안녕..! (Hi, everyone..)
Okay,hari ni punya post berbunyi macam agak sentimental sikit. Kenapa Eyka pilih tajuk ni? Actually, I don't know why..? Tp Eyka rasa agak sensitif bila tengok ada manusia lain yang tak berhati perut buat 'kurang ajaq' dengan orang yang kurang upaya ni.. atau *KHAS*. Actually,bukannya apa. Eyka tahu tak semua orang sempurna macam kita. Yang ada tangan, akal yang bagus.. kaki and whateverlah.. Tapi perlu ke korang kutuk atau hina orang tuu sebab dia lain dari kita? Berilah sikit dia semangat. Tak perlulah nak riuh rendah bersorak tapi actually niat korang bersorak dekat dia tu serupa macam nak menghina dia.
Bawa-bawalah mengucap..!!
Kadang-kadang, orang yang kurang upaya ni lah yang lagi cerdik dari manusia yang cukup semua fizikalnya dan akalnya. Sebab apa?? Sebab mereka tuu tak suka nak menyusahkan kita actually. Kalau boleh semua benda mereka nak buat sendiri. Bukan macam kita ni.. Semuanya nak hidup senang.. Kadang-kadang tak reti nak bersyukur dengan apa yang kita ada.
Okay, mari kita lihat orang-orang OKU yang boleh dijadikan contoh..
Salah satunya,
1) Tengku Amran Harris Tengku Ismail
Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail yang cacat pendengaran, kegigihan
dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya
dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Tengku Arman mula
bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta
sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum
membuka syarikatnya sendiri.Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh
berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu “Anas
Butik” di Subang Jaya, yang diurus oleh adiknya.
2) Razali Rohani
Siapa kata orang kurang upaya (OKU) tidak boleh hidup mewah, kekurangan
diri mengehadkan peluang untuk mengejar impian dan masa depan yang lebih
cerah. Razali Rohani, 29 membuktikan tanggapan itu tidak benar.
Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan namun dia reda malah berusaha
gigih mencungkil kelebihan diri untuk meraih rezeki lumayan. Berkat
usaha gigih tanpa kalah dengan simpati masyarakat, anak ketiga daripada
sepuluh beradik kini mampu berbangga apabila hasil kreativitinya
diiktiraf di peringkat antarabangsa. Anak kelahiran Kampung Mengabang
Lekor ini berkecimpung dalam bidang seni sejak tujuh tahun lalu setelah
menyertai Persatuan Pelukis Mulut dan Kaki di Ampang, Selangor. Ternyata
rezekinya mula melimpah apabila lukisan bertemakan corak batik dan
pemandangan amat digemari masyarakat di luar negara.
Dan actually banyaklah lagi kalau korang search... Eyka just berkongsi..
Beringat-ingatlah semua yrw... Jangalah kita hina seseorang itu atas sebab dia berbeza.
Perjalanan sebuah 'NUR'
-
Walaupun novel ni belum keluar dari kilang cetak, saya tergerak hati nak
bercerita pengalaman saya mengolah drama Nur menjadi novel. Sebab saya tahu
ad...