Eyka Blog: Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 6)

Tuesday, 6 October 2015

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 6)


Akhirnya hari yang dinantikan sudah tiba. Aliya, Lydia dan Shafiqa kalut berdandan lawa untuk majlis itu nanti.
>>Shafiqa<<


>>Aliya<<


>>Lydia<<


Dengan seronoknya mereka bertiga pun bertolak ke majlis itu. Sesampai sahaja di majlis itu, kelihatan orang ramai sudah pun hadir dan mengambil meja masing-masing dan ada juga yang sedang menari bersama-sama dengan pasangan mereka ditengah-tengah.

Dekorasi untuk party itu memang cukup cantik sekali. Untung mereka ada kelab Seni yang terbaik dari ladang. Hak8! Dah nama pun Majlis Masquerade Mask party. So, memang susah sikitlah nak cam orang. Shafiqa mula terhinjut-hinjut mencari kelibat Nad.
“Woi? Cari sapa tu?”bisik Aliya ke telinga Shafiqa. Shafiqa menggeleng. Takut-takut nanti kawan dia terperasan pula.
“Korang! Aku nak pergi ke stesen makanan jap! Laparlah. Aku tengok buffet makanan dekat situ sedap-sedap belakalah.”ujar Lydia sambil memegang perutnya yang sudah berbuny itu. Aliya menggeleng. Memang perut buaya betullah.
Tiba-tiba, bahu Aliya dicuit oleh seseorang dari arah belakang. Bau collagen yang kuat itu seolah-olah seperti seseorang yang dia kenalinya. Siapa yrw? Aliya cuba merenung anak mata yang berwarna coklat itu.
Fareyz?
“Tak rancaklah kalau awak dah kenal saya?”bisik Fareyz ke telinga Aliya membuatkan Aliya menjadi malu secara tiba-tiba. “Want a dance?”ajaknya. Aliya mengangguk lalu melambai ‘bubbye’ ke arah Shafiqa. Shafiqa mengeluh. Seorang pergi cari makan. Seorang dah ada teman. Shafiqa dengan payahnya mengangkat gaunnya yang panjang berjela + kembang yang teramat sangat itu pergi dari majlis itu dan menuju ke satu tempat yang sunyi sedikit daripada orang ramai.
Dia duduk sendirian disitu sambil memerhatikan langit yang penuh dengan bintang. Indah sungguh hari ini. Harap-harap dia boleh jumpa Nad malam tu. Nad? Sayang lagi ke aku dekat dia? Shafiqa mengeluh.
“Mengeluh nampak? Tak suka ke dengan majlis ni?”sapa seorang lelaki ini.  Shafiqa menjadi terkejut lalu memandang lelaki itu. Alamak sayangnya!! Sebab ni majlis bertopeng. So, memang punah harapan nak tahu siapa di sebalik topeng tu. Shafiqa tersenyum kelat ke arah orang itu.
“Awak tengah cari seseorang ke?”soal lelaki itu macam tahu-tahu sahaja. Shafiqa sekadar mengangguk. “Saya pun tengah cari seseorang juga.”ujarnya walaupun tidak ditanya.
“Baiklah, now it’s time untuk awak semua grab pasangan masing-masing dan menari.”ujar seorang MC.
Shafiqa mula mengalih pandangannya ke arah pasangan yang sedang mesra menari bersama itu. DIlihatnya Aliya dengan gembiranya bersama pasangannya yang berkemungkinan Farezy. Lydia? Hmm, ramai lelaki cuba mengajaknya menari tetapi semuanya dia tolak sebab terlalu khusyuk mengejar makanan. Hak8! Lawak dia tu, Shafiqa mula menahan tawanya.

“Awak tak nak menari?”pelawa lelaki itu lalu menghulurkan tangannya. Shafiqa memandangnya. Entah mengapa dia berasa aneh dengan lelaki itu. Shafiqa pun menyentuh tangan lelaki itu dan kemudian menarilah mereka disitu.

Sewaktu mereka menari, dia merasakan selasa sahaja bersama dengan lelaki itu. Seolah-olah sebenarnya mereka berdua tu dah lama berkawan.

Malam itu kelihatan indah sekali. Hati Shafiqa tiba-tiba terasa seperti sudah jatuh cinta dengan lelaki yang sedang menari dengannya itu. Siapakah dia? Tengah seronok menari tiba-tiba tangan Shafiqa perlahan-lahan cuba menyua ke arah topengnya untuk dibuka. Mujur lelaki itu sempat sedar dan berundur ke belakang. Dan dalam masa yang muzik pun berhenti.
“Apa yang awak cuba buat hah?!?”marah lelaki itu, kelihatan seolah-olah takut jika rahsianya diketahui. “Saya.. saya.. Cuma nak tahu siapa awak yang sebenarnya?”soal Shafiqa, betul-betul ingin tahu.
“Maafkan saya. Saya kena pergi!!”ujar lelaki itu tegas lalu pergi meninggalkan Shafiqa sendirian.
Shafiqa mula mengalirkan air matanya. Entah kenapa hatinya berasa sakit sangat. Sangat!! Sangat sakit!!
To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click  Here  Part 7

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik