Shafiqa mula merenung keluar kaca bilik hotel itu. It was amazing.
Tak sangka lelakinya akan membawanya ke Hotel Underwater di Dubai ini. Memang
cantik! Shafiqa dari tadi tidak henti-henti memuji ciptaan Allah itu.
“Sayang.. sayang buat tu? Kang ikan jerung datang ngap baru tahu!”usik
Reid yang kini sudah bergelar suaminya.
>> Flashback <<
“You look so beautiful Fiqa..”puji Aliya dan Lydia yang turut sama
serentak akan berkahwin pada hari itu. Shafiqa mula tersenyum bahagia. “Korang
pun lawa juga. Kita bertiga sama-sama lawakan.”Mereka bertiga mula ketawa
bersama-sama. Sungguh lucu sekali! Entah kenapa mereka buat idea gila ni untuk
kahwin secara serentak sekali. Katanya jimat kos sebab masing-masing
share-share duit untuk buat weeding ni. Tapi honeymoon lain-lain lah.
Aliya of course Maldives. Lydia Paris. Shafiqa Dubai. So sweetkan!
>> Flashback tamat <<
“Awak thanks sangat!”ujar Shafiqa malu-malu. Reid mula tersenyum
sinis. “Apa? Tak dengarlah awak? Awak cakap apa? Boleh tak kalau cakap
something tu pandang muka orang tu.”ujar Reid dalam nada garang sedikit. Sahaja
nak tengok riaksi bini dia yang comel tu bila kena marah sikit.
Shafiqa mula sentap. Dia kemudian memeluk suaminya itu sambil
menayangkan muka baby face. Reid mula memandang ke arah lain. Shafiqa mencebik.
“Okay fine!! Kite cakap sekali sahaje.. Awak dengar yrw!!”ujar
Shafiqa lalu membisikkannya ke telinga Reid. Reid mula tersenyum puas apabila
dapat mengenakan isterinya itu. Merah telinga Shafiqa dibuatnya.
“Awak.. nak tanya something boleh tak?”soal Shafiqa, lalu menarik
suaminya itu untuk duduk di atas sofa kecil manakala dia duduk diatas riba
suaminya itu. Reid mengangguk.
“Waktu prom night tu? Awak ke yang menari dengan saya?”soal
Shafiqa, ingin tahu. Reid tersenyum. “Hah!! Dah agak itu awak. Awak tahu tak
sebab waktu tu saya dah boleh rasa yang.. bla.. bla..”
Reid cuba mengimbas kembali waktu tu.
>>Flashback<<
Sebenarnya waktu tu dia baru sahaja selesai urus niaganya di dalam
tandas. Dia keluar ingin membasuh tangan tiba-tiba secara kebetulan Nad turut
ada di situ. Dilihatnya dia membuka topengnya. Matanya kelihatan merah. Mungkin
baru lepas nangis or whatever.
“Engkau dah kenapa?” soal Reid sambil membasuh tangannya dan
mengelapnya pada tisu.
“Reid..”sekarang tiada lagi bahasa antara Prof dan pelajar.
“Saya nak awak jaga Fiqa elok-elok awak faham.”ujar Nad tiba-tiba.
Reid memandangnya hairan. “Saya tahu awak sukakan dia. Dan saya yakin awaklah
orangnya. Saya janji lepas ni saya akan pergi jauh dari hidup Fiqa
selama-lamanya.”jelas Nad lalu pergi dari tandas itu. Reid mengerutkan dahinya
dan tiba-tiba dia terlihat topeng Nad yang tertinggal. Dia mengambilnya dan
mengejar Nad. Tapi punah. Nad sudah pun menghilang dan secara kebetulannya. Dia
terlihat kelibat Shafiqa dengan gaun biru yang sangat cantik sekali. Namun
begitu riaksi Shafiqa kelihatan sungguh sedih sekali. Tapi kenapa?
Rupa-rupanya sekarang baru dia tahu..
“Awak! Awak! Dengar tak apa yang saya cakap.”marah Shafiqa manja.
Reid mengangguk. “Tipu!! Saya cakap waktu tu saya rasa saya dah jatuh cinta
dengan awak.”ujar Shafiqa lagi sekali. “Betul ke ni?”soal Reid lagi sekali. “Betullah!!
Sebab awak kata disebalik topeng tu kan awak. Jadi saya dah jatuh cinta dengan
orang yang pakai topeng yang menari dengan saya tu.”terang Shafiqa teruja.
Masa sudah pun berlalu.. Mungkin sudah tiba masanya dia tumpukan
sepenuh perhatiannya untuk masa depan dia dan Fiqa. Biarlah kisah lama itu
dipendamkan rahsia. Sebab yrwlah mungkin semuanya dah ditentukan bahawa jodoh
Fiqa adalah sebenarnya dengan dirinya.
Reid tersenyum bahagia memandang Fiqa. Dengan lembut dia mencium
tangan isterinya itu. Shafiqa kemudian memeluk suaminya.
Walauapapun yang terjadi masa depannya adalah dengan Reid. Dia
sudah tidak kisah dengan kisah lampaunya. Cinta itu kadang-kadang boleh
dipupuk. Tambah-tambah orangnya ialah Reid.
“Awak jom pergi makan! Saya lapar!”ajak Shafiqa.
“Alah.. saya ngantuklah..”ujar Reid lalu menurunkan isterinya itu
dari ribaannya dan menuju ke katil.
“Awak jomlah!! Jomlah!!”
“Alah, please!!”Reid kemudian menarik Shafiqa ke dalam pelukkannya
di atas katil.
“Reid!! Tak malulah awak ni. Nampak tu ikan-ikan semua pakat
tengok.”ujar Shafiqa lalu memukul lembut dada suaminya itu. Reid mula mencuit
hidung Shafiqa.
“Lantaklah! Ikan sahaja pun!”
“Reid!!!”
By: Eyka ♥♥♥♥♥♥♥♥♥