Setelah beberapa bulan bertarung nyawa, bersengkang mata. Akhirnya
exam mereka sudah pun tamat dan akhirnya it’s
time for graduation. Shafiqa ingat dia kena repeat sem sebab gagal untuk kelas
Reid. Tapi sungguh tidak disangkakan. Rupa-rupanya Profnya itu secara senyap
dah luluskan dia.
Entah-entah? Waktu porm hari tu, Prof Reid apa? Kalau betul itu
Prof Reid. Hatinya betul-betul sudah tergoda. Shafiqa mula mengetap bibirnya
memandang ke arah Prof Reid yang sedang bersembang dengan ibu bapa yang hadir
untuk majlis graduation mereka itu.
“Fiqa!! Akhirnya berjaya juga kitakan..!!”jerit Aliya sambil
memeluk sahabatnya itu Shafiqa mula tersenyum bahagia. “Ooo!! Fiqa sorang
sahaja dapat peluk. Aku?”rajuk Lydia. Aliya kemudian menarik temannya itu jua.
“Say cheese!!”ujar Fareyz, yang datang dari mana entah. Dahlah
tangkap gambar orang tak habaq. Tak sempat nak posing!
Aliya tersenyum lalu dengan bahagianya memaut lengan tunangnya
itu. Uhumm, panjang ceritanya antara mereka berdua ni.
“Untunglah orang tu.. Lepas habis belajar terus nak kahwin and
sambung study lagi dekat luar Negara sama-sama.”usik Lydia. Aliya tersengih. “Eleh,
orang tu pun apa kurangnya. Dengar kata Ameer nak hadiahkan engkau sebiji kedai
butik sebagai hadiah hantaran dia nanti.”usik Aliya juga. Wajah Lydia mula
merona merah. Tak guna punya kawan!
Shafiqa mula menggelengkan kepalanya. Mesti nanti dia akan rindukan
teman-temannya itu. Yrwlah, lepas ni semua orang dah nak bawa haluan
masing-masing. Fareyz lepas kahwin dengan Aliya dah nak bawa Aliya pergi
sambung study dekat Maldives. Lydia pula? Mungkin nak minta izin bakal tunang
dia iaitu Ameer untuk sambung study dulu dekat Paris baru kahwin. Aku?? Hmmm,
entahlah.
“Hai, Fiqa..”sapa Nad. Shafiqa memandangnya dengan penuh perasaan
ingin tahu. Agak-agak siapalah lelaki waktu prom night tu hah? Bisiknya dalam
hati. “Tahniah!”ucap Nad. Shafiqa mengangguk. “Saya datang sini sebab nak minta
maaf dari awak kalau saya ada buat salah dekat awak selama ni... Saya..”belum
sempat Nad menghabiskan kata-katanya Shafiqa dah memotong.
“Saya dah lama maafkan awak. Sebenarnya awak tak salah pun. Sebenarnya
saya yang salah sebab dulu saya terlalu syokkan awak. Jadi bukan salah awak
kalau awak tolak saya. Mungkin saya rasa betul tindakkan awak tu. Yrwlah, saya
ni sebenarnya tak sesuai dengan awak. Ramai lagi perempuan dekat luar sana..”jelas
Shafiqa panjang berjela. Hatinya waktu itu berasa kosong sekali. Cinta? Sayang?
Sayang lagi ke aku dekat lelaki ni? Cinta lagi ke aku dekat lelaki ni?
“Baiklah, dalam kesempatan ini. Saya Muhamad Reid Kimi Al-Ershad
ingin membuat satu pengakuan bahawa saya ingin melamar seorang pelajar saya
iaitu Erdiana Shafiqa...”terkesima Shafiqa dibuatnya. Ibu bapa dan
pelajar-pelajar semua pakat menoleh ke arah Shafiqa.
Dilihatnya Aliya dan Lydia suruh dia naik ke atas pentas dan
menerima lamaran itu.
Hmm, actually dah lama dia fikirkan hal tu. Dan..
rasa-rasanya..
To Be Continued
♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click Here Last Ending
p/s: Kalau ada
typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<