Esok pagi
“Prof!! Prof!! Fiqa hilang!!”jerit Aliya dan Lydia yang kalut
keluar dari kabin.
Semua orang menjadi terkejut dan memandang ke arah Aliya dan Lydia
yang terjerit-jerit macam orang gila. “Awak.. sabar.. sabar.. cuba cerita
elok-elok.”ujar Fareyz lembut. Aliya mula menarik nafas panjang dan kemudian. “Fiqa..
dia.. bla.. bla.. bla..”dicelah pula oleh Lydia “Pagi tadi dia ada bangun. Dia
kata nak pergi tandas tapi tak ada pun... bla.. bla.. bla..”
Reid dan Nad yang mendengar terus menjadi gelisah tak senang
duduk. Reid dan Nad kemudian sama-sama bertindak meredah hutan untuk mencari
Shafiqa.
Mereka yang lain terus terkejut dengan tindakan Nad dan Reid yang
tergesa-gesa itu. Terutamanya Prof Alya.
Berhampiran dengan sungai
“Fiqa!!! Fiqa!!!”Nad dan Reid mula menjerit-jerit memanggil nama
Fiqa. Sudah puas mereka cari tapi satu batang hidung pun tak nampak. Takkanlah
Fiqa dah kena serang dengan binatang buas? Ujar Reid dalam hati. Dia kemudian
menggeleng. Tak mungkin! Fiqa seorang yang tabah. Dia pasti selamat.
“Fiqa!!”jerit Reid.
Fiqa, pleaselah selamat!! Saya janji bila saya jumpa awak kali ni
saya akan luahkan segala-galanya pada awak yang saya...
“Fiqa!!”tiba-tiba, dengan pantas Nad terus menoleh ke arah Reid
yang mencari di sebelah sana.
Reid yang hampir terus berlari ke arah Shafiqa yang duduk memegang
kakinya yang bengkak.
“Awak!!”panggil Reid. Shafiqa yang memandang Reid terus memeluknya
dengan erat. Air matanya mula mengalir dengan lajunya.
“Saya takut!! Saya datang sini nak melepas. Lepas habis melepas
terus nak balik kabin.. Tiba-tiba, bateri fon habis. Fiqa tak nampak lepas tu
tersepak batu besar ni dan tersadung. Fiqa takut!! Fiqa tak boleh jalan.”ujar
Shafiqa dengan nada sendu sendanya. Reid mula mengusap lembut belakang Shafiqa.
Nad yang memandang mereka terus menjadi kaku membisu.
“Awak pegang leher saya sekarang.”suruh Reid. Shafiqa tanpa banyak
soal terus memaut pada leher Reid dan kemudian Reid terus mengangkatnya dan
mengendongnya. Wajah Shafiqa mula merona merah.
“Proo.. Prof, saya.. saya..”lidah Shafiqa menjadi berbelit-belit
secara tiba-tiba. “Shhh, awak diam sahaja!”ujar Reid kemudian berlalu pergi.
Nad yang mengikut mereka dari belakang berasa sayu secara tiba-tiba. Hatinya
pedih dan sakit memandang Shafiqa yang berada digenggaman orang lain.
XXX
Di kampus
Entah mengapa hari ini mood Shafiqa seolah-olah berbunga-bunga
sahaja. Senyum sahaja dari tadi. Aliya dan Lydia yang melihat sahabat mereka
itu terus berasa harian. Dah nak masuk hospital gila ni? usik mereka.
“Alolo, aku nak senyum pun tak boleh ke? Aku ada berita baik punya
ni.”ujar Shafiqa sambil memaut erat pada lengan Aliya dan Lydia.
“Berita baik? Apa dia? Engkau dah terima lamaran Prof Reid ke?”teka
Aliya dan Lydia. Shafiqa mula melepaskan tangannya dari lengan Aliya dan Lydia.
Mukanya sengaja dimonyokkan. “Mana ada!!”balasnya tegas.
“Ingatkan dah jatuh cinta. Lepas dia selamatkan engkau hari tu.”usik
Aliya. Shafiqa mula mencubit pinggang temannya itu.
“Aduiihh.. sakitlah..”
“Tak okay!! Dia tu Prof aku pelajar. Tak sesuai okay! Lagipun dia
dah ada girlfriendlah.”ujar Shafiqa dengan wajah yang hampa.
“Sapa?? Sapa?? Biar betul??”soal Lydia dan Aliya teruja.
“Prof Alyalah.. Apalah korang ni!! Dahlah malas aku nak bahas
pasal hal tu dengan korang... Ni hah! Aku nak habaq yang tak lama lagi kampus
kita akan buat satu majlis masquerade mask party. Just untuk sem kita sahaja.”jelas
Shafiqa.
1, 2, 3...
“Aaaaaaa!!!”serentak ketiga-tiga mereka mula
menjerit. Lantaklah orang nak cakap apa pun.
To Be Continued
♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click Here Part 6
p/s: Kalau ada
typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<