sebelah kanan, manakala kabin lelaki di sebelah kiri. Selepas mereka semua meletakkan barang mereka di Kabin masing-masing mereka semua pun keluar dan duduk di tengah unggun api.

“Emm, baiklah. Sebelum kita mulakan tugas mari kita bahagikannya dulu dan tengok.. Baiklah, Aliya, Fareyz, Lydia, Ameer kamu semua ialah kumpulan A bersama dengan Prof Alya. Tugas kamu semua ialah memasak.”jelas Reid. Aliya hampir sahaja mahu pitam sebaik nama dia diumumkan bersama-sama dengan Fareyz.

“Kumpulan B pula ialah Hana, Mysara, Fariel,Ryan. Kamu semua bersama dengan Prof Leo dan tugas kamu semua ialah cari kayu untuk buat unggun api.”

“Seterusnya Shafiqa dan saya..”belum sempat Reid menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba ia dipotong oleh Nad.

“Oppss!! Prof tertinggal saya.”ujar Nad. Reid memandangnya tajam.
“Yrw.. yrw.. awak! Tugas kita ialah cari sumber minuman.”ujar Reid.
Jadi bermulalah tugas mereka mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan B dah ikut Prof Leo masuk hutan cari unggun api untuk malam nanti. Manakala kumpulan A dah bawa keluar makanan-makanan yang dibawa untuk memasak nanti. Sekarang tiba masanya kumpulan C pula iaitu Reid, Shafiqa dan Nad. Nad mula bergerak di hadapan sekali manakala Reid dibelakang Shafiqa. Nad seolah-olah sudah sebati dengan hutan itu dan tengok-tengok mereka sudah pun tiba di sungai.
Shafiqa mula melonjak gembira apabila melihat air sungai yang jernih sekali sehingga boleh minum macam tu sahaja. Dengan perlahan-lahan Shafiqa mula meloncat-loncat ke arah batu kecil itu untuk berada ditengah-tengahnya.
“Awak.. hati-hati!!”ujar Nad yang sempat memaut pinggang Shafiqa dengan erat. Reid yang melihat kejadian itu terus bergegas ke arah mereka.
“Fiqa!! Lain kali hati-hati!! Faham tak?!?”marah Reid lalu menarik tangan Nad dari terus memegang Shafiqa. Shafiqa mula mengerling tajam ke arah Reid. Kacaulah Prof aku ni!!

To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click Here  Part 4

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<
 
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik