Eyka Blog: Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 2)

Tuesday, 6 October 2015

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 2)



Dalam bilik Prof Reid

Terketar-ketar kaki Shafiqa dibuatnya. Mujur tak nampak sangat sebab dia duduk. Reid mula memandangnya lama. Itu membuatkan jantung Shafiqa terasa macam nak tercabut sahaja.
Dah kenapa lelaki ni? Tahulah dia handsome macam orang Philippine. Well, Shafiqa akui mungkin hatinya sedikit bergetar dengan cara dan pandangan Reid itu iaitu Profnya. Tak salahkan? Lagipun umur Reid dengan dia tak jauh bezanya. Reid 29 manakala dirinya pula 24. Cuma yang membezakan mereka ialah mungkin Reid ni dulu kecik-kecik pandai sampai usia muda dah boleh dapat pangkat Prof Madya apa semua tu entahlah. 
“Prof!!! Sorrylah!! Sebenarnya folio saya tu dah siap.. Tapi tertukar dengan.. bla.. bla.. bla..”Shafiqa masih lagi tidak berputus asa. Andai kata Profnya itu baik hati mungkin dia boleh bagi balik folio yang dipulangkan oleh Nad semalam. So, settle semuanya. Tak perlu dia nak pergi cari Nad and buat folio dengan dia.
“Fiqa.. saya nak bagi awak satu pilihan..”
Shafiqa mula buat muka pelik. Pilihan??
“Jadi tunang saya.. atau buat folio tu bersama dengan ex-crush awak?!?”kata-kata Reid benar-benar membuatkan Shafiqa terus bangun dari duduknya. Hamboii!! Dia buat lawak bodoh ke apa? Agak-agaklah!!
“Maa.. ma.. mana Prof.. Crush.. Tuuu.. tunangggg?”lidahnya menjadi berbelit-belit, perutnya pula terasa memulas-mulas. Tiba-tiba, terasa macam nak buang angin pun ada. Prof Reid mula mendekatinya membuatkan Shafiqa  berkata “I’m sorry Prof!! I got to go..”laju sahaja dia keluar dari bilik itu.
Alasannya kentut dah tak tahan.
Wajah Reid mula merona merah. Adakah dia baru sahaja di reject oleh seorang budak perempuan yang senoi? Badannya tiba-tiba terasa sejuk semacam sahaja. Demamkah aku? Ujarnya seorang diri sambil memeriksa dahinya. 

XXX

Shafiqa kelihatan mundar mandir di kawasan bola keranjang itu dari tadi. Otaknya seolah-olah pusing memikirkan kata-kata Prof Reid.
Gila?!? Tunang? Kenapa aku? Prof Alya kan ada? Entah.. entah.. ini semua bullet camera apa? Ada orang sahaja nak kenakan aku dalam tv. Matanya terus memandang ke kiri, ke kanan, atas, bawah dan semualah. Sampailah tiba-tiba satu bola keranjang kena tepat ke mukanya.
Berpinar-pinar kepala Shafiqa dibuatnya. Mukanya juga terasa kebas.
Kedebukk!! Akhirnya, Shafiqa jatuh pengsan. 

XXX

Di wad kesihatan fakulti
Perlahan-lahan Shafiqa membuka matanya. Dilihatnya keadaan sekeliling dan tiba-tiba dia terlihat Nad yang sedang leka tertidur disebelahnya. Perlahan-lahan Shafiqa cuba bangun dari katil itu. Namun kepalanya masih lagi terasa sakit.
“Fiqa!!!”tiba-tiba kedengaran suara Prof Reid yang datang merempuh masuk mengejutkan Nad dari tidurnya. Shafiqa mula menepuk dahinya.
“Fiqa awak okay?”soal Reid, risau, membuatkan Nad yang berada disebelah berasa pelik. Begitu juga dengan Shafiqa. Selama ni Profnya tak pernah layan dia macam ni. Marah-marah, tengking-tengking adalah. Semuanya dia akan aim dekat Shafiqa. Tapi sekarang. Alamak? Geli pula aku dibuatnya, bisik hati Shafiqa.
“Prof..”tegur Nad. Reid hanya buat-buat pandang sahaja. Manakala Shafiqa sedaya upaya untuk turun dari katil itu sendiri. Namun Reid tetap membantunya membuatkan Shafiqa berasa rimas.
“Nak saya hantar awak balik?”soal Reid. Shafiqa mula mengerling tajam ke arahnya.
“Prof.. Tak apa, biar saya hantar dia pulang. Lagipun rumah saya dengan rumah dia dekat sahaja. Selang satu rumah sahaja.”sampuk Nad, dengan penuh senyuman mesra.
Reid mula memandang tajam ke arah Nad membuatkan senyumannya tadi menjadi hambar.
“Nad awak tak ada kelas ke? Lagipun saya ada hal nak bincang dengan Fiqa.”Reid kemudian memapah Shafiqa keluar dari situ. Nad mengeluh. Dia pun nak cakap something juga dengan Shafiqa.
To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click Here  Part 3

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik