Eyka Blog: Ku Pilih Hatimu (Part 4)

Wednesday, 30 September 2015

Ku Pilih Hatimu (Part 4)



Night Party tahun ni lain sikit, sebab? Ada tema la! Biasanya tahun ni, tahun terakhir kami sebagai student Form 5 and Form 6. So, dia orang rancang tahun ni mesti kena meriah! Baru ada memori yang boleh simpan sebagai kenanga.
Fiqa dengan Nadzmi dah sedondon warna turquoise.

Yana dan Raqeem pula, black.


Aku? Belum ada partner! Tapi kiranya aku ni tak penuhi temalah kan? Tema ala-ala weeding party gitu! Tapi aku nak jadi wife-to-be sapa? Aku hanya mengenakan dress merah hati.
Aku berharap dia mengenak pakaian yang sedondon denganku!

“Wey, korang! Takkan korang nak tinggal aku sorang-sorang dekat sini?”ujar Aliya sambil mencuri-curi lihat Syahriel yang berada beberapa langkah darinya.
“Alaa.. kau tunggulah sini! Kut la putera charming kau sampai nanti!”balas Fiqa sambil mengenyitkan matanya lalu menunjuk kea rah Syahriel yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Fiqa kemudian beredar meninggalkan Aliya keseorangan. Aliya hanya diam membisu di situ. Ishh!! Ni yang aku malas kalau pakai dress macam langsir ni! Aikk! Tu bukan Fareyz ke? Desis hati Aliya sambil mencari-cari kelibat Fareyz.
“Awak! Sorang aje? Mana Fiqa dengan Yana?”
“Err.. diaorang dengan pasangan masing-masing la.”balas Aliya. Aihh!! Macama manalah aku tak perasan dia dekat sini!
“Cantik awak malam ni. Takkan tak ada orang yang sudi nak jadi pasangan awak kowd?”usik Syahriel. Aliya hanya melemparkan senyuman sinis. Lampu dewan tiba-tiba sahaja menjadi malap.
“Baiklah semua. Hari ni kita ada sorang teman kita ini yang ingin membuat pengakuan jujur. Jadi mari kita mempersilakan Syahriel untuk naik ke pentas.”ujar Rayyan, sebagai MC pada malam itu. Orang ramai mula bersorak dan memberi tepukkan yang gemuruh.

XXX

“Selamat malam semua, berdirinya saya di sini ingin menyatakan hasrat saya kepada seseorang yang sangat cantik pada mala mini iaitu Syafiqah! Fiqa, would you be my girlfriend and also my future wife-to-be?”ujar Syahriel tersenyum. Orang ramai mula berasa teruja dan memberikan tepukkan yang sangat gemuruh. Suasana dewan itu turut menjadi kecoh.
“Wah, jelesnya aku! Fiqa naik la atas pentas tu! Naik! Naik! Go, Fiqa! Go!”jerit yang lain. Fiqa mula terkedu. Dia ni gila ka apa? Bukan akulah bangang!! Tapi Liya yang engkau sayang! Desis hati Fiqa, geram. Nadzmi yang berada di sebelahnya mula mempamirkan riak yang tidak berpuas hati.
“Awak, jom teman saya naik! Yana, kau pergi cari Liya. Aku takut nanti dia salah faham.”ujar Fiqa rimas, lalu memaut erat pada lengan Nadzmi dan menariknya untuk turut sama mengikuti langkahnya.  

XXX

“Fareyz! Liya mana?”ujar Yana kuat kerana terlalu bising dengan bunyi latar muzik yang agak kuat dan diikuti dengan sorakkan orang ramai pada Syahriel.
“Mana aku tahu! Aku pun baru datang. Kenapa yang kecoh-kecoh ni?”soal Fareyz, hairan.
“Tu.. Syahriel tu!! Ermm, macam mana nak cakap erk? Argh!! Nanti la, kita kena cari Liya dulu.”ujar Yana kelam kabut.
“Ermm, Argh! Erm, Argh!! Kau ni dah kenapa?”soal Fareyz, pelik. Hairan! Kenapa tiba-tiba Fiqa dan Nadzmi naik ke atas pentas dan apa pula yang Syahriel tu buat? Liya mana? Kenapa dia tak ada atas pentas sekali? bisik hati Fareyz.
“Tu Liya!!”jerit Fareyz. Yana terus berlari menuju ke arah Aliya. Mujur tak terpijak dress waktu lari. Kang! Lagi drastic boleh buat show tersembam atas lantai.
“Aliya, jom kita pergi ambik angin dekat luar!”ajak Yana sambil menarik erat lengan Aliya. Fareyz memandang pelik Yana.
“Aku okay sahaja! Biar aku dengar apa yang sebenarnya yang dia nak cakap!”
“Yana! Apa sebenarnya yang terjadi ni?”
Yana mengeluh. Lampu disorotkan kea rah tengah pentas. Fiqa berdiri di samping Nadmi sambil memeluk erat lengannya. Hish! Mamat ni lagi? So, dia nak caras Fiqa dari aku la ni! Kurang ajar punya lelaki! Bentak hati Syahriel, geram.
“Fiqa, sudi tak awak terima saya sebagai boyfriend awak?”ujar Syahriel, lalu menarik tangan Fiqa dari terus memegang Nadzmi.
“Tak!! Sampai mati pun tak akan!!” balas Fiqa tegas.
“Tapi kenapa? Sebab dia ni ke?!? Tolonglah!!”marah Syahriel tiba-tiba. Nadzmi kemudian menarik Fiqa ke belakang dan menggengam tangannya dengan erat sekali.
“Yes!! And one more thing bukan saya seorang yang wujud dekat muka bumi ni. Tapi ramai lagi perempuan cantik yang ada. Salah satunya, Aliya!! Dialah perempuan yang sentiasa setia mencintai awak!! Awak tahu tak?!?”jelas Fiqa sambil menunding jari ke arah Aliya yang berdiri di bawah pentas. Lampu pentas mula disorotkan ke arah Aliya. Aliya yang mendengarinya terus menjadi terkedu.
“Hahak! Perempuan tu?!? Cintakan saya?!? Hello, perempuan macam dia tak layak untuk saya! Selamanya tak layak okay! Hanya awak seorang sahaja yang berada di dalam hati saya, Fiqa!!”jerit Syahriel kuat.
Entah mengapa tiba-tiba, air mata Aliya mula mengalir jatuh membasahi pipi. Dia kemudian menolak semua orang dan berlari pergi. 

XXX

“Liya!! Liya!! Tunggu Fareyz!!”jerit Fareyz yang mengejar Aliya yang berlari keluar dari dewan.
Tak layak? Sampai bila-bila? Aliya mula mengesat air matanya dengan tangan. Mukanya mula menjadi comot akibat kesan eyeliner yang turun bersama air matanya. Dia sudah tidak peduli dengan makeupnya. Lantaklah! Akhirnya dia berhenti duduk di pancuran air dan menangis teresak-esak disitu.
Aliya mula mendongak ke atas memandang bulan. Wahai, bulan! Sungguh sedihnya hidupku ini, keluh Aliya.

To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click  Here  Part 5


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik