#Saraenghaeyo,
Oppa!
Kring! Kring!
“Omo!! Andwae!! Macam mana boleh terbangun lewat pulak ni?!?”Hana
dengan pantas menuju ke bilik air dan memberus giginya. Nampak gayanya dah tak
ada masa untuk dia mandi apa semua. Setelah selesai bersiap dengan hanya
menyembur minyak wangi, Hana pun bergegas keluar dari biliknya.
“Yo, kalutnya engkau. Tak nak breakfast dulu ke?”soal Krystal,
iaitu kawan karibnya merangkap teman serumah. Hana menggeleng lalu menyarungkan
sebelah lagi kasutnya. Dengan sepenuh tenaga yang ada, dia berlari sepantas
yang mungkin.
XXXXXXXXX
Di hadapan bangunan A-Star
Company,
“Wah, akhirnya sampai juga aku.”keluh Hana, termengah-mengah. Langkah
kakinya terhenti apabila terpandang peminat-peminat 2pm yang setia menunggu di
luar bangunan tersebut. Hana mula menelan liurnya, gugup. Macam mana kalau
tiba-tiba dia diserang oleh mereka itu, desis hatinya. Hana mula menghentak
kakinya seakan budak kecil. Macam mana ni? Macam mana ni? Tanpa disedari
gelagatnya itu sudah pun diperhatikan oleh peminat-peminat tersebut.
“Yah, ajumma??”tegur salah seorang daripada mereka. Hana mula
memusingkan tubuh badannya. Matanya menjadi terbeliak apabila dia mendapati
dirinya sudah pun dikelilingi oleh mereka itu. Hana mula tersengih seperti kerang
busuk.
“Entah.. entah ajumma ni..”Hatinya mula berdegup kencang menunggu
jawapan daripada budak itu. Errr, apa ni? Apa ni? Tolonglah jangan serang aku,
jerit hati Hana.
“Hah!! Ajumma ni peminat 2pm juga ke?”jerit mereka lalu
menyerahkannya sepanduk dan baju T berlogo muka 2pm.
XXXXX
“Oppa!! Saranghaeyo!! Oppa!! Saranghaeyo!!”jerit mereka ke hulu ke
hilir. Hana mula mengeluh. Hish, dia datang sini sebab ada kerja. Tapi macam ni
pula yang jadinya. Macam mana ni? Dia mula mengetap bibirnya.
“Ajumma? Kenapa tak sorak sekali?”soal mereka. Hana mula berkerut
dahi. Apa yang dia nak jawab ni? Kang terlambat pula! Emm!! Tiba-tiba, van
hitam milik 2pm berhenti betul-betul dihadapan bangunan itu membuatkan semua
peminat itu menjerit-jerit kegilaan. Dalam masa yang sama Hana turut sama
ditarik untuk bersorak.“Omo, ark!! Ark!!”rasa macam nak berdarah sahaja telinga
ni dengar jeritan mereka. Mereka ni tak rasa penat ke? Badannya mula dihimpit
dengan peminat-peminat 2pm itu. Nak keluar daripada situ pun susah. Apalah nasib
malangnya? Pengawal-pengawal mula datang untuk mengawal keadaan. Pada waktu
itu, Hana dengan sedaya upaya mula terloncat-loncat untuk memberitahu bahawa
dia juga perlu diescort sekali.
“Yeogie, Yah!!”jerit Hana. Semua orang mula diam dan memandang ke
arahnya.
“Oooo, babe!!”jerit Wooyoung sebaik ternampak kelibatnya.
“Mwo?!? Babe?!?” jerit mereka.
XXXXX
>>Bilik peribadi 2pm<<
Hana mula termenung jauh. Argh! Mana dia nak letak muka dia lepas
ni? Habislah! Kalau dia terserempak dengan peminat 2pm lagi. Konfirm kena
baling telur or whatever.
“Yo!”tegur Wooyoung yang sudah selesai menukar bajunya. Hana
merenungnya tajam. Tak guna punya lelaki! Kalau bukan disebabkan dia. Nama dia
confirm tak akan di blacklist dari peminat 2pm. Ergh!!“Wae? Saya ada buat salah
ke?”soalnya, keliru. Okay, memang dia tak tahu pun. Hana merengus geram. Ergh! Malas nak layan
manusia yang tak reti nak faham akan kesalahan sendiri. “Yarh! Boleh tak awak jangan
senyap macam ni? Beritahulah apa kesalahan saya.”ujar Wooyoung lalu merentap
erat tangan Hana.
“Excuse us!!”sampuk Junho, lalu sengaja melalui di hadapan mereka.
Begitu juga dengan yang lain. Wooyoung memandang mereka geram. Mereka ni memang
sengaja nak kacau line, aku! Desis hati Wooyoung.“Hana, boleh tak awak tolong betulkan
kolar baju saya ni.”pinta Taecyeon. Hana dengan pantas membantunya untuk
membetulkannya. Dah memang tugas dia sebagai stylist 2pm. Hmmm, tapi kenapa
2pm? Tak dengan group lain? Hmm, actually kalau bukan berkat Wooyoung iaitu
teman karibnya waktu sekolah rendah dulu. Dia tak mungkin mencapai cita-citanya
untuk menjadi stylist terkemuka artis. Kan~ Hmm..
“Yarh, hyeong!”marah Wooyoung lalu menepis tangan Hana ke tepi.
Hana memandangnya pelik. Begitu juga dengan Taecyeon. “Hyeong, apa kata saya
tolong betulkan?”ujar Wooyoung. “Andwae!! Yarh...”
Hana mula menggeleng-geleng kepalanya. Ada-ada sahaja kerenah
mereka semua ni. Tambah-tambah, Wooyoung. Mentang-mentang kita orang kawan
sejak kecil ada hati nak buli aku!
Grrr.. tiba-tiba, perutnya berbunyi menandakan ‘Lapar! Lapar!’
Mukanya mula berkerut-kerut. Itulah engkau! Sebelum pergi kerja breakfast dulu.
Ini tak degil!! Bisik hatinya. Tanpa disedari ada tangan yang menghulur
sekeping sandwiches kepadanya. Changsung. Dia selalu ada waktu dia kelaparan. Hak8!
Bibirnya mula mengukir senyuman. “Gamsahamnida!”bisiknya perlahan. Chansung
dengan gembira mula mengukir senyumannya yang paling lebar.
XXX
1, 2, 3
“Put your hands up! Put.. put your hands up!”
Hati Hana sentiasa terhibur setiap kali memerhatikan mereka
membuat persembahan. Mereka sentiasa bersemangat, ceria dan pandai mengambil
hati peminat. Itulah yang Hana kagum dengan mereka. Apa yang lagi menghiburkan
hatinya ialah design baju yang di pakai oleh mereka itu. Dia berharap dengan
design yang direka khas untuk mereka itu mampu membuatkan mereka kelihatan
lebih menonjol dan macho lagi. Itu sahaja harapannya! Sebagai stylist mereka.
XXX
Perlahan-lahan Hana mula menyeka air matanya yang mengalir. Dia
selalu macam ni setiap kali mereka selesai membuat persembahan. “Ooo,
waeyo?”ujar Nichkun lalu mengelap air matanya perlahan. Hana menggeleng lalu
tersenyum. “Awak semua nampak macho sekali! Sebab tu saya terharu tu.”puji
Hana. “Kami nampak macho sebab kami ada stylist yang handal macam awak. Awak
tahu tak?”sampuk Jun-k, membuatkan Hana bertambah lagi terharu. “Aish! Dahlah,
nak tak lepas ni. Kita pergi makan?”ajak Junho. Mereka semua kemudian menjerit
“Gaja!!”
Hana mula ketawa.
“Andwae!! Lepas ni korang semua ada photoshoot dekat satu syarikat
ni. Faham!”arah Manager Ho yang baru sahaja datang entah dari mana. Mereka mula
mengeluh.
“Tak apa! Ada masa kita pergi.”pujuk Hana. Mereka semua mula
tersenyum memandang ke arahnya. Sayang sekali, sebab keenam-enam mereka
sukakannya. Mereka takut suatu hari disebabkan perasaan ini mereka semua
bergaduh dan berpecah belah. Di sebabkan itu, mereka memilih untuk berdiam diri
dan mencintainya secara senyap.
XXX
Click! Click! Pose! 1, 2, 3 yeah!
“Yo, Hana. Engkau pun ada dekat sini rupanya.”tegur Krystal. Oh
yrw, lupa pula. Kawan dia ni merupakan seorang model kalau nak tahu. Dia memang
cantik! Hana kadang-kadang jeles dengan dia. Hana mula mengukir senyuman manis
padanya. “Hmm, tu hah!”ujar Hana lalu menuding jari ke arah mereka. Krystal
mengangguk lalu duduk di sebelahnya. “Engkau tak penat ke asyik dok ikut mereka
ke hulu ke hilir?”soal Krystal. Hana mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Krystal mengeluh. “Jangan kata engkau guna alasan ni untuk dekat dengan
Dia?”soal Krystal untuk mendapat kepastian. Hana diam seribu bahasa. Kalau
betul macam mana?
“Hana... engkau..”
“Krystal..”tegur Taecyeon. Krystal mula mengalih pandangannya ke
arah mereka yang baru sahaja selesai bergambar itu. Krystal bangun lalu
tersenyum. Junho yang berada di belakang mula kemerah-merahan mukanya. Hatinya
kadang-kadang terasa berdegup kencang setiap kali melihat teman baik Hana itu.
No way! Dia tak boleh curang dengan Hana okay, bisik hatinya. “Lama tak jumpa?
Awak sihat? Saya tengok awak makin kurus sekarang.”soal Nichkun. Krystal mula menjadi
malu-malu sebaik dipuji sebegitu rupa. “Hak8! Mana ada. Biasa sahaja. Saya
okaylah. Sihat lagi! Oh yrw, thanks sebab tolong perhatikan Hana untuk saya.
Tambah-tambah dari Wooyoung tu.”gumam Krystal. Hana yang berada disebelah mula
terasa malu. Ingat aku budak kecik ke?
“Yarh! Kenapa aku pulak?”marah Wooyoung. Mereka kemudian mula
ketawa.
“Okaylah, saya minta diri dulu yrw. Lepas ni saya kena pergi buat
modeling dekat satu show ni pula.”pinta Krystal lalu meminta diri untuk beredar
dari situ. “Bye-bye.. Jumpa dengan rumah nanti.”bisik Krystal ke telinga Hana.
Hana mengangguk lalu melambai ke arahnya.
“Okay, little Hana.. Jom kita pergi makan!!”ajak Chansung lalu
meletakkan tangannya dileher Hana. Mereka yang lain yang memerhati mula berasa
tidak selesa. Wah! Ambil kesempatan dalam kesulitan.
“Chansung!!!”
“Wae??”
Jun-k mula diam membisu di belakang. Hana yang memerhatinya mula
menjadi tertanya-tanya apabila melihat yang lain sudah pergi tapi dia belum.
“Oppa?”panggil Hana, tiba-tiba. Berderau seluruh tubuh Jun-k mendengar dia
memanggil dirinya Oppa. Actually, dah selalu dah tapi hari ni dia berasa aneh
sangat-sangat. Perlahan Hana kemudian memaut lengannya dan menariknya untuk
pergi. “Gaja! Nanti kita terlewat pulak.”ujar Hana. Jun-k mengangguk lalu
menurutinya.
Entah kenapa hati dia berasa tamak sekali untuk memiliki Hana
seorang diri. Yrw betul tu!! Dia berharap sekali yang Hana akan menjadi
miliknya. Selamanya.
XXX
Van mereka berhenti betul-betul di hadapan kedai serbaneka. Hana
mengeluh. Yrw, lupa pula yang mereka ni idol terkenal. So, kalau nak keluar
makan memang susahlah gamaknya! “Hana! Mian..”ujar mereka lalu menghulurkannya
beberapa keping wang ringgit untuk menyuruhnya membeli ramen dan makanan lain.
Hana dengan geramnya merentap wang itu lalu turun dari van itu.
“Haish!! Geramnya aku!!”jeritnya seorang diri.
XXX
Mujur dalam kedai tu tak ramai orang. Kalau tak habis dia kalau
terserempak dengan peminat 2pm.
“Terima kasih.”ujar Hana lalu beredar dari situ. Tiba-tiba,
dirinya terlanggar seseorang membuatkan barang-barangnya berterabur di atas
lantai. Hana mula merengus geram. Malang gila nasib! Ingat aku ni kuli ke apa?
Lepas tu terlanggar pula orang ni. Hish! Lelaki itu kemudian menghulurkannya
kotak ramen yang terakhir. Hana mula mengangguk tanda terima kasih lalu
didongakkan mukanya untuk memandang orang itu. Automatik badannya tiba-tiba
menjadi kaku.
“Luhan?”
Luhan tersenyum. Jantung Hana tiba-tiba terasa seperti nak
terkeluar sahaja. Luhan mula melambai-lambai tangannya di hadapan muka Hana untuk
menyedarkannya. “Awak okay?”soal Luhan, hairan. Hana dengan pantas terus bangun
dan berlari pergi dari situ.
“Hana!!”
Dengan kasar dia cepat-cepat menutup pintu van itu. Mereka yang
memandangnya mula terkejut. “Awak okay?”soal mereka.
“Hah?!?”
XXX
Sepanjang di rumah hati Hana betul-betul menjadi tidak keruan.
Wah!! Dah lama dia tak nampak Luhan. Dia apa cerita yrw? Sebenarnya kalau boleh
nak saja dia ajak Luhan borak-borak dulu dekat café mana-mana. Tapi entah
kenapa dia tidak ada keberanian untuk berbuat sedemikian rupa. Hmm, pasrah
sahajalah! Dulu zaman sekolah bolehlah. Sekarang Luhan sendiri pun dah jadi
terkenal. Mahu lagi ke dia berborak dengan aku. Lagipun aku ni bukannya cantik
mana pun. Hana mula mengeluh sambil memerhatikan dirinya di dalam cermin. “Argh!!” Jeritnya perlahan.
TOk! TOk!
Krystal masuk dengan membawa sekotak hadiah yang
besar. Hana mula berkerut dahi. Apa pulak ni? Setahu dia birthday dia dah
lepas. “Apa tu? Untuk aku ke?”soal Hana, sedikit teruja kalau hadiah tu untuk
dia. “Mana ada! Hadiah ni untuk aku. Aku sahaja datang sini nak ajak engkau
tengok sekali.”ujar Krystal, tersengih. Hancur lebur Hana mendengarnya. Kurang
asam punya kawan! Baik tak payah. Kemudian, mereka sama-sama membukannya.
Serentak kedua-duanya menjerit keterujaan. Hadiah yang paling
wanita gemari. “Omo!! Cantiknya..”dengan teruja Krystal menyarungkan kedua-dua
belah kasut itu di kakinya. Hana dengan bahagianya turut sama merasa keterujaan
itu. “Siapa yang bagi?”soal Hana, tertanya-tanya. Krystal menggeleng. Dia
sendiri pun tak pasti. “Yang aku tahu.. orang yang bagi aku tu bermula dengan
huruf J.”jelas Krystal lalu menyerahkannya sekeping kad bersalut warna emas
yang tertulis huruf J. Hana mengangguk. Jeles dia dengan Krystal ni.
“Hati-hati.. takut nanti orang yang bagi engkau hadiah ni nak balasan apa-apa
pula dari engkau.”nasihat Hana. Krystal mencebik lalu mengangguk.
“Dahlah, kalau engkau dah habis dengan teruja engkau. Aku nak
masuk tidur. Good night!”ucap Hana lalu mematikan suis lampu.
XXX
“Hana.. saya nak awak reka baju yang paling special untuk mereka
untuk satu party ni.”ujar Manager Ho, lalu meninggalkan bilik itu. Hana mula
mengeluh. Aduii!! Akhir-akhir ni banyak sangat aktivit yang mereka kena buat. Penat
betul hati ini, keluh Hana seorang diri.
XXX
“Anyeong! Kami 2pm! Selamat bertemu awak semua!”
“Ooo, baiklah. Kami dengar akhir-akhir ni ada skandal mengatakan
yang Nichkun ada menjalin hubungan dengan Taeyeon dan Taecyeon juga dikatakan
sangat rapat dengan Sunny. Jadi boleh tak kita suruh Nichkun dan Taecyeon
jawab?”ujar pengacara itu.
“Bla.. bla.. bla..” akhirnya tamat sudah sesi temu ramah mereka di
Weekly Idol.
“Terima kasih semua..”ucap mereka lalu keluar dari bangunan itu.
“Awak semua.. awak semua pergilah dulu. Saya nak ke tandas jab!”ujar Hana.
Mereka mengangguk lalu pergi dahulu. Selesai urusan Hana di dalam tandas dia
pun keluar dan sungguh tak disangkakan dia tiba-tiba terserempak dengan Luhan.
Hana dengan pantas terus berlari dari situ. Namun tangan Luhan lebih cepat lalu
menarik Hana ke tempat yang sunyi sedikit agar tidak ada orang yang melihat mereka.
Kalau tak boleh heboh masuk berita atau ahkbar.
Luhan kemudian menolaknya ke dinding membuatkan Hana tergamam.
Hana cuba melepaskan diri, namun Luhan dengan pantas meletakkan kedua-dua belah
tangannya ke dinding dahulu. Mata mereka mula bertentangan membuatkan jantung
Hana berdegup kencang.
“Kenapa awak nak lari dari saya, setiap kali awak nampak saya?
Hah?”soal Luhan dengan riak wajah yang serius. Omo~ Cair Hana melihat dia yang
sebegitu rupa. Tahan Hana! Tahan! “Mmmm... mana ada!”balas Hana, gugup. “Awak
tahu tak saya dah lama cari awak!”ujar Luhan serius. Hana memandangnya sedikit
gembira. Dia cari aku? Biar betul? Omo!! Luhan cari aku!! Andwae!! Dia tipu!
Kali terakhir dia nampak Luhan adalah ketika dia bersama dengan seorang
perempuan ni. Dan sungguh tak disangkakan mereka berdua kiss bersama-sama.
Sejak dari hari tu hati Hana betul-betul terluka. Huhuhuhu..
Hana mula meronta minta diri dilepaskan. Namun Luhan dengan
berkeras tidak mahu membiarkan Hana lari darinya lagi.
“Hana!!”jerit satu suara ni. Hana tergamam lalu memandang ke arah
Jun-k yang berada disitu. Jun-k dengan geramnya menarik tangan Hana dari
genggaman Luhan. Luhan mula menjelingnya tajam. “Hana, puas saya cari awak!
Kenapa awak dekat sini?”soal Jun-k. Hana diam. Entah apa yang harus dia
katakan. Takkan nak kata Luhan yang tarik dia ke sini. Tak logik! Siapa nak
percaya? Nanti orang kata dia menggedik pula.
Luhan dengan geramnya beredar dari situ. Tapi sebelum dia pergi
dia sempat menyerahkan satu nota kecil pada Hana. “Apa tu? Kenapa dia ada dekat
sini?”soal Jun-k bertubi-tubi. Hana menggeleng tanda tiada apa-apa.
XXX
Party sambutan di atas kejayaan 2pm yang berjaya merebut dua
trofi.
“Say woohoo!!”jerit mereka.
“Yeah!!”
Hana mula menggeleng melihat telatah mereka yang gila-gila itu.
Hana kemudian menyelit sakunya dan mengambil not yang diberikan
oleh Luhan pagi tadi.
-Please! Call me! 011-***********-
Lama dia memerhatikan nombor yang tertera itu. Nak call ke tak?
Nak? Tak?
Tiba-tiba, bergema suara Jun-k di atas pentas memanggil namanya.
“Hana!! This song is for you from us..”ujarnya. Mujur club itu
hanya dipenuhi dengan staf-staf mereka sahaja. Kalau tak confirm dia dah kena
temu ramah dengan macam-macam jenis wartawan.
Take you home tonight
Take you home tonight ooh
Take you home tonight ooh
Nega natanaseo naege
Mugwansimin cheok anin cheokhaneun ge
Jom geuraegeuraegeuraegeurae
Ne mameun an geurae an geurae an geurae
Mugwansimin cheok anin cheokhaneun ge
Jom geuraegeuraegeuraegeurae
Ne mameun an geurae an geurae an geurae
Naege nunbicceul jwoda ppaeda
Da boineun ne sok mame naneun
Geuraegeuraegeuraegeurae oh yeah
I wanna take her to my house
Da boineun ne sok mame naneun
Geuraegeuraegeuraegeurae oh yeah
I wanna take her to my house
It’s alright
Uri jibeuro gaja (woo uri jibeuro)
It’s alright
Dan amudo moreuge (amudo mollae)
Uri jibeuro gaja (woo uri jibeuro)
It’s alright
Dan amudo moreuge (amudo mollae)
Sipbun dwie jeo apeseo
Neoreul gidarigo isseulge
It’s alright
Neoreul gidarigo isseulge
It’s alright
Uri jibeuro gaja (uri jibeuro)
Uri jibeuro uri jibeuro
Uri jibeuro uri jibeuro
Translate:~
Take you home tonight
Take you home tonight ooh
Take you home tonight ooh
You come around and pretend you don’t
notice
It’s a bit like that like that like that like that
Your feeling is not like that not like that not like that
It’s a bit like that like that like that like that
Your feeling is not like that not like that not like that
You keep glancing at me, it shows how
you feel about me
It’s a bit like that like that like that like that oh yeah
I wanna take you to my house
It’s a bit like that like that like that like that oh yeah
I wanna take you to my house
It’s alright. Let’s go to my house (Woo
to my house)
It’s alright. Just make it a secret (make it a secret)
In 10 minutes I’ll be waiting for you over there
It’s alright. Let’s go to my house (to my house)
It’s alright. Just make it a secret (make it a secret)
In 10 minutes I’ll be waiting for you over there
It’s alright. Let’s go to my house (to my house)
To my house to my house
To my house to my house
To my house to my house
Hana mula terkedu mendengar lagu tu. Entah perasaan
yang macam mana harus dia katakan. Rasa terharu pun ada, rasa macam nak
melonjak gembira pun ada. Hmm, sedaplah yang pasti. Bibirnya secara tak sengaja mula
mengikut-ikut rentak lagu itu. Secara kebetulan ada seorang lelaki ini datang
menegurnya. “Hai, boleh berkenalan?”ujar lelaki itu, dalam lingkungan mungkin
dah 30 lebih. Hana hanya menggeleng. Malas nak layan. Namun, lelaki itu seolah
sengaja menyentuh bahunya membuatkan dirinya berasa tidak sedap hati.
Nak menjerit tapi takut jadi kes pula.
Kedebush!! Tiba-tiba, lelaki itu secara drastiknya
di tumbuk oleh Jun-k yang entah kenapa dan mengapa dia boleh bertindak
sedemikian rupa. Hana mula menjadi gelabah. Begitu juga dengan teman-temannya
yang lain.
“Oppa.. stop!! Oppa!!”
“Tak guna punya bedebah!! Berani engkau sentuh
dia!! Engkau ingat dia siapa!!” maki Jun-k. Habis panas suasana club itu dengan
pergaduhan mereka. Manager Ho mula datang untuk menenangkan suasana. “Hana!
Bawa Jun-k balik!”arah Manager Ho. Hana dengan pantas mengangguk lalu menarik
Jun-k untuk keluar.
XXX
Dengan pantas kereta ferari itu mula meluncur laju
di atas jalan raya. Jun-k yang berada di sebelah hanya diam membisu. Hana mula
menjadi serba salah.
Setelah
mereka tiba di kondo milik mereka. Hana dengan beraninya mula bersuara“Oppa?
Oppa okay ke?”soal Hana, ingin kepastian. Namun dilihatnya Jun-k hanya berdiam
diri memeluk tubuh. Hana kemudian turun dan membantunya untuk keluar. Dia
kemudian menemani Jun-k hinggalah ke dalam kediaman milik mereka itu.
“Wah!! Cantiknya pemandangan dari balcony
ni.”jeritnya, teruja. Jun-k yang memerhatinya mula ketawa. Maklumlah ini kali
pertama untuk Hana jejak kaki ke kondo mereka itu. Serius! Cantik dan besar.
Hana yang seakan lupa dengan Jun-k mula berasa
kasihan apabila melihat Jun-k seolah-olah berusaha mengubati tangannya yang
luka akibat menumbuk orang tadi. Lelaki. Hana denga pantas menarik tangan Jun-k
lalu membantunya untuk menyapu ubat.
Jun-k mula menjerit kesakitan. Hana ketawa. Tumbuk
orang tak sakit. Ni nak bubuh ubat tahu pula sakit. Dia mula ketawa kecil.
Jun-k yang melihat cuba mengawal kemachoaannya semula.
Selepas beberapa saat..
“Siap!!”Hana dengan senyuman lebarnya merenung anak
mata Jun-k. Jun-k mula gugup lalu menuju ke dapur untuk meneguk air sejuknya
yang berada di dalam peti sejuk. Hana mencebik. “Okaylah, kalau tak ada
apa-apa. Saya minta diri dulu.”ujar Hana, lalu ingin beredar dari situ. Namun
dihalangi oleh Jun-k. Hana membalikkan tubuhnya untuk memandang ke arah Jun-k.
Serta merta hati mereka kemudian berdegup dengan kencang. Omo~ kenapa dengan
aku ni? serta merta Jun-k terus melepaskan tangannya dari terus memegang Hana
apabil muka Hana kelihatan merah-merah.
“Awak demam ke? Kenapa muka awak tiba-tiba
merah?”ujar Jun-k lalu menghampiri Hana dan meletakkan tangannya di atas
dahinya. Hana automatik terkejut lalu berundur ke belakang membuatkan dia terlanggar
pasu bunga milik mereka.
Prang!!
Mujur Jun-k sempat memaut pada pinggang Hana. Kalau
tak dah konfirm kaki Hana terpijak serpihan kaca itu. Masa seolah-olah berhenti
berputar. Mereka berdua secara automatic menjadi kaku dan bisu.
“Kami dah balik!!”tiba-tiba kedengaran suara mereka
bergema membuatkan mereka berdua terus mengutip serpihan kaca tersebut.
“Oppss! Kami terlepas sesuatu ke?”soal Taecyeon
sengaja. Nichkun mula berdehem memecahkan suasana. “Yarh, Hana!! Macam mana
pasu ni boleh pecah?”ujar Wooyoung yang khuatir melihat Hana yang mengutip
serpihan kaca itu. Dia kemudian menepis dan menolak Hana ketepi. Hana
memuncungkan bibirnya. Setelah selesai mengemas kaca itu, Hana pun meminta diri
untuk pulang. “Saya teman awak keluar?”Wooyoung. Hana kemudian mengangguk.
Di luar bangunan itu. Sementara menunggu teksi
untuk datang, mereka berdua berborak-borak dahulu. Dah lama mereka berdua tak
berborak macam ni. “Hmm, dengar cerita awak jumpa Luhan?”soal Wooyoung ingin
kepastian. Hana sedikit terkejut dengan perkara itu. Ni mesti kerja Jun-k. Hana
kemudian mengangguk. “Jadi awak masih sukakan dia lagi ke?”ujar Wooyoung sambil
memandang lantai. Hana buntu. Entahlah, dia sendiri pun tak pasti akan hal itu.
Hana menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. “Hana.. sebenarnya saya..”
Pin! Pin!
“Ooo, teksi dah datang.”ujar Hana lalu memeluk
temannya itu sebelum masuk ke dalam perut teksi itu. Wooyoung kemudian mengeluh
lalu melambai ke arahnya. Nampak gayanya masa depan untuk dia memilik Hana
memang sangat tipis. Di dalam teksi itu, Hana tak habis-habis memikirkan soal
Luhan dan tak lupa juga dengan Jun-k. Emm, kenapakah perasaannya sedikit
bergetar apabila teringatkan kedua-dua orang ni.
XXX
Mnet Award
>> Bilik 2pm <<
Sementara 2pm berada di event itu, Hana hanya mampu
melihat mereka dari dalam bilik khas itu. “Hana kami nak pergi kedai beli
makanan sekejap. Awak nak pesan apa-apa tak?”soal Kangmin dan Lya iaitu makeup
artis 2pm. Hana menggeleng. Mereka kemudian mengangguk lalu keluar dari bilik
itu.
XXX
“Baiklah, pemenang untuk album terbaik tahun ini
jatuh kepada kumpulan 2pm!!!”ucap pengacara itu. Bergema seluruh stadium itu
dengan sorakkan peminat-peminat.
“Baiklah.. kami nak ucapkan terima kasih kepada..
peminat semua.. bla.. bla.. dan tak lupa juga dengan stylist kami iaitu Hana..”
Terharu Hana apabila namanya disebut.
Tok! Tok! Tiba-tiba, kedengaran bunyi ketukan
pintu. Hana mula menjadi tertanya-tanya. Aipp! Takkan mereka dah habis berucap
kowd? Dengan perlahan dia memulas tombol pintu itu untuk dibuka. Luhan?
Terpancul nama itu dari mulutnya. Luhan dengan selambanya masuk ke dalam bilik
itu. Hana menjadi terkedu. “Luhan.. awak tak boleh masuk sebarang ke sini.”ujar
Hana, lalu menarik tangannya untuk menyuruh dia keluar. Namun Luhan tetap
berdegil lalu menarik Hana untuk duduk di atas ribaannya. Berderau seluruh
tubuh Hana apabila dia diperlakukan sebegitu rupa. Omo!! Andwae!! Macam mana
kalau Chansung, Junho, Taecyeon, Nichkun, Wooyoung dan Jun-k masuk nanti? Apa
aku nak jawab dekat Jun-k kalau dia nampak kami macam ni?
“Hana, saya rindu dengan awak! Sebenarnya.. saya
dah lama sukakan awak. Saya rasa geram bila tengok awak dengan mereka.”jelas
Luhan. Hati Hana mula berdegup kencang. Entah apa yang harus dia luahkan.
Gembira? Terharu? Benci? Apa yang dia rasa sekarang ialah Jun-k?
“Hana!”pintu itu kemudian terbuka luas. Mereka
semua menjadi terkejut apabil melihat Hana berada di atas ribaan Luhan. Sejak
bila lelaki ni ada dekat sini? Macam mana dia boleh masuk ke dalam bilik ni.
Wooyoung dengan pantas menarik Hana untuk bangun dari situ. Hana mula menjadi
takut. Omo!! Macam mana ni? “Kenapa awak ada dekat sini? Hah!!”marah Wooyoung.
Luhan kemudian ketawa sinis. “Saya datang sebab nak beritahu dekat Hana yang
saya sukakan dia. Awak faham!”ujar Luhan. Hana mula mengetap bibirnya. “Dan
kalau boleh saya nak awak serahkan Hana pada saya sebagai stylist saya dan
girlfriend saya. Boleh?”
“Sorry! Tapi kami lebih selesa dengan dia.”jelas
Chansung, lalu menarik Hana ke belakang mereka. Suasana menjadi tegang.
“Kenapa? Takkan korang nak pulun dia seorang sahaja. Dia pun ada hak untuk
bercinta. Lagipun dia cuma stylist korang. Bukannya sesiapa pun!”mereka semua
mula terkedu dengan kata-kata Luhan. Jun-k yang berada di belakang mula
mengepal penumbuknya. Hana yang memerhati mula memegang tangannya lalu
menggeleng. “Luhan cukup! Saya nak awak keluar dari sini!”
“Tapi Hana!! Saya datang sini sebab nak luahkan
perasaan saya pada awak..”
“Maaf saya tak boleh terima luahan hati awak tu.
Saya dah lama lupakan awak kalau awak nak tahu! Jadi please! Jangan ganggu saya
lagi.”
Hati Luhan menjadi luluh sebaik mendengar perasaan
Hana yang sebenar terhadapnya. Dengan riaksi yang pasrah dia pun keluar dari
situ.
XXX
Akhirnya, 2 tahun sudah berlalu. Hana tetap setia
bersama mereka.
Oh yrw, nak tahu apa yang lebih menarik? Nichkun
sekarang dah pandai bercinta dengan Taeyeon. Manakala Taecyeon lebih gemar
bersama Sunny. Junho pula dah berani nak luahkan perasaan dia dekat Krystal.
Yup! Rupa-rupanya, Junho yang bagi kasut tu dekat Krystal. Tahniah juga pada
Chansung sebab dah jumpa kembali first love dia iaitu Sulli. Wooyoung? Dia
lebih suka hidup dia yang solo tu..
“Hana.. termenung apa tu?”tegur Wooyoung. Hana
menggeleng.
“Okay, kejap lagi korang semua akan naik ke atas
pentas. Siap sedia okay!”ujar penerbit itu. Hana tersenyum.
“Hana, boleh tak saya nak beritahu awak something
sebelum saya nak ke atas pentas?”Hana terkedu. Jun-k nama berlainan hari ini.
Dia nampak berkarisma dan menggoda. Hmm.. Hana mengangguk.
“Saya sebenarnya sukakan awak!!”jerit Jun-k, akibat
musik yang terlalu kuat. Terbeliak biji mata Hana mendengarnya. Biar betul?!?
Ke dia terdengar lirik lagu ni. Wajah Hana berubah menjadi seribu kerutan.
“Oppa!! Mian!! Saya tak dengar..”
Cup!! Satu ciuman diberikan pada Hana membuatkan
mukanya merona merah. “Saya suka awak!! Awak faham tak!!”ujar Jun-k lalu naik
ke atas pentas. Hana tersenyum bahagia.
“Saranghaeyo, Oppa! Saranghaeyo~”
p/s: Harap anda semua teruja dengan cerpen baru saya ni. Hik8! Saya bantai sahaja. Entah best ke dak!